You are on page 1of 2

Motivasi: Tujuan & Kepentingan

Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Sunday, April 15, 2012

Kita sering bercakap tentang motivasi, tetapi adakah kita benar-benar memahami apa yang kita
perkatakan itu? Pemahaman terhadap istilah motivasi dan isi dan kandungannya adalah amat
penting terutamanya kepada ketua-ketua, pengurus-pengurus, pentadbir-pentadbir unit/ jabatan/
organisasi kerana ia menceritakan sesuatu yang tersirat di sebalik tindakan dan gelagat manusia.

DEFINISI

Tahun 1950an merupakan detik permulaan bagi pembangunan konsep motivasi. Sejak daripada
itu, ramai pengkaji cuba mengetengahkan idea masing-masing berhubung dengan motivasi.

Motivasi secara amnya mengkaji sebab-sebab individu bergelagat. Ia boleh dikatakan sebagai
satu hala tuju dalam sesuatu tindakan. Ia juga berkaitan dengan persoalan mengapa individu
memilih gelagat tertentu dan mengulanginya pada masa akan datang walaupun menghadapi
tekanan. Motivasi merupakan satu ciri dorongan di dalam sanubari manusia untuk berusaha
mencapai matlamat.

Sebagai ketua/pengurus/pentadbir bagi sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, memainkan peranan


penting dalam memberi motivasi kepada pengikut masing-masing kerana motivasi berkait
dengan mendorong atau mempengaruhi gelagat orang lain berdasarkan kepada pengetahuan
tentang apa yang menyebabkan mereka berkelakuan samada defensif atau proaktif.

TUJUAN

1. Untuk memenuhi kepuasan pengikut masing-masing kerana jika mereka berpuas hati dan
mempunyai moral yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang erat dan ketaatan yang baik
kepada unit/ jabatan dan organisasi.

2. Bertujuan untuk memotivasikan kelakuan kerja. Ketua/ Pengurus/ Pentadbir yang berkesan
harus memahami dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat unit/
jabatan/ organisasi dapat dicapai. Antara yang perlu diambilkira ialah gelagat-gelagat pengikut
menyertai sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, terus berada didalam unit/ jabatan/ organisasi
tersebut, sentiasa hadir bekerja dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

3. Motivasi dapat melicinkan tugas. Terdapat pelbagai halangan yang menganggu tugas
seseorang. Dengan adanya motivasi, halangan seperti ketidakhadiran dapat dikurangkan atau
dielakkan. Contohnya Ketua/ Pengurus/ Pentadbir boleh menggunakan program latihan atau
menurunkan sedikit kuasa kepada pengikut-pengikut sebagai alat motivasi.

4. Motivasi dapat merangsangkan prestasi. Suasana kerja yang memberangsangkan seperti


kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pengikut untuk bekerja
bersungguh-sungguh dan seterusnya meningkatkan prestasi kerjayanya. Seterusnya ini
menguntungkan bagi jangka masa panjang kerana berupaya melahirkan ramai pengikut yang
sentiasa bersaing secara sihat untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan juga prestasi unit/
jabatan dan organisasi.

KEPENTINGAN

1. Melahirkan pengikut yang lebih produktif

2. Menghasilkan kerja atau produk yang berkualiti

3. Membina alternatif yang lebih baik supaya produktiviti dan kualiti sentiasa dapat ditingkatkan
dari semasa ke semasa.

KESIMPULAN

Mempelajari dan memahami motivasi akan menjadikan seseorang Ketua/ Pengurus/ Pentadbir
lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam meningkatkan usaha pengikutnya ke arah mencapai
visi/misi/objetif unit/ jabatan/ organisasi yang diwakilinya.

You might also like