You are on page 1of 5

SK JALAN SEMENYIH 2 (INTEG),

JALAN KOLAM AIR OFF JALAN SEMENYIH,


43000 KAJANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN


BILANGAN 3 TAHUN 2016

Tarikh : 15.11.2016
Masa : 1.30 3.00 Petang
Tempat : Bilik j -QAF
Kehadiran : 9 orang

Bil. Nama Jawatan

1. En. Abdul Adil Bin Abd Aziz Pengerusi


2. Cik Qatrunnada Binti Mahammad Setiausaha
3. En. Abdul Hadi Bin Hussain
4. En. Abdul Razak Bin Zainal
5. En. Hairul Anuar Bin Harith
6. En. Mohd Radzi Bin Ishak
7. En. Mohd Ashraf Bin M. Sukarman
8. Pn. Lim Lan Kwan
9. Pn. Mariah Binti Mohd Noor

Turut Hadir

Tiada

Tidak Hadir ( Bersebab )

Tiada

Urus Setia Mesyuarat

1. Cik Qatrunnada Binti Mahammad Setiausaha Panitia PJPK


1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia


Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan Kali -3 bagi sesi 2016.

1.2 Pengerusi memulakan mesyuarat kali ini dengan bacaan surah al-Fatihah.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali kedua 2016. Pn Mariah
Binti Mohd Noor mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu
disahkan dan disokong oleh En. Abdul Razak Bin Zainal.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Mulai tahun ini, markah bagi Pentaksiran SEGAK hendaklah diisi secara atas
talian pada Sistem PAJSK melalui Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Tindakan: Makluman Guru-Guru PJPK

3.2 Semua guru subjek Pendidikan Jasmani Tahun 4,5 dan 6 telah menyerahkan
data-data murid berkaitan Pentaksiran SEGAK kepada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum untuk diisi dalam sistem tersebut dengan jayanya.

Tindakan: Makluman Guru-Guru PJPK

3.3 Markah Pentaksiran SEGAK akan dicatat di dalam Pelaporan PAJSK dan
akan diserahkan kepada murid-murid tahun 6 bersama-sama dengan
Pernyataan Keputusan UPSR, Pelaporan Pentaksiran Sekolah dan Laporan
Pentaksiran Psikometrik.

Tindakan: Makluman Guru-Guru PJPK


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Post Mortem Pentaksiran Akhir Tahun


4.1.1
4 TAHUNSUBJEK

TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

PENDIDIKAN A=15 A= 55 A= 13 A= 36 A= 19 A= 12
JASMANI B= 55 B=1 B= 51 B= 17 B= 28 B= 21
C=4 C=1 C=1 C=4 C=11 C=12
D=1 D=0 D=1 D=0 D=0 D=0
E=0 E=0 E=0 E=0 E=0 E=0
TH= TH= TH= TH= TH= TH=
(GPMP:1.88) (GPMP:1.05) (GPMP:1.85) (GPMP:1.44) (GPMP:1.86) (GPMP:2.00)

PENDIDIKAN A= 8 A= 44 A= 34 A= 14 A= 27 A= 3
KESIHATAN B= 33 B= 6 B= 15 B= 16 B= 13 B= 18
C=24 C=2 C=10 C=4 C=4 C=17
D=9 D=3 D=3 D=10 D=11 D=7
E=0 E=2 E=2 E=13 E=3 E=0
TH=1 TH= TH=2 TH= TH= TH=
(GPMP:2.46) (GPMP:1.47) (GPMP:1.81) (GPMP:2.86) (GPMP:2.14) (GPMP:2.62)

Tindakan: Makluman Guru-Guru PJPK

4.1.2 Setelah dianalisa, pencapaian murid-murid bagi kedua-kedua subjek


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bolehlah dirumuskan seperti berikut:

Kekuatan: Bilangan murid yang tidak menguasai bagi kedua-dua subjek ini
berkurangan berbanding dengan bilangan semasa Pentaksiran
Pertengahan Tahun, dengan 0 orang tidak menguasai subjek
Pendidikan Jasmani untuk PAT kali ini berbanding 18 semasa
PPT. Sementara 20 orang untuk subjek Pendidikan Kesihatan
berbanding 27 sebelum ini.
Kelemahan: Bilangan murid yang tidak menguasai subjek Pendidikan
Kesihatan masih tinggi adalah disebabkan masa mengajar yang
singkat, iaitu 1 masa seminggu selain kekangan
pelaksanaannya kerana cuti, program sekolah dan sebagainya.
Guru terpaksa melaksanakannya dengan segera untuk
menghabiskan silibus yang telah ditetapkan.

Cadangan Penambahbaikan: Guru-guru memberikan nota dan latihan


tambahan kepada murid-murid untuk
diselesaikan di rumah bagi subjek Pendidikan
Kesihatan sebagai langkah penyelesaian akibat
kekangan masa di sekolah.

Tindakan: Guru-Guru PJPK

4.2 Perbelanjaan Bantuan Perkapita Panitia


4.2.1 Bantuan berkapita yang diterima pada tahun semasa bagi Panitia
Pendidikan Jasmani adalah berjumlah RM 1800.80. Bantuan ini telah
dibelanjakan untuk membeli peralatan-peralatan sukan dan jasmani bagi
kemudahan guru-guru bagi melaksanakan PdP.

Tindakan: Makluman Guru-Guru PJPK

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Mulai tahun hadapan, bersesuaian dengan pelaksanaan KSSR semakan,
subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan akan kembali
digabungkan setelah diasingkan sebelum ini dengan nama Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.

Tindakan: Makluman Semua Guru PJPK


5.2 Untuk buku kerja dan latihan murid-murid tahun hadapan terutama untuk
subjek Pendidikan Kesihatan, guru-guru boleh menyenaraikan buku-buku
yang dikehendaki dan kemudian diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan Kurikulum Dan Pentadbiran untuk dimasukkan ke dalam senarai
buku.

Tindakan: Semua Guru PJPK

6. PENUTUP
.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3 petang dengan Tasbih Kaffarah dan
Surah al-Asr.

Urus Setia

......................................
Cik Qatrunnada Binti Mahammad
( Setiausaha Panitia PJPK SKJS2 )
Tarikh : 18 November 2016

You might also like