You are on page 1of 4

Kemapanan Alam Sekitar

Definisi :
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan
hidup.

Kata Kunci :
- Pengekalan keseimbangan alam sekeliling
- Sebagai tanggungjawab bersama

Contoh :
- Persatuan Peladang Malaysia telah mengadakan ceramah kepada peladang tentang cara
pengurusan ladang yang sistematik.
- Penduduk Kampung Cukai telah bekerjasama mengusahakan kawasan terbiar untuk menanam
pelbagai jenis tanaman.
- Pihak FELDA dan MARDI telah menolong para petani dan pekebun agar bertanggungjawab dalam
pengurusan tanah terbiar.
- Persatuan Pencinta Alam telah mengadakan kempen membersihkan kawasan tasik sekolah dan
memelihara pelbagai habitat tasik dan kolam di sekolah.
- Pihak pengusaha pelancongan bertanggungjawab memelihara kawasan lagun dengan memastikan
keseimbangan ekosistemnya.

Peka Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar


Definisi :
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Kata Kunci :
- Prihatin terhadap persoalan berkaitan dengan alam sekeliling
- Berusaha menyelesaikannya

Contoh :
- Penduduk Taman Selayang sanggup berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas
dan mengurangkan masalah pencemaran udara.
- Penduduk Kampung Jeram berusaha meningkatkan kualiti udara dengan mengurangkan
pembakaran sampah secara terbuka.
- Tabung Alam Sedunia ( WWF ) telah melancarkan kempen kesedaran untuk memulihara kawasan
tanah tinggi di negara ini.
- Lam Heng suka mendengar ceramah Persatuan Pencinta Alam di sekolahnya kerana dia
menganggap ceramah itu memberi manfaat kepadanya.
- Kerajaan mengharamkan penggunaan klolofluorokarbon (CFC ) dalam industri pembuatan yang
dapat menjejaskan kualiti alam sekeliling.

Keharmonian Antara Manusia Dengan Alam Sekitar


Definisi :
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya
kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Kata Kunci :
- Saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dan alam sekeliling
- Kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

Contoh :
- Penduduk Kampung Kurnia mengadakan gotong-royong menebas semak samun dan menanam
tayar-tayar serta tin di kawasan pembuangan sampah yang dikhaskan.
- Kilang kertas tisu menggunakan bahan kertas terpakai untuk membuat produknya.
- Sekolah Menengah Seri Murni mengadakan kempen mengutip surat khabar lama untuk tujuan kitar
semula.
- Sekolah Tinggi Muar mengadakan kempen mencantikkan kawasan sekolah dengan menanam
tumbuhan-tumbuhan renek di kawasan sekolahnya.
- Badan Penilaian Impak Alam Sekitar ( EIA ) Malaysia meluluskan projek-projek pembangunan yang
berteraskan pemuliharaan alam sekitar.

Menyayangi Dan Menghargai Alam Sekitar


Definisi :
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem.

Kata Kunci :
- Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling
- Mengekalkan keseimbangan ekosistem

Contoh :
- Kalimuthu menanam pokok-pokok renek hijau untuk mencantikkan kawasan persekitaran rumahnya.
- Kerajaan negeri Pahang telah menjalankan rancangan penanaman semula hutan untuk
menggantikan pokok-pokok hutan yang telah ditebang untuk tujuan pembalakan.
- Perdana Menteri Malaysia mengarahkan rakyat negara ini agar tidak membakar sampah secara
terbuka kerana ini akan menimbulkan masalah jerebu di negara ini.
- Kerajaan British dan Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk mewujudkan alam sekitar yang
sihat dengan memilih Sabah dan Sarawak sebagai kawasan tadahan dan perlindungan untuk
membekalkan udara bersih di dunia.
- Undang-undang negara melarang kilang-kilang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai atau
laut.

Bidang Pembelajaran 3: Alam sekitar

Nilai : Keharmonian antara manusia dan alam sekitar

Definisi : Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis


antara manusia dengan alam

sekitar supaya kualitinkehidupan manusia dan alam sekitar


terpeliahara.

Unit : Kebersihan Persekitaran Menjamin Keselesaan hidup

1. Kepentingan penjagaan persekitaran.


- Persekitaran bersih dan selesa
- Kualiti hidup manusia meningkat
- Manusia boleh terus hidup bergantung dengan benda hidup yang lain.
- Kualiti kehidupan alam persekitaran terpelihara.

2. Kesan sekiranya persekitaran tempat tinggal manusia kotor dan berbau.


- Tidak selesa
- Terdapat banyak lalat, nyamuk dan tikus
- menyebabkan manusia dijangkiti penyakit seperti deman denggi, taun,
dan malaria.

3. Penjagaan persekitaran merupakan tangggungjawab bersama.

4. Cara menjaga alam sekitar.


- Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
- Mengadakan kempen menjaga kebersihan sekolah
- Mengadakan program Penghijauan Alam
- Mewujudkan taman herba
- Mengitar semula bahan buangan

5. Contoh Amalan
- Ketua tingkatan sentiasa memastikan kelas berada dalam keadaan
bersih kerana mereka tidak selesa belajar di sekirany a kelas kotor.

Bidang Pembelajaran 3: Alam sekitar

Nilai : Menyayangi dan menghargai alam sekitar

Definisi : Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara


alam sekeliling untuk

mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Memelihara Menyelamatkan , melindungi, menjaga

Memulihara - memulihkan, serta memelihara, melindungi sesuatu supaya


sentiasa berada dalam

keadaan yang baik.

Unit : Hargai alam warisan kita

1. Ekosistem ialah system yang melibatkan tindak bals dan perhubungan


antara haiwan, tumbuhan , manusia dengan alam persekitarannya yang
tidak bernyawa.

2. Kepentingan saling bergantungan antara manusia, tumbuhan dan haiwan


- setiap benda hidup saling bergantung antara satu dengan yang lain.
- untuk mengekalkan keseimbangan ekositem

3. Menjaga alam sekitar adalah tangggungjawab semua pihak.

4. Cara menhargai dan menyayangi alam sekitar


- menjaga kebersihan alam sekitar
- tidak melakukan pembakaran
- tidak membuang sampah merata-rata
- pihak sekolah selalu mengadakan gotong-royong bagi membersihkan
kawasan sekolah.
- memberikan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dan cara
menjaga alam sekitar
- pihak berkuasa mengenakan hukuman pada pihak yang mengotori alam
sekiatr.

You might also like