You are on page 1of 8

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2017

TARIKH : 28 DISEMBER 2016


HARI : RABU
MASA : 10.45 PAGI
TEMPAT : BILIK ANJUNG BESTARI

AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi
2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2016
3. Perkara Berbangkit
4. Senarai Tugas Jawatankuasa Kokurikulum 2017
5. Takwim Aktiviti Kokurikulum 2017
6. Perancangan Aktiviti Kokurikulum SKNC 2017
7. 1 Murid 1 Sukan
8. Laporan Pencapaian Aktiviti Kokurikulum 2016
9. Hal-hal lain.

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM


1
SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG 07000 LANGKAWI, KEDAH

BIL. 1 TAHUN 2017

TARIKH : 28 Disember 2016


HARI : Rabu
MASA : 10.40 Pagi
TEMPAT : Bilik Anjung Bestari

HADIR :
1. En. Mohd Rudy bin Mansor ( Guru Besar )
2. Pn. Habsah bt Busu ( Guru Penolong Kanan Kurikulum)
3. En. Aziz bin Saad ( Guru Penolong Kanan HEM )
4. Tn. Hj. Fadzil bin Abd Hamid ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum )
5. En. Jazzman Khabiir bin Jailani
6. En. Saiful Hanif bin Hassan
7. En. Mohd Azmi bin Ngah
8. En. Mazli bin Hamid
9. En. Nasrol bin Mt Akhir
10. Pn. Aliana Shofni bt Mohd Zainuddin
11. Pn. Nur Hidayah bt Ghazali
12. Pn. Norita bt. Mohd Rashid
13. Pn. Salmah bt. Ismail
14. Pn. Rozanna bt. Rujim
15. Pn. Nurul Hazwani bt. Md. Arof
16. Pn. Hasliza bt. Abu Hasim
17. Pn. Noor Zaihan bt Abdullah
18. Pn. Norkhairani bt Ab Samad
19. Pn. Norni bt Saad
20. Pn. Siti Masturina bt. Mat Shah
21. Pn. Syaifatul Aisyah bt. Mohmad Sabree
22. Pn. Rohaizan bt. Ab.Razak
23. Pn. Kartini Zahida bt Abdul Wahab
24. Pn. Adibah Azizat bt Jaapa
25. Cik Erdatulsalmy bt Abdul Razak
26. Cik Khairul Hana bt. Basri
27. Cik Syazana bt Abdul Razak

TIDAK HADIR :
Tiada

URUS SETIA

1. Tn. Hj. Fadzil bin Abdul Hamid ( Penolong Kanan Kokurikulum )

I.UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

2
II. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG
LALU

2. Cik Syazana bt Abdul Razak membentangkan minit mesyuarat kokurikulum


yang ketiga tahun 2016. Pn. Adibah Azizat binti Jaapa mencadangkan minit
mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Aliana Shofni binti Mohd
Zainuddin.

III. PERKARA BERBANGKIT

3. Tiada perkara berbangkit.

IV. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2017

4. Tn. Hj. Fadzil memaklumkan semua guru merujuk buku pengurusan sekolah
untuk senarai tugas jawatankuasa kokurikulum 2017.

5. Jawatankuasa yang baru telah dibentuk dan agihan tugas kepada semua guru
sepanjang tahun 2017.

6. Setiausaha dikekalkan manakala penyelaras ada perubahan supaya setiap


guru dapat merasai pelbagai jawatan yang ada.

7. Unit beruniform tidak ada perubahan kecuali ketua untuk Pergerakan Puteri
Islam ditukarkan kepada guru lain.

8. Kelab dan persatuan ada perubahan iaitu sains dan matematik dipisahkan dan
kelab seni kebudayaan digugurkan.

9. Sukan dan permainan 1 Murid 1 Sukan pula dikurangkan kepada 4 permainan


sahaja iaitu bola baling, bola jaring, bola sepak dan sepak takraw. Sukan dan
permainan yang digugurkan ialah senamrobik, hoki dan badminton.

10. Carta organisasi majlis sukan-sukan Malaysia bagi jurulatih pasukan sekolah
adalah mengikut pertandingan yang akan disertai yang telah diputuskan dalam
mesyuarat.

11. Seterusnya, untuk senarai rumah sukan terdapat perubahan dalam kalangan
ahli guru rumah sukan dan juga ketua guru rumah sukan.

V. TAKWIM AKTIVITI KOKURIKULUM 2017

12. Takwim aktiviti SKNC bagi tahun 2017 adalah sepertimana yang disenaraikan
dalam takwim Pengelolaan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Daerah Langkawi bagi tahun 2017 ( rujuk edaran ). Tn. Hj. Fadzil meminta agar

3
guru merujuk kepada takwim yang telah disediakan supaya persediaan awal
boleh dilakukan untuk menyertai pertandingan yang telah dirancang.
Makluman : semua guru

13. Berdasarkan perancangan, unit kokurikulum akan mengadakan mesyuarat


pengurusan kokurikulum sebanyak 4 kali berdasarkan tarikh-tarikh yang
ditetapkan. Sekiranya berlaku pertindihan, mesyuarat pengurusan kokurikulum
akan ditunda sehingga tarikh yang akan diberitahu.
Tindakan : Setiausaha Kokurikulum

14. Sebanyak 12 aktiviti yang telah dirancang untuk sepanjang tahun 2017. Unit
kokurikulum berharap dengan sedaya upaya untuk melaksanakan kesemua
aktiviti untuk Tahun 2017.

15. Antara aktiviti tersebut ialah :


15.1 Mesyuarat pengurusan kokurikulum
15.2 Mesyuarat unit kokurikulum
15.3 Kejohanan merentas desa peringkat sekolah
15.4 Latihan rumah sukan
15.5 Sukantara
15.6 Kejohanan balapan dan padang SKNC
15.7 Program bulan kemerdekaan
15.8 Hari sukan Negara
15.9 Perkhemahan Pendidikan Luar
15.10 Karnival 1M1S
15.11 Hari kokurikulum/Hari kantin
Tindakan : semua guru

16. Tarikh penting aktiviti di peringkat sekolah pula :


16.1 Merentas desa : 25 Januari 2017
16.2 Kejohanan olahraga : 22 & 23 Februari 2017
16.3 Sukantara : 20 & 21 Februari 2017
16.4 Raptai : 22 Februari 2017
16.5 Latihan rumah sukan : bermula 6 Februari 2017
16.6 Mesyuarat merentas desa
dan olahraga kali 1 : 18 Januari 2017
Tindakan : s/u kokurikulum & s/u sukan
17. Jadual pelaksanaan program sukan dan permainan bagi Tahun 2017. (rujuk
edaran).

18. Program 1 Murid 1 Sukan dan mingguan kokurikulum akan diadakan


sepanjang tahun kecuali jika ada sebarang aktiviti sukan. Borang aktiviti perlu
ditulis walaupun terdapat aktiviti sukan lain.

19. Tn. Hj. Fadzil memaklumkan pertandingan sukan yang akan disertai adalah
seperti berikut :
19.1 Merentas desa peringkat daerah
19.2 Sepak takraw
19.3 Balapan dan padang
19.4 Bola baling

4
19.5 Bola jaring
19.6 Bola sepak
19.7 Catur
Tindakan : Jurulatih Pasukan Sekolah

20. Untuk bahagian koakademik pula, pihak sekolah memutuskan untuk menyertai
pertandingan berikut :
20.1 BAHASA MELAYU
20.1.1 Pertandingan Deklamasi Puisi (SR)
20.1.2 Pertandingan Pidato Piala Diraja
20.1.3 Pertandingan Bercerita Tahap 1 & Tahap 2
20.1.4 Pertandingan Bicara Berirama ( SR)

20.2 BAHASA INGGERIS


20.2.1 Pertandingan Poetry
20.2.2 Pertandingan Story Telling
20.2.3 Pertandingan Public Speaking

20.3 SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI


20.3.1 Pertandingan Eureka
20.3.2 Pertandingan Bercerita Sains Tahap 1
20.3.3 Bengkel dan Pertandingan Inovatif
20.3.4 Pertandingan Doktor Muda

20.4 PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB


20.4.1 Majlis Tilawah Al-Quran
20.4.2 Nasyid
Tindakan : Jurulatih Pasukan Sekolah

21. Pihak sekolah memutuskan untuk masuk pertandingan yang dibincangkan


dalam mesyuarat sahaja dan tidak akan memberi sebarang surat tunjuk sebab
kepada PPD.
VI. PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2017

22. Mesyuarat agung setiap unit kokurikulum diadakan pada ketetapan berikut :
22.1 Sukan & permainan : 18 Januari 2017
22.3 Unit beruniform : 25 Januari 2017
22.4 Kelab & persatuan : 01 Februari 2017
22.5 Rumah sukan : 08 Februari 2017

23. Agenda mesyuarat yang perlu diketengahkan ialah :


23.1 Pelantikan barisan kepimpinan dalam kalangan pelajar.
23.2 Perancangan sepanjang tahun.
23.4 Laporan pencapaian aktiviti kokurikulum setiap unit.
23.5 Hal-hal lain

24. Setiap minit mesyuarat perlu diserahkan kepada guru besar dan dimasukkan
ke dalam fail setiap unit dan fail setiausaha kokurikulum.

Tindakan : Penyelaras dan setiausaha setiap unit

5
25. Jadual aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut:

Ahad- Latihan pasukan sekolah.


Isnin, selasa dan rabu- Perjumpaan untuk Kelab permainan dan
persatuan ( Rujuk Takwim badan beruniform, persatuan / kelab
akademik 2017 yang telah diedarkan ) dan 1 murid 1 Sukan.
Khamis- Latihan pasukan sekolah.

Makluman: Semua guru

VII. 1 MURID 1 SUKAN

26. Penyelaras untuk sukan dan permainan 1 Murid 1 Sukan dikekalkan iaitu Pn.
Nur hidayah binti Ghazali.

27. Perlaksanaan 1M1S adalah sepanjang tahun dan begitu juga perjumpaan
aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu.

28. 1M1S hanya berfokus kepada 4 permainan yang telah ditetapkan dan setiap
kelab sukan dan permainan perlu melaksanakan aktiviti mengikut modul yang
telah dibekalkan. Setiap unit perlu ada perancangan sepanjang tahun untuk
memudahkan perlaksanaan aktiviti.

29. Setiap kelab sukan dan permainan perlu ada KPI seperti mana yang
dihasratkan oleh Tuan Guru Besar.

30. Jadual perjumpaan 1 murid 1 sukan adalah seperti berikut :


Isnin Bola Sepak dan Bola Jaring
Selasa- Bola Baling
Rabu- Sepak takraw

31. Perjumpaan 1M1S akan bermula pada minggu kedua persekolahan dan
berjalan pada setiap minggu mengikut perjumpaan yang ditetapkan.
Makluman : Semua guru

VIII. LAPORAN PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2016

32. Cik syazana membentangkan laporan senarai aktiviti sepanjang tahun 2016.
(rujuk pada edaran).

Tindakan : s/u kokurikulum

33. Tn. Hj. Fadzil mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah
menyumbang tenaga dan idea untuk membantu dan menjalankan setiap aktiviti
kokurikulum yang diadakan.

Makluman : Semua guru


6
IX. HAL-HAL LAIN

34. Tn.Hj. Fadzil memaklumkan setiap unit kokurikulum perlu memohon


penubuhan dan perlembagaan yang baharu kerana pertukaran guru besar
yang baharu.

35. Setiausaha kokurikulum perlu mengeluarkan surat pelantikan dalam unit


kokurikulum kepada setiap guru dan ditandatangani guru besar baharu.

Tindakan : s/u kokurikulum

36. Tn.Hj. Fadzil menegaskan sekali lagi supaya setiap unit kokurikulum perlu ada
modul atau perancangan tahunan supaya aktiviti dapat dijalankan dengan
teratur dan ada pengisian aktiviti setiap kali perjumpaan diadakan.

37. Tn.Hj. Fadzil juga menekankan pemakaian unit beruniform dalam kalangan
murid-murid dan guru. Guru penasihat perlu sentiasa mengingatkan kepada
murid-murid tentang pemakaian uniform setiap kali perjumpaan. Guru
pemimpin juga digalakkan untuk memakai uniform supaya dapat menjadi
motivasi dan inspirasi kepada murid-murid.

38. Guru-guru ditekankan untuk fokus kepada kemenjadian murid terutama dalam
bidang sukan untuk membentuk sahsiah dan keyakinan melalui bidang
kokurikulum. Pencapaian pada akhir tahun menjadi ukuran kepada
kemenjadian murid melalui sukan dan permainan yang ditetapkan.

39. Pemantauan akan dilaksanakan oleh pihak pentadbir dan penyelaras juga
diberi kuasa untuk memantau setiap aktiviti yang dijalankan.
Tindakan : pentadbir dan penyelaras

40. Setiap penyertaan dalam bidang koakademik dan sukan telah dipersetujui oleh
pihak pentadbir. Guru-guru yang terlibat perlu bersiap sedia untuk membuat
perancangan bagi membantu murid dalam setiap pertandingan.

Tindakan : semua guru

X. PENUTUP

41. En. Mohd Rudy mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas segala
saranan yang diberi dan dapat melaksanakan mesyuarat dengan baik. Beliau
juga mengucapkan terima kasih kepada pentadbir, setiausaha kokurikulum,
setiausaha sukan, guru-guru penyelaras dan guru-guru penasihat dan
mengharapkan agar lebih banyak penglibatan dan kejayaan kokurikulum yang
akan dicapai pada tahun 2017.

Makluman: Semua guru

42. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

7
Disediakan oleh, Disemak oleh,


( SYAZANA BT ABDUL RAZAK ) (FADZIL BIN ABDUL HAMID)
Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
Sek Keb. Nyior Chabang, Sek. Keb. Nyior Chabang
07000 Langkawi 07000 Langkawi
Kedah Kedah

You might also like