You are on page 1of 4

ULASAN :

Artikel yang bertajuk And Now For The Ronggeng yang ditulis oleh Margaret Cunico ini adalah berkaitan
dengan Festival Seni Singapura. Walaupun tajuk artikel dalam surat khabar ini menyatakan bahawa inilah
masanya untuk ronggeng, tetapi isi artikel ini tidak banyak menjelaskan tentang ronggeng dalam seni
persembahan.

Artikel ini lebih banyak mengetengahkan elemen-elemen yang ada dalam Festival Seni Singapura. Pada
pendahuluan artikel telah dinyatakan bahawa Festival Seni Singapura mendapat 80 penyertaan dan pada
penganjuran Festival Seni Singapura pada tahun 1978 pula telah mendapat 135 penyertaan. Ini
menunjukkan yang Festival Seni Singapura ini sangat relevan pada ketika itu.

Untuk pertama kalinya dalam penganjuran Festival Seni Singapura ini, ghazal, ronggeng dan hadrah akan
dipilih untuk mengambil bahagian dalam Festival Seni Singapura. Walau bagaimanapun, hanya dua atau
tiga yang akan terpilih daripada 45 penyertaan. Jumlah penyertaan yang banyak ini akan ditapis dan
dipilih untuk membuat persembahan dalam Festival Seni Singapura.
Festival Seni Singapura ini bukan hanya tertumpu pada kesenian Melayu sahaja tetapi termasuk dengan
kesenian Cina dan juga India. Apa yang menarik tentang Festival Seni Singapura pada tahun 1978 ini
adalah penganjuran kali pertama pameran seni visual di Muzium Nasional Singapura. Penganjuran
festival seni ini boleh dianggap satu festival berskala mega dan mendapat tajaan yang besar dari syarikat-
syarikat gergasi pada waktu ketika itu. Jumlah wang yang diperlukan dalam penganjuran festival ini
adalah $150,000 dan kos ini telah ditampung melalui penajaan dari syarikat minyak.

Situasi seperti ini tidak lagi dapat dilihat pada zaman sekarang di mana seni lebih dihargai dan diangkat
dengan tinggi sekali. Syarikat-syarikat korporat pada waktu dahulu boleh menaja dan dalam masa yang
sama terlibat dalam konservasi seni tetapi keadaan sudah berubah sekarang di mana syarikat-syarikat
korporat kebanyakannya tidak lagi mahu terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesenian sebaliknya lebih
menumpukan terhadap keuntungan syarikat sahaja.

Akhir sekali, Festival Seni Singapura pada ketika dahulu sangat gah dan penganjurannya sememangnya
sangat berimpak tinggi. Oleh itu, usaha perlu dilakukan dengan giat untuk menganjurkan satu lagi festival
seni dengan berskala mega pada setiap tahun. Hal ini bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat
didedahkan dengan kesenian bangsa masing-masing sekaligus memupuk minat dan jati diri mereka.

BIBLIOGRAFI

Cunico, M. (1978, November 03). Now Time for Ronggeng. New Nation. Retrieved May 20,
2017, from http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/newnation19781103-
1.2.49.1

You might also like