You are on page 1of 3

Digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya(1982) bertujuan menyediakan

panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan


penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam
situasi bilik darjah dan bukan merangkumi nsatu skop rekabentuk
pengajaran yang luas.
Model ini telah mengalami perubahan dan penambahbaikan pada tahun
2002.

Model ASSURE yang terbaru.


A-Analyse learner(Analisis pelajar)
S-State objective(Nyatakan objektif)
S-Select method, media, ands materials(Pilih kaedah, media dan bahan)
U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan)
R-Require learner participation(Dorong penglibatan pelajar)
E-Evaluate and revise (Nilai dan semak)

ANALISIS PELAJAR Menganalisis semua ciri pelajar yang ada.


Ciri2 umum deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar
belakang sosio-ekonomi dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri-ciri ini,
pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan
bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar
serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung.
kompetensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.
Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi
bersama mereka.
stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat
menerangkan bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan
bertindak balas dengan persekitaran. Stail ini akan memberi kesan yang
besar kepada pelajar ketika merekaa belajar melalui pelbagai kaedah dan
media.Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan
analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan
pencapaian akademik.

NYATAKAN OBJEKTIF
Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar Cuma
ia merupakan tahap yang minimum tetntang apakah yang sepatutnya
dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
Apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana
pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.Ini
bermakna objektif harus difokuskan kepada apakah pengetauan, kemahiran
dan sikap yang baru untuk dipelajari.

PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN.


Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini :
Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yag dipilih
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN


5 Langkah bagi penggunaan media yang baik.

Priview bahan

Sediakan bahan

Sediakan persekitaran

Sediakan pelajar

Sediakan pengalaman pembelajaran

LIBATKAN PELAJAR
Pastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran anda dirancang bagi
memastikan penglibatan murid secara aktif seperti membuat latihan,
perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.

NILAI DAN SEMAK


Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu
perkara.Penilaian melibatkan aspek :

Menilai pencapaian pelajar

Pembelajaran yang dihasilkan

Menilai media dan kaedah

Kualiti media

Penggunaan guru

Penggunaan murid.

Pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3

Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria


Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran

Sikap pelajar.

MENILAI KAEDAH DAN MEDIA


Antara garis panduan ketika menilai media:

Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik minat
pelajar.

Menyokong pemikiran tinggi(sokratik)

Memperkembangakan kemahiran berfikir.

Menyampai kandungan secara mendalam

Meransang naluri ingin tahu pelajar

Dapat melibatkan murid secara aktif

Menghubungkaitkan bidang pelajaran

Meningkatkan nilai murni.

You might also like