You are on page 1of 6

LAPORAN POS

1.0 PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad atau nama ringkasnya SMKASM
merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Pangkalan Batu, Batu Berendam, Melaka.
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang menawarkan aliran agama yang terdiri daripada
keseluruhannya pelajar lelaki. Walau bagaimanapun, pelajar perempuan turut belajar di
sekolah ini sebagai pelajar tingkatan enam. SMKASM menawarkan beberapa subjek dalam
bidang teknologi maklumat ini. Antaranya, untuk pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat,
subjek Asas Sains Komputer dan Subjek Sains Komputer ditawarkan di sekolah ini. Subjek
Literasi Komputer turut di ajar kepada pelajar tingkatan dua, tiga dan tingkatan lima.

Pada 12 April 2017, saya telah menghadirkan diri Sekolah ini untuk memenuhi
tugasan saya yang dinamakan Program Orientasi Sekolah (POS). Untuk program ini, saya
telah memilih subjek Sains Komputer Tingkatan Empat yang di ajar oleh Puan Widyawati
Binti Zanibar, guru Teknologi Maklumat untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah tersebut. Tujuan POS ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada saya
tentang suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, POS ini juga memberi
peluang kepada saya untuk mengetahui strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
oleh guru tersebut serta cara yang digunakan oleh guru tersebut untuk mengawal kelas. Di
samping itu, melalui program ini, saya dapat mengetahui amalan sebenar serta dapat
mengaplikasikan teori semasa pengajaran dan pembelajaran.

Puan Widyawati merupakan guru yang berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang
Teknologi Maklumat. Beliau telah berkhidmat di SMKASM selama 10 tahun dan mengajar
subjek Sains Komputer, Asas Sains Komputer dan subjek Literasi Komputer. Beliau
merupakan seorang yang tegas dan patuh dalam melaksanakan tugasan beliau.
1.1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada hari tersebut,guru tersebut membuat pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan
topik struktur kawalan iaitu penggunaan if-else. Objektif pengajaran adalah untuk
memastikan 10 orang pelajar dapat menghasilkan algoritma struktur kawalan pilihan dengan
tepat. Guru ini menggunakan projektor lcd untuk membantu pengajaran dan pembelajaran
pada hari tersebut. Pengajaran pada hari tersebut adalah dari jam 8.30 am sehingga 9.30 am
iaitu berdurasi selama satu jam. Guru tersebut memulakan pengajaran dengan menanyakan
kepada pelajar mengenai tugasan yang di beri kepada mereka sewaktu tugasan tersebut
berlangsung. Guru bertanya kepada pelajar mengenai kehadiran pelajar sebelum meneruskan
pengajaran. Guru menyediakan projektor lcd sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran

Pelajar diminta untuk duduk secara berpasangan pada setiap komputer. Guru
menerangkan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar diminta untuk
memaparkan tugasan yang telah diselesaikan di komputer masing-masing sebelum di
paparkan di Main Komputer menggunakan platform VLE Frog. Guru juga meminta pelajar
untuk memuat naik tugasan mereka semula kerana mereka menghantar tugasan yang tidak
tepat dan tidak jelas.

Guru mengambil masa selama beberapa minit sebelum memulakan pengajaran


beliau. Guru meminta semula pelajar untuk memaparkan tugasan semula di skrin. Fokus guru
adalah untuk melihat sama ada pelajar boleh menyelesaikan tugasan dengan tepat atau tidak.
Guru meminta pelajar sukarela untuk memaparkan tugasan mereka dan guru menerangkan
kepada pelajar-pelajar yang lain mengenai jawapan yang dipaparkan di skrin.

Guru meronda di sekeliling pelajar untuk memantau tugasan yang di beri kepada
pelajar. Seterusnya, guru meminta pelajar yang lain untuk memaparkan tugasan mereka juga
dan guru membincangkan tugasan pelajar yang di paparkan di komputer utama. Guru
mengingatkan pelajar untuk melaksanakan tugasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang
perlu dilaksanakan dalam bulan Julai.
Guru menggunakan teknik pilihan untuk memilih pelajar membuat keputusan secara
rawak untuk memaparkan tugasan bagi tugasan yang seterusnya. Guru memberikan contoh
yang dekat dengan pelajar untuk memudahkan pelajar memahami tugasan yang di beri
dengan berkesan.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru meminta pelajar untuk menyiapkan
tugasan yang di beri. Pelajar menyelesaikan tugasan yang terakhir sebelum pelajar
meninggalkan makmal pembelajaran.
1.2 CARA RPH DISUSUNKAN DAN DIBENTUK

Guru membuat RPH menggunakan modul yang didapati dari Bahagian Pendidikan dan
Kurikulum (BPK). Modul tersebut digunakan oleh guru untuk memastikan pengajaran guru
bersesuaian dengan tajuk yang hendak dipelajari. RPH disusun menggunakan format yang
telah di tetapkan oleh Panitia Teknik dan Vokasional di sekolah tersebut.

Untuk susunan RPH, guru menyusun RPH dengan cermat. Sungguhpun begitu, RPH
guru ini didapati tidak lengkap disebabkan atas beberapa perkara. Antaranya, hasil
pembelajaran pengajaran guru tidak dinyatakan dengan lengkap. Aktiviti pengajaran untuk
set induksi dan set deduksi juga tidak dinyatakan secara terbuka dan tidak diterapkan dalam
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Aktiviti Pengajaran juga tidak dinyatakan secara jelas
dalam RPH guru tersebut. Sungguhpun begitu, kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk
membentuk RPH dinyatakan di dalam RPH yang dibekalkan oleh guru.

1.3 BBM YANG DIGUNAKAN DAN TUJUAN BBM TERSEBUT

Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru tersebut adalah lembaran kerja, komputer
dan tugasan. Pelajar diberi lembaran kerja untuk memastikan pelajar tidak terlepas dalam
menyelesaikan tugasan yang di beri. Tujuan penggunaan Projektor LCD adalah untuk
menarik perhatian pelajar terhadap objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru
juga memanfaatkan penggunaan teknologi dengan meminta mereka menggunakan BBM
tersebut dan tidak

Guru menggunakan sepenuhnya platform VLE Frog ini untuk memantau tugasan
yang di beri olehnya. Tujuan BBM ini adalah untuk memastikan pelajar tidak menyimpang
daripada tujuan asal mereka dalam proses mencari maklumat. Guru boleh memantau
pergerakan pelajar dengan menggunakan platform yang projek VLE yang telah disediakan.
1.4 PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF

Guru menggunakan penilaian formatif ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Penilaian formatif bermaksud satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap
penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Guru telah menilai pelajar dengan
bertanyakan pelajar soalan tentang topik yang diajar. Manakala penilaian sumatif pula
dilakukan ketika peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun. Pelajar diuji dengan soalan
tentang topik yang mereka telah belajar bertujuan untuk menguji tahap kefahaman dan
pencapaian pelajar. Untuk sumatif, guru didapati tidak membuat penilain sumatif pada hari
tersebut. Hal ini adalah kerana subjek tersebut tidak cukup wajaran masa untuk pergi ke
halaman seterusnya.
2.0 PENGAJARAN BERSAMA GURU BILIK DARJAH (team teaching)

Berdasarkan pemerhatian, ketika guru tersebut sedang mengajar, saya dapati beliau masih
belum menguasai topik tersebut dengan sebaiknya. Hal ini adalah kerana kebarangkalian guru
untuk menguasai tajuk secara sepenuhnya agak lemah kerana pengenalan subjek yang
terbaharu kepada pelajar serta guru. Subjek ini merupakan subjek yang agak baharu dengan
pengetahuan sedia ada pelajar dan guru serta mengakibatkan guru juga mengambil masa
untuk memahami dan melaksanakan secara penuh serta mengimplementasikan kepada
pelajar. Pengajaran guru juga agak membosankan kerana didapati ada pelajar yang tidak
menumpukan perhatian kepada guru sewaktu guru mengajar. Guru tersebut juga boleh
mengawal kelas dengan baik. Hal ini dibuktikan dengan penglibatan pelajar sewaktu pelajar
diminta untuk menghantar tugasan dan memaparkan tugasan tersebut ke projektor lcd. Tiada
murid yang membantah sewaktu Puan Widyawati memberi arahan.

Kelemahan yang saya lihat sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pn
widyawaty

3.Refleksi secara kritikal tentang:


- apa yang anda pelajari semasa melihat guru mengajar dan semasa pengajaran bersama
- bagaimana pengetahuan yang diperolehi tentang proses pdp guru dan pdp anda tersebut
berupaya meningkatkan lagi kualiti anda dalam bilik darjah sendiri
- cara guru dan anda mengawal dan mendisiplinkan murid-murid
- cara guru dan anda membuat penilaian

3.Rumusan dan perancangan untuk Makro-pengajaran 2 sendiri

You might also like