You are on page 1of 23

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya puan Jamilah
Binti Hamid di atas bantuan dan didikan yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam
mencurahkan ilmu di sepanjang proses penghasilan kajian tindakan ini. Tidak lupa juga ibu bapa
yang sangat dikasihi, turut sama meluangkan masa dan mendoakan saya dalam proses menuntut
ilmu ini. Galakkan dan dorongan daripada rakan-rakan telah meningkatkan semangat untuk
berjaya menyiapkan laporan kajian tindakan bagi kajian yang saya telah laksanakan semasa
latihan mengajar untuk kursus Seminar Refleksi. Pelajar-pelajar Tingkatan 5C yang telah
memberi kerjasama dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung telah
memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan kajian ini.

Kajian tindakan yang saya telah jalankan ini telah membantu saya untuk menimba ilmu
pengetahuan dan mengalami pengalaman yang banyak. Tambahan pula, saya dapat melihat dan
membaiki kelemahan saya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
menjadi pendidik yang berprofesional dan bertanggungjawab terhadap pelbagai pihak.

1
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai mata pelajaran

Reka Cipta yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran SPM. Sampel kajian

melibatkan seramai 30 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya

memfokuskan kepada alat bantu mengajar di dalam kelas. Tinjauan awal telah dibuat melalui

ujian pra yang menunjukkan murid lemah terhadap mata pelajaran Reka Cipta. Oleh itu, melalui

tinjauan awal, didapati pelajar menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan

pembelajaran formal dalam kelas. Oleh itu, pendekatan berfokus diperkenalkan kepada pelajar

sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar terutama mata

pelajaran Reka Cipta. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan

berfokus yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran

Reka Cipta semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih

menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai subjek

2
reka cipta dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas

bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Reka Cipta di peringkat SPM.

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji inovasi alat bantu mengajar menyebabkan pelajar

melibatkan diri secara aktif dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P)

sedang berlangsung. Sampel Kajian melibatkan seramai 30 orang pelajar dan seorang guru

terlibat dalam kajian ini. Ujian Pra telah digunakan untuk memperoleh maklumat. Rasional

kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang murid lemah terhadap mata pelajaran

Reka Cipta.

Guru haruslah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kepada pelajarnya sebagai menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Sewajarnya guru mestilah memainkan peranan yang penting bagi merealisasikannya dengan

menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendidik pelajar-pelajar dengan sebaiknya agar

menjamin pelajarnya menguasai apa yang diajar. Antaranya, penggunaan alat bantu mengajar

3
(ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya di sekolah-sekolah

menengah oleh guru. Ini kerana sekolah-sekolah menengah banyak menerapkan unsur sains dan

teknologi dalam pembelajarannya. Dengan penggunaan ABM dapat membantu guru-guru

menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat

berbanding penerangan secara lisan.

Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan hanya

menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana hambar dan

seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar. Berbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran digunakan pada zaman sekarang sehinggalah penggunaan sumber berkomputer dan

berteknologi diguna 3 pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding zaman

dahulu yang hanya menggunakan papan batu dan kapur. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan

inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan agar dapat membantu pelajar memahami

konsep yang diajar dan sebagai menyokong pengajaran guru itu sendiri. Menurut Amir Hasan

(2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek

yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun

(mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi merangsang

perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru haruslah bijak

dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran

mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang

minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Menurut Ng Ying (2004), semua jenis

pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti

penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan ABM tidak dapat dielakkan

4
dalam pengajaran guru kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan

deria mereka bagi membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan.

Oleh itu, guru-guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik

mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru-guru juga perlu sentiasa

berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan

sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat

melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

INOVASI ABM MENYEBABKAN PELAJAR MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF

DALAM KELAS DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN DAYA INGATAN

PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA

2.0 Refleksi Awal Pembelajaran dan Pengajaran Lalu

Saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas 5 Melur bagi mata

pelajaran Reka Cipta Bab 1 Proses Reka Cipta dan subtopik pemilihan reka bentuk. Saya sebagai

seorang pengkaji telah mendapati bahawa objektif pembelajarannya tidak dicapai sepenuhnya

kerana pelajar gagal memahami konsep-konsep yang terdapat dalam subtopik tersebut dan juga

kerana kaedah pengajaran saya yang membosankan. Pelajar juga telah meminta saya untuk

mengulang apa yang telah diajar kerana tidak dapat memahami istilah yang terdapat dalam topik

tersebut. Saya juga telah menggunakan slaid Powerpoint untuk kaedah pengajarannya yang telah

menjadi salah satu punca kepada pelajar untuk gagal mendapat gambaran tentang topik tersebut.

5
Saya telah menyedari bahawa kelemahan diri dalam memilih kaedah pengajaran yang telah

menyebabkan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai untuk bab tersebut. Oleh itu, saya telah

membuat keputusan untuk melaksanakan kajian dengan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki

kelemahan diri dan juga meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar. Saya telah mula menjalankan

kajian dengan memberikan ujian kepada pelajar, pemerhatian dan menganalisis keputusan

peperiksaan pelajar. Saya telah mendapat tahu bahawa pelajar-pelajarnya mengalami masalah

dalam memahami konsep, istilah dan unsur-unsur dalam topik tersebut kerana maklumat yang

banyak dan meluas. Oleh itu, kaedah yang saya akan menggunakan adalah penggunaan alat

bantu mengajar iaitu alat-alat lukisan seperti Jangka Lukis, Sesiku T, Sesiku segi tiga dan lain-

lain.

Sepanjang kajian ini, saya telah mendapat tahu bahawa kajian tindakan ini adalah kajian yang

penting untuk membuat perubahan dalam profesion perguruan dan mendidik para pelajar dengan

cara yang lebih efektif. Lagipun, kajian ini boleh digunakan oleh guru-guru lain untuk

meningkatkan tahap profesional perguruan.

3.0 Isu Keprihatinan dan Fokus Kajian

Saya telah memilih isu keprihatinan ini kerana mata pelajaran Reka Cipta merupakan mata

pelajaran yang penuh dengan fakta dan isi kandungan setiap topik dalam mata pelajaran ini agak

sukar untuk difahami oleh pelajar dan sukar untuk mengingatinya tetapi mata pelajaran yang

mudah untuk mendapat keputusan yang baik. Sekiranya pelajar yang mengambil mata pelajaran

ini, mereka kurang menumpukan perhatian dan kurang berminat maka mereka menghadapi

masalah dalam memahami dan mengingat setiap konsep, istilah dan secara keseluruhannya

kandungan topik tersebut.

6
Oleh itu, kajian ini adalah bertumpukan kepada penggunaan alat-alat lukisan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Reka cipta. Secara skop kecil, saya telah

memilih bab 1 Proses reka cipta untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini penting untuk

dijalankan kerana jika pelajar tidak menguasai bab 1 Proses reka cipta ini, maka pelajar akan

hilang minat untuk mempelajari bab yang seterusnya dan hal ini boleh memberikan kesan kepada

keputusan peperiksaan mereka. Menurut Zahara Aziz dan Nurliah Jair (2009), kaedah/teknik

yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

penggunaan alat-alat lukisan kerana alat lukisan membantu para pelajar untuk mengukuhkan

daya ingatan, membantu pelajar lebih fokus, mampu untuk membuat interpretasi dan membantu

pelajar untuk memahami sesuatu topik dengan mudah. Dengan ini, penggunaan alat lukisan

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta.

3.1 Kajian Literatur

Alat lukisan merupakan alat bantu untuk membuat sesuatu lakaran terhadap pencetusan idea

daripada tajuk tersebut (Wahidah Abu Bakar, 2011). Apabila melihat sesuatu tulisan atau gambar

yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan dalam minda, pelajar dapat mengingat

maklumat tersebut dengan tepat. Dalam aspek memudahkan pemahaman dan menarik minat

pelajar dalam mempelajari sesuatu topik, kaedah melakar merupakan aplikasi yang baik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Wong Leng Sim dan Hamir Hamzah Sharaai (2012), lakaran didefinisikan sebagai

satu alat yang mempunyai fungsi sebagai pemikiran visual yang dapat memberi gambaran,

membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, ingat kembali,

7
mensintesis dan mencetuskan idea-idea yang bernas. Lakaran yang dibentuk dengan

menggunakan warna, kod, dimensi dan gambar akan akan lebih berkesan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kerana ia akan membantu meningkatkan ingatan dan kefahaman

pelajar dalam subjek tertentu.

Amalan penggunaan alat lukisan di dalam kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dapat meningkatkan sikap dan minat pelajar dalam terhadap mata pelajaran yang diajar. Alat

lukisan juga merupakan bahan bantu mengajar yang sistematik dan baru untuk proses pengajaran

dan pembelajaran yang efektif kerana ia tidak membosankan pelajar dan membantu pelajar untuk

menggunakan ilmu yang sedia ada dan ilmu yang diterima untuk menunjukkan hubungan antara

konsep yang dipelajari dalam sesebuah tajuk (Wahidah Abu Bakar, 2011). Proses ini dapat

meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesebuah topik.

3.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah supaya dapat :

3.1 Meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar dalam Bab 1 Reka Cipta

dengan penggunaan alat bantu mengajar.

3.2 Meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari Bab 1 Reka Cipta.

4.0 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

8
4.1 Adakah penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan

pelajar?

4.2 Adakah penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan minat pelajar dalam

mempelajari Bab 1 Reka Cipta?

5.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam mempelajari bab 1 Reka

Cipta dan mengingati konsep dan istilah dalam bab ini. Kajian ini penting kepada pelajar untuk

meningkatkan daya pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta, memperkembangkan

pemikiran secara kreatif dalam mengaplikasikan konsep alat bantu mengajar dalam pembelajaran

dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta.

Kajian ini juga penting kepada guru-guru lain untuk menggunakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang lebih sesuai untuk mengekalkan minat pelajar dalam mempelajari mata

pelajaran Reka Cipta, menilai kelemahan pelajar untuk menilai keberkesanan kaedah

pembelajaran pelajar dan meningkatkan kemahiran profesion perguruan.

6.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah pelajar Tingkatan 5 Melur Sekolah Menengah

Kebangsaan Ahmad Boestamam, Jalan Haji Mohamad, Sitiawan Perak. Seramai tiga puluh orang

pelajar terlibat dalam kajian ini.

7.0 Metodologi Kajian

9
7.1 Instrumen Kajian

Dalam proses mendapatkan data, saya telah menggunakan beberapa instrumen iaitu pemerhatian,

ujian pra dan ujian pos untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar bagi Bab 1 Reka Cipta.

Instrumen pemerhatian digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk meninjau

tingkah laku dan penglibatan pelajar di dalam kelas. Lagipun, pemerhatian ini dilakukan bagi

memastikan sama ada penggunaan alat bantu mengajar akan memberikan hasil ataupun tidak

dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam bab tersebut.

Saya melaksanakan ujian pra dan ujian pos kepada pelajar untuk mengenal pasti tahap

kefahaman dan daya ingatan pelajar tentang subtopik tersebut. Ujian pra dan ujian pos digunakan

untuk mengesan kefahaman dan daya ingatan responden mengenai topik yang telah dipelajari

oleh pelajar. Ujian pra digunakan sebelum kajian dilaksanakan manakala ujian pos pula diadakan

selepas kajian dilaksanakan. Kedua-dua ujian pra dan ujian pos haruslah sama untuk

memudahkan membuat perbandingan. Oleh itu, saya telah menggunakan kedua-dua ujian pra

dan ujian pos sebelum dan selepas kajian saya bagi mengesan kefahaman dan daya ingatan

pelajar.

8.0 Pelaksanaan Kajian Tindakan

8.1 Perancangan Tindakan

Perancangan tindakan merupakan rangka pemikiran tentang kajian tindakan yang akan

mendorong tugas-tugas kajian dilakukan dengan lanjut. Para pengkaji telah dicadangkan

beberapa langkah untuk dilakukan dalam perancangannya. Antaranya adalah :

a. Menulis pernyataan fokus kajian

10
b. Definisikan pembolehubah yang berkaitan

c. Bentuk soalan kajian

d. Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan

e. Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat

f. Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan

g. Bina garis masa kajian

h. Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan

i. Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data

Melalui perancangan tindakan ini, objektif yang telah ditetapkan harus dicapai. Pengkaji

harus merancang secara efisen dan komprehensif supaya tindakan yang diambil itu dapat

mengatasi masalah yang dihadapi dalam kalangan responden. Tinjauan awal saya memberikan

dapatan bahawa keputusan bagi ujian/peperiksaan yang dijalankan di Sekolah Menengah

Kebangsaan Ahmad Boestamam mata pelajaran Reka Cipta adalah dalam keadaan yang tidak

memuaskan kerana mereka gagal untuk memahami dan mengingat konsep-konsep dan istilah

dalam topik Reka Cipta.

Menurut Lim Kui Lik (2012), beliau berhasrat untuk menggunakan kaedah alat bantu

mengajar ini kerana Novak dan Gowin (1984) telah menyatakan bahawa pembelajaran berkesan

dilaksanakan melalui strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran dengan mengaplikasikan alat

bantu mengajar. Oleh itu, saya juga telah merancang satu kaedah iaitu menggunakan alat lukisan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar kelas 5 Melur untuk

11
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan dalam mempelajari bab Reka Cipta. Antara aspek

yang dirancang ialah :

a. Perancangan pengajaran

Saya merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang perlu digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Pendekatan yang saya pilih adalah

pendekatan Masteri sebagai strategi pengajaran saya. Saya akan mengajar 80 minit dan terdapat

lima langkah di mana mempunyai set induksi, langkah kedua adalah perkembangan pengajaran

saya menggunakan slaid powerpoint dan menggunakan alat bantu mengajar iaitu alat lukisan

untuk sesi penerangan, langkah ketiga iaitu memberikan lembaran kerja untuk pelajar

melengkapkan bentuk lakaran, langkah keempat pula adalah guru memberikan kuiz/ujian pos

kepada pelajar dan terakhir adalah penutup bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Masa kajian

Saya telah menetapkan 80 minit untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi memperbaiki

kelemahan saya dan telah membuat penambahbaikan dari isu yang telah dikenal pasti iaitu

menggunakan alat-alat lukisan.

c. Pelajar yang terlibat

Saya telah menggunakan kelas yang sama dan bilangan pelajar yang sama seperti yang saya

telah menggunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini. Jumlah

pelajar adalah tiga puluh orang dan tidak mempunyai perubahan.

d. Bahan bantu mengajar

12
Saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti slaid powerpoint, kertas soalan dan alat-alat

lukisan. Semua sumber atau bahan bantu mengajar yang digunakan adalah berkaitan dan

dipilih berdasarkan tahap pemahaman pelajar. Soalan yang disediakan adalah mengikut aras

taksonomi bloom iaitu dari soalan mudah ke soalan yang susah.

e. Kaedah pengajaran

Masteri merupakan kaedah yang saya telah memilih kerana pendekatan ini hanya berfokuskan

kepada tajuk yang diajar dan ia bertumpukan kepada penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara

yang diajar. Lagipun, kaedah ini membantu saya untuk memastikan bahawa pelajar dapat

memahami dan mengingat apa yang saya ajar dalam tajuk tersebut.

f. Alat yang digunakan untuk memungut

Pemerhatian, ujian pra dan ujian pos merupakan alat yang telah saya gunakan untuk tindakan ini.

8.2 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

Kajian ini dilaksanakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu masa mata pelajaran Reka

Cipta. Perlaksanaan kajian ini memperkenalkan penggunaan alat bantu mengajar iaitu alat-alat

lukisan bagi melakar sesuatu bentuk dalam subtopik daripada Bab 1 Reka Cipta.

Pelaksanaan Aktiviti 1:

Set induksi tentang bab Reka Cipta dan subtopik yang akan dipelajari dengan menggunakan

menyuruh wakil pelajar untuk menyusun Puzzle dan mengenal pasti tajuk yang akan

dipelajari.

Pelaksanaan Aktiviti 2:

13
Saya telah menggunakan slaid powerpoint yang mempunyai gambar dan bentuk lakaran untuk

menerangkan tentang subtopik Reka Cipta dan pelajar mendengar penerangan guru. Aktiviti ini

didapati berkesan kerana pelajar dapat menjawab soalan yang diajukan kepada mereka semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, berdasarkan pemerhatian saya, pelajar kelihatan

berminat semasa mempelajari topik ini dengan menggunakan gambar yang terdapat bentuk

lakaran. Rajah 1 menunjukkan bentuk lakaran yang saya telah menggunakan untuk sesi

penerangan.

Pelaksanaan Aktiviti 3:

Saya telah mengedarkan lembaran kerja alat-alat lukisan supaya pelajar dapat melakar sesuatu

bentuk bagi subtopik Reka Cipta dengan menggunakan alat lukisan di dalam kelas setelah tamat

sesi penerangan langkah kedua. Pelajar diberikan tunjuk ajar untuk membuat lakaran bentuk

pada lembaran bagi memudahkan kefahaman pelajar dalam subtopik tersebut. Tetapi masih

terdapat pelajar yang telah bertanya jawapan untuk membuat lakaran tersebut. Secara

keseluruhannya, aktiviti ini berkesan kerana kebanyakan pelajar dapat melakar lakaran tersebut

dengan tepat dan betul.

Pelaksanaan Aktiviti 4:

Pelajar diminta untuk membaca, memahami dan mengingat secara senyap subtopik Reka Cipta

dan pelajar diberi masa selama 10 minit. Saya telah mengadakan kuiz/ujian pos soalan yang

sama digunakan untuk ujian pra selama 10 minit di dalam kelas. Oleh itu, aktiviti ini berkesan

14
dalam kalangan pelajar 5 Melur kerana kebanyakan pelajar dapat menjawab ujian tersebut

dengan betul.

Pelaksanaan Aktiviti 5:

Saya telah meminta dua orang wakil untuk merumuskan apa yang telah dipelajari dengan

menggunakan lakaran yang telah dibuat oleh pelajar masing-masing. Pelajar telah berebut untuk

membuat rumusan kerana kefahaman dalam subtopik ini dan daya ingatan mereka telah

meningkat melalui kaedah penggunaan alat lukisan.

15
Rajah 1

8.3 Data Analisis Tinjauan Masalah

Pemerhatian, ujian pra dan ujian pos telah digunakan untuk meninjau masalah dalam

melaksanakan kajian tindakan ini. Saya telah dapat mengumpulkan data dengan menggunakan

instrumen-instrumen tersebut.

8.3.1 Analisis Pemerhatian

Saya telah melakukan pemerhatian sebelum saya menggunakan kaedah penggunaan alat bantu

mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebelumnya. Saya mendapati bahawa

pelajar tidak memberikan komitmen yang baik dan tidak berminat di dalam kelas untuk proses

pembelajaran. Setelah saya menjalankan kajian ini, pemerhatian saya telah mendapati bahawa :

16
i. Pelajar lebih berminat untuk mempelajari topik tersebut dan menumpukan

perhatian di dalam kelas.


ii. Pelajar mula memberikan komitmen yang baik dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran dan keadaan bilik darjah berada dalam kawalan yang mantap.
iii. Pelajar berjaya melengkapkan lakaran yang diberikan dengan ukuran yang betul serta

tahap kefahaman mereka adalah memuaskan. Hal ini membuktikan pelajar

dapat memahami subtopik tersebut.


iv. Pelajar boleh mengingat konsep-konsep dalam subtopik tersebut dengan

melengkapkan lakaran tersebut dan nota tambahan yang telah dibuat oleh mereka.

8.3.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Berikut adalah jadual yang menunjukkan perbandingan antara pencapaian pelajar

kelas 5 Melur dalam Ujian Pra dan Ujian Pos:

Gred Bilangan Pelajar


Ujian Pra Ujian Pos
A 3 10
B 4 12
C 8 4
D 6 3
E 4 1
F 2 0
G 3 0
Jumlah 30 30

17
Jadual 1

Analisis dapatan ujian pra dan ujian pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi

pencapaian pelajar. Walaupun terdapat pelajar yang mendapat gred rendah pada ujian pra telah

mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan gred mereka dalam ujian pos.

8.4 Refleksi Kajian Tindakan

Setelah menjalankan kajian ini, kajian ini telah memberikan impak yang positif kepada

responden. Hal ini dapat dibuktikan dengan dapatan yang diperoleh melalui kesemua instrumen

yang telah digunakan. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan alat bantu mengajar dapat

membantu pelajar untuk memahami tentang subtopik Reka Cipta dan mengingati konsep-

konsepnya. Selain itu, mereka juga mampu menjawab soalan ujian pos setelah proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan alat lukisan.

Instrumen kedua ujian pra dan ujian pos telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam

pencapaian pelajar kelas 5 Melur. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan alat lukisan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi subtopik Reka Cipta telah memberi kesan yang baik

kepada kefahaman pelajar dan juga daya ingatan pelajar. Ini bermakna penggunaan alat bantu

mengajar dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar dalam mempelajari subtopik

tersebut.

Walau bagaimanapun, semasa menjalankan kajian ini saya telah mengesan terdapat

18
kekurangan dalam mengaplikasikan kaedah ini. Bukan semua pelajar suka untuk membuat nota

sendiri untuk apa jua mata pelajaran. Saya telah mengenal pasti terdapat pelajar yang tidak suka

untuk membuat nota tambahan pada lembaran yang telah saya edarkan. Tetapi dengan pujukan

dan dorongan saya, mereka telah membuat setakat yang mereka mampu. Saya lebih yakin dan

berharap penggunaan alat lukisan dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan daya ingatan

pelajar dalam mempelajari mata pelajaran dan bab ini dengan mudah.

9.0 Cadangan Kajian

Hasil kajian yang telah dilakukan telah memberikan kesan positif kepada kefahaman dan daya

ingatan pelajar dalam mempelajari bab Reka Cipta. Penggunaan alat bantu mengajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk memahami dan mengingati

apa yang mereka mempelajari. Walaupun kaedah ini berjaya diaplikasikan dan telah memberi

kesan yang baik, tetapi masih juga ada masalah dalam meningkatkan daya ingatan pelajar bagi

tempoh jangka masa panjang.

Kelemahan kaedah ini dapat diatasi dengan mengadakan Ujian Lima Minit di dalam kelas.

Sebelum memulakan bab baru, guru harus mengadakan ujian ini untuk mengimbas kembali apa

yang telah dipelajari oleh pelajar dan membantu pelajar untuk mengingati tentang apa yang

dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Jawapan untuk ujian ini harus

dibincang secara ringkas di dalam kelas dan meneruskan dengan bab baru.

Cadangan kedua ialah penggunaan kaedah Lampu Isyarat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam mempelajari bab Reka Cipta ini. Kaedah boleh diaplikasikan dengan

19
menggunakan Highlighter dan membulatkan konsep-konsep yang penting dengan menggunakan

warna yang berlainan bagi meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar. Hal ini boleh

memberi kesan yang positif terhadap masalah yang telah wujud kerana penggunaan pelbagai

warna mampu menarik minat pelajar.

Cadangan ketiga pula adalah penggunaan alat bantu mengajar iaitu alat-alat lukisan yang

pelbagai jenis di dalam kelas mampu meningkatkan kefahaman pelajar dan daya ingatan pelajar

dalam subtopik tersebut dengan melakar pelbagai bentuk produk. Kaedah ini mempunyai

perbezaan dengan kaedah Lampu Isyarat kerana tidak menggunakan alat bantu mengajar tetapi

kaedah melakar mempunyai lakaran bentuk yang disediakan oleh pelajar mengikut kreativiti dan

inovasi sendiri dengan panduan guru.

Oleh itu, cadangan-cadangan di atas dapat membantu untuk mengatasi masalah yang telah

wujud iaitu meningkatkan kefahaman pelajar dan daya ingatan pelajar. Cadangan tersebut boleh

digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

10.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa masalah kesukaran untuk memahami

dan mengingati konsep, istilah dan kandungan topik bab Reka Cipta dapat diatasi dengan

penggunaan kaedah alat lukisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian

ini telah membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar iaitu alat-alat lukisan dapat

meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar dalam mempelajari bab Reka Cipta serta

memupuk minat pelajar untuk mempelajari bab tersebut dan juga mata pelajaran Reka Cipta.

Kajian ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada responden iaitu para

pelajar kelas 5 Melur. Saya juga berharap bahawa kajian-kajian seperti ini harus dilaksanakan

20
bagi mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam kalangan pelajar supaya tahap kefahaman

mereka dapat ditingkatkan. Lagipun, sebagai seorang pengkaji saya dapat memperbaiki

kelemahan saya dalam mengajar para pelajar dan meningkatkan kualiti dalam proses pengajaran

dan pembelajaran saya. Sebagai guru, saya harus memastikan para pelajar saya mampu

memahami apa yang mereka belajar di dalam kelas.

Guru juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membentuk modal insan yang

berpengetahuan dan membantu untuk mencapai matlamat dan wawasan negara. Kajian seperti ini

perlu dilaksanakan secara berterusan dan mendapat sokongan daripada semua pihak.

Bibiliografi

Tinjauan Awal Dan Pelaksanaan Kajian. Unit 3. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Dipetik

pada 10 Mei 2016 daripada

http://myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/20120409170406M

odul%20KT%203%20Unit%203.pdf

Norlia Mat Norwani, Rina Cahyani Paryoto, Ibrahim Tamby Chek et all. (2016). Amalan Kajian

Tindakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya Syazwani Binti Abdul Razak, hubungan antara Gaya

Pembelajaran Dengan Pencapaian mata pelajaran

http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf

Christopher Lu Wei Wang (2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual dalam

Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan m/s 87-

101.

21
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, et all. (2011). Jurnal Pendidikan

Islam dan Arab. Amalan Penggunaan bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru

Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia.

Lampiran

Soalan Ujian Pra dan Pos

1. Apakah maksud Reka Cipta?

2. Nyatakan jenis-jenis proses Reka Cipta.

3. Apakah aspek-aspek yang digunakan dalam membuat pemilihan reka cipta?

4. Apakah maksud unsur ergonomik?

5. Apakah elemen yang digunakan untuk pemberian skor?

6. Apakah maksud nilai komersial?

22
7. Apakah kriteria-kriteria yang terdapat dalam jadual penilaian?

8. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai estetika?

23

You might also like