You are on page 1of 6

1 Perayaan Tradisi:

1.1. Nama perayaan/Nama lain


Nama lain bagi Tahun Baru Cina ialah Chunjie ( musim bunga )

1.2. Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat

Di Malaysia perayaan ini dirayakan oleh kaum Cina . Namun begitu apabila diadakan
sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan semua kaum kaum turut terlibat.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi
oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

1.3. Tarikh/Tempoh masa dirayakan

Pada kebiasaanya ia disambut pada setiap satu haribulan setiap tahun mengikut kalender
Cina.
Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha anjing,
khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab

1.4. Tujuan perayaan


Perayaan tahun baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan.

2 Latar Belakang:

2.1. Sejarah/Asal usul perayaan

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas
yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia
hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben
merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

2.2. Upacara khusus dalam perayaan

Selepas makan malam , kira-kira pukul 12.00 malam semua ahli keluarga akan
bersembahyang di tokong atau rumah masing-masing untuk ucapan selamat kepada Tuhan .
Sembahyang juga dilakukan pada waktu pagi hari Tahun Baru Cina.

2.3. Individu yang mengetuai upacara khusus


Sembahyang ini diketuai oleh datuk dan nenek setiap keluarga. Semua ahli keluarga akan
bersama-sama dalam upacara ini.

2.4. Tempat khusus sambutan dijalankan


Tempat paling penting upacara perayaan ini ialah di Tokong dan di rumah.

3 Persiapan Sambutan Perayaan:


3.1. Sebelum

3.1.1.Malam Tahun Baru Cina


Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah
ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi
tunjang masyarakat harmoni.
Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik
panggang, sup, taukua, ikan ,khinzir,yu shang, tiram berkicap, dan lapan jenis sayuran yang
dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shou sui , yang
dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan
dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara
ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan
sambutan tahun baru bermula.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka
secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang
dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran
dalam bahasa Cina( chun lian ).
Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan
semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.

MAKANAN

Limau mandarin- Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan
tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong
dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan
kemewahan.

Kuih bakul- Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai)
kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".[2]
Mi-mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak
terhad kepada sambutan tahun baru.
Gula-gula- Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina
berwarna merah atau hitam.

Hiasan BUNGA

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika
pasaran tahun baru.
Setiap bunga memiliki maksud tertentu.
Bunga plum- melambangkan tuah
Kumkuat- melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa- melambangkan panjang umur
Buluh- tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari- bermaksud tahun yang elok

HIASAN
Selalunya masyarakat Cina meletakkan perhiasan berupa gambar ikan . Ikan melambangkan
lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun.

Jongkong Yuanbao- melambangkan wang dan/atau kemewahan.


Tanglung- Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung
yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-
terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.
Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina.
Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simbul Cina, keratan kertas dan gurindam.
Tarian singa - Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa
pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang
menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada
upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

3.2. Semasa

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI PERTAMA


Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan
orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada
memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan
lanjut usia.
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina
menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka,
biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

ucapan Kong Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud
semoga tahun ini akan membawa kebaikan.
Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala
tradisi memberi ang pow diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
.
3.2.4 PAKAIAN
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun
baru.

3.3. Selepas

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-2


Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun ki nin) menyaksikan anak
perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi,
anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga
kandung sendiri.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA KE-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat
mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi,
sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam
jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan
kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-5
Di bahagian utara China, ladu (Cina Ringkas: jiozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah
lima" p w). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di
Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik
api.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai rn r, iaitu hari yang mana usia setiap
orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya
diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi
jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed
di Kayangan tin gng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya
tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur
kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan
untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji Chap
Goh Mei.Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.
Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak
dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.
Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan
Tanglung.
Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga
disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti
utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan
ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi,
China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya
mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek
Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang
di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat
istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk
seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden
yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah
digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
3.4. Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan
TUAH BAIK
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa
musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar
mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan
untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.
NASIB MALANG (TUAH BURUK)
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau
"sukar".
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis
bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai
positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan
hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi
tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru
Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku"
sebunyi dengan perkataan bagi "kalah
4 Kesan Perayaan:

1. kekeluargaan - ikatan kekeluargaan bertambah baik / amalan berziarah / bermaaf-maafan /


dah lama tidak berjumpa / melepas rindu

2. perpaduan
- perayaan disambut bersama - tidak kira bangsa dan agama
- kunjung mengunjung - sesama jiran / rumah kakitangan
- sambutan peringkat kebangsaan - meriah .. semua rakyat malaysia terlibat

3. pelancongan
- pelancong ingin melihat keunikan yang terdapat di negara ini
- cara perayaan disambut/ dilaksanakan
- juadah hari raya - keistimewaan tersendiri

4. peluang perniagaan
- buka bazar ramadhan - peluang berniaga terbuka luas di seluruh negara -rezeki bulan puasa
melimpah ruah
- kunjungan bertali arus - menjual pelbagai juadah berbuka
- jualan sempena hari raya oleh pasar raya - lipat ganda keuntungan
- pendapatan sampingan - berniaga songkok , baju , tempahan menjahit baju dan langsir

4.4.Peluang perniagaan

Bazar Ramadan Salah satu fenomena yang dapat dilihat di negara dengan penduduk majoriti
Islam pada bulan Ramadan pada umumnya adalah Bazar Ramadan. Menjelang waktu
maghrib, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang
menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat
(majlis perbandaran atau pejabat daerah), namun ada juga bazar khas yang dianjurkan
kerajaan negeri atau syarikat tertentu. Selain itu, pada siang hari bulan ini juga dapat dilihat
para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai
barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi
jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit

RUMUSAN Unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini.


Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara.

You might also like