You are on page 1of 1

SITI MUNIRAH BT SALEHUDDIN ( P89350 )

Terdapat 3 cabang utama Falsafah iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi. Analisiskan hubung kait
ketiga-tiga cabang tersebut dengan dasar dan amalan pendidikan negara.

Metafizik: Falsafah ini membincangkan tentang kewujudan realiti dan hakikat. Oleh itu, metafizik
ditakrifkan sebagai ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar. Ahli falsafah yang berpegang kuat kepada teori ini adalah Aristotle dan Plato. Mereka berpegang
dengan prinsip mencari kebenaran, hanya dengan berpandukan kepada akal minda mereka.

Epistemologi : Cabang falsafah yang mengkaji tentang usaha dan upaya untuk mencari tahu suatu
kebenaran secara hakiki. Bagaimana cara mendapatkan ilmu pengetahuan dan membahaskan mengenai
bagaimana cara mendapatkan pengetahuan tersebut sehingga menjadi ilmu pengetahuan yang benar dan
betul.

Aksiologi: Ia adalah teori tentang nilai. Nilai yang dimaksudkan adalah suatu yang dimiliki manusia
untuk melakukan berbagai pertimbangan tentang apa yang dinilai. Cabang aksiologi mempengaruhi
nilai moral seseorang yang terbahagi kepada etika dan estetika.

Hubungkait :Melalui metafizik, potensi dan kebolehan individu penting untuk berkembang secara
menyeluruh dan bersepadu iaitu jasmani, emosi, rohani dan sahsiah. Ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memenuhi kriteria perkembangan individu secara menyeluruh.
Melalui epistemologi pula, amalan pendidikan negara kita merupakan usaha yang berterusan kerana
ilmu itu sentiasa berkembang dan berubah-ubah. Falsafah ini dikaitkan dengan amalan penyesuaian diri
mengikut peredaran zaman iaitu zaman teknologi, dan juga memberi penekanan kepada pembelajaran
sepanjang hayat.
Falsafah aksiologi pula penting dalam membentuk hubungan antara pencipta dengan sekeliling. Amalan
ini ditunjukkan dalam penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
pembinaan modal insan ditegaskan dalam falsafah ini dengan menekankan tentang perkembangan nilai
moral, etika dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara kita.