You are on page 1of 25

BAB 1

PENGENALAN

PRINSIP ASAS HIDRAULIK

Prinsip hidraulik menyatakan bahawa kuasa tekanan yang diberi kepada cecair itu akan sama
banyak diterima pada semua arah.Prinsip hidraulik mengambil 4 faktor utama bagi sistem ini
iaitu:

i. Kecairan tidak boleh dihimpit.Apabila dihimpit cecair tersebut akan berkumpul dan akan
menyebabkan satu tekanan yang sama.
ii. Kuasa tekanan dalam setiap bahagian kuasa hidraulik adalah sama banyak. Kuasa
tekanan ini dibuat dengan adanya piston.
iii. Memindahkan tekanan ke semua arah - Konsep hukum Pascal diaplikasikan pada sistem
hidraulik yang bercabang yang memerlukan tekanan yang sama bagi semua arah pada
satu masa yang sama ketika sistem sedang beroperasi.
iv. Mampu melakukan kerja-kerja berat - Sistem hidraulik boleh melakukan kerja-kerja berat
walaupun mempunyai rekabentuk yang kecil dan ringkas. Ini dapat menjimatkan
penggunaan cecair hidraulik dalam sistem.

Sistem brek hidraulik menggunakan Prinsip Pascal yang menyatakan cecair yang tertutup dapat
memindahkan tekanan yang sama pada semua arah tanpa menghilangkan kuasa itu. Dengan lain
perkataan cecair hidraulik tidak boleh dimampatkan dan tekanan keseluruhan sistem adalah
sama.

Sistem brek ialah brek yang dipasang pada kenderaan bertujuan untuk memberhentikan atau
memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Operasi sistem brek
biasanya menjadi satu perkara yang paling mustahak bagi setiap pemandu. Keupayaan
pembrekan memainkan peranan penting dalam pemanduan kereta bermotor.

1
Rajah 1.1: Gambarajah sistem brek

Terdapat 2 jenis sistem brek yang digunakan oleh kenderaan masa kini, iaitu system brek
hidraulik dan sistem brek mekanikal. Kebanyakan kenderaan masa kini menggunakan teknologi
sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentikannya lebih baik daripada brek mekanikal. Brek
hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek hidraulik, ia
dipasang gabungan brek cakera dan brek gelendong. Brek cakera dipasang dibahagian roda
depan manakala brek gelendong dipasang di bahagian roda belakang. Ini bertujuan, sekiranya
mana-mana satu brek tersebut mengalami kegagalan berfungsi maka brek yang satu lagi dapat
menyelamatkan keadaan untuk memberhentikan kenderaan.

2
BAB 2
SISTEM BREK HIDRAULIK

2.1 Sistem brek hidraulik

Rajah dibawah menunjukkan asas brek hidraulik yang terdiri daripada pedal brek, takungan
(reservor), silinder induk (master cylinder) yang dihubungkan kepada silinder roda (wheel cylinder)
dan brek caliper melalui saluran tiub keluli. Apabila pedal brek ditekan piston dalam silinder induk
akan tertolak. Ini akan menyebabkan cecair yang berada di hadapan piston akan tertolak dan
membentuk tekanan kepada seluruh sistem brek. Piston di silinder roda dan caliper akan menolak
pula lining / pad rapat pada gelendung (drum) / piring (disk).

Roda hadapan hendaklah mempunyai lebih kuasa memberhentikan kenderaan berbanding dengan
roda belakang. Ini adalah disebabkan 60% dari berat kenderaan adalah tertumpu pada bahagian
hadapan semasa membrek. Ini dapat diperhatikan dengan jelas bila sesebuah kenderaan
diberhentikan secara mengejut. Bahagian hadapannya kelihatan menurun sementara bahagian
belakangnya menaik

Rajah 2.1: Gambarajah kereta membrek.

3
2.2 Ciri-ciri cecair brek hidraulik

Cecair yang digunakan didalam sistem brek adalah cecair yang khas. Cecair yang sama juga boleh
digunakan untuk sistem klac hidraulik. Cecair yang digunakan untuk sistem brek hidraulik mestilah
mempunyai ciri-ciriseperti berikut. Ini bagi menjamin supaya sistem brek sentiasa dalam keadaan
yang baik dan selamat digunakan.

a. Tidak melembutkan atau tidak mengembangkan bahagian brek yang diperbuat daripada getah.
b. Tidak mengaratkan bahagian brek yang diperbuat dari logam.
c. Tidak terpelowap (menjadi wap) apabila suhu didalam sistem brek menjadi tinggi. Sekiranya ciri
ini berlaku, cecair brek akan cepat habis.
d. Boleh mengalir pada suhu rendah atau takat beku(bawah 0 C)
e. Boleh bertindak sebagai bahan pelincir untuk bahagian-bahagian brek yang bergerak.
f. Boleh tahan lama dengan mengekalkan ciri-ciri diatas.

2.3 Prinsip Pascal

Prinsip pascal menyatakan apabila daya dikenakan pada sebarang titik diatas cecair terkurung maka
ia akan diagihkan sama rata oleh cecair ke semua arah. Lihat gambarajah dibawah

Rajah 2.2: Prinsip pascal

4
Rajah dibawah ini membuktikan prinsip pascal yang mana dua silinder dengan garispsat yang sama
disambungkan diantara satu dengan yang lain.Apabila satu daya dikenakan keatas piston dalam satu
silinder,piston di satu silider lain akan menerima satu jumlah daya semasa tekanan dihantar oleh
cecair.

Rajah 2.3 : Gambarajah dua silinder dengan garispsat yang sama

Rajah dibawah ini menunjukkan empat silinder dengan garispusat yang sama disambungkan ke satu
pusat.Satu tekanan yang sama dikenakan ke atas kempat-empat silinder brek roda tersebut.

Rajah 2.4 : Gambarajah empat silinder dengan garispusat yang sama

2.4 Bleeding(menjujus)

5
Bleeding (menjujus) ialah mengeluarkan udara yang terkandung atau terperangkap di dalam sistem
brek. Ia mesti dilakukan sekiranya perkara-perkara berikut terjadi iaitu:

a. Bila menanggalkan mana-mana bahagian saluran sistem brek.


b. Bila cecair brek dalam takungan kosong atau paras yang terlalu rendah.
c. Bila membaiki pam induk (master cylinder) atau silinder roda (wheel cylinder).
d. Satu dari brek melekat (jammed) terlalu lama.Silinder roda akan menjadi panas dan ini akan
menyebabkan udara masuk ke silinder.

Jika udara yang terperangkap tidak dibuang ini akan menyebabkan apabila pedal brek ditekan,
tekanan tidak akan wujud didalam sistem brek. Dengan ini piston pada wheel cylinder/brake caliper
tidak boleh menolak lining/pad untuk mencengkam. Satu tanda yang menunjukkan bahawa udara
terperangkap didalam sistem brek ialah bila pedal brek ditekan ia akan berasa lembut dan terus
sampai ke lantai tetapi brek masih tidak berkesan. Apa yang berlaku sebenarnya ialah gelembung-
gelembung udara yang terperangkap didalam cecair brek itu termampat. Dengan itu setiap silinder
roda dilengkapkan dengan injap jujus untuk mengeluarkan udara yang terperangkap di dalam sistem
brek.

Rajah 2.5: Bleeding Screw (Injap jujus)

6
2.5 Bagaimana brek hidraulik berfungsi

Rajah 2.6: Brek hidraulik

2.5.1 Binaan Asas Brek Jenis Hidraulik

Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut:


i. Pedal brek
ii. Silinder induk(master cylinder)
iii. Saluran paip brek(brake pipe line)
iv. Silinder roda(wheel cylinder)
v. Angkup brek(brake caliper)

2.5.2 Binaan Asas Silinder Induk (Master Cylinder)

7
Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan dan satu badan silinder induk.
Takungan disediakan bagi membekalkan bendalir brek untuk mengendalikan sistem brek. Pada
bahagian silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama (primary rubber cup)
dan penyendal pendua (secondary rubber cup). Spring dipasang di hujung piston bagi
membolehkan piston kembali ke asal selepas membrek. Injap pampasan (check valve) pula
dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan didalam paip brek Dua liang keluaran
disambungkan keroda menggunakan saluran paip brek. Satu gelang snap dipasang supaya dapat
menahan komponen dalam silinder dari keluar Dibahagian luarnya pula terdapat pengadang
habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran daripada masuk ke dalam silinder. Rod tunjal
digunakan untuk menyambungkan tekanan dari pedal ke silinder induk.

Rajah 2.7: Binaan Asas Silinder Induk

2.5.3 Saluran Paip Brek (Brake Pipe Line) dan Hos Boleh Lentur (Flexible Hose)

8
Paip brek dan hos boleh lentur dipasangkan pada sistem brek adalah untuk menghantar cecair
yang bertekanan tinggi ke angkup brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder). Umumnya
hos boleh lentur dipasang pada roda hadapan.Ini disebabkan roda hadapan bergerak turun dan
naik. Oleh kerana bendalir brek beroperasi dalam tekanan yang tinggi, paip dan hos brek
mestilah diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi bagi mengelakkan kebocoran. Paip brek
diperbuat daripada steel tube yang dapat menahan karat dan tekanan tinggi. Manakala hos boleh
lentur diperbuat daripada getah campuran yang bermutu tinggi.

Rajah 2.8: Saluran Paip Brek (Brake Pipe Line) dan Hos Boleh Lentur
(Flexible Hose)

2.5.4 Binaan Asas Silinder Roda (Wheel Cylinder)

Di dalam silinder roda terdapat satu atau 2 piston dengan mangkuk getah (rubber cup)
.Diantara piston tersebut dipasang spring.Spring ini akan mengembalikan semula piston
ketempat asal selepas beroperasi. Pada silinder juga terdapat skru penjujus (bleeding screw)
untuk tujuan membuang udara yang terperangkap dalam sistem brek. Pengadang habuk (dust

9
cover) dipasang dibahagian luar silinder bagi mengelakkan kekotoran masuk kedalam silinder.
Silinder roda (wheel cylinder) biasanya digunakan untuk brek jenis gelendung (drum).

Rajah 2.9: Binaan Asas Silinder Roda (Wheel Cylinder)

2.5.5 Binaan Asas Angkup Brek (Brake caliper)

Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu:-


i. Angkup Tetap (fix caliper)
ii. Angkup Apungan (floating caliper)

Jenis angkup tetap biasanya mempunyai 2 atau 4 piston yang dipasang secara
bertentangan antara satu sama lain.Tiap-tiap silinder terdapat satu sesendal (seal). Sesendal ini
berfungsi untuk menghalang minyak brek keluar dari silinder dan bersifat menarik balik piston
ketempat asal bagi menyediakan satu kelegaan larian antara pad dengan permukaan
disk.Manakala angkup jenis apungan (floating) mempunyai satu piston sahaja,tetapi saiznya agak
besar dari saiz piston yang digunakan pada angkup tetap.Angkup brek biasanya digunakan bagi
brek jenis disk (piring).

10
Rajah 2.10: Binaan Asas Angkup Brek (Brake caliper)

2.6 BREK TANGAN (Hand Brake)

Juga disebut brek kecemasan atau parking brake. Ia digunakan apabila kenderaan telah
diberhentikan atau kenderaan akan ditinggalkan di tempat letak kereta.Ini bertujuan bagi
memastikan kenderaan tersebut tidak akan bergerak dan berada dalam keadaan selamat. Selain
dari itu brek tangan berfungsi sebagai membantu memberhentikan kenderaan seandainya sistem
brek hidraulik kurang berfungsi. Amalan ini tidak harus diamalkan, hanya sekadar waktu
kecemasan sahaja.

11
2.6.1 Binaan Brek Tangan (Hand Brake)

Brek tangan terdiri daripada tiga unit penting iaitu:-


i. Unit ratchet
ii. Kabel keluli boleh lentur
iii. Unit gesel brek

Rajah 2.11: Binaan Brek Tangan (Hand Brake)

2.6.2 Kendalian Brek Tangan (Hand Brake)


Brek tangan dikendalikan secara mekanikal. Apabila lengan tuil ditarik, kabel akan
menarik gesel brek digelendung (drum). Ini menyebabkan gesel brek keluar gesel dan menekan
permukaan gelendung (drum).Ini akan menyebabkan roda tidak bergerak lagi.

12
Rajah 2.12:
Kendalian
Brek Tangan (Hand Brake)

2.6.3 Kaedah Pemasangan Brek Tangan(Hand Brake)

Pada kebanyakkan kenderaan unit gesel brek biasanya dipasang pada roda belakang
kenderaan. Cara lain yang terdapat pada kenderaan ialah kelengkapan brek tangan dipasang pada
aci pemutar yang dikenali sebagai Brek bengkung cerutatau (Transmission drum hand brake).
Bengkung brek (Brake band) akan tertolak keluar apabila rod penarik ditarik. Bengkung brek
akan melekap pada gelendung (drum) menyebabkan kenderaan tidak boleh bergerak lagi.

13
Rajah 2.13: Kaedah Pemasangan Brek Tangan(Hand Brake)

2.7 Operasi Sistem Brek Hidraulik


Kebanyakan kenderaan ringan menggunakan sistem brek jenis hidraulik pada masa kini.
Kuasa hidraulik yang bertindak menolak semua sistem brek bagi memberhentikan kenderaan
dengan segera dan selamat serta mengawal kenderaan semasa dipandu perlahan atau pun laju.

Rajah 2.14: Operasi Sistem Brek Hidraulik

Kuasa membrek kenderaan berlaku apabila pedal brek ditekan dengan daya dipindahkan
melalui push rod ke piston master cylinder. Semas primary cup menutupi inlet port, ruang master
cylinder tertutup daripada resevoir. Pergerakkan piston ini meninggikan tekanan yang mana
cecair brek dipaksa keluar melalui fluid outlet terus ke setiap piston dalam brake caliper bagi
roda depan dan piston dalam wheel cylinder pada roda belakang. Tekanan hidraulik akan
memaksa piston bergerak menolak brake pad (depan) ke disc brake dan brake shoe (belakang) ke
drum brake bagi setiap roda untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan.
Apabila brek dibebaskan,return spring dalam mekanisma brek drum menarik brake shoes
daripada drum dan piston untuk brake disc melepaskan tekanan. Piston master cylinder akan
balik ke kedudukan bebas lebih cepat daripada cecair brek mengisi ruang selinder. Ini

14
mengujudkan vakum,bagi memampas kejadian vakum cecair mengalir dari resoirvor melalui
compensating port ke dalam piston port dan di sekitar primary cup.

Rajah 2.15: Saluran Aliran Brek

Brek yang dipasang pada kenderaan adalah bertujuan untuk memberhentikan atau
memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Operasi sistem brek
biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi setiap pemandu untuk diambil perhatian
serius. Oleh itu, keupayaan pembrekkan memainkan peranan penting dalam pemanduan
kenderaan bermotor. Umumnya terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada kenderaan
masa kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Walaubagaimana pun
kebanyakan kenderaan masa kini menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa
pemberhentiannya lebih baik daripada brek mekanikal.
Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek
hidraulik masa kini, ia dipasang dengan gabungan brek cakera dan brek gelendong. Brek cakera
dipasang pada roda hadapan manakala brek gelendong dipasang pada roda belakang. Brek
merupakan peranti yang menggunakan kuasa geseran untuk memperlahankan atau
memberhentikan mekanisme brek daripada terus bergerak. Dalam sistem tersebut terdapat
berbagai-bagai kerumitan berlaku, yang boleh menggagalkan kenderaan daripad berhenti seperti
yang dikehendaki pemandu.

15
2.7.1 Brek Hilang Kuasa Memberhentikan Kenderaan

1. Kerosakan berlaku pada pam induk brek ( master pump).

Rajah 2.16: Master Pump

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding silinder, pam
induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat atau kebocoran pada pam induk brek. Jika ini
berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam induk brek. Periksa dengan teliti
setiap bahagian komponen seperti penebat getah, dinding silinder, dan saluran hidraulik.
Gantikan komponen yang rosak dan pasangkan semula pada kenderaan. Lakukan kerja
penjujusan bleeding semasa enjin dihidupkan.

2. Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.


Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada silinder roda
yang rosak. Letakkan kenderaan diatas pendorong dan atas tempat yang rata. Tanggalkan roda
yang mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda yang bocor, dan gantikan komponen
yang rosak (biasanya penebat rosak). Pasangkan semula semua komponen pada kenderaan,

16
hidupkan enjin dan jujuskan sistem brek bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir
dengan roda yang terdekat dengan pam induk brek.

2.7.2 Kereta Hanya Berhenti Selepas Injak Brek Ditekan Jauh Ke Bawah

Lapik brek atau pad brek haus berlebihan.


Kehausan terjadi selepas pelapik brek atau pad brek digunakan dengan lama kerana setiap
kali pengguna kenderaan memandu, tentunya brek amat diperlukan. Setiap kali injak brek
ditekan, pelapik atau pad bergeser dengan gelendong brek atau cakera brek. Lama-kelamaan
pelapik atau pad tersebut akan semakin nipis. Jika ini berlaku, tarikkan brek tangan dan naikkan
kereta ke atas penyokong. Keluarkan roda dan tanggalkan pelapik atau pad brek daripada
kedudukannya. Ganti keratan lapik pad brek dan pasangkan semula seperti sediakala.

Hidupkan enjin dan jujus sistem brek hidraulik sehingga tiada udara terkandung dalam
sistem hidraulik. Sekiranya pelapik atau pad didapati masih licin dan tebal. Gosokkan pelapik
dengan kertas pasir halus untuk membuang lapisan yang licin, kemudiannya pasangkan semula.

Rajah 2.17: Brake Disk

17
Rajah 2.18 : Cara Brek Beroperasi

2.7.3 Brek Menyebabkan Kereta Tertarik Ke Sebelah

Pelapik atau pad berminyak pada sebelah roda.


Pelapik atau pad yang berminyak ini menyebabkan brek sebelah roda tergelincir dan
tidak dapat berfungsi seperti roda-roda yang lain. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah
dengan membaraikan komponen brek pada sebelah roda berkenaan, dan memeriksa komponen
yang rosak. Gantikan pelapik brek, penebat getah atau penutup habuk jika perlu.

2.7.4 Brek Mencengkam

Brek cakera atau brek gelendong berpiuh atau piring belakang longar.
Jika ini berlaku, baik pulih brek cakera atau brek gelendong dan lakukan servis ke
atasnya. Jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen brek, gantikan dengan alat ganti
yang baru. Tukarkan pegas atau spring yang lemah atau patah.

18
Tiada jarak antara gelendong dengan pelapik brek.
Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan komponen-
komponen yang didapati telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat dengan mata kasar.

2.7.5 Brek Menyeret

1. Brek tangan tidak dilepaskan sepenuhnya, pelarasan brek tidak seimbang, pegas kasut
patah.
Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan komponen-
komponen yang dilihat telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat dengan mata kasar.

2. Omboh melekat di dalam silinder.


Keadaan ini disebabkan oleh keadaan silinder yang telah berkarat dengan teruk, dan
kerana itu omboh tidak dapat ditolak keluar daripada kedudukannya untuk menekan pelapik dan
memberhentikan kenderaan. Jika ini berlaku, buat kerja baik pulih terhadap angkup atau
gelendong brek dan tukarkan penebat getah, servis silinder serta bersihkan atau gantikan penutup
habuk. Basuh pam brek pada silinder, bekas dan penutup minyak dengan air bersih. Setelah
selesai, isi minyak dan lakukan penjujusan.

2.7.6 Brek Mampung

Udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada silinder induk.


Keadaan ini berlaku apabila terdapat udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada
atau dalam silinder induk. Lakukan jujusan terlebih dahulu. Sebelum memasang semula silinder
pada kenderaan. Ini untuk mengeluarkan udara berlebihan dalam silinder induk. Setelah
memasangnya pada kenderaan, lakukan pula jujusan pada setiap roda mengikut susunan jujusan.

19
2.7.7 Brek Tangan Tidak Berfungsi

Keadaan ini adalah biasanya disebabkan oleh kabel tangan yang terlalu panjang yang
menyebabkan pelarasan menjadi kendur. Pastikan kabel digunakan sesuai dengan atau sama
dengan alat ganti yang tulen. Jika tidak, saiz dan panjangnya akan memberi masaalah apabila
memasang dan melakukan pelarasan. Letakkan kenderaan diatas tempat yang rata. Lepaskan
brek tangan sepenuhnya dan laraskan melalui nat pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai.
Selepas itu tarik brek tangan dengan perlahan sehingga 5 bunyi klik kedengaran. Hidupkan
enjin, masukkan gear satu dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan tarik brek tangan.
Kereta akan terhenti sejurus sahaja brek tangan di tarik. Jika sebaliknya laraskan semula
sehingga ia dapat berfungsi sepenuhnya.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri sistem brek yang baik.:-


i. Kenderaan dapat berhenti seperti yang dijangka oleh pemandu.
ii. Cengkaman brek yang baik dan tidak menyeret.
iii. Keadaan injak brek dalam keadaan lembut dan selesa ketika memijak brek.

2.8 Sistem hidraulik pada traktor atau jentera

20
Penggunaan bahantara dan pengawalan kuasa dengan menggunakan bendalir bertekanan telah
berkembang luas dalam semua bidang industri. Pneumatik berkaitan dengan penggunaan udara
bertekanan sebagai bendalir sementara kuasa hidraulik meliputi penggunaan minyak atau cecair
lain. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak,
jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi.

Rajah 2.19 : Contoh penggunaan sistem


hidraulik dalam jentera berat

Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem penumatik dalam
pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan cecair sebagai bahantara. Secara
umum, pneumatik digunakan untuk daya yang rendah iaitu sehingga 10 kN (1 ton) manakala
hidraulik pula digunakan untuk daya atau beban yang tinggi. Kuasa bendalir adalah istilah yang
merangkumi kedua-dua kuasa pneumatik dan hidraulik. Sains penghantaran daya atau
pergerakan melalui bahantara bendalir yang terkurung adalah berfungsi berdasarkan Hukum
Pascal. Hukum Pascal menyatakan bahawa keamatan tekanan dalam bendalir pada satu titik yang
tidak bergerak adalah sama nilai dari semua arah.

21
2.9 Sistem pusat terbuka dan tertutup

Terdapat 2 jenis litar asas dalam sistem hidraulik iaitu;


i) sistem pusat terbuka
ii) sistem pusat tertutup

2.9.1 Sistem Pusat Terbuka

Rajah 2.20:
Sistem Pusat Terbuka

Kendalian

i. Dalam sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun injap
kawalan arah berada dalam kedudukan tengah (neutral).
ii. Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap
kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki.
iii. Apabila injap dikendalikan, minyak akan diarah ke silinder untuk menaik atau
menurunkan beban.
iv. Pam mesti membina tekanan terlebih dahulu untuk melakukan kerja.
v. Contoh: Lori tanah.

22
2.9.2 Sistem Pusat Tertutup

Rajah 2.21 : Sistem pusat tertutup

Kendalian.

i. Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah
berada dalam keadaan neutral.
ii. Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam.
iii. Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan
dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam.
iv. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak
v. Apabila injap dikendalikan, kejatuhan tekanan berlaku dan membolehkan pam
kembali beroperasi.
vi. Contoh: pam air

23
2.10 Bendalir-bendalir hidraulik

2.10.1 Sifat-sifat bendalir hidraulik

i. pelinciran yang baik.


ii. kelikatan yang unggul
iii. kestabilan kimia dan persekitaran
iv. tahan api ( tidak mudah terbakar )
v. ketumpatan yang rendah
vi. tidak mudah berbuih
vii. murah dan mudah didapati
viii. cegah karat

2.10.2 Fungsi-fungsi bendalir hidraulik


i. penghantaran kuasa
ii. pelinciran kepada bahagian yang bergerak
iii. sebagai penyendal kelegaan antara bahagian yang bertemu
iv. pelenyap haba

2.10.3 Jenis-jenis bendalir hidraulik

2.10.3.1 Air
Masih digunakan untuk menggerakan peralatan yang besar yang mana bendalir itu dikadar
alirkan. Kelemahan air adalah ia boleh menyebabkan kakisan.

2.10.3.2 .Minyak galian


Ia berdasarkan petroleum, jenis paling banyak digunakan, bahan penambah editif dicampur
bagi memenuhi keperluan pelinciran yang baik, indeks kelikatan yang tinggi dan rintangan
kepada pengoksidaan. Keburukannya adalah mudah terbakar.

24
2.10.3.3 Bendalir tahan api
Bendalir tahan api ialah bendalir yang boleh dinyalakan tetapi tidak boleh menyokong
pembakaran apabila sumber penyalaan dibuang. Ciri-cirinya adalah:
i. ia tidak mudah terbakar.
ii. mempunyai graviti tentu yang tinggi
iii. harganya mahal
iv. masalah penyesuaian dengan bahan penyendal

25

You might also like