You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI DAMAI, JALAN 17/13, SEKSYEN 17

46400 PETALING JAYA, SELANGOR

MINIT MESYUARAT KURIKULUM PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 2 MAC 2017 (KHAMIS)


Masa : 1.40 Petang
Tempat : Bilik Musyawarah SK Sri Damai
Kehadiran : 3/3

Bil Nama Jawatan

1. Pn. Siti Norhafisyah binti Azib Guru Pen. Pentadbiran


2. En. Khairul Azman bin Hasamim
3. En. Mohammad Hashim Ko bin Abdullah

Urus Setia Mesyuarat :

1. En. Mohammad Hashim Ko bin Abdullah

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru.

1.2. Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen
terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun oleh panitia
Pendidikan Moral untuk tahun ini

1.3. Beliau mengharapkan guru-guru yang terlibat dengan PdP dapat memberikan komitmen
yang sepenuhnya agar murid-murid mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan.

(Makluman : Semua guru Panita RBT)

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lepas

3.0 PERKARA BERBANGKIT


1
3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 PENGURUSAN FAIL PANITIA

4.1 Pengerusi mengingatkan agar fail-fail panitia diuruskan bermula seawal Februari ini
terutamanya selepas mesyuarat pertama diadakan.

4.2 Pengerusi mengingatkan agar fail-fail tersebut mestilah mengandungi senarai


jawatankuasa, Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi, minit mesyuarat, biodata guru
yang mengajar serta aktiviti tahunan selain RPT dan DSKP serta apa sahaja yang
melibatkan panitia.
(Makluman/ Tindakan : Guru Panitia)

5.0 PENYEDIAAN RPT

5.1 Semua RPT mestilah mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan disediakan oleh
KPM.
(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

6.0 AKTIVITI TAHUNAN


1.1 Amali Projek (Jan- Oktober)
1.2 Amali Masakan (Julai )

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)


7.0 HAL HAL LAIN

7.1 Peruntukan masa mengajar untuk RBT


7.1.1 Peruntukan waktu mengajar untuk TMK dan RBT adalah 2 masa seminggu (1 jam)
yang diajar secara berselang-seli.

7.1.2 Guru-guru yang terlibat perlulah menghabiskan sukatan mengikut masa yang telah
ditetapkan.

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

7.2 Ujian RBT


7.2.1 Walaupun RBT merupakan matapelakaran dibawah KSSR, akan tetapi pihak
sekolah telah menetapkan supaya 2 kali ujian tetap diadakan bagi mengukur tahap
pencapaian murid-murid.

7.2.2 Dua kali ujian yang dimaksudkan ialah Ujian Penggal 1 dan Ujian Penggal 2

7.2.3 Oleh itu, disamping menguji Tahap Penguasaan (TP) mereka, penilaian sumatif turut
diadakan untuk kebaikan akademik murid-murid.

7.2.4 Guru matapelajaran hendaklah menyediakan soalan yang kemudiannya akan


disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum
diperbanyakkan.
2
(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

7.3 Penyediaan Soalan untuk TMK


7.3.1 Soalan yang disediakan mestilah mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A
( objektif) dan Bahagian B (Subjektif).

7.3.2 Bahagian A memperuntukkan 40 markah dan Bahgaian B pula memperuntukkan 20


markah, manakala markah projek ialah 40

7.3.3 Guru-guru digalakkan membina soalan dengan berpandukan menggunakan JSU.

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.


8.2 Beliau berharap mana-mana program yang telah dirancang akan kita laksanakan menikut
kemampuan kita. Dengan adanya penambahbaikkan, beliau amat berharap semuanya akan
berjalan lancar.
8.3 Beliau juga mengingatkan dalam apa sahaja pengurusan, soal integriti adalah asas kepada
perkhidmatan kita.
8.4 Amatlah diharapkan pada tahun ini panitia TMK akan bergerak dengan lebih aktif dan
efektif.
8.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

( Khairulazman bin Hasamim) (En. Mohd Nazam bin Noordin)


Ketua Panitia RBT GPK Kurikulum SK Sri Damai

You might also like