You are on page 1of 10

Matlamat Dalam Bimbingan

Tang (1987)menyatakan ada 6 matlamat bimbingan.

Bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat.

MATLAMAT BIMBINGAN

1. Bimbingan menolong pelajar-pelajar mempelajari, memahami


pengalaman. Nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak
masyakat majmukMalaysia.

2. Bimbingan adalah melayan keperluan-keperluan pelajar bagi


perkembangan potensi dan kebolehan mereka.

3 Bimbingan menolong pelajar-pelajar memilih dan


merancang hidup mereka dengan berkesan.

4 Menolong mereka menyedari kekuatan dan kelemahan mereka dan


memberi fokus kepada pengukuhan kekuatan-kekuatan yang ada.

5. Bimbingan menjadikan pelajar-pelajar lebih tegas diri, dapat


menyesuaikan diri dalam situasi alam sekitar.

6. Bimbingan (data lost)

George dan Christiani 1981 menyatakan matlamat bimbingan ialah :

MATLAMAT BIMBINGAN

1. Menolong perubahan perlakuan.

2. Menambah kemahiran klien untuk mengendalikan kehidupannya


sendiri.

3. Menambah kemahiran membuat keputusan.

4. Membaiki hubungan dengan masyarakat.

5. Membantu perkembangan bakat klien


http://books.google.com.my/books?
id=q5gIwFDmJ94C&pg=PA6&dq=matlamat+bimbingan&hl=en&sa=X&ei=OhnrUpP
mLKftiAeAzYDYBw&redir_esc=y#v=onepage&q=matlamat%20bimbingan&f=false
( drpd google books ------ matlamat bimbingan )

PENGENALAN KONSEP KENDIRI.


Pembangunan Kendiri merupakan satu aspek yang amat penting khususnya dalam
menghadapi arus globalisasi dunia semasa. Dengan adanya pengetahuan yang
mendalam terhadap aspek pembangunan kendiri, seseorang dapat mempersiapkan
dirinya secara mental bagi menghadapi cabaran yang wujud dalam arus semasa.
Setiap individu mempunyai anggapan terhadap diri sendiri dan bagaimana orang
lain memandang dirinya. Konsep kendiri adalah merujuk kepada apa yang
difikirkan oleh individu kepada dirinya sendiri mengenai kekuatan dan
kelemahan yang ada pada diri individu tersebut ataupun personalitinya. Oleh
kerana itu, konsep kendiri merupakan satu elemen yang sangat penting dalam
diri setiap individu kerana ia akan digunakan untuk meramalkan apa yang akan
berlaku terhadap individu tersebut pada masa hadapan. Selain itu, konsep
kendiri juga banyak membantu individu untuk membuat keputusan dan menentukan
tindakan yang bakal diambil pada masa hadapan. Konsep Kendiri amat berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, sebagai seorang guru
atau pendidik yang bertanggungjawab mestilah memahami dan mengamalkan konsep
kendiri ini dalam kehidupan seharian. Konsep kendiri sudah diterima sebagai
suatu pemboleh ubah penting yang mampu untuk mengingatkan perkembangan pelajar
dan pembelajaran mereka. Seseorang pelajar dikelilingi oleh persekitaran
sosial yang bertindak mempengaruhinya membuat keputusan dan menentukan masa
depan. Agen-agen persekitaran seperti ibu, bapa, guru dan rakan sebaya adalah
agen yang mempengaruhi seseorang pelajar. Agen-agen tersebut membantu
seseorang pelajar bertindak hasil daripada apa yang difikirkan dalam
mindanya.
Rogers (1951)adalah tokoh penting yang membicarakan tentang konsep kendiri.
Melalui Terapi Pusatan Klien beliau mengemukakan teori konsep kendiri yang
dikatakan lebih bersifat kemanusiaan. Pada asas setiap individu sama ada
pelajar dan bukan pelajar adalah golongan yang dilahirkan lengkap, berbudi dan
boleh dipercayai. Dalam erti kata lain, setiap individu yang baru dilahirkan
adalah diibaratkan seperti kain putih. Agen-agen yang berada disekelilingnya
akan mencorakkan kain putih tersebut mengikut corak yang diminati mereka.
Dalam kehidupan seharian seorang pelajar, mereka akan menempuh pelbagai bentuk
interaksi dengan persekitarannya. Oleh kerana itu, pelajar tersebut akan
membuat keputusan dan menentukan apakah tinadakan yang akan diambil. Apabila
berlaku interaksi pelajar dengan persekitarannya, maka konsep kendiri akan
timbul dan mula terbentuk dalam diri setiap pelajar . Selain itu, sifat
kendiri bagi seseorang individu juga boleh terbentuk apabila seseorang itu
membayangkan dan mengambil nilai-nilai yang terdapat pada orang lain dan
menjadikan nilai tersebut sebagai nilai dirinya sendiri. Lama kelamaan sifat
kendiri itu akan menjadi semakin tekal. Seseorang individu akan bertindak
mengikut apa yang dipegangnya. Dalam kehidupan seharian seseorang individu
akan berhadapan dengan perkara yang sentiasa bertentangan dengan sikap kendiri
dirinya. Tentangan ini boleh dianggap sebagai satu bentuk ancaman kepada
struktur kendiri yang terbentuk dalam diri seseorang.

TEORI KONSEP KENDIRI


Perihal bagaimana seseorang itu berpendapat tentang dirinya, berdasarkan
kesedaran tentang kelebihan dan kelemahan dan juga melalui maklumat yang
diterimanya daripada orang lain. Sikap dan penilaian yang dibuat oleh orang
lain biasanya menjadi asas bagi membina konsep kendiri seseorang itu.
(Vernon,1980)
Konsep kendiri merujuk kepada apa yang difikirkan oleh seseorang individu
mengenai kekuatan atau kelemahan yang ada pada diri atau personalitinya.
Konsep kendiri tersebut akan menjadi sesuatu yang penting kerana konsep
tersebut akan digunakan untuk meramal masa depannya atau tindakan yang bakal
diambil. Terdapat dua kemungkinan apabila seseorang itu mengambil sesuatu
keputuasan sama ada gagal ataupun Berjaya dalam keputusan yang diambil. Selain
itu, konsep kendiri juga mempengaruhi impian pelajar pada masa akan datang dan
harapan-harapan yang telah dibina oleh mereka.

Konsep kendiri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta


nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.
(H. V. Perkins)
Konsep kendiri sebagai tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza
dengan individu yang lain sejak dari bayi lagi.
(Stewat dan Friedman)
Konsep kendiri ialah integrasi pengetahuan bersama dengan reaksi seseorang
yang membezakan dirinya daripada individu lain.
(Popplestone dan McPherson)
Konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain,
dan penilaian tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.

(Amir Awang, 1991)


CIRI KONSEP KENDIRI POSITIF
Seseorang yang berkonsep kendiri positif mempunyai penerimaan kendiri dan
mempunyai kefahaman tentang diri sendiri. Individu yang mempunyai konsep
kendiri positif boleh memahami dan menerima pelbagai fakta tentang dirinya.
Seseorang yang berkonsep kendiri positif juga akan menetapkan matlamat dan
tujuan yang sesuai dengan kebolehan kendirinya. Individu ini juga akan
menghasilkan beberapa ciri tingkah laku yang menunjukkan keperibadian yang
tinggi.
Pertama, seseorang yang tertanam di dalam dirinya konsep kendiri yang positif
akan sentiasa merasa bebas untuk membuat pilihan dan keputusan. Jarang sekali
mereka berdepan dengan dilema ataupun masalah dalam membuat pilihan atau
keputusan. Jika individu ini membuat keputusan, mereka tidak akan teragak-agak
serta mereka boleh membuat pilihan tanpa terikat dengan pengaruh rakan atau
desakan keluarga.

Seterusnya, contoh seperti sikap bertanggungjawab di atas segala tingkah laku


adalah merupakan sifat individu berkonsep kendiri yang positif. Individu
tersebut juga akan mengakui kesilapannya jika dia telah melakukan sesuatu
kesilapan ataupun dia mempunyai tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di
persekitarannya.
Selain itu, contoh lain bagi individu yang berkonsep kendiri yang positif
ialah mempunyai perasaan bangga dengankejayaan yang dicapai. Ini bukanlah
bermaksud mereka mempunyai perasaan riak dan takabur, tetapi mereka akan
bersyukur di atas kejayaan tersebut. Selain itu, mereka juga mempunyai hala
tuju dan matlamat yang realistik.
Semangat dan iltizam yang tinggi merupakan elemen yang penting kepada individu
yang berkonsep kendiri positif. Mereka akan menghadapi cabaran dengan penuh
semangat serta percaya kepada kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau
berputus asa. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran
sebagai semangat untuk terus berjaya dalam hidup.
Di samping itu, perasaan gembira dan riang adalah perasaan seorang individu
yang mempunyai konsep kendiri positif. Mereka pandai menyembunyikan masalah
walaupun mereka mempunyai banyak masalah serta tidak pernah mengeluh dan
menganggap masalah tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Mereka
akan rasa sangat gembira jika masalah tersebut dapat diatasi dan sekiranya
tidak, mereka akan merujuk serta meminta nasihat daripada orang yang boleh
dipercayai dan memhami diri mereka.
Boleh bertolak ansur dengan kekecewaan merupakan konsep kendiri positif yang
membantu individu menanggani kekecewaan yang dihadapinya. Mereka tidak merasa
kesal atau berputus asa serta menerima dengan hati yang terbuka dengan
kegagalan atau kekecewaan yang dihadapi oleh mereka. Kegagalan akan memberi
semangat yang baru untuk mereka terus mencuba.
Di samping itu, individu berkonsep kendiri positif mempengaruhi orang lain
dengan menunjukkan ciri-ciri konsep kendiri positif seperti bertanggungjawab,
bangga dengan kejayaan, selalu gembira serta menghadapi cabaran dengan
semangat. Mereka dapat mempengaruhi orang lain dalam usaha mendapat tempat
dalam kalangan masyarakat atau membuat keputusan.
Sifat menghargai meliputi menghargai diri sendiri dan orang lain. Individu
berkonsep kendiri positif akan membentuk sikap menghargai kebolehan,
pencapaian, kewibawaan diri dan dalam masa yang sama mampu menghargai orang
lain. Memberi pujian dan penghormatan kepada orang lain akan menambahkan lagi
pengaruh kerana orang yang diberi penghargaanakan merasa dihargai dan diambil
berat.
Tambahan pula, individu yang pemurah dan suka membantu orang lain merupakan
individu yang mempunyai konsep kendiri positif. Mereka merasa bertanggungjawab
untuk menghulurkan bantuan dan menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan.
Perbuatan ini sangat mulia dan patut ada dalam setiap diri individu.
Akhir sekali, individu yang mempunyai sifat-sifat diatas didapati senang
mendapat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran. Ramai orang suka
mendampingi mereka kerana sikap mereka yang tidak sombong, pandai menghargai
rakan dan sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan.
Secara tuntasnya, individu yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai
banyak kelebihan kepada dirinya yang boleh memudahkan individu tersebut
berinteraksi dengan masyarakat. Masyarakat juga senang dengan kehadiran mereka
yang membawa sikap positif yang boleh menjadi teladan kepada semua ahli
masyarakat.

CIRI KONSEP KENDIRI NEGATIF


Individu yang tidak mengenali dirinya sendiri merupakan individu yang
mempunyai konsep kendiri negatif. Sifat mereka ialah kurang mempercayai diri
sendiri serta tidak yakin dalam melontarkan pandangan atau idea. Mereka juga
merasakan diri mereka selalu disisihkan dan tidak diperlukan. Ciri-ciri konsep
kendiri negatif seperti membuat jangkaan prestasi yang tidak realistik dan
penghargaan kendiri yang rendah mestilah dikenalpasti daripada peringkat
perkembangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa dan guru harus menolong
kanak-kanak menyesuaikan diri dan mempunyai pandangan yang realistik dan
positif terhadap diri mereka.
Terdapat dua jenis konsep kendiri negatif. Jenis yang pertama melibatkan
pandangan individu terhadap dirinya yang tidak teratur, tidak mantap serta
tidak menampakkan pembinaan karakter yang sempurna. Mereka tidak mengenali
diri sendiri, tidak mengetahui kelemahan dan kekuatan diri malah tidak dapat
mengenalpasti keinginan dalam hidupnya. Hal ini acap kali berlaku dalam
kalangan remaja yang masih tercari-cari identiti diri. Oleh yang demikian,
orang yang lebih dewasa bertanggungjawab membentuk konsep kendiri mereka
dengan baik.
Konsep kendiri negatif yang stabil akibat daripada pengaruh persekitaran atau
asuhan ialah jenis konsep kendiri negatif yang kedua. Misalnya, mereka menjadi
seorang pendiam, tidak bertimbang rasa dan pemarah akibat daripada asuhan yang
diterima. Ciri ini seterusnya menjadi konsep kendiri mereka yang stabil.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan
terbentuknya konsep kendiri negatif pada kanak-kanak. Antaranya ialah pengaruh
iklan dan pengaruh sebaran am seperti rancangan televisyen, pita-pita video
daripada luar negara yang mempunyai unsur-unsur negatif yang boleh
mempengaruhi minda dan pemikiran mereka. Hal ini kerana wujudnya sifat inkuiri
atau sifat ingin tahu serta mencuba sesuatu yang baru dalam diri kanak-kanak
yang ingin meningkat remaja sedangkan mereka tidak dapat membezakan mana satu
yang baik dan mana satu yang buruk. Justeru, berlakulah banyak gejala negatif
dalam masyarakat akibat daripada pengaruh ini.
Seterusnya, faktor lain yang menyebabkan berlakunya konsep kendiri negatif
ialah berlakunya kemerosotan nilai-nilai murni serta nilai-nilai disiplin
dalam diri seseorang itu. Hal ini sering kali berlaku kerana kebanyakan
individu mahukan kebebasan dan kurangnya didikan awal daripada ibu bapa dan
keluarga individu tersebut. Ibu bapa hanya mengambil sikap endah tak endah
kepada anak-anak mereka serta membiarkan membiarkan mereka tanpa memberi
tunjuk ajar yang betul. Maka, wujudlah konsep kendiri negati dalam individu
tersebut akibat daripada faktor keluarganya.
Selain itu, pengaruh persekitaran seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan
masyarakat yang tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kanak-kanak
merupakan faktor terbentuknya konsep kendiri negatif. Mereka juga melemparkan
kritikan dan komen yang tidak wajar kepada kanak-kanak. Sepatutnya, kanak-
kanak memerlukan kasih sayang, akan tetapi telah dicemuh. Mereka memerlukan
belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka dan bukan keperluan kebendaan
sahaja. Ibu bapa juga janganlah terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi
kepada kanak-kanak kerana ini akan manggangu emosi kanak-kanak yang merasa
terbeban dengan harapan ibu bapa mereka.
Faktor lain yang menyebabkan berlakunya konsep kendiri negatif juga ialah
kanak-kanak yang mempunyai pandangan rendah terhadap diri sendiri. Kanak-kanak
yang mempunyai masalah emosi selalunya mempunyai masalah berkaitan fizikal
seperti kecacatan dan mengalami pengalaman traumatik. Hal ini sering berkaitan
kerana masalah emosi sering berkait rapat dengan persekitaran kanak-kanak
tersebut. Jika persekitarannya bermasalah, maka emosi akan terganggu. Justeru,
kanak-kanak ini tidak dapat menguasai sesuatu tugas perkembangan.
Sebaliknya, ciri konsep negatif bertentangan dengan ciri konsep kendiri yang
positif. Individu yang menunjukkan konsep kendiri negatif akan menunjukkan
ciri seperti selalu meminta pertolongan. Ini menunjukkan individu tersebut
tidak mempunyai daya usaha untuk memajukan diri sendiri. Selain itu, individu
tersebut juga menunjukkan sikap suka menagih simpati kepada oang lain untuk
mendapatkan sesuatu. Jika permintaannya tidak dipenuhi, individu tersebut akan
merasa tersinggung dan merajuk. Sikap yang ditununjukkan ini jelas
menggambarkan individu tersebut adalah seorang yang sensitif.
Di samping itu, individu yang mempunyai konsep kendiri negatif juga selalu
memberi kritikan atau komen yang menyinggung. Individu jenis ini selalu nampak
kesalahan orang lain tetapi jarang ataupun tidak pernah untuk mengubah diri
sendiri terlebih dahulu. Individu tersebut juga selalu merasa tidak berpuas
hati sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Mereka tidak pernah
rasa bersyukur terhadap nikmat kurniaan Allah yang begitu banyak sekali dalam
hidup mereka.
Antara ciri lain individu yang mempunyai konsep kendiri rendah ialah selalu
berangan-angan dan risau tentang pelbagai perkara. Individu yang mempunyai
sifat ini adalah individu yang tidak mempunyai matlamat, visi dan misi dalam
hidup mereka. Hidup mereka kosong kerana hidup mereka tidak mempunyai arah dan
tujuan dalam mencapai kejayaan didunia dan diakhirat.
Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri dan suka menyalahkan orang lain
juga merupakan ciri-ciri konsep kendiri negatif. Individu ini merasakan apa
yang dilakukan oleh dia adalah semuanya betul tanpa menghiraukan orang lain.
Sikap pentingkan diri sendiri yang ditunjukkan oleh individu tersebut
menunjukkan dia tidak mempunyai sifat toleransi dalam perhubungan. Individu
ini akan membawa pelbagai masalah jika dia berada di dalam kelompok
masyarakat.
Salah satu ciri konsep kendiri negatif yang penting juga ialah berkeyakinan
diri yang rendah serta bersikap pasif. Mereka merasa terlalu banyak kekurangan
yang ada di dalam diri mereka yang menyebabkan mereka merasa kurang yakin
apabila berada dikhalayak ramai seterusnya mengambil sikap berdiam diri dan
tidak ambil peduli. Ini jelas menunjukkan bahawa inidividu jenis ini mempunyai
kemahiran komunikasi yang sangat lemah oleh sebab sikap mereka yang pasif dan
kurang berkeyakinan itu.
Seterusnya, individu yang berkonsep kendiri negatif juga mempunyai ciri tidak
sukakan cabaran. Mereka merasa cabaran merupakan satu bebanan berat yang perlu
ditanggung oleh mereka. Oleh yang demikian, mereka akan rasa murung dan
tertekan apabila sesuatu masalah terjadi kepada mereka. Justeru, hidup
individu ini akan menjadi kucar-kacir akibat daripada sikap mereka yang tidak
suka akan cabaran dan hanya ingin mengambil jalan mudah sahaja.

HELAH BELA DIRI


Helah bela diri ialah satu proses yang dilakukan oleh manusia secara sedar
ataupun tidak sedar. Helah bela diri ini dilakukan untuk memperthankan ego,
ancaman, dan kebimbangannya. Kebiasannya, helah ini digunakan oleh individu
yang sedang dalam kerisauan. Satu kajian telah dilakukan oleh Sigmund Freud
dan beliau telah mengklsifikasikan konsep kendiri kepada beberapa bahagian.
Rasionalisasi ialah memberikan penerangan atau alasan yang kelihatan munasabah
dan logik terhadap sesuatu tingkah laku untuk melindungi atau menyembunyikan
motif yang sebenar. Rasionalisasi juga sering digunakan untuk mempertahankan
ego seseorang. Secara kesimpulannya, rasionalisasi ialah penjelasan atau sebab
satu-satu situasi itu tidak dapat diterima. Sebagai contoh : seorang murid
yang gagal dalam peperiksaan akan memberikan alasan bahawa gurunya bersikap
pilih kasih.
Sublimasi merupakan helah bela diri yang paling sihat. Ia adalah satu cara
untuk individu menyalurkan kekecewaanya kepada saluran yang dapat menerima dan
yang memuaskan individu tersebut dari segi sosial. Keinginan tersebut dapat
dipuaskan melalui aktiviti yang diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh
seseorang ibu yang kematian anak akan mengambil anak angkat dan mencurahkan
sepenuh kasih sayang kepada anak angkat tersebut.
Pemindahan ialah satu proses yang berlaku apabila seseorang individu
memindahkan rasa kecewanya kepada seseorang individu yang lain. Pemindahan
memerlukan seseorang individu yang dapat menerima kekecewaan tersebut dari
individu lain. Biasanya orang yang menjadi mangsa terdiri daripada inferior
yang dijangka tidak bertindakbalas terhadapnya. Sebagai contoh seseorang guru
yang sedang dalam keadaan marah akan memindahkan rasa marah tersebut kepada
murid-muridnya.
Projeksi ialah satu tindakan untuk seseorang individu membalikkan konflik yang
terdapat dalam dirinya kepada orang lain. Seseorang akan berusaha untuk
meletakkan kesalahan tersebut di atas bahu orang lain dengan dakwaan individu
tersebut juga bersalah. Pandangan orang ramai akan dipesongkan agar kelemahan
dan keaiban dirinya dapat dilindung. Contohnya seorang pelajar yang lemah
dalam peperiksaan akan meniru dengan menganggap pelajar lain juga akan meniru.
Introjeksi ialah satu jenis helah bela diri yang berlawanan dengan projeksi.
Seseorang individu akan menyerap pengaruh luar dan persiktaran ke dalam
dirinya. Contohnya seorang pelajar akan mengikut ciri-ciri seorang guru jika
pelajar tersebut menyukai guru tersebut.
Pembentukan reaksi ialah satu bentuk helah bela diri bagi mempertahankan diri
daripada sesuatu ancaman dengan memperlihatkan satu reaksi yang bertentangan
dengan reaksi tersebut. Sebagai contoh seorang pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan akan ketawa untuk menyembunyikan perasaan getar tersebut.
Kompensasi ialah menggunakan aktiviti lain yang hampir sama untuk menggantikan
yang lain. Contohnya seorang individu yang lemah dalam akademik akan
menggunakan kelebihannya dalam bidang sukan untuk mendapat perhatian daripada
guru dan orang lain.
Represi ialah satu tindakan untuk mengatasi perasaan sedih atau kecewa dengan
mengalihkan perasaan tersebut daripada kesedaran dan mempercayai bahawa
perkara tersebut tidak wujud dan tidak berlaku. Menurut Freud, tindakan ini
ialah seperti memendamkan fikiran, keinginan dan konflik kepada alam yang
bawah sedar. Contohnya seseorang yang kehilangan seseorang yang disayanginya
akan mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap mengenainya seperti ingin
membuang perasaan sedih tersebut daripada darinya. Apabila seseorang individu
membenamkan emosi dalam dirinya, merekan akan mengalami tekanan yang akan
menggagngu emosi driri mereka sendiri.
Regresi berlaku apabila seorang individu kembali kepada jenis tingkah laku
yang terdahulu yang menjadi kebiasaan kepadanya semasa proses perkembangan
dahulu. Sebagai contoh, seorang pelajar akan menangis jika tidak mendapat
perhatian. Perbuatan tersebut adalah sesuatu yang dilakukan semasa kecil
dahulu.

Fantasi ialah satu situasi yang membuatkan seseorang individu membentuk satu
fantasi yang lebih selesa dalam fikirannya untuk melupakan segala masalah.
Fikiran yang dibentuk adalah lebih selesa daripada keadaan sebenar. Contohnya
seseorang yang miskin akan berfantasi untuk menjadi seorang yang kaya.
Penyangkalan merupakan satu bentuk helah bela diri yang menafi dan menolak
realiti. Proses ini berlaku apabila individu tidak dapat menerima kenyataan.
Sebagai contoh seorang yang didapati mengidap penyakit barah akan menafikan
perkara tersebut dengan dengan mengatakan laporan doktor itu salah.
Identifikasi berlaku apabila seseorang cuba untuk melindungi kelemahan dirinya
dengan menyamakan dirinya dengan orang yang mempunyai kelebihan. Kaedah ini
merupakan kaedah penyesuaian yang sesuai. Sebagai contoh seorang pelajar akan
berkawan rapat dengan kumpulan sorak sekolah untuk menunjukkan pelajar itu
juga popular.
Keagrisifan ialah tindakan untuk meluahkan rasa kecewa secara agresif. Mereka
akan mencederakan dan member ancaman untuk membendung kekecewaan. Contohnya
seseorang kanak-kanak akan maraung dengan kuat kepada ibunya jika tidak
dibelikan mainan.
KAITAN ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN PERSONALITI INDIVIDU.
Menurut Rogers (1959) kendiri merupakan satu organisasi atau aturan persepsi
yang konsisten yang dilihat sebagai aku, saya, atau diri.Ini bermakna
kendiri merupakan definisi yang diberi oleh seseorang individu tentang dirinya
kepada orang lain secara sedar dengan menggunakan perkataan saya atau aku.
Konsep kendiri seorang individu itu akan kerap berubah kerana setiap manusia
akan cuba mencapaiaoa yang diingininya. Namun begitu, setiap individu akan
cuba untuk mengekalkan kualiti asal yang ada pada dirinya sendiri. Hal ini
bergantung kepada pengalaman seseorang tentang pelbagai hal dari zaman kanak-
kanak serta persepsi keseluruhan yang ada pada diri individu tersebut. Konsep
kendiri terbentuk daripada perasaan penerimaan orang lain terhadap dirinya dan
bagaimana layanan yang diperolehi daripada keluarga, masyarakat dan
persekitaran. Ini bermakna penilaian terhadap konsep kendiri dapat dilihat
daripada tiga sumber. Sumber yang pertama ialah kasih sayang atau sokongan
yang diterima daripada persekitaran. Sumber kedua ialah kemampuan dan
keupayaan diri dan sumber yang terakhir ialah penerimaan keluarga dan
masyarakat sekitar terhadap dirinya.
Menurut Rogers, dalam diri setiap individu terdapat diri unggul iaitu bentuk
atau konsep kendiri yang amat diingini oleh seseorang. Diri unggul ini
mempunyai elemen seperti persepsi dan makna yang relevan pada dirinya serta
sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.
Sebagai kesimpulan, personaliti seseorang itu mempunyai perkaitan kuat dengan
konsep kendiri. Ini kerana personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri
yang dimiliki oleh seseorang individu, seperti cara berfikir dan beremosi yang
membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI


Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Contoh perbazaan yang
dapat dikenalpasti ialah perbezaan dari segi pembentukan konsep kendiri.
Perbezaan pembentukan konsep kendir kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai
faktor seperti faktor model. Model ialah individu yang diikut oleh kanak-
kanak tersebut seperti ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa daripada
pelbagai aspek dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kanak-kanak mestilah mendapat
bimbingan yang betul daripada golongan ini supaya konsep kendiri negatif dapat
dibentuk dalam diri mereka. Jika model mereka bersifat negatif, maka kanak-
kanak tersebut juga akan mengikut segala perbuatan negatif yang dilakukan oleh
model mereka. Justeru, amat penting sekali kanak-kanak mendapat didikan yang
betul dan sempurna supaya konsep kendiri positi dapat dibentuk dalam diri
mereka.
Seterusnya, faktor persekitaran seperti budaya masyarakat setempat, persepsi
masyarakat dan peranan media massa juga merupakan elemen yang penting dalam
pembentukan sesuatu konsep kendiri. Budaya masyarakat amat penting dalam
pembentukan konsep kendiri kerana kanak-kanak hidup dan dibesarkan di dalam
masyarakat. Oleh itu, sudah tentu berlakunya proses asimilasi tabiat budaya di
dalam diri kanak-kanak tersebut. Budaya lain seperti hedonisme juga merupakan
faktor yang membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Media massa juga
memainkan peranan yang penting. Pada peringkat ini, media massa merupakan satu
agen penyiaran yang penting kerana kanak-kanak banyak menonton televisyen.
Justeru, media massa perlu bertanggungjawab dalam memastikan konsep kendiri
positif dapat dibentuk dalam diri kanak-kanak dengan menyiarkan saluran-
saluran yang berfaedah dan dapat menjana perkambangan minda kanak-kanak.
Di samping itu, sifat semulajadi seperti baka dan persepsi terhadap diri
sendiri juga merupakan faktor pembentukan konsep kendiri. Baka yang diwarisi
oleh ibu bapa akan membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Oleh itu,
bukan sahaja rupa paras sahaja yang akan diwarisi oleh ibu bapa, akan tetapi
perangai ataupun tabiat ibu bapa tersebut juga akan mempengaruhi oleh kanak-
kanak. Oleh yang demikian, amat penting sekali ibu bapa untuk mengawal emosi
dan tingkah laku mereka supaya zuriat mereka menjadi baik terutamanya ibu
ketika mangandung kerana segala perbuatan, pemakanan dan tingkah laku ibu akan
turun kepada janin di dalam kandungannya. Justeru, ibu bapa hendaklah menjaga
segala perbuatan mereka supaya zuriat mereka apabila dilahirkan nanti boleh
menjadi seorang yang berguna.
Akhir sekali, kepercayaan kepada nilai-nilai keperluan seperti keselamatan,
kasih sayang dan penghormatan diri adalah faktor pembentukan konsep kendiri.
Nilai kasih sayang sayang amat penting sekali bagi seseorang kanak-kanak dalam
membentuk konsep kendiri dalam dirinya. Jika kasih sayang tidak diberikan
sekucukupnya, kanak-kanak tersebut akan membesar di dalam suasana yang serba
kekurangan. Keselamatan juga penting bagi kanak-kanak kerana mereka masih
kecil dan tidak dapat membezakan mana perkara yang bahaya dan tidak bahaya.
Oleh itu, amat penting sekali bagi ibu bapa serta guru untuk menjaga
keselamatan kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat membentuk konsep kendiri
yang positif.
( http://layyinulqalbi.blogspot.com/2010/07/personaliti-n-konsep-kendiri.html )

https://docs.google.com/file/d/0B4iGGIIjNQvjUjh5eU9DMFdTU0E/edit
( personality, konsep kendiri -------- desktop )

You might also like