You are on page 1of 3

SK SUNGAI ULAR, KUANTAN, PAHANG

MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA

SESI 2016

______________________________________________________________________________

Rujukan kami :

Tarikh : 30 Disember 2015

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi

Tempat: Kelas 2 Baitul Aliim

Kehadiran :

1. Encik Mohd Istajib bin Suboh


2. Encik Mohd Sidek bin Taher
3. Puan Melissa Baiyah binti Ibrahim
4. Puan Azimah binti Ahmed

2. Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Kata-kata aluan ketua panatia.


2. Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2016
3. Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah.
4. Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi
5. Program Perkembangan Staf
6. Pelan Tindakan Panitia Sejarah
7. Hal-hal lain

Bil Perkara Tindakan


1.0 Kata-kata Aluan Ketua Panatia
1.1 Encik Mohd Istajib bin Suboh selaku Ketua Panitia Sejarah mengalu-
alukan kedatangan semua guru yang hadir untuk Mensyuarat Panitia
Sejarah Kali Pertama Sesi 2016. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat
ini diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju subjek Sejarah
bagi tahun 2016 di SK Sungai Ular ini.

2.0 Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2016

2.1 Jawatankuasa baru dibentuk bagi sesi 2016 ini. Encik Mohd Istajib
Suboh dilantik untuk menjadi ketua panitia menggantikan Puan Nordiana
binti Maarof yang tidak lagi mengajar subjek ini.

3.0 Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah

3.1 Bagi tahun 2016, Panitia Sejarah masih mengharapkan agar keputusan
ujian tahun ini berpencapaian lulus 100%.

4.0 Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi

4.1 Semua guru sejarahs mesti mempunyai set DSKP bagi memudahkan
urusan pengajaran dan pembelajaran.
Format Rancangan Pengajaran Harian adalah seperti berikut
Tema/ Tajuk
Objektif / Hasil pembelajaran
Aktiviti
Bahan
Refleksi

5.0 Program Perkembangan Staf


5.1 Guru Sejarah yang menghadiri kursus atau bengkel berkaitan subjek
sejarah perlu memberikan kursus dalam kepada guru sejarah lain yang
terdapat dalam panitia.

6.0 Pelan Tindakan Panitia Sejarah

6.1 Ketua Panitia Sejarah mengharapkan pelan tindakan yang telah


dibincangkan dalam panitia dapat dijalankan mengikut perancangan yang
telah ditetapkan.

7.0 Hal-hal lain

7.1 Program atau aktiviti yang akan diadakan pada tahun 2016 di bawah
kendalian Panitia Sejarah akan diputuskan kelak selepas ketua panitia
berjumpa dengan penolong kanan pentadbiran. Pelan tindakan panitia
juga akan dikemukakan kelak.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh

__________________ _________________

(Puan Azimah binti Ahmed) (MOHD ISTAJIB BIN SUBOH)

Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah

You might also like