You are on page 1of 10

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, atau D.

Pilih
satu jawapan yang tepat sahaja. Isikan jawapan anda di borang OMR yang
disediakan.

1. Apakah fungsi jantung ?

A Mengepam darah melalui sistem otot badan


B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan.
D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik

2. Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah


beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot. Sistem kardiovaskular
terdiri daripada

A ginjal, perut dan jantung.


B limfa, pankreas dan jantung
C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena

3. Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji

A kelenturan
B imbangan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

4. Aktiviti-aktiviti seperti dalam gambar rajah berikut dilakukan untuk

A. mengurangkan peredaran darah ke otak


B. menguatkan otot-otot dan sendi
C. mengelakkan kecederaan otot dan sendi
D. memperbaiki daya tahan otot

1
5. Antara gambarajah latihan berikut, yang manakah sesuai untuk meningkatkan
kepantasan seseorang pelari pecut.

A. B. B.

C. D. D.

Kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan

6. Penyataan di atas dapat didefinisikan sebagai kemahiran.

A. menahan
B. menyepak
C. menghantar
D. menyangga

Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan yang ditetapkan.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan servis?

A. Kemahiran menghalang rejaman pihak lawan


B. Kemahiran menghantar dan menyediakan bola
C. Kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang lawan
D. Kemahiran menyerang dengan memukul bola secara terancang ke dalam gelanggang
pihak lawan.

8. Menyangga amat penting dalam bola tampar untuk

A. mengawal bola
B. mematikan bola
C. melakukan rejaman
D. menghantar bola kepada lawan

2
Selepas bermain bola tampar, aktiviti menyejukkan badan dilakukan

9. Apakah faedah aktiviti menyejukkan badan (cooling down)

A. Untuk menghilangkan peluh


B. Untuk mengurangkan rasa tekanan
C. Untuk mengendur dan melegakan otot-otot badan
D. Untuk menyediakan tubuh badan pada tahap maksimum

10. Alatan yang digunakan dalam gimrama termasuk tali, gelung, bola, reben dan _____

A. Sapu tangan
B. Kipas reben
C. Belantan
D. Raket

11. Berikut merupakan faedah yang diperoleh daripada latihan kecergasan KECUALI

A. berasa sihat
B. kelihatan menarik
C. menikmati kehidupan yang sempurna
D. mengurangkan waktu belajar

12. Berikut merupakan nilai murni-murni yang boleh diperoleh daripada Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan KECUALI

A. semangat kesukanan
B. permainan bersih
C. mencabar lawan
D. budaya saing

13. Manakah antara berikut BUKAN matlamat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ?

A. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan


perlakuan motor.
B. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan
diri.
C. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
D. Membolehkan pelajar meninggalkan pembelajaran untuk mempertingkatkan mutu
permainan.

14. Penubuhan sesebuah persatuan sukan di peringkat sekolah mesti mendapat kebenaran
dan berdaftar dengan

A pengetua
B guru penasihat
C Jabatan Pendidikan Daerah
D Jabatan Pendidikan Negeri

3
15. Apakah agenda mesyuarat agung penubuhan persatuan sukan?

I Memilih ahli jawatankuasa


II Mengesahkan dokumen persatuan
III Merancang aktiviti tahunan persatuan
IV Menetapkan tarikh mesyuarat agung tahun berikutnya

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16. Antara yang berikut yang manakah peranan setiausaha persatuan?

A Mempengerusikan mesyuarat
B Memungut yuran persatuan
C Merancang jadual pertandingan
D Menguruskan semua hal surat-menyurat

17. Kerjaya ialah bidang pekerjaan yang menyumbang kepada

A pendapatan tetap
B pendapatan sampingan
C pendapatan masa lapang
D pendapatan tidak langsung

18. Antara yang berikut yang manakah dikategorikan sebagai kerjaya dalam sukan?

I Guru pendidikan jasmani


II Atlet profesional
III Jurulatih kecergasan
IV Pengetua sekolah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19. Pengulas sukan merupakan contoh kerjaya sukan secara

A langsung
B tidak langsung
C sambilan
D sementara

20.Semasa merancang sesuatu pertandingan sukan, apakah yang perlu diberi perhatian?

I. Kemudahan dan peralatan untuk pertandingan


II. Sumber wang yang mencukupi
III. Peserta yang mencukupi

4
IV. Objektif pertandingan

A. I, II dan III sahaja


B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III, IV

21. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan secara berlebihan?

I Ketinggian
II Berat badan
III Masa makan
IV Saiz dan jenis hidangan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

22. Penyakit obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit-penyakit serius seperti

A skurvi
B kanser
C rabun malam
D penyakit jantung koronari

23. Antara keburukan seks sebelum kahwin ialah

I mendapat pasangan
II mendapat penyakit kronik
III menjatuhkan maruah keluarga
IV mengandung anak luar nikah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

24. Berikut yang manakah bukan kesan daripada amalan pemakanan yang berlebihan?

A Strok
B Kanser
C Diabetes
D Hipertensi

25. Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah obesiti adalah seperti berikut

I amalkan cara hidup aktif


II amalkan pemakanan seimbang
III amalkan makan satu jenis makanan dan snek
IV amalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang

5
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

26. Selain daripada peningkatan penyakit yang serius, obesiti juga menyebabkan

A menghasilkan banyak tenaga


B meningkatkan kecergasan fizikal
C menghalang peningkatan kecederaan
D menghadkan keupayaan dalam aktiviti fizikal

27. Pengambilan gula dalam makanan boleh dikurangkan dengan cara berikut

I unakan pemanis tiruan dalam pemakanan


II minum air kosong berbanding minuman manis
III makan buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang ditinkan
IV gantikan gula dengan rempah ratus untuk menambahkan rasa semulajadi dalam
masakan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

28. Ciri-ciri umum individu yang mempunyai masalah makan berlebihan pada tahap yang
serius adalah seperti berikut

I makan mengikut jadual


II makan sehingga tersangat kenyang
III makan dengan kadar lebih cepat daripada biasa
IV makan dengan banyak walaupun tidak berasa lapar
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

29. Berikut yang manakah bukan cara-cara mengurangkan berat badan

A Mengamalkan cara hidup aktif


B Menetapkan matlamat untuk mengurangkan berat badan
C Menentukan pengambilan karbohidrat dan lemak yang tinggi
D Mengamalkan senaman tiga kali seminggu selama 20-30 minit

30. Apakah yang dikatakan makanan seimbang?

A Makanan mengandungi protein, karbohidrat dan vitamin


B Makanan mengandungi protein, karbohidrat dan garam mineral
C Makanan mengandungi protein, lemak dan vitamin dalam kadar yang sesuai

6
D Makanan mengandungi protein, karbohidrat, vitamin, garam mineral dan lemak dalam
kadar yang sesuai
31. Badan-badan dunia berikut membantu negara untuk mengatasi masalah malnutrisi
terutama di kalangan kanak-kanak KECUALI

A. UNICEF
B. BAM
C. WHO
D. FAO

32. Langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit dan kawalan penyakit boleh dilakukan
seperti berikut KECUALI

A. Pendidikan kesihatan
B. Tabiat yang sihat
C. Tidak melakukan hubungan seks sejenis atau sebarangan
D. Kawalan penggunaan suplemen makanan

33. Penyakit berikut boleh berjangkit, KECUALI

A. Selsema
B. Hepatitis A
C. Diabetes
D. A.I.D.S.

34. BMI (Indeks Jisim Badan) adalah satu petunjuk yang baik untuk kesihatan dan
kecergasan keseluruhan anda dan boleh digunakan untuk menganggar paras
lemak badan. Rumus yang betul untuk kiraan BMI yang betul ialah
2
A. Berat badan (kg) / Tinggi(m )
2 2
B. Berat badan (kg ) / Tinggi(m )
C. Berat badan (kg) / Tinggi(cm)
2
D. Tinggi(cm ) / Berat badan

35. Di antara berikut merupakan punca-punca Malnutrisi KECUALI

A. Tahap kesihatan yang rendah


B. Kekurangan sumber makanan
C. Kemiskinan
D. Tahap pendidikan yang tinggi

36. Siapakah tonggak pembentukan keluarga?

I Ibu
II Ayah
III Kakak
IV Nenek

A I dan II
B II dan III

7
C III dan IV
D I dan IV

37. Institusi keluarga boleh dikategorikan kepada dua iaitu

A keluarga kecil dan keluarga besar


B keluarga asas dan keluarga luas
C keluarga kecil dan keluarga asas
D keluarga luas dan keluarga besar

38. Apakah maksud perkahwinan?

A Keinginan untuk hidup berpasangan


B Keinginan untuk membina keluarga bahagia
C Ikatan yang dipersetujui oleh pasangan masing-masing
D Ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan mengikut hukum dan undang-
undang yang ditetapkan

39. Setiap ahli keluarga perlu berperanan dan bertanggungjawab bagi mewujudkan
keluarga bahagia. Apakah peranan dan tanggungjawab sebagai anak?

I Meringankan beban ibubapa


II Memelihara dan menjaga ibu bapa
III Menjaga kehormatan diri dan keluarga
IV Mengurus dan menyediakan keperluan keluarga

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

40. Berikut yang manakah bukan ciri sebuah keluarga bahagia.

A menghindari aktiviti berkeluarga


B mengimbangi kerjaya dan keluarga
C mengamalkan kasih sayang dan kemesraan
D mempunyai interaksi dan komunikasi efektif

41. Antara berikut yang manakah bukan langkah-langkah pencegahan dan menghindari
seks sebelum kahwin?

A Mengamalkan pergaulan bebas


B Menambahkan pengetahuan agama
C Meningkatkan ilmu mempertahankan diri
D Menambahkan pengetahuan tentang pendidikan seksualiti

42. Kebahagian rumah tangga boleh dikekalkan melalui..

I fahami serta ikuti ajaran agama


II selesaikan masalah secara hormat
III jangan bocorkan rahsia pasangan

8
IV menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada isteri

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

43. Jumlah tenaga yang dihasilkan oleh badan manusia diukur dalam nilai kalori
atau

A Gram (g)
B Kilokalori (kcal)
C Miligram (mg)
D Kilogram (kg)

44. Keperluan pengambilan makanan bagi setiap individu adalah berbeza-beza.


Faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan adalah

I umur
II jantina
III aktiviti
IV saiz badan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

45. Dalam penyediaan diet harian, kita perlu memilih corak pemakanan yang baik.
Antara panduan yang bukan dijadikan rujukan adalah

A gizi seimbang
B mengikut selera
C piramid makanan
D saranan Pengambilan Makanan (RDA)

46. Tindakan yang mesti diambil bagi mengurangkan stres semasa peperiksaan

A persiapan yang cukup


B tersalah jadual peperiksaan
C lewat tiba di tempat peperiksaan
D tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan

47. Apakah tindakan yang tidak sepatutnya diambil dalam persediaan menghadapi
peperiksaan ?

A Sediakan jadual ulang kaji


B Tetapkan sasaran dan objektif
C Makan berlebihan untuk dapatkan tenaga
D Bincang topik yang sukar difahami dengan rakan.

9
48. Berikut bukan strategi pengurusan stress

A bersenam
B pengasingan diri
C pengurusan masa
D mengamalkan pemakanan seimbang

49. Apakah antara tanda-tanda remaja telah terjebak dalam penagihan dadah ?

I Kemerosotan disiplin
II Semakin suka bergaul dengan rakan-rakan
III Mudah naik angin jika kemahuannya tidak dipenuhi
IV Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang untuk dijual.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

50. Faktor-faktor pencetus kepada pengambilan dadah ialah

I tekanan jiwa
II kurang pengetahuan
III pengaruh rakan sebaya
IV untuk cemerlang dalam peperiksaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

-KERTAS SOALAN TAMAT-

10

You might also like