You are on page 1of 6

Apa itu Syiah (WAJIB BACA)

Salam,

Hati terpanggil nak menulis berkenaan Syiah ni... tambahan ia seperti menjadi wabak
diam di Malaysia kini.... Kenapa kita wajib baca berkenanan syiah ini....
Ilmu
Golongan yang suke tidak amik tahu ini lah yang akan mereka sambar dulu
Sasaran utama mereka adalah golongan pelajar dan pensyarah. (ini adalah sasaran
berat kerana golongan ini akan menyebarkan ilmu yang dapat membuka minda
masyarakat. Apa yang di khuatiri jika golongan ini jauh tersimpang dari arusnya
Jika ade org ingin menyampaikan ilmu pada anda berkenaan Syiah ini... suruh dia stop
dan bercakaplah dgn tembok... itu yg layak pada mereka... ok2... let'go.... APA ITU
SYIAH?

LATAR BELAKANG
Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan
revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan
menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia
telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah
telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

CARA PENYEBARAN AJARAN SYIAH


Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan
penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.
Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi
biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai
Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di
Malaysia.
Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum
seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

SYIAH DI MALAYSIA

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)


Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki
kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah
perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400
orang.
b) Syiah Ismailiah
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang.
Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.
c) Syiah Jafariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran
dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT.
Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa
Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

PENYEBARAN AJARAN SYIAH DI SELANGOR

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di
Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :

A) Pusat Pengajian Tinggi


Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah
bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam
Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
B) Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar
fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke
rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-
Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di
Hulu Klang.
C) Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan
fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama Darul Husaini tetapi
pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

PENIPUAN SYIAH

cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

1) Imam Adalah Maksum


Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil
dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka
sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid
al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.
2) Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula
orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk
menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar,
Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-
Muzaffar, hal 83
3) Berpura-pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh
membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat
sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali
dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min
Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal
4) Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan
Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini
dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197
5) Menghalalkan Nikah Mutah (pernikahan sementara)
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mutah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La
Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni.
Juzu 1 hal 358
6) Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi
Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini,
Juzu1, hal 441
7) Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis
Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah
Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya
berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut
dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita, hal
149
8) Menolak Ijmak Ulama
Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama buktinya mereka menolak
perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada
pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan,
sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab
Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad
Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51

9) Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan
agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad
bin Husain Ali Kasyif al-Ghita, hal 149:
10) Mengubah ayat al-Quran
Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat
Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
11) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan
sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan
dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu, oleh Doktor
Musa al-Musawi. Hal 98:
12) Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab
Tuhfah al-Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330
13) Mengharuskan Jama Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam
waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang
sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh
Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah
terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:
Jafari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak
sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab
14) Sembahyang Duha Adalah Bidah.
Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima
Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy,
terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :
Jafari : sembahyang Duha adalah bidah. Para imam mazhab empat ianya sunat.
Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-
Humaidi dalam al-Jami Baina al-Sahihain daripada Marwan al-Ajali, dia berkata: aku
berkata kepada Ibn Umar anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab:
tidak. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: tidak. Humaidi pula
meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi
S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata,
Sembahyang Duha adalah bidah dari segala bidah

Sila baca disini

Fatwa Kebangsaan
Pada Mei 1996, Majlis Fatwa menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran
AlZaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di
negara ini. Fatwa juga menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut
ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah
dan akhlak. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah
bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. Penyebaran apa-apa
ajaran selain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Penerbitan,
penyiaran dan penyebaran sebarang buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung
dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah
adalah diharamkan.

Fatwa Negeri
PERLIS, 2010 - Umat Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak digalak mengahwini penganut
ajaran Syiah.
SELANGOR - Fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran
Islam yang berlandaskan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut
fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Beberapa penjelasan
dan ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah diberikan
berhubung keputusan ini termasuk kepercayaan Syiah bahawa imam adalah maksum,
iaitu sama seperti nabi-nabi, menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga
sama taraf dengan Rasulullah SAW dan menambah kalimah Syahadah dengan nama Ali.
KELANTAN, 1996 - Umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam
berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ini
adalah kerana ajaran Syiah jelas seleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.
TERENGGANU, 1997 - Umat Islam di negeri Terengganu hendaklah hanya mengikut
ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah,
syariah dan akhlak. Penerbitan dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan
lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah adalah haram.
KUALA LUMPUR, 1997 - Menyokong pemansuhan keputusan muzakarah Jawatankuasa
Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan bahawa hanya mazhab Syiah
dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah diterima untuk diamalkan di Malaysia
SARAWAK, 1996 - Semua mazhab Syiah dari golongan apa pun tidak boleh diterima
untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak. Umat Islam di Sarawak hendaklah hanya
mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi
akidah, syariah dan akhlak.
PULAU PINANG, 1997 - Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng
daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjadi ancaman kepada perpaduan
ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Fahaman dan
ajaran ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang di Pulau Pinang.
*Untuk keterangan dan hujah bagi setiap keputusan fatwa, sila rujuk www.e-
fatwa.gov.mya

You might also like