You are on page 1of 3

Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir abad ke-20.

Pendahuluan

Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika
dan bukanlah negara Arab pada mulanya. Mesir mula terdedah kepada
kebudayaan Barat khususnya Perancis apabila tentera Napoleon berjaya menawan
Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamluk pada tahun
1798.

Namun penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga
tahun, Sultan Salim III menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan
Britain untuk merampas Mesir daripada tangan Perancis.

Isi-isi penting

1. Kemunculan golongan nasionalis

Diskriminasi pihak British telah mewujudkan golongan nasionalis yang menuntut


kemerdekaan Mesir dan sistem parlimen seperti di Barat. Pihak tentera(orang
Mesir) telah dikawal rapi oleh pihak British, manakala lulusan undang-undang
tidak disekat aktivitinya. Golongan pemimpin ini ialah Mohammad Farid dan
Mustafa Kamil.

Lulusan undang-undang dididik oleh pensyarah berketurunan Perancis yang


bertugas di Mesir. Mereka telah menjalankan kegiatan untuk menghasut pelajar
agar memusuhi pihak British. Hal ini berkembang dengan subur dan merasakan
diskriminasi British dalam bidang pentadbiran.

Walaupun kedudukan Mesir berada di Afrika Utara tetapi sebahagian besar


penduduknya merasakan mereka adalah sebahagian daripada orang Arab. Pihak
British cuba menghapuskan keadaan tersebut dengan menggalakkan masyarakat
Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan identiti Mesir.

Generasi baharu Mesir akan tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang
digunakan dalam al-Quran. Oleh itu timbul rasa gelisah dalam kalangan ulama
Mesir.

2. Pembukaan Terusan Suez

Pembukaan Terusan Suez sejak tahun 1869 menarik perhatian kuasa Barat
seperti Perancis dan British untuk sama-sama menguasainya sehingga mereka
berjaya memeteri perjanjian dengan Mesir supaya terusan ini menjadi terusan
antarabangsa yang akan membenarkan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia.

Kebijaksanaan pihak British memasang perangkap supaya Khedif ismail


dibelenggu masalah hutang dan akhirnya muflis membolehkan mereka
menguasai Terusan Suez.Terusan Suez menjadi sensitif kepada penduduk Mesir
kerana pihak penjajah akan menempatkan tentera di kawasan terusan
itu.Penduduk tempatan sememangnya tidak dapat berbuat apa-apa terhadap
perkembangan tersebut.

3. Faktor Politik

Suasana di Mesir antara tahun 1900 hingga 1918 tidak memihak kepada
penduduk tempatan. Mesir masih berada di bawah empayar Utmaniyah yang
diwakili oleh Khedif, namun kuasa pemerintahan sebenar berada di tangan pihak
British yang sudah bertapak kukuh sejak tahun 1882.

Kedua-dua pihak yang memerintah, iaitu Khedif dan pihak British tidak berusaha
membaiki keadaan rakyat dan pada masa yang sama tidak bersikap untuk
menerima kritikan serta protes daripada rakyat yang tidak sukakan mereka.

4. Kebudayaan masyarakat
Budaya masyarakat Mesir juga mengalami saat yang tenat akibat pengaruh
kebudayaan penjajah yang bersifat sekular. Akhbar dan majalah di Mesir selalu
mengungkapkan tulisan yang menyatakan Mesir merupakan sebahagian daripada
Eropah.

Akibatnya kebudayaan penjajah yang sekular mempengaruhi secara mendalam


rakyat Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.

5. Kedudukan ekonomi

Rakyat Mesir sangat lemah. Ramai wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah
kepada orang-orang British yang bekerja di tapak projek Terusan Suez. Ini
bermakna sebahagian besar masyarakat Mesir ketika itu hanya bergantung
kepada kedudukan ekonomi penjajah.

Biarpun Mesir merupakan negara yang kaya dengan hasil buminya, namun hasil-
hasil itu dikaut oleh pedagang-pedagang kaya dari Barat.

Pembinaan negara dan bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana dominasi
Barat terhadap negara Sungai Nil itu serta pemerintah yang mengabaikan
kebajikan rakyat.

Penutup

Akhirnya pada tahun 1922, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir


selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.

Sejurus kemerdekaan diumumkan, perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun


1923 dan Raja Fuad I ditabalkan menjadi Sultan Mesir. Dalam pilihan raya
pertama Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik
menjadi Perdana Menteri Mesir.

You might also like