You are on page 1of 13

SULIT

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


TAHUN EMPAT

1
1 minit Satu jam lima belas minit
4 4

NAMA: . TAHUN 4:.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini
3. Tiap-tiap soalan dalam BAHAGIAN A dikuti oleh empat pilihan jawapan A,B.C dan D. Bagi setiap soalan, piilih
satu jawapan sahaja.
4. Bagi setiap soalan dalam BAHAGIAN B,jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas
soalan ini.

BAHAGIAN A
NO. SOALAN MARKAH
1-20

BAHAGIAN B

21
(a)

(b)
22
(c)

(a)

(b)
23
(c)

(a)

(b)
24
(c)

(a)

(b)

25 (c)

(d)

Jumlah

Penggubal soalan, Disemak oleh, Disah,

. .. ..,

(Rohayati bt Abdul Shukor) ( Juhaida bt Shaari) ( )


Penggubal soalan Ketua Panitia
Bahasa Melayu

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

011 [Lihat halaman sebelah

SULIT

BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. Cikgu, bolehkah ___________ pergi ke perpustakaan? tanya Saroja.


A kamu
B kami
C kita
D saya

2. ____________ tidak bersalah, tuanku, kata Dang Melur kepada Permaisuri Cendana.

A Beta
B Kami
C Kalian
D Patik

3. ______________ kamu semua akan sampai tepat pada masanya esok.


A Jangan
B Tolong
C Sila
D Harap

4. Kelab Seni dan Budaya telah menganjurkan pertandingan nyanyian untuk __________ bakat para
pelajar.

A mengajar
B mencari
C mencungkil
D mengasuh

5. Bau ______________ daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci dengan tepung gandum.

A hapak
B hamis
C. busuk
D. hanyir

2
7. Polis trafik menahan pemandu lori itu kerana tidak membawa __________ memandu.

A permit
B tiket
C lesen
D kad

8. Sofea mengucapkan tahniah _________ Amir kerana memenangi pertandingan bercerita.

A dari
B daripada
C kepada
D ke

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9. Air kopi panas itu ______________ pada seluar adik.

A tergolek
B tertumpah
C terbaring
D terhempas

10 Kok Meng _____________ selepas makan makanan di kantin pada waktu rehat tadi.
.
A muntah-muntah
B pulang-pulang
C pusing-pusing
D guling-guling

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Ibu menggunakan ___________ pisau khas untuk mengukir beberapa ________ bawang besar untuk
dijadikan hiasan makanan,
A sepucuk ..... ulas
B sebilah ....... ulas
C setangkai ...... biji
D sebatang .. biji

12 Para peserta pertandingan gubahan bunga itu cepat-cepat menyiapkan gubahan mereka kerana masa
3
. semakin ________.
A cepat
B suntuk
C lampau
D laju

13 Hanie _______________ bungkusan pos laju yang diterimanya daripada posmen kepada Johari.
.
A menuliskan
B menyatakan
C menyerahkan
D mengumumkan

Soalan 14
Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

14 Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.

A buah hati
B buah mulut
C buah tangan
D buah pena

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Guru Besar merasmikan Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu.

A Persatuan Bahasa Melayu penganjuran Pertandingan Pidato yang Guru Besar rasmikan.
B Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Guru Besar dirasmikan oleh Persatuan Bahasa
Melayu.
C Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dirasmikan oleh Guru
Besar.
D Guru Besar menganjurkan perasmian Pertandingan Pidato Persatuan Bahasa Melayu.

Soalan 16
Pilih ayat yang betul

16 A Sejak bila engkau mula menulis cerpen? tanya wartawan itu kepada Encik Kasman.
B Kamu sedang baca buku apa? tanya Mawar kepada Diana.
C Amboi, sakitnya perutku ini! kata Syazira.
D Marilah ikut kita bermain buaian petang nanti, pelawa Chan kepada Ramu.

4
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur biasa. Ia juga mempunyai
jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur biasa.

Telur ini mengandungi asid lemak omega 3 , vitamin E, vitamin A dan vitamin D. Vitamin ini secara
tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, dan penyakit barah.

Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya agak besar.Telur Omega ini juga
boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otak, sistem saraf dan tisu-tisu mata
( retina ).

Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Walaupun harganya lebih mahal sedikit tetapi ia
amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga. Pada masa kini, orang ramai sudah mula mementingkan
pemakanan sihat dan seimbang.

Kerajaan telah menggalakkan rakyat agar sentiasa menjaga pemakanan untuk menjamin kesihatan yang
lebih baik.

17 Apakah kelebihan telur Omega 3?

A kerana saiznya
B kerana harganya mahal
C kerana kuantitinya banyak
D kerana ia mempunyai banyak khasiat
18 Vitamin-vitamin ini terkandung dalam telur Omega 3, kecuali

A vitamin A dan E
B vitamin D dan E
C vitamin A dan C
D vitamin A dan D
19 Telur merupakan makanan yang tergolong dalam kumpulan.

A serat
B protein

5
C mineral
D karbohidrat

20 Mengapakah kandungan kolesterol yang tinggi dalam makanan bahaya kepada tubuh
badan kita?

A tulang kita mudah reput


B badan kita menjadi lemah
C sering mengalami sakit kepala
D mudah mendapat pelbagai penyakit

BAHAGIAN B
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuau untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi,

di permainan kepada aktiviti

pada menyertai daripada ke

Amin dan rakan-rakannya berkumpul ____ dewan sekolah. Mereka hendak ____________ aktiviti
yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Mereka menyahut seruan guru-guru yang menggalakkan
mereka supaya melibatkan diri dalam kokurikulum. Mereka sedar bahawa ________ kokurikulum banyak
memberikan kebaikan _________mereka. Mereka mahu memanfaatkan peluang itu untuk mengilap bakat
dan kemahiran mereka. Mereka percaya bahawa aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi insan
yang lebih cemerlang. (4 markah)

Soalan 22
a. Garisi kata nama kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Kita perlu membersihkan tempat tidur pada setiap hari.

2. Ayah menjolok buah cempedak itu dengan sebatang galah.

3. Penyanyi baharu itu menyanyi dengan penuh semangat.


(3 markah)
Soalan 23

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Ayat
tanya :

6
____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Jawapan : Usahawan muda itu mempromosikan ternakan ikan hiasannya melalui internet.
( 2 markah)

7
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas


____________________________________ (2 markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan pemahaman.

Tudung saji merupakan hasil kraf tangan masyarakat Melayu yang unit dan berseni. Biasanya,
tudung saji dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Rotan atau buluh akan
dibentuk bulat untuk dijadikan kerangka tudung saji. Rotan menjadi pilihan sebagai kerangka kerana
sifatnya yang mudah dilentur.

Proses membuat tudung saji tidak mudah. Mula-mula daun mengkuang pandan atau buluh perlu
diraut terlebih dahulu. Kemudian, bahan-bahan tersebut perlu dianyam seperti tikar, sewaktu membuat
anyaman, satu bucu yang tajam akan dihasilkan. Bucu yang tajam ini akan menjadikan anyaman tersebut
berbentuk tudung saji. Selepas dibentuk, tudung saji akan dicorakkann dengan pilihan warna yang
dikehendaki. Namun begitu ada juga yang mencelup daun pandan atau mengkuang dengan warna terlebih
dahulu sebelum daun-daun tersebut dibentuk dan dianyam. Kaedah tersebut dapat menjimatkan masa.

Seiring dengan peredaran zaman, kegunaan tudung saji turut berubah. Jika dahulu, tudung saji
digunakan untup menutup makanan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk. Tetapi kini, tudung saji
dijadikan barang perhiasan dan cenderamata untuk diberikan kepada pelbagai pihak.

a. Tudung saji ialah __________________________________________________________


(1 markah)
b. Apakah kegunaan tudung saji?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai
contoh.

Tudung saji sangat mudah dihasilkan.

betul
8
Daun mengkuang, daun pandan, dan daun
sirih boleh dibuat tudung saji.

salah
Rotan dijadikan sebagai kerangka kerana
sifatnya yang mudah dilentur.

Kaedah mencelup daun pandan dengan


warna sebelum daun tersebut dianyam
dapat menjimatkan masa.

(2 markah)

Soalan 24

Baca petikan surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

No. 3, Jalan Anggerik Jaya 11,


Taman Anggerik Jaya,
18310 Gua Musang,
Kelantan.

25 Mei 2017

Menemui sahabatku, Roslan yang berada di Sungkai, Perak. Apa kahabar? Semoga saudara sekeluarga
sihat sejahtera.

Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya semasa berada di
kampung. Kebetulan pada waktu itu musim buah-buahan. Saya pun mengambil peluang tersebut untuk
mengikut datuk saya ke dusun duriannya.

Terdapat sebuah pondok di dusun durian itu. Saya berpeluang untuk menunggu durian gugur di
dusun tersebut. Saya berasa sangat teruja kerana dapat mengutip buah-buahan durian yang gugur.
Walaupun terpaksa digigit nyamuk, saya gembira melakukan kerja tersebut
.
Selain itu, saya berpeluang untuk mengetahui buah durian yang gugur itu masak atautidak.
Caranya agak mudah, iaitu dengan menggoncang buah durian tersebut. Datuk memberitahu saya, jika
terdengar bunyi pergerakan pada isinya, maka buah durian itu sudah masak.

Nampaknya, sampai di sini sahaja warkah saya buat kali ini. Sampaikan salam saya kepada
keluarga saudara.

Sahabatmu,

Hussin

a. Perkataan dusun dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan __________________

(1 markah)

b. Mengapakah Hussin berasa gembira di dusun durian datuknya?

_______________________________________________________________________
9
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

c. Bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada buah durian itu sudah masak?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

d. Adakah kamu gemar makan buah-buahan tempatan? Mengapa?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

( 3 markah)

Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bersarang rendah si burung tempua,


Diambil Si Uda untuk Si Dara;
Senyuman diukir sewaktu bersua,
Hubungan baik pasti terpelihara.

10
Murai berkicau setiap masa,
Dari pagi membawa ke senja;
Susah senang sama dirasa,
Tolong - menolong setiap ketika,

Pipit riang di lading huma,


Tidak terbilang tidak terlawan;
Berbeza bangsa dan agama,
Bukan penghalang untuk berkawan.

Terbang helang di angkasa raya,


Terbang merentasi gunung dan rimba;
Usah sombong bermasam muka,
Ceriakan diri bertegur sapa.

Burung nuri hinggap di dahan,


Sayapnya luka terkena jerat;
Kekalkan muhibah sesame rakan,
Sampai tua terjalin erat.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
(2 markah)

b. Berdasarkan rangkap kedua pantun,apakah cirri-ciri kawan yang baik ?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(1 markah)

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.

Bersahabat dengan orang yang seagama dan sebangsa sahaja

Bermanis muka dan bertegur sapa dengan rakan sebaya

(1 markah)
d. Terangkan maksud baris-baris sajak di bawah ini.

Kekalkan muhibah sesama rakan,


Sampai tua terjalin erat.

11
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

12
13

You might also like