You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG BESAR UTARA,

02100 PADANG BESAR, PERLIS.

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE- 3

TARIKH : 20 OKTOBER 2015

MASA : 3 PETANG

TEMPAT : BALAI SIDANG UTARA, SMK. PADANG BESAR UTARA

PERKARA 1. 0 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pn. Azizah bt Shaari mempengerusikan mesyuarat. Beliau mengucapkan terima kasih atas
kehadiran guru- guru ke mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi meminta agar setiap program yang dijalankan agar di dokumentasikan dalam
bentu laporan beserta gambar program yang diadakan tersebut.
1.3 Pengerusi juga menyatakan tentang cuti Deepavali yang akan bermula pada 9 November
2015 sehingga 12 November 2015.
1.4 Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang telah
menjayakan peperiksaan PT3 dengan jujur, teratur dan teliti.
Tindakan dan Makluman : Semua guru.

PERKARA 2.0 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


YANG LALU

2.1 Encik Muhamad Fahmi bin Mansor telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu
dan disokong oleh Encik Mohd. Hairi bin Khalid serta disahkan oleh Puan Khaniza bt
Khalid.

Tindakan : Makluman semua guru.

PERKARA 3.0 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi menekankan kepentingan untuk menerapkan PDP yang berkesan kepada semua
guru dan menuruti standard SKPM yang baharu.

3.2 Pengerusi juga turut menekankan tentang kepentingan melengkapkan buku kedatangan
pelajar supaya sentiasa berada dalam keadaan lengkap dan kemas.
3.3 Pengerusi juga berharap agar penambahbaikan dapat dilakukan pada tahun 2016 serta
dikekalkan.Contoh nya Amalan Solat berjemaah di dewan pada setiap hari Rabu.

3.4 Pengerusi juga amat berharap peratusan kehadiran ibu bapa ke sekolah bagi majlis yang
melibatkan ibu bapa dapat ditingkatkan lagi bertepatan dengan Sarana Ibu bapa yang
terkandung dalam PPPM 2013-2025. Sebagai rujukan sebanyak 65% kehadiran dicatatkan
bagi sarana ibu bapa yang telah melibatkan sebanyak 6 Program.

Tindakan : Makluman semua guru.

PERKARA 4.0 : PENGURUSAN KURIKULUM

3.4.1 Pentadbiran

4.1 Pn. Sodah binti Mat membentangkan tentang slip kecil yang diberikan kepada setiap
orang guru.

4.1.1 Pn.Sodah menyatakan bahawa tarikh akhir bagi kemasukan markah peperiksaan ke
dalam sistem adalah pada tarikh 16 November 2015.

4.1.2 Bagi sesi persekolahan 2016, Mesyuarat guru yang pertama akan diadakan pada tarikh
30 Disember 2015 jam 8.00 pagi.

4.1.3 Mesyuarat Kurikulum dan HEM yang pertama akan diadakan pada 31 Disember 2015.

4.1.4 Pendaftaran Tingkatan 1 akan dijalankan pada 1 Januari 2016 jam 8.00 Pagi,

4.1.5 Pendaftaran Tingkatan 2,3,4 pula akan dijalankan pada 2 Januari 2016 jam 8.00 Pagi
beserta dengan keputusan PT3.

4.1.6 Jualan buku-buku sekolah dan alat tulis akan dijalankan pada 28 Disember 2015 di
Koperasi sekolah

4.2 PK 1 juga turut menekankan agar guru-guru memaklumkan kursus-kursus yang disertai di
dalam boring semak yang telah diberikan dan menyerahkannya kepada Pembantu Tadbir.

4.3 Guru-guru juga diarahkan untuk menyerahkan kembali semua kuci-kunci bilik khas ke
pejabat dan Buku teks dipulangkan kembali kepada En. Amran bin Salleh.

4.4 Semua invois dan bil-bil yang melibatkan perbelanjaan berkaitan sekolah diserahkan
segera kepada Pn. Norizah di pejabat bertujuan untuk proses penyemakkan.

4.5 PK 1 juga menekankan agar semua guru melengkapkan aplikasi HRMIS serta
menghantar dengan segera.

4.6 Semua LDP didalamnya juga disarankan agar dimasukkan segera secara berperingkat.
4.7 Semua Ketua Panitia diarahkan untuk membuat agihan jadual waktu dan diserahkan
kepada guru-guru yang berkenaan.

4.8 Ketua Panitia juga diarahkan agar membuat carta Gantt bagi aktiviti yang akan
dijalankanpada tahun 2016.

4.9 Semua fail-fail Panitia diarahkan agar dikemaskini dan dilengkapkan dengan sebaik
mungkin.

4.10 PK 1 juga mengingatkan bahawa agihan guru mengajar dapat dilakukan dengan baik
oleh semua guru-guru kanan.

4.11 Semua Anggaran Belanjawan 2016 dapat disegerakan penghantarannya kepada PK1.

4.12 PK 1 juga menegaskan semua slip keputusan peperiksaan sekolah diserahkan kepada ibu
bapa sebelum cuti.

4.13 PK1 juga menerangkan tentang keputusan dialog prestasi yang meletakkan SMKPBU
ini sebagai sebuah Sekolah yang berprestasi rendah.

4.14. Proses untuk memohon cuti juga diterangkan supaya mengikut prosedeur yang telah
ditetapkan.

4.15. Puan Sodah telah memberikan penghargaan kepada En. Hairi bin Khalid di atas
usahanya menghasilkan kulit buku pengurusan yang cantik dan menarik perhatian.

PERKARA 5.0 : PENGURUSAN UNIT HEM

5.1 Pn. Fadilah bt Hassan mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi serta guru-guru yang
terlibat dalam unit HEM secara umumnya.

5.2 Buku rekod kehadiran pelajar perlu diuruskan dengan baik tetapi masih ada segelintir
yang masih belum melengkapkan ruangan yang sepatutnya yang terkandung dalam buku
terbabit.

5.3 Sumbangan PIBG Guru tingkatan boleh membantu dalam mengutip sumbangan PIBG
dan diserahkan kepada Pn. Nordaiyana.

5.4 Penyerahan Fail Peribadi Murid Fail hendaklah diserahkan semula kepada kaunselor
sebelum diberikan kepada guru kelas pada tahun hadapan.

5.5 Pemulangan Buku teks En. Amran akan menetapkan tarikh yang sesuai bagi para
pelajar untuk menghantar buku teks yang telah dipinjamkan serta menetapkan tarikh bagi
pemberian buku-buku teks pada tahun hadapan.

5.6 Maklumat Sekolah Maklumat berkenaan SMK. Padang Besar Utara telah pun diedarkan
kepada sekolah induk para pelajar yang mengambil UPSR pada tahun ini.
5.7 Unit Disiplin- Sistem maklumat SSPM perlu dilengkapkan dan dikemaskini.

5.8 Badan Pengawas En. Faizam terus diberikan mandat untuk menggalas tanggungjawab
memimpin badan pengawas dan mencari pengawas-pengawas yang berkaliber.

5.9 Pengurusan kantin Penghargaan diberikan kepada Pn. Azizah bt Fazil yang telah
Berjaya memastikan keadaan persekitaran terus ceria dan teratur.

5.10 Bilik Khas Bilik rawatan pergigian dicadangkan agar dibaik pulih bagi memudahkan
penggunaan serta memberi keselesaan.

5.11 Biasiswa dan KWAPM Data data pelajar perlu dikemaskini dan buku akaun dikawal
oleh guru yang terlibat.

5.12 Unit Keselamatan Sekolah Penghargaan diberikan kepada En. Pairul Iruan kerana
telah Berjaya mendapatkan peruntukan dan menambah bilangan Pemadam api yang hanya
asalnya mempunyai 2 kuantiti sahaja kepada 17 unit keseluruhannya.

5.13 Unit Bimbingan dan Kaunseling Penghargaan diberikan kepada En. Mohd. Fitri dan
Pn Suhana di atas kreadibiliti mereka dalam menjayakan program-program yang telah di
rancangkan dengan baik.

5.14 Surat Akuan berhenti sekolah Guru-guru mercu diingatkan agar bersedia dalam
membuat penyediaan surat surat tersebut.

5.15 Senarai nama Pelajar Penyelaras disarankan agar menyediakan nama dalam format
excel untuk digunakan sebagai jadual kedatangan sementara.

5.26 Pelajar Berpindah masuk Guru-guru diingatkan agar mendaftar nama pelajar ke dalam
buku besar yang terdapat di dalam pejabat.

Tindakan: Makluman semua guru

PERKARA 6. 0 : PENGURUSAN KOKURIKULUM

6.1 Pn .Rusmiza bt Ishak mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru
yang telah Berjaya menggembeleng tenaga sepanjang tahun 2015 dalam menjayakan program
kokurikulum dan sukan di peringkat sekolah dan di peringkat negeri.

6.2 Beliau turut memberi peringatan kepada guru-guru pendidikan jasmani untuk
melengkapkan semua data-data PAJSK di dalam simpanan serta di masukkan ke dalam
system KPM.

Tindakan: Makluman semua guru

PERKARA 7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Puan pengerusi berharap agar kerjasama yang sedia ada dalam kalangan guru dalam
melaksanakan setiap tugasan yang diberikan di SMK. Padang Besar Utara agar diteruskan
walaupun setelah beliau bersara.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 minit petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

---------------------------- -------------------------------

(MUHAMAD FAHMI BIN MANSOR) (PN. SODAH BT MAT)

Penolong Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran

SMK. Padang Besar Utara SMK. Padang Besar Utara

You might also like