You are on page 1of 4

Pejabat Am : 09- 8583351

Fax : 09- 8583354


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MENTOK II Kod Sekolah : TBA2050
24000 KEMAMAN, TERENGGANU Email : skbm2_tba2050a@yahoo.com

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2014

TARIKH : 29 DISEMBER 2013


HARI : ISNIN
MASA :11.00-12.30 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN: SEMUA HADIR KECUALI


1) En Mohd Yusof bin Abd Wahid (Bersebab)
2) Pn Marzilatun binti Muhammad (Bersebab)
3) Pn Siti Harnani binti Yusof (Bersebab)
4) Pn Suhaida binti Sulaiman (Bersebab)
5) Pn Zuhara binti Che Awang (Cuti Bersalin)

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Memulakan majlis dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru pada
tahun 2013.
1.3 Pengerusi berharap kejayaan yang dicapai dapat dikekalkan dan
dipertingkatkan pada tahun 2014

Untuk Makluman
2.0 UCAPAN TUAN GURU BESAR
2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang
memberangsangkan pada tahun 2013.
2.2 Semua aktiviti yang disertai akan mendapat sokongan penuh dari pihak
sekolah.
2.3 Tuan Guru Besar berharap pada tahun 2014 Pasukan Hoki sekolah di bawah
bimbingan En Syed Mohd Syahardzi akan menjadi johan.
2.4 Semua ketua jurulatih pasukan elit sekolah dikehendaki menyenaraikan
peralatan, pakaian, alatan permainan untuk tempahan segera selewatnya
pada hari Khamis.
Untuk Makluman

1
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Pn Rohani bt Abdullah (B) mencadangkan Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali
Ketiga disahkan dan Pn Norliana bt Yahya menyokong.
Untuk Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tiada perkara berbangkit yang diutarakan.

5.0 SENARAI TUGAS TAHUN 2014


5.1 Pengerusi membentangkan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2014.
5.2 Semua guru dikehendaki merujuk maklumat Pengurusan Kokurikulum di
dalam Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2014.

Untuk Makluman
6.0 AKTIVITI KOKURIKULUM
6.1 Rujuk lampiran yang disediakan.
6.2 Pengerusi memaklumkan terdapat cadangan untuk melaksanakan
perjumpaan Unit Beruniform pada waktu pagi tetapi ianya masih lagi di
peringkat perbincangan oleh JPN. Sebarang perubahan adalah berdasarkan
keputusan JPN.
6.3 Perjumpaan Kelab Sukan dan Permainan pada pukul 4.30-6.30 petang perlu
diperkasakan bagi menarik lebih ramai kehadiran murid.

Untuk Makluman

7.0 TAKWIM KOKURIKULUM 2014


7.1 Pengerusi membentangkan senarai aktiviti yang dirancang oleh unit
Kokurikulum bagi tahun 2014.
7.2 Takwim MSSD dan MSST akan masukkan di dalam Buku Buku Pengurusan
Sekolah Tahun 2014 bagi rujukan guru untuk persediaan melatih pasukan elit
sekolah.

Untuk Makluman

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 Guru kelas tahun 1 dikehendaki membahagikan rumah bagi murid masing-
masing. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada Pen. S/U Cik Amelda
Ideris.
Guru Tahun 1
8.2 Pengerusi memaklumkan Pentaksiran PAJSK bagi murid tahun 4 akan
bermula tahun 2014. Murid-murid akan dinilai berdasarkan 5 komponen iaitu:

2
1) SEGAK
2) BMI
3) KOKURIKULUM-UB,KP
4) SUKAN
5) EXTRAKURIKULUM
8.3 Penilaian bagi setiap pelajar akan di key in oleh guru PJ dan guru kelas
bagi semua aktiviti yang dijalankan.
8.4 Skor-skor penilaian adalah berdasarkan jawatan, penyertaan dan tahap
pencapaian.
8.5 Pentaksiran Ekstrakurikulum adalah penilaian dan memberi skor untuk aktiviti
bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar
waktupersekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan
pengesahan pihak sekolah. Ianya boleh diukur berdasarkan perkhidmatan,
anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat dan Program
NILAM.
Untuk Makluman
8.6 Pengerusi memaklumkan fail-fail setiap unit boleh diambil kembali di bilik
Penolong Kanan Kokurikulum. Diharap pengerusi dan semua AJK dapat
mengemaskini maklumat terbaru unit masing-masing dan dapat membuat
parancangan awal bagi tahun 2014.
8.7 Penyelaras setiap unit dikehendaki merujuk pada Buku Panduan
Pemantauan Kokurikulum untuk mengemaskinian fail.
Penyelaras UB,KP,SP

8.8 Pengerusi memaklumkan terdapat surat siaran bagi memperkasakan


pemakaian baju beruniform setiap hari Selasa. Terdapat kempen yang
dijalankan pada tahun 2014 iaitu memakai baju uniform yang lengkap.
Untuk Makluman

8.9 En Syed Mohd Syahardzi meminta setiap pasukan elit sekolah


menyenaraikan segera peralatan yang diperlukan untuk latihan
memandangkan kebanyakkan peralatan rosak akibat banjir.
8.10 Pn Ton Nazratul Nadiah mencadangkan keangotaan Kelab Pembimbing
Rakan Sebaya dipilih oleh guru setiap kelas seramai 2 orang untuk murid
yang belum memegang mana-mana jawatan sekolah.
8.11 Pn Norliana mencadangkan pihak pentadbir berbincang dengan
pengurusan KAFA memandangkan ramai murid terlibat dengan latihan
Choral Speaking.

3
9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan
berharap pengurusan kokurikulum akan lebih cemerlang bagi tahun 2014.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.

Guru Penyayang Murid Berkualiti


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Disediakan oleh,

...................................................
(AMELDA BINTI IDERIS)
Penolong Setiausaha Kokurikulum,
SK Bukit Mentok II,
Kemaman, Terengganu.

Disemak dan disahkan oleh,

...................................................
(MOHD NASIR BIN HAMZAH)
Guru Pen Kanan Kokurikulum,
SK Bukit Mentok II
Kemaman, Terengganu.

You might also like