You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27(2)

BIL 2 TAHUN 2015

Tarikh: 2 April 2015

Masa: 1.30 ptg

Tempat : Bilik Sains 2

Kehadiran

1. Pn. Azimah bt Abd. Ghani Pengerusi


2. En. Noor Hashimi Bin Hassan
3. En. Nuzhardinata bin Nuzbar
4. Pn Dayang Norlidyawati binti Awang Abu Bakar
5. Pn. Zuraida binti Piai
6. En. Md. Lutillah bin Ibrahim
7. Syed Adnan Bin Syed Jaafar Setiausaha

1. Ucapan Pengerusi (Pn. Azima binti Abd Ghani)

1.1 Pn. Azima binti Abd Ghani mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
Panitia Sains 2015 kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat panitia Sains
kali 2 pada tahun ini.

2. Pengesahan minit

2.1 Minit mesyuarat bil. 1 2015 :


Cadangan : En. Nuzhardinata bin Nuzbar
Sokongan : Pn. Zuraidah binti Piai

3. Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. Pembentangan isu/ Laporan

4.1 Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Panitia sains perlu menyediakan Pelan


Taktikal dan Pelan Operasi sepanjang tahun 2015 dan meminta agar
semua panitia menyumbang idea dan laporan untuk dimasukkan ke
dalam pelan Operasi.
4.1.2 Pelan Taktikal dan Pelan Operasi perlu siap sebelum cuti sekolah dan
perlu dihantar untuk salinan fail induk dan fail Panitia.

(Tindakan : Makluman )
4.2 Penggubal soalan Tahun 6

4.2.1 Ahli Panitia sebulat suara bersetuju menetapkan penggubal soalan bagi
peperiksaan Tahun 6 adalah seperti berikut:

BIL TARIKH UJIAN NAMA PENGGUBAL

1 10 13 Mac 2015 Ujian Bulanan 1 Pn. Azima Bt Abd Ghani

2 11 15 Mei 2015 PKSR 1 En. Nuzhardinata B.


Nuzbar

3 21 23 Julai 2015 Peperiksaan Pn. Azima Bt. Abd Ghani


Percubaan

4 17 20 Ogos 2015 Ujian Bulanan 2 En. Nuzhardinata B.


Nuzbar

5 25 27 Ogos 2015 Gerak Gempur En. Noor Hashimi B.


Hassan

4.2.2 Pengerusi meminta agar semua penggubal soalan peperiksaan agar


menyiapkan semua soalan 3 minggu awal sebelum tarikh peperiksaan.

4.2.3 Soalan yang telah disiap perlu dihantar kepada Ketua Panitia terlebih
dahulu untuk disemak kemudian di hantar kepada Penolong Kanan untuk
disahkan.

4.2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa penggredan peperiksaan bagi tahap 1


dan tahap 2 kecuali tahun 6 adalah seperti berikut :

Markah Yang Diperolehi Gred

85 - 100 A
70 - 84 B
60 - 69 C
59 - 50 D
49 - 40 E
39 - 01 F
0 Tidak Hadir
(Tindakan :Semua ahli Panitia Sains )

4.3 PBS / PEKA


4.3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua guru sains tahun 1, 2, 3, 4, dan 5
agar mengisi pentaksiran berasaskan sekolah dalam sistem Offline
selepas sahaja selesai ujian PKSR 1.

4.3.2 Satu salinan perlu diserahkan kepada setiausaha untuk dimasukkan ke


dalam fail panitia. Semua guru perlu menyiapkan dan menghantar
salinan kepada setiausaha.

4.3.3 Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli panitia terutama guru-guru


tahun 6 supaya dapat melaksana PEKA sekurang-kurangnya 6 amali
sebelum bulan September bagi menghantar data PEKA kepada PPD
(Pejabat Pelajaran Daerah)

(Tindakan : Semua ahli Panitia Sains)

7.1 Hal-hal lain

7.2 Kelas Tambahan Tahun 6

7.2.1 Pengerusi memaklumkan kelas tambahan tahun 6 telah dijalankan setiap


sabtu. Semua guru sains tahun 6 terlibat.

7.2.2 Pengerusi mengingatkan jika terdapat sebarang masalah untuk hadir


pada hari sabtu guru sains tersebut perlu memaklumkan kepada
Penyelaraslebih awal supaya boleh diganti dengan guru sains yang lain.

7.2.3 Penyertaan dari guru tahap 1 sangat-sangat dialu-alukan bagi membantu


kelancaran dan menyumbang tenaga untuk meningkatkan prestasi
pencapaian matapelajaran sains untuk UPSR pada tahun ini.

7.3 Kumpulan WhatsApp

7.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kumpulan whatsApp akan ditubuhkan


untuk memudahkan sebarang penyaluran maklumat dan perkongsian
aktiviti. Sebarang gambar aktiviti atau amali boleh diambil gambar dan
dimasukkan ke dalam whatsApp.

7.3.2 Program Tahun 6 perlu dijalankan selepas UPSR dan perlu menyediakan
laporan untuk aktiviti tahunan Panitia Sains pada tahun ini.

(Tindakan : Semua ahli Panitia Sains)


6.0 Penangguhan Mesyurat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

------------------------------------- -------------------------------------

(SYED ADNAN BIN SYED JAAFAR) PN. AZIMA BT ABD GHANI

Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains

You might also like