You are on page 1of 12

Tingkah Laku berisiko

Ramai para psikologi percaya yang perkara utama remaja inginkan adalah mempunyai
personaliti yang berasingan dari ibu bapa mereka (Keating, 1990). Salah satu cara untuk
mencapai hasrat tersebut menyebabkan remaja terjebak dalam tingkah laku yang tidak
seiring dengan nilai dan norma ibu bapa dan masyarakat. Jessor (1992) berkata bahawa
tingkah laku berikut selalu befungsi, bertujuan, penting dan berhala tuju, dalam
membantu remaja berpisah dari ibu bapa dan menjadi lebih dekat dengan rakan rakan.
Walaupun sebahagian dari tingkah laku ini tidak membahayakan seperti fesyen pakaian
dan rambut, tetapi kebanyakkannya membawa kepada peningkatan hasil yang tidak
dijangkakan, sesetengahnya juga menyebabkan perubahan hidup yang serius. Tingkah
laku ini sering dikaitkan dengan tingkah laku berisiko dan termasuk penyalahgunaan
dadah, berjudi, penggunaan tembakau dan alcohol, keganasan dan aktiviti seks bebas.
Kajian yang berlainan mendefinasikan tingkah laku berisiko yang berlainan. Jessor
(1992), sebagai contoh, menambah diet yang tidak sihat, kurang senaman, dan
kedegilan menggunakan alatan keselamatan kereta sebagai tingkkah laku berisiko,
tetapi tidak memasukkan berjudi, atau perlakuan ganas sebagai tingkah laku berisiko.
Lerner dan Simi (2000) memasukkan dadah dan penggunaan alcohol, gejala seks bebas,
jenayah dan keganasan, dan juga pencapaian sekolah yang tidak bagus. Mengenalpasti
kepentingan hasil dari tingkah laku berisiko remaja , pengkaji mempunyai peluang untuk
mendedahkan kemungkinan yang dikenalpasti . Bukti menunjukkan terdapat beberapa
faktor seperti pengaruh rakan sebaya dan pengaruh melihat perbuatan berisiko rakan,
pengaruh ibu bapadan pengaruh masyarakat dan deviant dilihat dapat mempengaruhi
keputusan remaja untuk terlibat atau tidak dalam tingkah laku berisiko (Byrnes, 2002;
Jessor, 1992; Lerner & Simi, 2000). Bagaimanapun, dinamik perhubungan antara factor
kognitif individu dan tingkah laku berisiko masih kabur (Furby & Beyth-Marom, 1992).
Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi
persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang
waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin
disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas
kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri,
kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan. Berdasarkan pengalaman lalu, akibat
pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk
terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme,
minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak. Rekod Kementerian Pelajaran 2007
menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840
pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku pelajar kurang
sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah
kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus )
tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan berunsur jenayah seperti
mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan
di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006.
Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360
pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun
sebelumnya. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah
mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640
kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau
menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006
kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk
membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh
mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes. Statistik kementerian
mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan
kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada
kadar purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih
rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang
perlu ditangani secara serius. Kebanyakan takrifan mengenai remaja lebih menumpukan
perhatian kepada orang muda. Dalam masyarakat Barat, remaja dirujuk kepada tahap
perkembangan seseorang apabila bermulanya saat puberti (cukup umur), iaitu kira-kira
pada usia antara dua belas ataupun tiga belas tahun dan berterusan sehingga mencecah
kehidupan dewasa. Tidak kurang juga sebilangan orang yang memahami remaja
berdasarkan pengaruh televisyen, media cetak dan sebagainya. Atas sebab itu, setiap
kali perkataan remaja disebut, masyarakat umumnya lebih senang untuk mengaitkan
remaja dengan pelajar sekolah. Untuk lebih memudahkan, ada yang mengaitkan remaja
sebagai golongan masyarakat yang berusia belasan tahun sahaja. Malah pengkajian
mengenai pertumbuhan remaja secara lebih bermakna dikatakan hanya bermula pada
abad ke-20 (Hamburg, 197). Sebagai satu istilah, remaja merupakan tempoh kehidupan
yang sangat penting dalam putaran hayat seseorang. Berdasarkan padanan perkataan
Inggeris, adolescence, remaja dirujuk kepada tempoh peralihan antara zaman kanak-
kanak dengan zaman kedewasaan dalam kehidupan seseorang. Dalam huraian yang
mudah, remaja menggambarkan tahap perkembangan pesat yang berlaku antara
kehidupan kanak-kanak dan kedewasaan. Delinkuensi, atau kenakalan remaja pula
merujuk kepada perilaku tidak dewasa yang melanggar norma-norma yang ditetapkan
oleh badan pengawal (sama ada masyarakat atau kerajaan). Ada juga yang berpendapat,
misalnya oleh rice, (1990 The Adolescent, Massachusets: Allyn & Bacon, hal. 268),
bahawa delikuensi atau kenakalan merupakan perilaku bertentangan dengan undang-
undang jenayah yang dilakukan oleh juvena, yang di kebanyakan negara, berusia di
bawah 18 tahun. Menurut perspektif undang-undang, istilah delinkuensi juvena
dimaksudkan kepada penceroboh undang-undang yang masih muda bagi mengelakkan
mereka diberikan status penjenayah dan juga untuk mengasingkan mereka yang di
bawah umur daripada disamakan dengan penjenayah dewasa. Seks bebas dan jenayah
seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita
terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah
penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di
tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah
mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar
wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika
pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja
perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan
akhlak remaja di Malaysia bertambah serius (Berita Harian , 12 Julai 2001). Seorang guru
di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat
tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh
terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras
tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar
wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap
ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua
pengedar pil ecstasy di sekolah itu (Berita Harian , 12 Julai 2001) . Menurut Ketua
Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, (Datuk Mat Zain Ibrahim, 2007) jenayah seksual di
kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul
kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan
sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau
mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran
dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun
tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah
pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula
seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke
pusat pemulihan akhlak.

CIRI-CIRI REMAJA BERISIKO

Berdasarkan kepada permasalahan remaja, kajian mengenai remaja berisiko telah


dijalankan bagi mengenal pasti ciri-ciri golongan remaja yang berisiko. Mohammad Nasir
Bistaman (2006) dalam kajian disertasinya dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di
Universiti kebangsaan Malaysia Kesan kaunseling kelompok ke atas penyesuaian remaja
berisiko mendapati intervensi awal Bahg 11 (Azyyati).indd 114 7/2/2013 9:57:45 AM
Ciri-ciri Remaja Berisiko: Kajian Literatur 115 perkembangan remaja sekolah menengah
menerusi kaunseling kelompok didapati berkesan mengenal pasti gangguan yang
dialami oleh remaja berisiko. Menurut Mohammad Nasir Bistaman (2006: 13), ciri-ciri
remaja berisiko adalah pertama, peringkat perkembangan awal remaja dalam
lingkungan umur (10-15 tahun). Kedua, golongan ini datang dari sebuah institusi
keluarga yang gagal dan tidak berfungsi. Ketiga, dibelenggu dengan kemiskinan keluarga
dan persekitaran. Keempat, mempunyai masalah interaksi sosial seperti kurang
sokongan daripada persekitaran sekolah, dewasa lain selain ibu bapa, pihak sekolah
menghadapi masalah psikososial seperti persepsi negatif terhadap keluarga,
penghargaan kendiri rendah, menghadapi simptom kemurungan, rapuh pegangan hidup,
rendah daya tahan, rendah kecekapan sosial, rendah pencapaian akademik dan tidak
terlibat dengan aktiviti sekolah. Dalam Jurnal Kesihatan Masyarakat 2003: Jilid 9 yang
bertajuk Risk behavior amongst adolescent of a rural land development scheme in
Peninsular Malaysia oleh Hidayah et al. (2003: Jilid 9) menerusi kajian rentas yang
melibatkan pelajar Tingkatan Satu di tiga rancangan pembangunan tanah di
Semenanjung Malaysia bagi mengenal pasti kewujudan (prevalens) tingkah laku berisiko
di kalangan remaja yang telah dipilih. Kajian menunjukkan tingkah laku berisiko yang
paling prevalen adalah ponteng sekolah (34.4%), melepak (21.5%), membuli (21.5%),
mencuri (12.9%) dan merokok (12.0%). Jantina dan tahap pendidikan ibu bapa adalah
peramal signifikan untuk tingkah laku berisiko. Kajian tentang kanak-kanak dan remaja
berisiko telah dijalankan secara menyeluruh dan melibatkan pelbagai metodologi sama
ada kaedah kajian kes secara sejarah individu atau kajian rentas (crosssectional) dalam
jangka pendek. Kajian jangka panjang (longitudinal study) yang melibatkan
perkembangan sepanjang hayat individu bermula selepas lahir hingga ke peringkat
dewasa dan tua turut dijalankan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas pengaruh
secara langsung faktor-faktor berisiko. Hal ini meliputi kajian-kajian etiologikal yang
menekankan potensi kepada masalah secara biologikal atau tingkah laku seperti kajian-
kajian ke atas personaliti, merangkumi genetik dan persekitaran, insiden yang berlaku
serta tahap tekanan yang dihadapi. Di samping mengkaji kewujudan faktor-faktor
berisiko atau faktor-faktor pencegahan yang mempengaruhi pola-pola rapuh atau daya
tahan pada diri individu (Garmezy 1996) dalam Mohammad Nasir Bistaman 2006: 80).
Dalam kajian Psikologi Abnormal terutamanya perkembangan psikopatologi, ramai
pengkaji telah mengaitkan antara punca awal kekacauan adalah melibatkan faktor-
faktor berisiko (persekitaran keluarga, rakan sebaya, kejiranan, persekolahan dan
kemiskinan serta pengalaman awal ketika peringkat kanak-kanak dan remaja). Akhirnya
mereka menjadi remaja yang bermasalah (tingkah laku delinkuen seperti ketagihan
dadah dan alkohol, gengsterisme, pelacuran, serangan seks dan depresif sehingga
membawa kepada masalah membunuh orang atau bunuh diri) (Egeland et al. 1996);
(Harper 2000); (Popper et al. 2000) dalam Mohammad Nasir Bistaman 2006: 81). Di
samping itu, terdapat juga kajian yang mengaitkan antara proses dalaman dan proses
luaran yang berlaku pada peringkat kanak-kanak dengan diagnosis psikiatri dan psikologi
pada peringkat remaja. Adalah didapati bahawa masalah kejiwaan seperti kebimbangan
dan kemurungan yang berlaku di peringkat awal sekolah rendah memberi kesan kepada
masalah perlakuan yang sama pada peringkat remaja. Keadaan ini memberi kesan
kepada perlakuan seperti terlibat dalam perlakuan antisosial (Quinton et al. 1990),
(Sraufe & Rutter 1999) dalam Mohammad Nasir Bistaman 2006: 81). Kanak-kanak dan
remaja berisiko juga boleh dikenal pasti dalam konteks peringkat perkembangan, status
sosioekonomi dan jantina. Daripada beberapa kajian, antara ciri-ciri kanak-kanak dan
remaja bermasalah adalah berada dalam keadaan ketakutan pada peringkat awal kanak-
kanak (Achenbach & Edelbrock 1981), suka membantah, bertumbuk, biadap,
menghadapi masalah persekolahan pada peringkat awal remaja, mengalami
kemurungan, ponteng (Edelbrock 1989) dan penyalahgunaan dadah pada peringkat
akhir remaja (Edelbrock 1989, Achenbach & Edelbrock 1981). Di samping itu, kanak-
kanak dan remaja daripada SES rendah didapati lebih cenderung menghadapi masalah
(Achenbach & Edelbrock 1981, Achenbach et al. 1991), kurang cekap (Achenbach &
rakan-rakan 1991), menghadapi masalah bersifat luaran (externalizing behaviors)
seperti merosakkan barang-barang orang lain dan bertumbuk (Achenbach & Edelbrock
1989) berbanding dengan remaja daripada SES lebih tinggi. Masalah yang dihadapi oleh
remaja daripada SES sederhana pula lebih bersifat dalaman (internalizing behaviors)
seperti ketakutan dan kemurungan (Achenbach & Edelbrock 1989). Kanak-kanak dan
remaja juga lebih bermasalah apabila kurang berhubung dengan orang dewasa di rumah,
datang daripada pasangan yang bersekedudukan, ibu bapa yang tinggal berasingan atau
bercerai, tinggal bersama keluarga yang mempunyai pembantu rumah dan Bahg 11
(Azyyati).indd 115 7/2/2013 9:57:45 AM 116 Islamiyyat 35(1) tinggal bersama ahli
keluarga yang menghadapi masalah mental (Achenbach & rakan-rakan 1991). Di
samping itu, remaja lelaki lebih tinggi ciriciri bermasalah berbanding remaja perempuan
(Achenbach & Edelbrock 1989) dalam Mohammad Nasir Bistaman 2006: 81). Dalam
projek penyelidikan Building Supportive Communities For At-Risk Adolescents (Martha
et al. 1998), membicarakan jenis-jenis program yang sesuai dengan remaja dalam
lingkungan 10-15 tahun berdasarkan permasalahan remaja dalam konteks kajian
mereka banyak melibatkan golongan tersebut. Tujuan kajian mereka adalah penilaian
semula pemilihan objektif program dan perkhidmatan yang diperlukan oleh golongan
muda khususnya remaja berisiko sama ada untuk memfokuskan permasalahan dari
aspek pencegahan atau rawatan, golongan muda bersama keluarga masing-masing atau
pun penglibatan seluruh kawasan kejiranan. Dalam kajian mereka, untuk mengenalpasti
ciri-ciri golongan remaja berisiko adalah berdasarkan kepada empat pendekatan utama
iaitu pertama, menurut Zuckerman (1979), perlakuan mengambil risiko (risk-taking
behavior) adalah sebagai satu pencarian yang sensasi dalam kalangan remaja. Perlakuan
mengambil risiko dilihat dalam konteks pertembungan antara kecenderungan mencari
dan mencuba pengalaman baru pada peringkat remaja dengan norma sosio-budaya.
Perlakuan ini merupakan perlakuan bermasalah juga walaupun dianggap sebagai normal
dan adaptif bagi remaja sebagai tanda egocentrism peringkat remaja atau sebagai tanda
mekanisme membuat keputusan (Lavery et al. 1993) dalam (Martha et al. 1998: 30).
Dalam proses perkembangan sepanjang hayat manusia, perlakuan pencarian sensasi
(sensationseeking behavior) didapati cenderung berlaku kepada sebahagian besar
remaja dan sebahagian dari perlakuan tersebut adalah di luar norma sosio-budaya dan
kesannya agak membahayakan, berisiko serta di luar undang-undang. Kedua,
persekitaran berisiko. Pendekatan persekitaran berisiko pula melihat konsep berisiko
difokuskan kepada faktor-faktor persekitaran yang melingkari perkembangan kehidupan
remaja berbanding perlakuan remaja itu sendiri. Remaja tidak dilihat sebagai berisiko
disebabkan secara personalnya terlibat dalam perlakuan bermasalah tetapi mereka
dilihat berisiko kerana hidup dan berada dalam situasi dan persekitaran yang berisiko
(National Network for Youth 1991; Schorr 1988) dalam Martha et al. 1998: 30). Apa yang
digambarkan sebagai kanak-kanak atau remaja berisiko adalah mereka yang terdedah
dengan faktor-faktor berisiko seperti keluarga yang tidak berfungsi atau bermasalah,
kemiskinan, kejiranan yang tidak selamat, tidak diterima oleh rakan sebaya, tiada
sokongan daripada dewasa lain dan institusi sekolah yang teruk yang menjadikan
individu tersebut rapuh dan sukar untuk menyesuaikan perlakuan mereka. Ketiga,
remaja berisiko berkait dengan anteseden dan penanda (antecedents and markers).
Antiseden melibatkan persekitaran sosial negatif seperti keluarga yang tidak berfungsi,
kemiskinan, kejiranan dan institusi tempatan yang negatif. Sistem penanda adalah
seperti pencapaian akademik rendah dan kurang penglibatan aktiviti sekolah atau
tandatanda lain yang berkaitan. Remaja berisiko adalah remaja yang masih belum
terlibat dalam perlakuan bermasalah tetapi dengan adanya antiseden yang melibatkan
persekitaran sosial negatif dan tidak menyokong serta ketiadaan faktor-faktor pelindung,
maka keadaan tersebut menjadikan remaja menjadi rapuh atau rendah daya tahan serta
kurang cekap. Keempat, remaja yang sudah terlibat dalam salah laku. Ketika peringkat
ini, golongan remaja akan diberikan rawatan intensif supaya tidak meneruskan salah
laku demi masa depan mereka dan dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Walau
bagaimanapun, golongan remaja yang sudah terjebak agak sukar ditangani kerana
sudah sebati dengan salah laku dan boleh mempengaruhi golongan remaja lain
mengikuti cara hidup mereka (Martha et al. 1998: 32). Kajian-kajian yang lepas telah
menunjukkan bahawa pelbagai ciri-ciri negatif yang boleh membawa kepada tingkah-
laku berisiko dalam kalangan remaja. Remaja berisiko merujuk kepada individu yang
mudah terdedah dengan faktor risiko digelar individu berisiko yang cenderung
dipengaruhi faktor risiko di sekelilingnya. Ahli psikologi, pekerja sosial dan kaunselor
menggunakan istilah berisiko untuk menandakan seseorang yang mengalami
kesengsaraan atau kepayahan dari segi emosi dan penyesuaian tingkah laku. Manakala
ahli pendidik menggunakan istilah berisiko merujuk kepada anak-anak muda yang
mudah tercicir dari alam persekolahan dan kadangkadang juga merujuk kepada
golongan belia yang tidak mempelajari ilmu kemahiran hidup selepas tamat pengajian.
Ada kalanya merujuk kepada tahap penguasaan kanak-kanak terhadap pendidikan
semasa sekolah menyebabkan masalah kepada kerjaya masa depan mereka (McWhirter
2004) dalam Habibah Elias et al. 2008). Dalam kajian oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie
(2008: 8), Profil Pelajar Berisiko: Siapakah Mereka? mengulas bahawa pelajar berisiko
selalu dikaitkan dengan keciciran, lemah dalam pencapaian akademik Bahg 11
(Azyyati).indd 116 7/2/2013 9:57:45 AM Ciri-ciri Remaja Berisiko: Kajian Literatur 117
dan kurang mampu belajar dengan efektif. Selain daripada itu, terdapat kajian yang
dilakukan oleh Norhayati Hj. Alwi (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie 2008: 37) yang bertajuk
Falsafah Pembangunan Pelajar Berisiko menyatakan bahawa membangunkan pelajar
berisiko merupakan satu tugas yang mencabar. Hal ini kerana pelajar berisiko
merupakan mereka yang dicirikan sebagai mempunyai masalah disiplin diri, harga diri
yang rendah dan merasakan tidak dapat mengawal masa hadapan mereka. Mereka juga
bermasalah dalam pembelajaran, kurang bersedia untuk belajar, tidak bernasib baik dari
segi status ekonomi serta pendidikan dan menghadapi risiko yang lebih besar untuk
memperoleh pencapaian akademik yang rendah selain mempunyai potensi tinggi untuk
tercicir dari persekolahan. Berdasarkan kenyataan kajian di atas, dapat disimpulkan
bahawa ciri-ciri utama remaja berisiko ialah mereka yang berlatarbelakangkan institusi
keluarga yang tidak berfungsi, golongan keluarga yang mempunyai status sosioekonomi
yang rendah dan mengalami masalah dalam arus pendidikan akademik dan berpunca
dari sistem pemikiran yang tidak rasional.

Faktor-faktor mempengaruhi tingkahlaku berisiko

Isi 1: Keluarga mempunyai pengaruh yang besar.


- alam kehidupan remaja bermula dari sebuah keluarga.
- ibu bapa mampu mencorakkan anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih.
- sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat membentuk anak-anak yang
berperibadi mulia
- bertanggungjawab,bersopan dan saling menghormati satu sama lain.
- keluarga yang pincang pula akan mempengaruhi remaja dari sudut yang negatif.
- bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
- ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anak-
anak
- anak-anak akan membesar dengan peribadi mulia.

Isi 2: Rakan sebaya juga boleh mempengaruhi perkembangan peribadi remaja.


- Lumrah remaja untuk berkawan.
- memilih rakan yang boleh dipercayai.
- berkongsi masalah dan rahsia.
- terikut-ikut akan perlakuan rakan.
- jika rakan baik peribadi remaja juga akan baik.
- jika terpilih rakan yang negatif, mereka akan membentuk peribadi yang negatif.
- ibu bapa perlu peka akan perubahan pada anak- anak.
- sayangkan anak, tangan-tangankan perlu tahu latar belakang anak-anak mereka.
Isi 3 : Masyarakat
- masyarakat positif dapat membentuk semangat perpaduan, saling menghormati,
- perlakuan masyarakat akan dilihat dan diperhatikan oleh remaja.
- jika setiap ahli masyarakat saling bertolak-ansur dan menunjukkan sikap
toleransi,remajaakan meniru dan mengamalkannya.
- jika sebaliknya, remaja memerhatikan masyarakat sekelilingnya bersikap negatif, maka
sikap negatif itulah yang akan menjadi amalan, seterusnya mempengaruhi peribadi
remaja itu dan kehidupannya.

Isi 4: Agama merupakan elemen utama dalam pembentukan peribadi seseorang


remaja.
- agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar.
- agama memandu insan pada batasan kebenaran.
- remaja yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh akan memperlihatkan peribadi
murni yang selaras dengan ajaran agama.
- ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka
telah menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing.

Isi 5: Media massa


- pada zaman ini, media massa begitu berpengaruh dalam kehidupan remaja.
- kajian yang dijalankan mendapati bahawa purata masa menonton tv dalam kalangan
remaja negara ini ialah 40 jam satu minggu.
- masa yang begitu panjang sudah pasti mampu mendatangkan kesan kepada remaja.
- remaja meniru sesuatu yang kebaratan kerana kebanyakan rancangan yang ditonton
remaja pada masa ini lebih menonjolkan budaya yang negatif.
Punca Penyalahgunaan Dadah
Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya
di kalangan remaja. Di antaranya ialah:

1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa

Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan
hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung
kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga.
Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi
terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan
kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan,
kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.

2. Pengaruh Rakan Sebaya

Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan
sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan
bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat
dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut
dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan
gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

3. Tekanan / Depressi

Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-
mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang
dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain
menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti
kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi
kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk
beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan
mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa.
Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

4. Kurang Pendidikan Agama

Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah
disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak
memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini
remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran
mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan
perkara yang telah dilarang oleh agama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting
bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik

Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal
ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan
yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau
bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap
remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak
melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.

Kesimpulan :
- remaja aset penting negara.
- perlu usaha secara kolektif untuk membentuk remaja yang positif.
- pendedahan pelbagai perkara positif perlu sejak kecil- melentur buluh biar dari rebung.
- asuhan yang betul hendaklah diberikan kepada mereka.
- mereka akan dewasa sebagai pemuda dan pemudi harapan bangsa dan negara.

You might also like