You are on page 1of 2

KELAB GURU DAN STAF

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU


JALAN PAYA TERUBONG, 11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG TEL : 04-6425207

___________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KGS KALI KETIGA

Tarikh : 11 Ogos 2014

Hari : Isnin

Masa : 1.35 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SKSR

Kehadiran : 1) Puan Morni bt. Yusoff Wakil Penasihat

2) En. Syariman b. Alias Naib Pengerusi

3) En. Muhamad Adrie b. Kamarudin Setiausaha

4) En. Mohd Fairol Zaki b. Mohd Noor AJK

5) Pn. Shuhada bt. Ghazali AJK

6) Pn. Siti Hajar bt. Yaacob AJK

7) Pn. Johana bt. Hassan AJK

Tidak hadir : 1) Pn. Norsilawati bt. Ishak

(bersebab) 2) Pn. Nor Azizah bt. Yusoff

3) Pn. Ida Royani bt. Mahadi

4) En. Roslan bt. Ismail

1.0 Ucapan Naib Pengerusi

1.1 Naib Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa dan


mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke mesyuarat ahli
jawatankuasa kali ketiga ini.

2.0 Ucapan Penasihat Kelab

2.1 Tiada ucapan penasihat kelab.


3.0 Perbincangan Program

3.1 Jamuan Hari Raya

3.1.1 En. Syariman b. Alias menyatakan bahawa jamuan hari raya yang akan diadakan
pada 16 Ogos 2014 ini hanya melibatkan guru sahaja. Jamuan hari raya untuk murid
akan diadakan pada hari yang berlainan.

3.1.2 Kos makanan akan ditanggung oleh KGS dan beserta dengan peruntukan makanan
yang disediakan oleh LDP. Guru-guru turut digalakkan untuk membawa makanan
sendiri sebagai tambahan.

3.2 Jamuan Akhir Tahun 2014

3.2.1 Pn. Morni mencadangkan Traders Hotel sebagai tempat untuk mengadakan jamuan
akhir tahun untuk KGS. En. Syariman mencadangkan Vistana Hotel sebagai tempat
jamuan dan turut mencadangkan jamuan diadakan pada waktu tengah hari.

3.2.2 Mesyuarat akhirnya memutuskan untuk mendapatkan cadangan dan undian dari
semua guru tentang tempat dan masa yang sesuai bagi mengadakan jamuan akhir
tahun KGS. Undian akan dijalankan pada 16 Ogos, selepas selesai LDP.

4.0 Ucapan Penangguhan

4.1 En. Syariman selaku Naib Pengerusi KGS, SKSR mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir pada mesyuarat kali ketiga ini.

4.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................... ....................................
(MUHAMAD ADRIE BIN KAMARUDIN) (PN. NOR AZIZAH BT. YUSOFF)

Setiausaha Pengerusi

KGS sesi 2014/2015 KGS sesi 2014/2015

SKSR SKSR

You might also like