You are on page 1of 3

Punca

1. kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang


sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat
demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan
kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai
kemanusiaan.
2. ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada
anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu
sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.
3. para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk
pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-
kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut
perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.
4. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah
memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka
terhadap pelajar lain.

Langkah

1. Pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui
mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam,
Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa
perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan
dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli
dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.
2. Ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara
berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para
pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang
kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani
masalah kes buli ini.
3. Pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap
pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima
sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada
mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.ihak sekolah
juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah
Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh
lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli
sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh
menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar
semua pelajar tahu akannya.
4. para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya
juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika
kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi
dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu
sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.
5. para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu
berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk
melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat
diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
6. pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus
berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan
sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini
masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan
berleluasa lagi.
7. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri
dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak
sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut
agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai
iktibar kepada pelajar yang lain.
8. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk
membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik
kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah
sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di
hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek,
menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah bapa borek, anak rintih,
ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan
sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang
keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih
sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi
dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi
seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan
isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya
bersama-sama.

You might also like