You are on page 1of 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PRASEKOLAH KEBANGSAAN
BAGI PELAKSANAAN KURIKULUM
STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017)

MANUAL PENGGUNAAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Kandungan

Pengenalan 1

Maklumat Am 2

Penggunaan Templat IPPK

A. Maklumat Murid 2

B. Komponen Dalam Tunjang KSPK 4

C. Contoh Perekodan Komponen Bahasa Melayu 5

D. Laporan Perkembangan Murid 7

E. Rumusan Keseluruhan Perekodan 1 dan 2 8

F. Rumusan Instrumen Kesediaan Murid Ke Tahun Satu 9


Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

Pengenalan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang disemak semula


dilaksanakan mulai 2017. KSPK (Semakan 2017) mengandungi Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Guru perlu merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Bagi memastikan
murid mencapai objektif pembelajaran, guru perlu melaksanakan pentaksiran
perkembangan murid dengan merujuk Standard Prestasi.

Pentaksiran yang dilaksanakan di bilik darjah perlu direkod untuk rujukan guru dan
pihak berkepentingan. Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK)
disediakan bagi membantu guru merekod dan menyediakan pelaporan
perkembangan murid. Satu templat khas disediakan untuk memudahkan guru
membuat perekodan dan pelaporan perkembangan murid prasekolah.

Guru hendaklah menyediakan rumusan laporan perkembangan murid menggunakan


templat IPPK dan menyerahkan kepada urus setia di Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) untuk diselaras dan dirumuskan di peringkat daerah dan seterusnya
diserahkan kepada urus setia di Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN). Rumusan peringkat negeri perlu diserahkan kepada urus
setia di Bahagian Pembangunan Kurikulum pada atau sebelum:

i. 30 Mei bagi perekodan pertama (P1) dan


ii. 30 Oktober bagi perekodan ke dua (P2)

Templat IPPK juga akan menjana maklumat berkaitan rumusan Instrumen


Kesediaan Murid ke Tahun Satu (IKMTS). Guru hendaklah menyerahkan rumusan
IKMTS kepada urus setia di PPD untuk diselaras dan dirumuskan di peringkat
daerah dan seterusnya diserahkan kepada urus setia di Sektor Pengurusan Sekolah
(SPS), JPN. Rumusan peringkat negeri perlu diserahkan kepada urus setia di
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian pada atau sebelum 30 Oktober pada setiap
tahun.

Manual penggunaan IPPK disediakan sebagai panduan guru merekod pentaksiran


yang dilaksanakan menggunakan templat khas.

1
Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

Maklumat Am

Manual ini mengandungi:

A. Maklumat Murid

B. Komponen Dalam Tunjang KSPK

i. Bahasa Melayu (BM)


ii. Bahasa Inggeris (BI)
iii. Bahasa Cina (BC)
iv. Bahasa Tamil (BT)
v. Pendidikan Moral (PM)
vi. Pendidikan Islam (PI)
vii. Keterampilan Diri (KD)
viii. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan (FK)
ix. Kreativiti dan Estetika (KE)
x. Sains Awal (SA)
xi. Matematik Awal (MA)
xii. Kemanusiaan (KM)

C. Contoh Perekodan Komponen Bahasa Melayu

D. Laporan Perkembangan Murid

E. Rumusan Keseluruhan Perekodan 1 dan 2

F. Rumusan Instrumen Kesediaan Murid ke Tahun Satu

Penggunaan Templat IPPK

A. Maklumat Murid

3
2

1. Sila lengkapkan maklumat berikut:

i. Negeri
ii. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD/ PPW)/ Parlimen/ Daerah

2
Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

iii. Sekolah/ Tabika/ Tadika


iv. Alamat
v. Kod Sekolah/ Tabika/ Tadika
vi. Kelas
vii. Tahun
viii. Nama Guru

2. Sila lengkapkan maklumat asas murid berikut:

i. Nama murid (isikan nama murid berumur 5+ dan diikuti dengan 4+)
ii. No. Mykid (seperti contoh di atas)
iii. Jantina - Klik pilihan : lelaki atau perempuan.

3. Maklumat berkaitan umur murid (4+ atau 5+) akan tertera secara automatik
apabila nombor mykid diisi.

4. Lengkapkan maklumat agama murid - Klik pilihan : Islam, Buddha, Hindu,


Kristian dan lain-lain.

5 6

5. Lengkapkan maklumat tahun mula masuk ke kelas Prasekolah/ Tabika/


Tadika secara manual. Maklumat ini adalah berkaitan pengalaman
prasekolah/ tabika/ tabika yang diikuti pada tahun semasa atau sebelum ini.

6. Lengkapkan ruangan Pendidikan Islam/ Moral - Klik pilihan : Pendidikan


Islam/ Moral.

3
Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

7 8

7. Lengkapkan maklumat berkaitan Nama dan Jawatan Pentadbir. Maklumat ini


terdapat di bahagian bawah paparan Bahagian Maklumat Murid.

8. Jumlah murid lelaki dan perempuan serta murid 4+ dan 5+ akan dijana
secara automatik.

B. Komponen Dalam Tunjang KSPK

Guru perlu melengkapkan semua bahagian komponen dalam Tunjang KSPK.

9. Bahagian ini mengandungi perincian semua tunjang yang terdapat dalam


KSPK. Berikut adalah singkatan yang digunakan:

i. Bahasa Melayu (BM)


ii. Bahasa Inggeris (BI)
iii. Bahasa Cina (BC)
iv. Bahasa Tamil (BT)
v. Pendidikan Moral (PM)
vi. Pendidikan Islam (PI)
vii. Keterampilan Diri (KD)
viii. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan (FK)
ix. Kreativiti dan Estetika (KE)
x. Sains Awal (SA)
xi. Matematik Awal (MA)
xii. Kemanusiaan (KM)

4
Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

C. Contoh Perekodan Komponen Bahasa Melayu


11

12
10

13

10. Ruangan nama murid, umur dan jantina tertera secara automatik
(sebagaimana yang dilengkapkan di Bahagian Maklumat Murid).

11. Maklumat berkaitan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap komponen
dalam Tunjang KSPK tertera dalam ruangan ini. Contoh Bahasa Melayu:

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis

12. Ruangan ini adalah berkaitan penyataan tentang Standard Prestasi (SPi) bagi
setiap pengetahuan/ kemahiran/ nilai (sebagaimana yang terkandung dalam
DSKP KSPK).

13. Lengkapkan maklumat tahap penguasaan (TP) murid dengan pilihan yang
terdiri daripada 1, 2 atau 3 pada ruangan komponen dalam Tunjang KSPK
mengikut perekodan 1 (P1) dan perekodan 2 (P2) serta nyatakan tarikh
pemerhatian dibuat. Pernyataan tahap penguasaan adalah seperti berikut:

TP 1 - Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas


atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

TP 2 - Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk


melaksanakan sesuatu.

TP 3 - Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk


melaksanakan sesuatu dalam situasi baharu atau secara kreatif
dengan tertib atau beradab.

5
Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

14 15

14. Tahap penguasaan murid secara keseluruhan merangkumi komponen


pengetahuan, kemahiran dan nilai akan dijana secara automatik pada
perekodan 1 dan 2.

15. Sila lengkapkan rumusan TP murid. Guru perlu membuat pertimbangan


secara profesional TP murid secara keseluruhan.

16

16. Bilangan dan peratus murid yang telah ditaksir dan belum ditaksir akan dijana
secara automatik.

17. Kaedah (10) (16) terpakai untuk semua komponen dalam Tunjang KSPK.

6
Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

D. Laporan Perkembangan Murid

18 19

20
21

18. Maklumat berkaitan nama murid, nombor mykid, jantina, umur, kelas dan
nama guru akan tertera secara automatik, manakala maklumat tarikh
pelaporan perlu diisi secara manual.

19. Sila klik pilihan perekodan iaitu Perekodan 1 dan Perekodan 2.

20. Sila klik nama murid yang dikehendaki.

21. Bagi pilihan Perekodan 1, paparan bagi Tafsiran Perekodan 1 untuk murid
tidak disediakan. Guru perlu melengkapkan secara manual tafsiran
perkembangan murid mengikut komponen dalam Tunjang KSPK. Bagi pilihan
Perekodan 2, paparan bagi Tafsiran Perekodan 2 untuk murid dijana secara
automatik.

22
23

22. Sila lengkapkan ruangan catatan, sekiranya terdapat maklumat tambahan


berkaitan tahap perkembangan murid yang ingin dinyatakan. Jika perlu,
lembaran tambahan boleh dikepilkan.

23. Laporan ini perlu dicetak dan ditandatangani oleh guru prasekolah/ tabika/
tadika dan pentadbir. Laporan ini perlu diserahkan kepada ibu bapa/penjaga.

24. Jika terdapat murid yang bertukar ke sekolah lain, maklumat lengkap
berkaitan perkembangan murid perlu diserahkan kepada pengurusan sekolah
baharu. Laporan perkembangan murid prasekolah bagi murid 5+ perlu
diserahkan kepada guru tahun satu.

7
Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

E. Rumusan Keseluruhan Perekodan 1 dan 2

25. Ruangan ini mengandungi rumusan keseluruhan tahap penguasaan murid


bagi Perekodan 1 dan 2 bagi semua komponen dalam Tunjang KSPK untuk
murid 4+ dan 5+. Rumusan ini dijana secara automatik. Maklumat pada
bahagian ini diselaraskan oleh PPD/JPN untuk diserahkan kepada urus setia
di Bahagian Pembangunan Kurikulum.

8
Manual Penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan

F. Rumusan Instrumen Kesediaan Murid ke Tahun Satu (IKMTS)

26. Ruangan ini mengandungi maklumat tahap kesediaan murid ke tahun satu
yang tertera secara automatik. Maklumat kesediaan murid ke tahun satu
melibatkan murid yang berumur 5+ sahaja.

Kesediaan murid ke tahun satu dilihat dari aspek perkembangan Jasmani,


Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Tahap kesediaan murid ke tahun satu
dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu Kurang Bersedia, Bersedia dan
Sangat Bersedia.

-TAMAT-

You might also like