You are on page 1of 1

Jelaskan maksud teknologi hijau.

[1 markah]

i. Teknologi hijau juga dikenali sebagai teknologi persekitaran dan teknologi bersih
yang merujuk kepada penggunaan teknologi yang menjamin pengekalan alam
semulajadi dan menjamin persekitaran hidup manusia agar sentiasa bersih dan
sihat.

ii. Teknologi ini berkait rapat dengan pembangunan lestari, penggunaan tenaga
boleh diperbaharui, pencarian sumber tenaga baru dan pembuatan peralatan
atau mesin yang menggunakan tenaga pada tahap optimum serta mesra alam.

Huraikan dua tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara. [4 markah]

i. Tenaga iaitu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan


kecekapan tenaga.
ii. Alam sekitar iaitu berusaha memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam
sekitar.
iii. Ekonomi iaitu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi.
iv. Sosial iaitu bertujuan meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup untuk
semua.

Terangkan dua kepentingan sains dan teknologi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju. [4 markah]

i. Meningkatkan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran sains


dan teknologi seperti peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan
pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan Universiti Putra Malaysia.
ii. Memberi sumbangan dalam pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.
iii. Memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini
dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko
dan lada yang utama dunia.

iv. Membangunkan keupayaan merancang pembangunan ekonomi negara seperti


dalam Rancangan Malaysia Kelima apabila sains dan teknologi diberi peranan
yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.

You might also like