You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT VOTEK (KHB & RBT) KALI KE 2 2017

SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH, PERAK.

Tarikh : 19 April 2017 ( Rabu )


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bengkel Elektrik & Elektronik, SMK Sultan
Yussuf.
Kehadiran : Semua Ahli Panitia KHB/RBT

Agenda Mesyuarat :-

1.0 Ucapan Pengerusi.


1.1 Pengerusi Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran guru
dalam mesyuarat panitia ASK/ICTL kali kedua 2017 ini.

Tindakan: Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.


2.1 Minit mesyuarat lalu telah disahkan oleh Puan Rozimah dan disokong oleh
Encik Alham.
Tindakan : Setiausaha

3.0 Perkara-perkara berbangkit.


Tiada perkara berbangkit

4.0 Pelaksanaan Kurikulum


4.1 Dasar Kurikulum ( pekeliling terkini )
4.1.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025)

3 Gelombang
Gelombang 1 (2013-2015) - Mengubah sistem dengan memberi
sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras

Gelombang 2 (2016-2020) - Mempercepatkan peningkatan pergerakan


sistem

Gelombang 3 (2021-2025) - Beranjak kearah kecemerlangan dengan


peningkatan keluwesan( ubahsuai) operasi.

1
Tindaka
n :Makluman

4.2 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran


4.2.1 Guru perlu mengajar mengikut Sukatan Pelajaran KPM
4.2.2 Rancangan Pelajaran Tahunan perlu dibuat sepanjang tahun setelah ditolak
cuti,waktu peperiksaan dan latih tubi.
4.2.3 Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan perlu dimasukkan ke dalam
fail dan dihantar untuk disahkan oleh GK/PK/Pengetua
4.2.4 Silibus Tingkatan 3 perlu diselesaikan sebelum 1 Ogos 2017
4.2.5 Silibus Tingkatan 1 dan 2 perlu diselesaikan sebelum 1 Oktober 2017
Tindakan: Guru Mata Pelajaran

4.3 Fail Rekod Mengajar


4.3.1 Rancangan Pelajaran Harian perlu disediakan mengikut format yang
disediakan dan dihantar dalam bentuk fail ke pejabat pada setiap hari Jumaat
untuk disemak.
4.3.2 Fail Rekod Mengajar yang lengkap mestilah mengandungi RPT, RPH,
Biodata, Jadual Waktu dan senarai nama pelajar.
4.3.3 Semua fail yang mengandungi Sukatan Pel & Rancangan Pelajaran serta
Fail Rancangan Pelajaran Harian yang lengkap perlu dihantar pada 20 Januari
2017.
Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.4 PdP/PdPc
4.4.1 Guru wajib masuk ke kelas dan mengajar mengikut jadual waktu peribadi
dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam kelas tersebut.
4.4.2 Guru juga wajib masuk ke kelas mengikut jadual relief. Mengikut SKPM
G2(2017) istilah Pdp ( Pembelajaran & Pengajaran ) telah ditukar kepada PdPc
( Pembelajaran dan Pemudahcaraan )
4.4.3 Fungsi guru turut berubah daripada pengajar kepada pemudahcaraan sesuai
dengan PA21.
4.4.4 Guru-guru perlu melaksanakan pelbagai kaedah PA21.
Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.5 Pencerapan
4.5.1 Pencerapan melibatkan pencerapan guru dan pencerapan buku latihan
pelajar.Jadual pencerapan akan dikeluarkan.
4.5.2 Pencerapan akan dilaksanakan mengikut format baru SKPM g2 yang akan
mula dilaksanakan mulai tahun 2017.
4.5.3 Semua guru akan melaksanakan penilaian kendiri bagi PdPc (Standard 4)
o Semakan Pertama : Jan Mac 2017
o Semakan Ketiga : Ogos- Nov 2017
4.5.4 Pentadbir akan melaksanakan penilaian PdPc semua guru untuk semakan
kedua pada antara April hingga Julai 2017.
4.5.5 Semua penilaian akan dijalankan secara on-line melaui sistem SKPM g2
(2017) oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Tind
akan : Makluman
2
4.6 Jadual Waktu
4.6.1 Jadual waktu merupakan kuasa pengetua kepada guru-guru untuk mengajar
di dalam kelas. Oleh itu ia merupakan suatu amanah dan tanggungjawab.
4.6.2 Guru perlu masuk mengajar mengikut jadual waktu peribadi masing-
masing.
4.6.3 Guru tidak dibenarkan masuk menukarkan jadual tanpa kebenaran
PK/Pengetua
4.6.4 Guru juga perlu masuk ke kelas mengikut jadual relief yang disediakan dan
melaksanakan PdPc mengikut Modul Guru Relief (MGR).
Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.7 Perancangan Strategik Kurikulum


4.7.1 Rujuk buku Takwim
Isu : Prestasi akademik sederhana
Matlamat strategik : Meningkatkan pencapaian prestasi akademik semua
murid

S1 : Meningkatkan kompetensi guru dalam PA21


S2 : Jadual latihan minima & semakan buku latihan
S3 : Pengurusan Headcount dan Intervensi EWS
S4 : Persekitaran pembelajaran yang kondusif
S5 : Meningkatkan kerjasama antara sekolah/PIBG/Agensi luar/Komuniti
Tindakan : Ketua Panitia dan Panitia Pelajaran

4.8 Program Peningkatan Kurikulum


4.8.1 Rujuk buku Takwim ms 71- 74
4.8.2 Boleh dijadikan panduan untuk merancang Program Peningkatan
Panitia melalui borang OPPM
4.8.3 Setiap program perlu dilaksanakan mengikut 3 kelompok iaitu
Platinum, Gold dan Silver
4.8.4 Setiap program yang dilaksanakan perlu ada Kertas Projek secara
ringkas dan juga laporan bergambar.
Tindakan : Ketua Panitia dan Panitia Pelajaran

4.9 Flipped Clasroom


4.9.1 Rujuk buku Takwim muka surat 93-94
4.9.2 Setiap kelas telah ditetapkan untuk menjadi kelas bersumber
makluman mengenai subjek tertentu(Resourceful Classroom/ School)
4.9.3 Setiap panitia bertanggungjawab untuk membantu kelas tersebut
menyediakan bahan dan menyusun aturnya.
4.9.4 Sebagai persiapan untuk Program Yussufian Dialog pada 7 hingga 8
April 2017.
4.9.5 Pengerusi Flipped Classroom bagi panitia VOTEK adalah Puan
Manimala a/p Kumaravasagam.
Tindakan : Ketua Panitia dan Panitia Pelajaran

3
5.0 Hal-hal lain
5.1 Ketua Panitia berharap semoga guru-guru berjaya menghadapi cabaran sekolah
bagi tahun 2017.

Mesyuarat Panitia Votek (KHB/RBT) kali pertama ditangguhkan pada pukul 10 pagi.

Disediakan oleh,

-------------------------------
(Pn. Nurul Adzura bt. Razak)
Panitia KHB/RBT

Disemak oleh,

----------------------------------------------------------
(Pn. Nor Shima bt. Muhamud)
Ketua Panitia KHB/RBT

You might also like