You are on page 1of 17

960709-14-0000

1.0 PENGENALAN

Pengkaji telah memilih syarikat Bata Sdn Bhd bagi melaksanakan kajian ini.
Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan yang berasakan kasut bagi lelaki dan
perempuan tidak kira umur. Jenama Bata mula bertapak di Lausanne, Switzerland
dan meluaskan pasarannya di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Bata mempunyai
beberapa cawangan di Malaysia. Perniagaan ini semakin mendapat perhatian di
kalangan pelanggan dengan mempamerkan produk yang mempunyai pelbagai gaya
pada harga berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Penyelidik akan
membuat analisis mendalam terhadap campuran pemasaran oleh syarikat ini dan akan
mengemukakan cadangan agar penambahbaikan dapat dilakukan oleh syarikat ini dan
merancang masa hadapan yang lebih cemerlang dengan campuran pemasaran.

Campuran pemasaran adalah satu konsep yang harus diterapkan oleh


usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran pemasaran untuk menarik
perhatian pelanggan, meningkatkan jualan dan seterusnya memajukan sesebuah
perniagaan. Campuran pemasaran adalah satu kombinasi pembolehubah atau satu set
elemen pemasaran yang boleh dikawal untuk membentuk strategi dan skop pemasaran
dalam sebuah perniagaan. Setiap organisasi menggabungkan elemen campuran
pemasaran untuk menghasilkan maklum balas yang dikehendaki dalam pasaran
sasaran dan membantu organisasi menghasilkan produk yang memenuhi keperluan
dan kehendak mengikut citarasa pelanggan. Sesebuah perniagaan perlu mengetahui
manfaat produk tersebut dan sejauh manakah kepentingan serta kebergantungan
produk tersebut kepada pelanggan. Dengan menggunakan elemen campuran
pemasaran, firma boleh mempengaruhi permintaan pengguna terhadap produknya.
Permintaan pelanggan terhadap sesuatu produk boleh berubah mengikut empat
elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan produk.

Mengikut Kamus Dewan, 2010, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Putaka, produk merupakan sesuatu barang, perkhidmatan dan sebagainya
yang dikeluarkan oleh kilang atau ditawarkan oleh institusi dan sebagainya. Produk
merupakan apa sahaja barang atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada
pasaran untuk menarik perhatian, pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan
kehendak dan keperluan pelanggan ( diakses pada 22 Jun 2015 dari
http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-3-campuran-pemasaran-
960709-14-0000

produk.html ). Usahawan hendaklah menghasilkan produk secara fizikal yang


menepati kehendak pengguna meliputi aspek kepelbagaian produk, kualiti,
rekabentuk, ciriciri, jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan
pulangan dan boleh menarik perhatian pelanggan seperti yang ditulis oleh A. Sazelin
dalam Keupayaan Pemasaran Dalam kalangan Pengusaha Kecil Makanan halal di
Melaka Tengah : Satu Kajian Awal. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2009.

Harga merupakan sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu barang atau
perkhidmatan yang diberikan. Penentuan harga sesuatu barang atau perkhidmatan
akan bersandarkan kepada kualiti, kuantiti, keperluan atau kehendak pengguna serta
kemampuan pengeluar dalam membekalkan produk tersebut dan kemampuan
pengguna untuk membeli atau membayar produk tersebut mengikut kata Clark K.B &
Wheelwright (1993) ( diakses pada 22 Jun 2015 dari
http://apollon1.alba.edu.gr/OKLC2002/Proceedings/pdf_files/ID85.pdf ). Harga
merupakan satu-satunya elemen campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil,
sementara kesemua elemen lain merupakan kos yang perlu dibayar. Harga juga adalah
salah satu elemen yang paling fleksibel dalam campuran pemasaran, kerana harga
mudah untuk diubah mengikut kesesuaian pasaran.

Menurut Zimmerer (2002) ( diakses pada 22 Jun 2015 dari


http://www.pengertianahli.com/2014/04/pengertian-promosi-menurut-para-ahli.html
), promosi adalah segala macam bentuk komunikasi pujukan yang dirancang untuk
menginformasikan pelanggan tentang produk atau jasa dan untuk mempengaruhi
mereka agar membeli barang tersebut yang mencakupi publisiti, penjualan perorangan
dan pengiklanan. Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, 2008, Edisis Kedua,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, promosi merupakan segala usaha dan
kegiatan untuk menggalakkan atau meningkatkan jualan barang dan perkhidmatan
atau untuk memperkenalkan produk supaya laris jualannya. Ideanya adalah untuk
mewujudkan kesedaran, perhatian dan menimbulkan keinginan untuk membeli
produk yang mereka sukai. Campuran promosi yang dilakukan oleh sesebuah syarikat
dengan penggunaan perantaraan seperti jualan persendirian, promosi jualan,
pengiklanan, perhubungan awam dan pemasaran terus. Melalui punggunaan
perantaraan ini, promosi dapat disampaikan dengan lebih cepat dan membolehkan
produk diperkenalkan dengan lebih luas kepada masyarakat.
960709-14-0000

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Syarikat Bata Sdn Bhd akan dikaji melalui aspek-aspek berikut:

2.1 Mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Bata Sdn Bhd
untuk mencapai matlamat perniagaan.

2.2 Mentaktif elemen campuran produk dari segi klasifikasi produk, atribut dan
penjenamaan produk bagi syarikat Bata Sdn Bhd.

2.3 Menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik
Pulang Modal (TPM), harga berdasarkan pesaing dan harga berdasarkan nilai
bagi syarikat Bata Sdn Bhd.

2.4 Menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi


jualan dan perhubungan awam yang dijalankan syarikat Bata Sdn Bhd.
960709-14-0000

3.0 LATAR BELAKANG

Penyelidik telah memilih syarikat Bata bagi melaksanakan kajian ini. Syarikat
ini merupakan sebuah perniagaan yang berasaskan kasut bagi lelaki dan perempuan
tidak kira umur dan aksesori fesyen iaitu beg tangan. Tom Bata merupakan
pengasas dan orang yang bertanggungjawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah
Zlin, Czechoslovakia pada 1894. Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di
Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah
menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun
lalu. Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Jan Antonn Baa, mereka
bertanggungjawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi sebuah syarikat
yang amat terkenal dalam industri kasut.

Kini, ibu pejabat syarikat Bata terletak di Lausanne, Switzerland dan


beroperasi berdasarkan empat unit utama iaitu Bata Eropah bertempat di Lausanne,
Bata Asia Pasifik-Afrika bertempat di Singapura, Bata Amerika Latin bertempat di
Mexico City dan Bata Amerika Utara bertempat di Toronto. Syarikat Bata telah
berjaya meluaskan pasarannya di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Jenama Bata
mula dikenali di Malaysia apabila kedai Bata pertama didirikan pada tahun 1930 di
bangunan Capitol, Singapura yang merupakan negara jiran Malaysia. Lima tahun
kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan
luar negara. Perniagaan ini semakin mendapat perhatian di kalangan pelanggan
dengan mempamerkan produk yang mempunyai pelbagai gaya pada harga berpatutan
dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

Di bawah kepimpinan Tom Bata, beliau banyak memperkenalkan revolusi


baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan
dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford. Beliau terkenal
dengan kesedaran sosial yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan
sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah
wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya. Ungkapan Bekerja secara
berkumpulan dan hidup bersendirian merupakan kata-kata semangat yang
diperkenalkan Tomas dalam memberi semangat kepada pekerjanya. Malah beliau
turut diberi gelaran Henry Ford Eropah Timur kerana menggunakan kaedah
pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.
960709-14-0000

Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan
dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang
ramai mampu memilikinya. Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah
pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas
dalam keadaan cuaca buruk.

Jan Antonn Bata menjadi ketua syarikat menggantikan Tom Bata. Di bawah
pimpinan Jan Antonn Bata, syarikat Bata berkembang dengan cepat di seluruh
Eropah, Amerika Utara, Asia, dan Afrika Utara. Semasa Perang Dunia ke Dua
tercetus, keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi
menjajah Czechoslovakia. Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan
komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya
melalui syarikat milik mereka di luar negara.

Selepas Perang Dunia Kedua, syarikat Bata dipimpin oleh Thomas J. Bata
(Tom Bata Junior) iaitu anak kepada Tom Bata. Perkembangan syarikat
meningkat dengan ketara di bawah kepimpinan Thomas J. Bata. Hal ini kerana beliau
telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan
dan pengagihan sehingga menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling
disegani di seluruh dunia. Beliau juga melancarkan beberapa label baru yang
bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri
ini. Pada tahun 2002, ibu pejabat Bata telah berpindah ke Lausanne Switzerland dan
telah dipimpin oleh Thomas G. Bata, cucu kepada Tom Bata.

Terdapat pelbagai koleksi kasut yang dikeluarkan oleh Bata mewakili semua
golongan dan peringkat usia antaranya Power untuk aktiviti sukan, Marie Claire untuk
wanita, Bubblegummers untuk kanak-kanak serta pelbagai keluaran lain. Sehingga
kini syarikat ini telah menjual sebanyak satu juta kasut sehari, mempunyai pekerja
seramai 40,000 orang, mempunyai 4,600 kedai di seluruh dunia di lebih 50 negara
serta memiliki 40 kilang di 26 buah negara. Sejumlah 14 bilion pasang kasut pula
telah dijual dan dipakai oleh penduduk di serata dunia sejak dari awal penubuhannya
sehingga kini.

Pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada


operasi syarikat mencampuradukkan pengetahuan tentang strategi campuran
pemasaran dalam bidang keusahawanan yang bersesuaian. Aspek pengetahuan
960709-14-0000

tentang strategi campuran pemasaran penting bagi membolehkan syarikat menyusun


strateginya untuk mencapai objektif pemasaran. Menurut B. Nazimah , Elemen-
elemen Pemasaran yang Membantu Kejayaan Perniagaan Usahawan Bumiputera.
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana, 2001, pengetahuan
pemasaran pula sangat perlu bagi memastikan produk yang ingin dipasarkan nanti
berjaya di pasaran. Kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan itu adalah
bergantung kepada strategi pemasaran yang digunakan. Kombinasi di antara
kependidikan dalam keusahawanan, pengetahuan dalam pemasaran dan sebaginya
adalah penting kepada usahawan bagi memastikan produk yang akan dipasarkan tidak
mengalami kegagalan.

Gambar B di atas menunjukkan kesemua cawangan Bata Sdn Bhd di seluruh dunia.
960709-14-0000

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merujuk kepada cara yang digunakan oleh pelajar untuk
memahami situasi, menyelesaikan masalah dan juga mengenalpasti sesuatu isu.
Pelajar boleh menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif
untuk mendapatkan maklumat dan data yang betul serta tepat untuk memenuhi hasil
kajian ini. Melalui kaedah kajian, hasil kajian yang dikumpulkan oleh pengkaji dapat
membantu dalam membuat analisis tentang tajuk yang hendak dikaji serta bersesuaian
dengan objektif kajian dan memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat
yang boleh digunakan di dalam kajian.

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan hasil kajian ialah
kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif merupakan kaedah yang digunakan dalam kajian
ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci
serta mendalam. Kajian kualitatif juga merupakan kajian yang menggunakan
maklumat atau data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara
pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data
yang lengkap. Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perniagaan
berlaku.

Pengkaji telah mendapatkan data primer yang bersesuaian dengan objektif


kajian. Definisi data primer (diakses pada 4 Julai 2015 dari
http://www.pengertianahli.com) ialah data yang dikumpulkan sendiri oleh individu
atau oleh sesuatu organisasi secara langsung untuk kepentingan kajian yang berkaitan
dengan cara pemerhatian atau mendapatkan maklumat secara perbualan yang
bersemuka. Kaedah primer yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian.

Pengkaji juga telah mendapatkan maklumat data sekunder yang banyak


memberi input berkenaan tajuk yang dikaji. Definisi data sekunder (diakses pada 4
Julai 2015 dari http://www.pengertianahli.com) ialah data yang diperoleh atau
dikumpulkan dan disatukan oleh kajian-kajian sebelum ini atau yang diterbitkan oleh
pelbagai agensi-agensi lain. Data sekunder juga didefinisikan sebagai data yang telah
dikumpulkan oleh pengkaji lain. Kaedah kajian yang diklasifikasikan sebagai data
sekunder dan digunakan adalah rujukan perpustakaan dan laman sesawang.
960709-14-0000

Instrumen digunakan untuk melaksanakan penyelidikan, pengkaji telah


memilih beberapa instrumen kajian sebelum memulakan kajian. Secara umumnya
instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah untuk memperolehi
dan mengumpul data yang berkaitan dengan kajian. Instrumen kajian dipilih daripada
alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri oleh
pengkaji. Instrumen kajian melibatkan proses pembinaan soalan-soalan untuk
menemu bual pengurus syarikat bagi mengetahui maklumat yang berkaitan dengan
objektif yang dikaji. Terdapat beberapa instrumen yang telah digunakan untuk
menjalankan kajian ini iaitu temu bual, jurnal, rujukan perpustakaan, pemerhatian dan
laman sesawang.

Temu bual adalah satu perbualan antara dua orang atau lebih. Temu bual
digunakan untuk mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat.
Pengkaji telah menemubual penyelia Bata cawangan Aeon Rawang Anggun bagi
mendapatkan maklumat berkaitan campuran pemasaran yang dijalankan untuk
mencapai matlamat perniagaan. Kaedah ini dugunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih jelas dan tepat di mana penyelia
syarikat adalah individu yang mengetahui sedikit sebanyak maklumat tentang
perniagaan. Pengkaji telah menemu bual penyelia mengikut kesesuaian masa pengkaji
dan penyelia . Tujuan utama temu bual adalah untuk mengenal pasti kaedah bagi
pelaksanaan setiap elemen campuran pemasaran untuk mencapai sasaran pasaran.
Data yang diperolehi direkod dan dianalisis secara manual. Dapatan kaedah ini
dibentangkan dalam bahagian dapatan kajian yang merangkumi empat objektif
sebagai bahan bukti untuk menyokong kajian ini.

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian untuk mencari beberapa


meklumat yang besesuaian dengan objektif kajian. Kaedah pemerhatian merupakan
alternatif lain dalam pengumpulan data selain daripada soal selidik dan temuduga.
Maklumat melalui kaedah pemerhatian ini direkod dalam satu kertas pemerhatian
berdasarkan objektif kajian. Pemerhatian yang direkodkan ialah kaedah promosi yang
digunakan untuk memasarkan barang, mengekalkan pelanggan dan memperkenalkan
produk sama ada yang sedia ada atau produk baru untuk menarik pelanggan. Pengkaji
960709-14-0000

telah menggunakan kaedah ini untuk memenuhi keempat-empat objektif iaitu dengan
melawat rangkaian kedai Bata.

Pengkaji juga telah menggunakan pelbagai rujukan dari perpustakaan seperti


buku, kamus, jurnal, majalah dan tesis penyelidik terdahulu sebagai salah satu kaedah
penyelidikan. Pengkaji telah merujuk kepada tesisi A. Sazelin, 2009 yang berjudul
Keupayaan Pemasaran Dalam Kalangan Pengusaha Kecil Makanan halal di Melaka
Tengah : Satu Kajian Awal di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Pengkaji telah
mengunakan kaedah ini untuk mencari definisi dan penerangan lanjut tentang perkara
yang ingin dihuraikan. Turut menjadi rujukan pengkaji ialah tesis oleh B. Nazimah,
2001 yang bertajuk Elemen-elemen Pemasaran yang Membantu Kejayaan Perniagaan
Usahawan Bumiputera di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis
Sarjana. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk menjelaskan akan kepentingan
campuran pemasaran di bahagian latar belakang.

Kamus juga merupakan antara instrumen yang telah pengkaji gunakan dalam
kajian ini. Pengkaji menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat yang diterbitkan
pada 2010 di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa dan Putaka untuk mencari definisi
produk. Pengkaji juga menggunakan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisis Kedua
yang diterbitkan pada 2008 di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
mencari definisi promosi.

Laman sesawang digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan data dan


maklumat yang berkaitan. Pengkaji turut mendapatkan maklumat yang berkaitan
tentang kajian dengan merujuk di laman rasmi perniagaan iaitu http://www.bata.com/.
Syarikat Bata Sdn Bhd mempunyai laman sosial yang turut menjadi salah satu rujukan
pengkaji seperti Facebook, Painterest, Twitter dan Instagram. Maklumat yang terdapat
di laman perniagaan adalah tentang latar belakang perniagaan, produk yang
dipasarkan, berita terkini dan tawaran-tawaran yang dilakukan. Maklumat yang
didedahkan bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan dengan konsep yang
ditawarkan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk mencari maklumat yang
berkaitan dengan latar belakang syarikat, produk yang dihasilkan dan kaedah promosi
yang dijalankan. Pengkaji juga telah menggunakan laman sesawang
http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-3-campuran-pemasaran-
produk.html, http://apollon1.alba.edu.gr/OKLC2002/Proceedings/pdf_files/ID85.pdf,
960709-14-0000

http://www.pengertianahli.com/2014/04/pengertian-promosi-menurut-para-ahli.html,
dan http://www.pengertianahli.com untuk mencari definisi yang berkaitan dengan
campuran pemasaran. Pengkaji mencari definisi pemasaran dari laman sesawang
http://www.seputarpengetahuan.com/2015/03/ pengertian-pemasaran-menurut-para-
ahli.html dan https://daruamanda.wordpress.com/2011/11/08/marketing-mix-4p/.
Kata-kata seorang pengurus Bata di Switzerland telah dipetik oleh pengkaji dari
laman http://www.bata.com/blog/bata-opens-new-concept-stores-in-europe/ mengenai
jualan produk dan pembaharuan yang dilakukan oleh Bata. Majalah adalah medium
terbaik bagi masyarakat yang suka membaca sambil melihat gambar-gambar produk.
Namun begitu, Bata Sdn Bhd telah mencipta sebuah majalah yang pertama tetapi
hanya boleh dibaca di laman sesawang sahaja dan ia tidak diterbitkan di mana-mana
negara atau cawangan Bata Sdn Bhd. Majalah yang bertajuk Detail Bata International
Issue 1 dari laman http://www.bata.com/Bata-Detail-
Magazine/Detail_Fall_2013_issue1_web.pdf , digunakan oleh pengkaji untuk mencari
maklumat yang berguna dan bersesuaian dengan kajian.

Instrumen-instrumen yang digunakan banyak membantu pengkaji dalam


mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang elemen campuran pemsaran yang
digunakan oleh syarikat ini. Data atau maklumat yang diperoleh dinyatakan dalam
latar belakang, pengenalan dan dapatan kajian oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan
pelbagai instrumen maklumat yang diperoleh adalah tepat dan benar.
960709-14-0000

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah memperoleh data melalui pelbagai sumber.
Terdapat empat bahagian yang dikaji mengikut objektif kajian. Bahagian pertama
merangkumi objektif pertama iaitu mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan
oleh syarikat Bata untuk mencapai matlamat perniagaan. Bahagian dua pula
merangkumi objektif kedua iaitu mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut,
penjenamaan dan lini produk bagi syarikat Bata. Bahagian tiga adalah daripada
objektif yang ketiga iaitu menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos
melalui kaedah harga berasaskan kos dan harga berasakan nilai bagi syarikat Bata dan
bahagian terakhir iaitu bahagian empat yang menerangkan onjektif keempat iaitu
menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan
perhubungan awam yang dijalankan syarikat Bata.

Pengkaji telah menggunakan kamus, laman sesawang, tesis, rujukan


perpustakaan dan lain-lain untuk memperoleh maklumat yang lebih terperinci dan
berguna tentang syarikat Bata.

5.1 Campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Bata untuk


mencapai matlamat perniagaan.

PENGEDARA
PROMOSI N
CAMPURAN
PEMASARA
N

PENETAPAN
PRODUK HARGA
960709-14-0000

Campuran pemasaran merangkumi empat aspek iaitu produk, pengedaran,


penetapan harga dan promosi. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih
tiga daripada aspek-aspek berkenaan iaitu produk, penetapan harga dan promosi.

Produk utama yang dipasarkan oleh syarikat Bata adalah kasut. Kasut
terbahagi kepada tiga iaitu kasut kepada wanita, kasut kepada lelaki dan kasut kepada
kanak-kanak. Pengkaji telah memilih untuk membuat kajian terhadap kasut kepada
wanita, kasut kepada lelaki, kasut kepada kanak-kanak, beg tangan dan barangan
sampingan seperti sarung kaki dan tali kasut. Kasut pula terbahagi kepada beberapa
kategori seperti kasut sukan, kasut kerja, selipar dan sebagainya. Turut disediakan
kasut yang mempunyai 3 atau lebih variasi warna. Perniagaan ini juga turut
menyediakan perkhidmatan pembelian secara atas talian sama ada di laman web rasmi
syarikat Bata mahupun di laman sesawang perniagaan lain seperti Zalora dan
KLSogo. Konsep campuran pemasaran digunakan dalam merangka strategi
pemasaran bagi memastikan produk yang dibuat atau dipasarkan diterima oleh
masyarakat.

Menentukan harga barangan atau produk merupakan satu proses yang agak
sukar. Harga adalah pertimbangan dari segi wang yang sanggup dibayar oleh
pengguna untuk mendapatkan produk. Dalam bahasa yang mudah, ia adalah nilai
pertukaran barangan dari segi kewangan. Harga adalah satu elemen yang boleh
dikatakan amat penting dalam campuran pemasaran dan ia memainkan peranan
penting dalam kejayaan sesuatu produk di pasaran. Jika harga yang ditetapkan adalah
terlalu tinggi, maka kemungkinan syarikat mendapat kesan yang buruk dari segi
jualan produk adalah tinggi. Jika dari sudut lain, apabila harga produk adalah terlalu
rendah, ia akan memberikan kesan terhadap keuntungan syarikat. Namun demikian,
keuntungan adalah matlamat utama mana-mana syarikat yang ditubuhkan. Oleh itu,
harga ditetapkan selepas mengambil pelbagai aspek contohnya kos pembuatan,
permintaan pembeli, persaingan pasaran, matlamat syarikat dan lain-lain.

Pelbagai idea dikeluarkan oleh syarikat untuk memasarkan produk melalui


pelbagai cara. Syarikat Bata ini melakukan promosi dengan memberi tawaran yang
istimewa pada musim atau hari-hari yang tertentu contohnya hari perayaan dan musim
hendak bermulanya persekolahan untuk menggalakkan jualan. Selain itu syarikat ini
juga membuat promosi dengan menyediakan potongan harga beberapa peratus,
960709-14-0000

konsep beli dua kasut hanya RM100.00 atau dapat produk lain dengan percuma
seperti sarung kaki, pad kasut, tali kasut dan lain-lain.

Dari segi lokasi, cawangan Syarikat Bata boleh dijumpai di pusat membeli
belah dan kawasan perumahan yang maju dan berhampiran dengan aktiviti
perniagaan. Setiap cawangan mempunyai reka bentuk yang memberi keselesaan
kepada pembeli untuk memasuki kedai dan mencuba kasut meskipun ada juga yang
hanya masuk untuk melihat sahaja. Pembeli juga berpuas hati dengan layanan pekerja
yang berusaha untuk memenuhi kehendak pembeli. Ia adalah satu era baru, dengan
kod baru dan lebih berhati-hati serta gaya yang berkualiti tinggi dalam
mempromosikan barangan. Selepas 120 tahun dalam perniagaan, Bata
memperkenalkan konsep kedai baru dan hal ini menunjukkan bahawa jenama ini
masih berterusan dalam dunia perniagaan kasut adalah sesuatu yang releven kata
Pierre Murbach, seorang Global Media and Content Manager Syarikat Bata di
Switzerland (diakses pada 19 Julai 2015 dari http://www.bata.com/blog/bata-opens-
new-concept-stores-in-europe/ ). Hal ini dapat meningkatkan lagi jualan produk yang
dikeluarkan oleh Syarikat Bata.

Sebelum membuka sesuatu perniagaan, banyak faktor perlu diambil kira untuk
memastikan perniagaan berjalan lancar dan mencapai matlamat organisasi. Pengusaha
perlu bijak dalam memasarkan produk dalam pasaran yang besar. Menurut William J.
Stanton (diakses pada 18 Julai 2015 dari
http://www.seputarpengetahuan.com/2015/03/ pengertian-pemasaran-menurut-para-
ahli.html) pemasaran merupakan suatu cara dari pelbagai kegiatan perniagaan atau
usaha yang ditunjukkan untuk merencanakan, menentukan harga barang, bagaimana
untuk mempromosikannya, dan mengedarkannya kepada pelanggan dan boleh
memuaskan kehendak pelanggan. Menurut The American Marketing Association pula
(diakses pada 18 Julai 2015 dari
https://daruamanda.wordpress.com/2011/11/08/marketing-mix-4p/) pemasaran
didefinisikan sebagai proses perencanaan dan pelaksanaan konsepsi, penetapan harga,
promosi dan penjanaan idea, barang dan kebolehan untuk menciptakan pertukaran
yang memuaskan objektif individu dan organisasi.

Pemasaran juga dikatakan bahawa produk akan mendapat sambutan sekiranya


produk ditempatkan di tempat yang betul dan pada masa yang tepat. Walaupun ini
960709-14-0000

kedengaran seperti satu persepsi yang cukup mudah, banyak risiko dan penyelidikan
perlu dilakukan untuk menepati persepsi tersebut serta sekiranya salah satu elemen
daripada empat elemen campuran pemasaran iaitu produk, harga, promasi dan
pengedaran tidak dititikberatkan, produk yang dipasarkan boleh gagal sepenuhnya dan
berakhir dengan kerugian yang besar kepada syarikat. Oleh itu, pemasaran yang
strategik berdasarkan elemen campuran pemasaran dapat menarik minat pembeli dan
seterusnya dapat melariskan produk yang dipasarkan.

Dalam usaha mencapai matlamat, syarikat Bata Sdn Bhd perlu membuat
analisis SWOT dalam usaha meningkatkan kecemerlangan syarikat serta mengetahui
kelebihan pesaing. SWOT analisis ( kekuatan, kelemahan , peluang dan ancaman
analisis ) adalah cara untuk mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor dalaman
dan luaran yang boleh memberi kesan kepada daya maju sesuatu perniagaan. Tujuan
analisis SWOT digunakan adalah untuk memastikan strategi yang dilakukan dapat
mencapai objektif, visi dan misi syarikat. Melalui analisis SWOT ini, syarikat Bata
dapat meningkatkan imej dan nama syarikat serta mendapat sambutan yang lebih
memberansangkan oleh masyarakat dan membolehkan syarikat mengetahui
pesaingnya supaya berlakunya persaingan secara sihat dan berkesan. Melalui analisis
ini juga, syarikat dapat mengenalpasti kekurangan syarikat dari pelbagai aspek serta
mengambil langkah dalam berjaga-jaga dalam mengatasi ancaman yang
berkemungkinan memberi kesan negative kepada syarikat.
Setelah melihat dan membuat analisis SWOT, Bata Sd Bhd mempunyai
banyak kekuatan dan kelemahan serta mempunyai beberapa peluang dan ancaman yag
tersendiri. Bata mempunyai kekuatan dari segi jenamanya keranan Bata sdn Bhd
merupkan antara jenama kasut yang tertua dan amat dikenali di seluruh dunia.
Kepelbagaian kasut yang bersesuaian kepada seluruh ahli keluarga dari kanak-kanak
hingga orang dewasa telah menarik hati pengguna kerana tidak semua jenama kasut
yang lain meliputi kesemua lapisan umur dalam keluarga. Dari segi kelemahan,
pelanggan Bata Sdn Bhd berkemungkinan beralih arah disebabkan terlalu banyak
jenama baru yang muncul pada zaman ini. Bata Sdn Bhd di Malaysia tidak
memasarkan produknya secara besar-besaran terutamanya dalam pengiklanan. Hal ini
merupakan antara kelemahan Bata Sdn Bhd yang paling besar kerana pengguna tidak
tahu jika Bata Sdn Bhd menguluarkan apa-apa produk baharu dan sebagainya.
960709-14-0000

Ancaman terbesar Bata Sdn Bhd ialah persainagan degan jenama kasut besar
yang lain. Selain itu, ketidakstabilan ekonomi dan ketidakpuasan hati pelanggan
terhadap produk menjadi salah satu ancaman kepada syarikat. Bata Sdn Bhd
mempunyai peluang untuk menambah perkongsian dengan syarikat baharu yang lain
dan menggunakan cara baru dalam mempromosikan serta mengiklankan produk
kepada masyarakat melalui pelbagai media sosial yang baru. Melalui pasaran sedia
ada, syarikat Bata Sdn Bhd menggunakan campuran pemasaran untuk mengenalpasti
langkah yang perlu diambil untuk membantu organisasi mengekalkan kedudukannya
dalam pasaran, mengekalkan pelanggan sedia ada dan menambah bilangan pelanggan.
Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan konsep campuran pemasaran dan
sentiasa mengutamakan permintaan serta memuaskan kehendak pembeli telah
mendorong perniagaan ini untuk terus berkembang maju walaupun telah lama
bertapak dalam dunia perniagaan. Perubahan yang dilakukan oleh syarikat ini yang
sangat berinisiatif dalam memasarkan produk berkemungkinan telah meningkatkan
persaingan dengan pesaing-pesaing syarikat lain. Melalui pemerhatian pengkaji
Syarikat Bata sentiasa mencuba untuk menghasilkan kasut baharu yang sentiasa
mengikuti peredaran zaman untuk menarik pembeli terutamanya golongan muda dan
mementingkan keselesaan kepasa si pemakai kasut.
960709-14-0000

5.2 Campuran produk berdasarkan klasifikasi produk, atribut dan


penjenamaan produk syarikat Bata Sdn Bhd.

Penjenamaan
Pembungkusan
& Perlabelan
keselamatan Klasifikasi
alam sekitar Produk
produk pengguna
produk perindustrian
Atribut Produk
mutu produk
ciri produk
reka bentuk
produk

Sejak penubuhannya, Bata telah megeluarkan pebagai jenis produk dari segi
kasut dan aksesori yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Berjuta-juta pengguna
mencari produk yang boleh dipercayai serta dapat memenuhi kehendak mereka dan
Bata adalah produk yang menjadi pilihan pengguna tersebut. Bata mempunyai
pengguna setia yang ramai sehinggakan walaupun tiada promosi dijalankan, pengguna
setia tersebut tahu bahawa produk yang dikeluarkan adalah berkualiti dan
mempunyai harga yang berpatutan. Bata juga mempunyai reputasi yang tinggi sebagai
pengeluar kasut yang berkualiti baik dan sejarahnya yang membekalkan kasut kepada
tentera dalam Perang Dunia Pertama, orang mengharapkan ketahanan yang sama
daripada kesemua produk Bata.
Strategi pemasaran secara besar-besaran adalah sesuatu yang popular di
India, Bangladesh dan Indonesia, di mana kawasan luar bandar adalah lebih besar
daripada kawasan bandar dan penduduk luar bandar mencari alternatif yang lebih
murah. Oleh kerana harga tetap yang sama di semua cawangan dan penyelenggaraan
yang berkualiti pada harga bersesuaian dengan jenis kasut, Bata menunjukkan
pertumbuhan yang konsisten dan pengembangan, terutamanya dalam pasaran skala
960709-14-0000

sederhana. Selepas harga, produk adalah elemen campuran pemasaran yang penting
dalam campuran pemasaran Bata.

5.2.1 Campuran produk berdasarkan klasifikasi produk.

Klasifikasi produk terbahagi kepada dua iaitu produk pengguna dan produk
perindustrian. Produk keluaran syarikat Bata merupakan produk pengguna kerana
produk Bata mudah didapati dimana-mana cawangan yang ada. Disamping itu,
produk Bata juga dibeli oleh pengguna pada masa yang tertentu dengan harganya
yang lebih murah dan berpatutan selepas potongan harga. Produk pengguna juga
boleh dikategorikan sebagai produk mudah beli, produk beli belah, produk istimewa
dan produk tidak dicari. Produk Bata merupakan barangan beli belah.

Barangan gerak hati merupakan barangan yang dibeli tanpa perlunya


perancangan terlebih dahulu tetapi disebabkan oleh faktor tertentu yang menyebabkan
pengguna tertarik dengan produk seperti tawaran hebat, barangan sampingan secara
percuma dan sebagainya yang membuatkan pengguna ingin memiliki produk tersebut.
Ada juga pengguna yang melalukan tinjauan harga untuk disenaraikan dalam
barangan yang ingin dibeli atau dibandingkan dengan produk syarikat jenama lain.
Namun begitu, tidak semua pengguna yang mengunjungi cawangan Bata akan
membeli terus produk yang diinginkan. Lazimnya barangan mengikut gerak hati ini,
dibeli tanpa pertimbangan tetapi tidak bagi produk Bata kerana pengguna akan
berfikir dahulu sebelum membeli agar bersesuaian dengan aktiviti dan kerja yang
dilakukan. Kasut Bata adalah barangan asas yang digunakan dalam kehidupan
seharian, hal ini memberi kelebihan bahawa kasut Bata akan terus dibeli oleh
pengguna walaupun bukan dengan kerap.

Produk Bata juga terutamanya kasut boleh dikatakan sebagai produk


perindustrian. Produk perindustrian merupakan barangan yang dibeli oleh individu
untuk diproses semula menjadi produk yang baharu. Kasut Bata yang dibeli oleh
pelajar pereka fesyen akan melakukan penambahbaikan dengan meletakkan manik,
kain lace dan sebagainya untuk menghasilkan kasut yang lebih sesuai dalam peragaan.
Pereka-pereka ini mempunyai pandangan yang lebih berinovasi dan mempunyai cita
rasa yang unik membolehkan kasut tersebut bertukar menjadi rekaannya sendiri
walaupun pada asalnya kasut tersebut dihasilkan oleh syarikat Bata Sdn Bhd.

You might also like