You are on page 1of 7

Peranan guru dari segi persekitaran dan bilik darjah.

Suasana pendidikan zaman sekarang semakin hari semakin mencabar. Ia bukan sahaja
melibatkan pelajar tetapi juga penglibatan tenaga pengajar sendiri iaitu guru dalam mencurahkan
ilmu kepada pelajar. Pembinaan kemudahan sekolah yang semakin meningkat menyebabkan
tenaga pengajar yang diperlukan juga semakin meningkat. Penempatan guru terutamanya di
kawasan pendalaman menunjukkan keperluan dan peranan guru bertambah besar. Sebagai
seorang guru, ia berperanan penting dalam mencorakkan dan mendidik pelajar tidak kira
keadaan, tempat dan masa. Dalam suasana pembelajaran terutamanya di sekolah pedalaman yang
kebanyakkanya orang asli terdapat beberapa factor yang harus menjadi perhatian terutamanaya
guru dan pelajarnya.

Dari segi persekitaran, seseorang guru akan menghadapi cabaran yang lebih tinggi dalam
usaha untuk mendidik murid berbanding dengan pelajar lain yang bukan di kawasan pedalaman.
Persekitaran di kawasan pedalaman dan para pelajarnya terdiri daripada orang asli sangat
berbeza terutamanya dari segi latar belakang, budaya dan cara hidup yang berbeza. Justeru,
seseorang guru perlulah pandai menyesuaikan diri dengan persekitaranya. Proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam sekolah itu juga perlulah sesuai dengan keadaan persekitaran yang
terdapat di sekolah tersebut. Sebagai seorang guru, persekitaran yang bersesuaian dengan proses
penbelajaran yang ada akan menjadi suatu pengalaman yang sangat manis kerana mereka arif
dalam menhadapi situasi tertentu.

Pembelajaran seseorang pelajar adalah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Suasana


pembelajaran dan pengajaran perlu bersesuaian dengan keadaan persekitaran. Seperti yang
diketahuai ramai, di kawasan pedalaman khususnya, pelajar orang asli, adalah lebih kepada
suasana kampung di mana sesuatu aktiviti sekolah kebanyakannya melibatkan orang kampung.
Persekitaran pembelajaran juga lebih tertumpu kepada penglibatan remaja dan pelajar dengan
aktiviti persekitaran. Sebagai guru baru, seseorang guru itu harus membuat kajian ringkas
tentang pelajar dari segi latar belakang, dan budaya mereka agar isu-isu yang berkaitan dapat
dimasukkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada kebiasannya, latar belakang
pelajar di kawasan pedalaman ini adalah serba kekurangan terutamanya dari segi kemudahan,
pemakanan serta pencapaian mereka dalam pendidikan kurang memberangsangkan.
Sebagai seorang guru, seseorang guru itu berperanan untuk membantu golongan-
golongan ini untuk keluar daripada kehidupan mereka yang serba kekurangan. Tugas sebagai
seorang guru bukanlah hanya tertumpu kepada memberikan ilmu pengetahuan sahaja tetapi juga,
untuk membentuk insan-insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan juga negara. Bagi
membentuk seseorang pelajar, persekitaran sekolah dapat diterjemahkan sebagai tempat yang
memberikan peluang kepada manusia, khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk melanjutkan perkembangan
masyarakat. Peranan guru-guru baru di sekolah pedalaman ini adalah menjadikan sekolah
sebagai sebuah tempat di mana semua pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan. Ini kerana
dengan adanya pendidikan dan ilmu pengetahuan ia menjadi penanda aras kepada kejayaan
sesuatu pendidikan dalam membentuk manusia dan mengubah tingkah laku pelajar mengikut
tuntutan dan kehendak masyarakat.

Persekitaran sekolah juga penting bagi memastikan apa-apa bentuk terjemahan kepada
makna pembelajaran dapat diimplimentasi dalam persekitaran sekolah itu sendiri. Budaya ilmu
yang diterapkan di sekolah penting untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri
pelajar bagi memenuhi peluang dalam bidang kerja yang kian pesat dan kompleks. Oleh yang
demikian, peranan dan tanggungjawab guru-guru yang ditempatkan di kawasan pendalaman ini
mempunyai tanggungjawab yang berat bagi membolehkan pelajar di kawasan pedalaman
kkhususnya dalam kalangan orang asli untuk memperolehi pendidikan dan mempunyai tahap dan
taraf yang sama dalam memncari peluang dalam bidang kerjaya.

Selain menyesuaikan dengan keadaan persekitaran, dalam proses pengajaran dan


pembelajaran juga seseorang guru itu juga harus mengambil pendekatan yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tahap penerimaan pelajar adalah berbeza
sesama sendiri. Penerimaan pelajar di kawasan pedalaman khususnya adalah lemah berbanding
dengan pelajar yang tinggal di kawasan Bandar. Oleh itu, sebagai seorang guru, ia terpaksa
menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang pelbagai bagi pelajarnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mengambil masa yang lama kerana aspek perbezaan
individu dan latar belakang yang berbeza merupakan faktor penting. Sebagai seorang guru yang
berkesan, ia akan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baik agar dapat
membantu meningkatkan daya fikir seseorang pelajar.
Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam membantu menyediakan
kemudahan dan keselesaan kepada pelajar agar mereka dapat belajar dalam suasana yang
kondusif dan terbaik. Persekitaran dan keadaan sekeliling akan mempengaruhi keupayaan kita
berfikir, belajar dan bekerja. Sebagai contoh,sekolah di kawasan pedalaman biasanya
mempunyai kemudahan yang kurang. Misalnya suhu di sesebuah kelas itu terlalu panas, keadaan
lampu yang malap, kerusi yang tidak selesa serta warna dinding kelas yang terlalu suram atau
terang akan menganggu penumpuan pelajar dalam kelas. Keadaan ini akan menyebabakan
proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Kajian yang dilakukan oleh Rita Dunn
berkenaan dengan pembelajaran menunjukan terdapat banyak aspek yang berkaitan dengan
persekitaran telah memberikan kesan kepada proses pembelajaran.

Antara aspek persekitaran tersebut adalah bunyi, cahaya, suhu, susun atur dalam kelas,
makanan, masa belajar, peluang untuk bergerak dan jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas.
Kesemua aspek ini adalah untuk memenuhi keperluan semua pelajar yang berbeza dan
membantu meningkatkan penumpuan serta pembelajaran pelajar terutamanya pelajar remaja
yang mempunyai cita rasa tersendiri yang tersendiri. Dalam hal ini pihak sekolah dan peranan
seorang guru adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang disukai oleh pelajar
terutamanya pelajar di kawasan pedalaman ini. Tugas sebagai seorang guru tidak hanya terbatas
kepada memberikan pendidikan dan ilmu pengetahuan namun guru juga harus menjadi agen
sosialisasi dengan menyebarkan nilai-nilai positif kepada masyarakat.

Antara lain peranan guru dari segi persekitaran dan bilik darjah ini temasuklah, seseorang
guru itu seharusnya mempunyai kemahiran dan pengetahun yang tinggi dalam bidang yang
diceburinya. Dari segi pemikiran, seseorang guru itu seharusnya kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan satu suasana pembelajaran yang berkesan. Ini membolehkan semua pelajar dapat
mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pembelajaran penemuan dan
perkembangan kreativiti juga diberi penekanan supaya pelajar yang pintar dalam kalangan
pelajar dapat mengembangkan potensi masing-masing ke peringkat yang optimum. Selain itu,
seorang guru itu mempunyai pengetahuan dalam psikologi kanak-kanak dan pelajar pedalaman
dan dapat menilai kekuatan pelajar dari segi badan dan jiwa serta tabiat dan perkembangannya.
Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru dapat membantu
guru tersebut bersedia apabila diajukan soalan-soalan yang mungkin diluar jangkaan atau luar
sukatan pelajaran.

Dalam bilik darjah juga khususnya, seseorang guru itu berperanan untuk mewujudkan
suasana bilik darjah yang oleh menarik perhatian para pelajarnya. Ini termasuklah melalui
komunikasi antara guru dan pelajar tidak kira secara sehala atau dua hala. Komunikasi dalam
organisasi sekolah meliputi aktiviti-aktiviti menerang, menunjuk ajar, memperbaiki dan
menyetujui atau tidak menyetujui, mengarah dan mempengaruhi, memberitahu dan lain-lain.
Sebagai contohnya di kawasan pedalaman dan kawasan sekolah orang asli, guru haruslah
mewujudkan suasana di mana mereka boleh berkomunikasi kerana komunikasi pihak sekolah
dengan ibu bapa adalah penting kerana kebiasannya dalam masyarakat pedalaman dan
masyarakat orang asli, mereka hidup dengan masyarakat yang saling bersatu.

Sebagai seorang guru juga, perananya adalah bagi membolehkan setiap pelajar
memperolehi dan mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
membantu mereka untuk berkembang maju kerana para pelajar mempunyai hati dan akal,
perasaan dan jiwa serta harapan untuk maju terutamanya masyarakat orang asli di kawasan
pedalaman. Sikap dan minat yang pelbagai, kekurangan dan kekuatan yang berbeza, tanggapan
dan harapan yang berbaza serta kepelbagaian latar belakang dan pengalaman yang tidak sama,
memberi cabaran kepada guru-guru di kawasan pedalaman yang benar-benar teruji kemahiran
dalam diri mereka untuk mewujudkan satu sistem persekolahan yang benar-benar disukai dan
mampu menyelesaikan masalah pelajar.

Modeling

Menurut teori permodelan Bandura, tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui
peniruan dan dan permodelan. Orang yang diperhatikan dianggap sebagai model, dimana proses
pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan ( modeling ). Bagi
mengatasi keperluan remaja dalam konteks pengajaran dan pembelajaran aspek peniruan
terhadap orang atau individu dijadikan model panduan dalam mengubah personaliti pelajar. Hal
ini kerana, remaja pada zaman sekarang lebih terikut-ikut dengan tingkah laku yang ditunjukan
oleh mereka yang menjadi idola remaja tersebut. Selalaunya, perwatakan tingkah laku dan
pemakaian baju yang ditunjukan oleh mentor mereka akan menjadi ikutan remaja pada masa
kini.

Begitu juga dengan seorang pelajar, di mana mereka memilih individu tertentu untuk
dijadikan sebagai mentor atau model kepada mereka. Hal ini akan memberikan impak yang
positif dan sebaliknya. Peniruan dan permodelan oleh pelajar ini akan memberi kesan kepada
penumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. di kawasan pendalaman, biasanya
seseorang murid akan mengambil atau menganggap guru itu sebagai seorang mentornya.
Keadaan ini menyebabkan seseorang guru itu perlulah menunjukkan tingkah laku yang baik,
perwatakan yang bagus dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Penyampaian
seseorang guru itu mestilah cekap dan menarik agar dapat menjadi model atau role model kepada
pelajarnya. Sebagai contoh, tingkah laku guru dari segi bahasa, misalan dan juga teladan mudah
dipelajari oleh seorang pelajar.

Sebagai seorang guru juga, dalam teori permodelan ini, guru berperanan untuk
memberikan demonstrasi yang jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik
pelajar agar dapat meniru dengan cepat. Ini kerana, pelajar akan meniru sesuatu kemahiran
daripada demonstrasi guru sebgai model. Misalnya, bagi pelajar orang asli yang tinggal di
kawasan pedalaman, demonstrasi seseorang guru itu perlulah jelas dan mudah difahami dan
ditiru oleh pelajar kerana mereka tidak pernah didedahkan dengan perkara sedemikian sebelum
itu. Dengan adanya guru sebagai model, membolehkan mereka mengetahui dan memiliki
kemahiran berkenaan dengan subjek yang diajar khususnya.

Selain itu, sebagai seorang model dan mentor, guru juga berperanan untuk membantu
pelajar dari segi perkembagan diri pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang
guru itu perlulah menggunakan contoh-contoh yang mudah difahami, penggunaan sumber
pembelajaran yang berkesan dan bermutu tinggi membolehkan pelajar dapat diransang untuk
menjadi lebih kreatif dan aktif. Seseorang guru juga menstilah bijak untuk menggunakan
sumber-sumber yang digunakan setaraf dengan tahap pelajar bagi membolehkan seseorang guru
itu menjadi rujukan dan model oleh pelajarnya. Dari pemerhatian yang dilakukan terhadap guru
juga membolehkan pelajar memberika presepsi yang baik dan mengikut segala perkara yang
dilakukan oleh guru dalam proses pembelajaran.
Bagi pelajar di kawasan pedalaman khususnya, penggunaan rakan sebaya sebagai model
juga dapat memberikan motivasi kepada seseorang itu. Ini kerana dengan penggunaan rakan
sebaya sebagai model membolehkan pelajar lain untuk mengikuti dan melakukan hal yang sama
bagi membolehkan mereka sama dengan rakan sebaya mereka. Sebagai contoh, penggunaan
model rakan sebaya yang lebih cemerlang dalam kalangan mereka membolehkan pelajar lain
untuk belajar dan menjadikan rakan mereka sebagai model untuk berjaya. Seperti yang diketahui
ramai, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat kuat kepada pelajar lain sehinggakan
mereka sanggup untuk membuat perkara yang sama terutamanya yang memberikan impak
negative kepada mereka.

Guru juga perlu menampilkan imej yang mudah bekerjasama, bertimbang rasa dan selalu
memberi galakan atau pujian kepada pelajar. Hal ini kerana tingkah laku yang baik, sedikit
sebanyak akan mempengaruhi tingkah laku pelajar yang dididiknya sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Guru bukan sahaja menyuruh muridnya berkelakuan baik, tetapi turut
mempraktikkanya, kerana biasanya kanak-kanak atau pelajar jarang memulakan sesuatu tanpa
adanya dorongan dan contoh baik yang diperlihatkan oleh guru sebagai peniruan awal.

Guru adalah contoh kepada para pelajarnya. Di sini segala cirri dan tingkah laku guru
banyak mempengaruhi pelajar dari segi pemikiran dan tindak-tanduk mereka. Justeru itu guru
sering menjaga keperibadian mereka yang baik sebagai pendidik. Biasanya hal ini telah pun
ditekankan semasa latihan. Hanya dengan contoh dari sikap dan nilai positif sahaja dapat
mempengaruhi tingkah laku dalam pembelajaran. bukan setakat memasukan 16 nilai positif
dalam kelas malah guru juga perlu mengamalkanya sendiri. Dengan itu, pelajar akan lebih
berkeyakinan untuk mengamalkan nilai-nilai positif yang dipraktikan oleh guru mereka.

Bibliografi

Omardin Ashaari (1996). Pengurusan sekolah: Satu panduan lengkap. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributiors Sdn.Bhd.

Abdullah Hassn dan Ainon Mohd (2006). Guru sebagai pendorong dalam bilik darjah. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

You might also like