You are on page 1of 4

SHARIF Masahor atau nama sebenar Sayyid Mashyur bin Muhammad Al-Shahab merupakan

seorang pemimpin yang amat berpengaruh dan dihormati di Sarawak semasa pemerintahan
zaman Rajah Brooke.
Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran
Matusin yang dikatakan seorang barua dan penyokong kuat James Brooke di dalam
memperluaskan kuasanya di Sungai Rajang.
SHARIF Masahor atau nama sebenar Sayyid Mashyur bin Muhammad Al-Shahab merupakan
seorang pemimpin yang amat berpengaruh dan dihormati di Sarawak semasa pemerintahan
zaman Rajah Brooke.
Kepemimpinannya sebagai pembesar terbukti atas kejayaan menyatukan kaum Melanau di
Lembah Rajang dengan kaum Iban di Sungai Skrang. Mengikut catatan sejarah, Sharif Masahor
merupakan salah seorang pembesar Sarikei yang dilantik oleh Sultan Abdul Mumein dari
Kesultanan Brunei.

Jika kita amati teks sejarah dari negeri-negeri Melayu, ada terselit nama Sharif Masahor di dalam
perjuangan menentang penjajahan di Semenanjung Tanah Melayu dan pemerintahan lebih
kurang 100 tahun Rajah Brooke di Sarawak.

Kewibawaan Sharif Masahor sebagai pembesar yang dilantik oleh Kesultanan Brunei tercabar
apabila daerah Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Ini berlaku apabila James
Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Kesultanan Brunei. James Brooke juga
mencabar kewibawaan pembesar ini apabila mula membina kubu di Kanowit.

Ekoran daripada itu, pada tahun 1855, Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang
Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang dikatakan seorang barua dan penyokong kuat
James Brooke di dalam memperluaskan kuasanya di Sungai Rajang.

James Brooke yang bertindak balas, melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei. Ini
menyebabkan Sharif Masahor marah. Kerana pengaruhnya yang kuat, Sharif Masahor berpakat
dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak. Pada
tahun 1859, pakatan bala tentera Sharif Masahor telah menyerang Kanowit.

Setahun kemudian, pakatan Sharif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur bertambah kuat
selepas bergabung dengan Temenggung Hashim dari Sadong dan mereka membuat pakatan
sulit untuk menyerang Kuching. Tetapi sayang, pakatan sulit itu dapat dihidu oleh James Brooke
yang dengan lantas meminta pertolongan Belanda.

Belanda telah menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan kemudiannya beliau dipenjarakan di
Betawi sehingga meninggal dunia di sana. Ini tidak melemahkan semangat Sharif Masahor
apabila beliau dengan pasukannya bertempur habis-habisan di Sungai Sadong.

Banyak kapal dan perahu Sharif Masahor telah ditenggelamkan di dalam perang itu. Kejadian ini
memaksa Sharif Masahor dan pasukannya berundur ke Mukah bagi memperkuatkan kembali
barisan perang mereka.

James Brooke yang masih belum berpuas hati atas penentangan Sharif Masahor, pada tahun
1861, memaksa Sultan Brunei untuk menyerahkan Mukah di bawah jajahannya dan apabila
dipersetujui, James Brooke tanpa membuang masa menahan Sharif Masahor dan dipenjarakan
dan kemudiannya dibuang negeri ke Selangor.

Kedatangan beliau di Selangor disambut baik oleh Raja Mahdi iaitu anak kepada bekas
pembesar Kelang sebelum Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah
untuk dijaga iaitu Raja Sulaiman.
Persahabatan yang baik antara Sharif Masahor dan Raja Mahdi membolehkan Sharif Masahor
diperkenalkan dengan ramai lagi kerabat diraja Selangor dan ini termasuklah Sultan Abdul
Samad yang baru menaiki takhta. Sultan Abdul Samad melantik Sharif Masahor sebagai
penasihat kepada baginda.

Sekitar bulan Mac 1867, terjadi satu perang saudara di Selangor Perang Kelang. Perang
saudara ini berlaku antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah gara-gara rasa tidak puashati apabila
Raja Mahdi dipaksa membayar cukai kepada Raja Abdullah. Ketika itulah Sharif Masahor
meninggalkan tugasnya dengan Sultan Abdul Samad sebaliknya turun membantu Raja Mahdi di
dalam mengatur strategi peperangan.

Apabila Perang Kelang tamat sekitar 1874 dan Raja Mahdi berserta pengikutnya termasuk Sharif
Masahor yang kalah mendapat pengampunan daripada Sultan Abdul Samad, kemudian Raja
Mahdi membawa diri sehingga ke Johor dan akhirnya meninggal dunia di Johor. Sementara
Sharif Masahor terus berbakti dengan Kesultanan Selangor.

Di ketika British cuba mencampuri urusan pentadbiran Negeri-negeri di Tanah Melayu, mengikut
kajian seorang ahli sejarah tersohor Buyong Adil, Sharif Masahor dan pengikut yang setia
kepada Sultan Abdul Samad telah bermati-matian menentang pihak British. Sharif Masahor
bersama-sama dengan anak jati Selangor dikatakan berjaya memenggal kepala beberapa
pegawai tentera British di Selangor dan kepala tersebut diletakkan di tengah bandar Kuala
Lumpur sebagai tanda amaran kepada pihak British.

Pemberontakan yang didokongi oleh Sharif Masahor dan anak jati Selangor ini sengaja
dirahsiakan oleh British dari pengetahuan umum kerana takut ia menjadi pemangkin kepada
anak Sarawak di Sarawak dan juga anak jati negeri di Semenanjung Tanah Melayu bangun
memberontak ke atas pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak dan juga Koloni British di bumi
Semenanjung Tanah Melayu.

Akhirnya Sharif Masahor telah meninggal dunia pada tahun 1890 dan disemadikan di Kerling,
Hulu Selangor. Makamnya masih lagi terjaga oleh Muzium Selangor sehinggalah sekarang
sebagai memberi penghormatan kepada pendekar Sarawak dan juga pendekar Selangor ini.

Inilah sekelumit maklumat sejarah seorang pendekar Sarawak, Sharif Masahor yang bangun
menentang Rajah Brooke di bumi Sarawak dan kemudiannya menaburkan bakti di bumi
Semenanjung Tanah Melayu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------

You might also like