You are on page 1of 1

1.

Anomali

Anomali merupakan satu masalah yang timbul kesan daripada perancangan yang
kurang baik dan rapi. Oleh yang demikian, reka bentuk pangkalan data hendaklah
bersesuaian serta elakkan daripada menyimpan data dalam satu jadual sahaja. Simpan
data dalam beberapa jadual di mana penentunya sama dan boleh dicapai. Terdapat tiga
jenis anomali iaitu susupan, hapusan dan ubahsuaian.

1.1 sisipan

Berlaku apabila kemasukan satu fakta berkenaan satu perkara memerlukan fakta
berkenaan dengan perkara lain turut dimasukkan.

Contoh: biji benih baharu iaitu biji tembikai telah ditambah ke dalam senarai biji benih.
Tetapi data tidak dapat dipaparkan kerana tiada pelanggan yang memesan biji benih
sebelum biji tembikai. Data untuk biji benih tembikai tidak akan muncul selagi tiada
pembeli yang memesan biji benih sebelum biji tembikai tersebut.

1.2 Hapusan

Anomali ini berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai data dalam hubungan.
Selain itu, Ia berlaku apabila fakta berkenaan 2 perkara atau lebih akan terlepas dengan
satu arahan hapus dilaksanakan.

Contoh: Encik Azman hanya ingin membatalkan salah satu pesanannya, rekodnya perlu
dibuang. Tetapi perkara yang turut terbuang ialah maklumat yang tidak sepatutnya
dibuang di mana perkara tersebut penting dan berkait dengan encik Azman. Rentetan
daripada itu, dua perkara akan terhapus iaitu Maklumat Pelanggan iaitu encik Azman
dan barang yang dipesannya.

1.3 ubahsuai

Anomali ubahsuai berlaku apabila hendak mengubah satu nilai data dalam hubungan.
Pengubahsuaian data yang sama secara berulang kali dan data yang sama akan
menyebabkan ianya terjejas.

Contoh : jika berlaku perubahan harga barang untuk satu jenis barang, maka hendaklah
menukar keseluruhan harga barang tersebut.

You might also like