You are on page 1of 1

PENDAFTARAN PERNIAGAAN SECARA PERCUMA MELALUI SKIM

1PELAJAR 1PENDAFTARAN PERNIAGAAN


Berkuatkuasa 1 Januari 2017, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin
mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran.

Inisiatif ini diberikan melalui geran RM10 juta yang telah diperuntukkan khas oleh SSM yang mana ia
akan dibahagikan sebanyak 1 juta setiap tahun bagi tempoh 10 tahun.

Melalui geran tersebut setiap pelajar yang memohon hanya layak sekali sahaja mendaftarkan
perniagaan sama ada di bawah milikan tunggal (nama perniagaan menggunakan nama sendiri seperti
di kad pengenalan atau nama tred) ataupun perniagaan perkongsian menggunakan nama tred untuk
tempoh satu tahun sahaja.

Tanpa geran yang diberikan ini, golongan pelajar berkenaan wajib membayar fi pendaftaran
perniagaan seperti berikut:

1. Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan RM30.00
setahun;
2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred RM60.00
setahun; dan
3. Cetakan maklumat RM10.60 termasuk kos GST.
Penambahan cawangan perniagaan adalah tidak termasuk di dalam inisiatif ini. Inisiatif ini dibuat
bertujuan untuk menggalakkan dan memberi kesedaran kepada golongan muda terutamanya di
kalangan para pelajar yang berkecimpung dalam bidang keusahawan untuk mendaftarkan perniagaan
mereka secara sah di sisi undang-undang. Selain itu menerusi inisiatif ini ianya merupakan
tanggungjawab sosial korporat (CSR) SSM dalam membantu para pelajar untuk menjadikan
perniagaan sebagai pilihan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Berikut merupakan syarat-syarat bagi skim di atas:

1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;


2. Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana
IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara;
3. Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu
untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini;
4. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian
(rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan
5. Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran
seperti biasa.
Bagi melaksanakan skim ini, proses pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di
Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan mengemukakan dokumen-dokumen
seperti berikut;

1. Kad Pengenalan;
2. Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan
3. Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat
Kemahiran.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel
ke enquiry@ssm.com.my.
'PERNIAGAAN ADA BERMULA DI SSM'

You might also like