You are on page 1of 4

Teori Epstein

Huraikan enam (6) jenis penglibatan ibubapa menurut model Epstein dan diikuti
dengan contoh yang relevan dan berkaitan dalam menjalin hubungan sekolah
dengan ibu bapa dan komuniti.

Pendahuluan.

Penglibatan keluarga dapat dilihat dalam pelbagai cara bergantung kepada situai
tertentu.Epstein mencadangkan enam jenis penglibatan ibu bapa terhadap sekolah.
Teori Epstein juga menggambarkan kerjasama yang perlu wujud antara
sekolah,keluarga dan masyarakat.Jenis penglibatan bukan hiraki tetapi ia adalah
satu rangka kerja untuk menghubungkan keluarga,anggota masyarakat dan
profesional pendidikan awal kanak-kanak. Dalam bukunyaSchool,Family and
Community Partnership-Your Handbook for Action,Joyce Epstein (2009),telah
menggariskan enam jenis penglibatan dan kerjasama ibu bapa, komuniti dan pihak
luar yang dapat dianjurkan oleh pihak sekolah.Enam jenis kerjasama yang digariskan
ialah:

1,Kerjasama keibubapaan (parenting)

Pihak sekolah bertindak sebagai membantu ibu bapa menyediakan


persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. AKtiviti yang dilakukan oleh
ibu bapa di rumah dapat membantu mempertingkatkn kesediaan murid untuk untuk
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di samping itu, pihak
sekolah membimbing ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada pelajar seperti
makanan, tempat tnggal yang selesa dan memastikan pelajar mempunyai emosi
yang seimbang. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menjalankan aktiviti untuk
membimbing ibu bapa dalam kemahiran keibubapaan dan mendidik serta mengasuh
anak-anak mereka dengan cara yang betul. Ibu bapa juga perlu dibimbing bagi
menyediakan pesekitaran yang kondusif untuk menyokong pembelajaran anak-anak
di rumah mereka. Ibu bapa juga perlu memahami peringkat-peringkat perkembangan
kanak-kanak dan remaja agar setiap perkara yang dijalankan mengambil kira
peringkat perkembangan ini.

2.Kerjasama Berkomunikasi (communication)

Pihak sekolah dan keluarga perlu berhubung antara satu sama lain dengan
pelbagai cara. Komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pihak ini memudahkan
pelaksanaan sesuatu aktiviti dengan jayanya. Pihak ibu bapa dapat mengetahui
aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekolah dengan adanya penyampaian makluman yang
dilakukan oleh pihak sekolah melalui media-media tertentu. Pihak sekolah boleh
menggunakan media yang difikirkan sesuai untuk semua lapisan pelajarnya. Bagi
mendapatkan penglibatan yang positif, komunikasi mestilah bercirikan dua hala
antara pihak sekolah dengan para ibu bapa. Ibu bapa hendaklah sentiasa bersama
dengan pihak sekolah dalam semua program yang melibatkan ibu bapa, guru dan
murid yang diadakan di sekolah. Pihak sekolah hendaklah sentiasa proaktif dalam
menggunakan pelbagai aplikasi dalam menyampaikan maklumat sekolah kepada
pihak ibu bapa . Pihak sekolah perlu sentiasa menyampaikan makluman mengenai
perkara atau program yang sekolah adakan kepada ibu bapa dengan menggunakan
media yang sesuai. Selain itu, pihak sekolah boleh mengambil inisiatif dengan
membuka sebuah laman web yang boleh menjadi medium tambahan berkomunikasi
dengan ibu bapa dan keluarga pelajarnya. Laman web ini juga memudahkan ibu
bapa untuk mendapatkan makluman terkini berkenaan dengan sekolah.

3.Kerjasama kesukarelawanan (volunteering)

Pihak sekolah mengalu-alukan bantuan dan penglibatan ibu bapa semasa


pelaksanaan sesuatu aktiviti di sekolah. Hal ini juga termasuklah semua aktiviti
kesukarelawanan yang berlaku dalam bilik darjah maupun persekitaran sekolah
(school environment) . Penglibatan sukarela ibu bapa ini amat diperlukan bagi
membantu mencapai kecemerlangan sekolah. Bagi ibu bapa yang berkebolehan
dalam pengajaran, ibu bapa boleh membantu guru-guru mengajar dalam kelas
tambahan . Ibu bapa juga boleh membantupihak sekolah mencari dana bagi
mengukuhkan kewangan sekolah. Pihak sekolah memerlukan kewangan yang kukuh
untuk melaksanakan program-program yang melibatkan pelajar. Selain itu, pihak ibu
bapa seharusnya sentiasa menyokong setiap program yang dijalankan oleh pihak
sekolah untuk anak anak mereka.

4. Pembelajaran di rumah (Learning at home)


Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di rumah amat penting
sebagai kesinambungan pengajaran guru di sekolah. Sekiranya ibu bapa
mengamalkan hal ini, ianya akan memberikan kesan yang positif terhadap
perkembangan anak-anak mereka . Ibu bapa boleh membantu guru dengan
memantau dan membantu dalam aktiviti pembelajaran anak-anak mereka semasa
berada di rumah. Pelajar yang mendapat sokongan pembelajaran di rumah lebih
cenderung menunjukkan pencapaian akademik yang baik. Dengan pemantauan
yang sistematik daripada ibu bapa ini kebiasaannya pelajar tidak menimbulkan
masalah disiplin di sekolah seperti meniru jawapan kawan, tidak menyiapkan kerja
rumah serta tidak membawa buku ke sekolah. Pembelajarandi rumah ini juga dapat
melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran membuat keputusan dan tidak hanya
bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah semata-mata.

5. Membuat Keputusan ( Decision Making )


Kerjasama ini dicapai apabila ibu bapa mengambil bahagian semasa pihak
sekolah membuat sebarang keputusan tertentu. Keistimewaan ini diperolehi sekiraya
ibu bapa tersebut menjadi sebahagian daripada jawatan kuasa tadbir sekolah seperti
ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )atau Persatuan Ibu Bapa
dan Komuniti( PIBK) . Pada masa kini, hal ini dikenali sebagai E-sarana, di mana ibu
bapa boleh bersama-sama memberikan pandangan dan idea ketika pihak sekolah
ingin membuat sebarang keputusan tertentu. Walau bagaimanapun , hal ini hanya
menglibatkan hal-hal tertentu sahaja seperti yang termaktub dalam garis panduan
penglibatan ibu bapa dalam urus tadbir sekolah.

6. Kolaborasi dengan komuniti


Pihak sekolah mengadakan kerjasama dengan komuniti setempat dalam
pelbagai program yang boleh membawa kebaikan kepada pelajar. Pihak sekolah
boleh berkerjasama dengan pihak tertentu seperti mengundang individu-individu
yang berjaya dalam bidang tertentu untuk dikongsikan punca-punca kejayaan
mereka kepada pelajar. Secara tidak langsung, hal ini juga akan meningkatkan
motivasi pelajar. Selain itu,ibu bapa bersama dengan komuniti setempat boleh
memantau pendidikan murid di luar kawasan sekolah. Bekas-bekas pelajar sekolah
tersebut yang berjaya juga boleh dilibatkan dalam program-program memotivasikan
murid sekolah tersebut. Pihak sekolah juga boleh menjalankan aktiviti atau program
mentor-mentee antara komuniti dengan pelajar, menyelaraskan sumber dan
perkhidmatan komuniti untuk murid dan keluarga dan sebagainya.

Secara rumusannya, pihak sekolah mesti mengadakan hubungan dengan


pihak luar untuk kepentingan sekolah tersebut. Pihak sekolah sehausnya sentiasa
mencari ruang dan peluang untuk menjalinkan hubungan denganpihak luar yang
boleh memberikan manfaat kepada sekolah.

You might also like