You are on page 1of 40

960102-14-5656

ABSTRAK

ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT IKEA

Satu kajian telah dijalankan bertujuan menganalisis campuran pemasaran syarikat IKEA.
Objektif pertama kajian ini adalah mengenalpasti campuran pemasaran yang dijalankan
oleh syarikat IKEA bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif kedua
menganalisis elemen produk dari segi atribut, penjenamaan dan khidmat sokongan yang
dijalankan oleh syarikat IKEA. Objektif ketiga pula adalah menyenaraikan penetapan
harga dari segi faktor, pendekatan harga secara umum dan penetapan harga baharu
yang dijalankan oleh syarikat IKEA. Manakala objektif keempat ialah mentaktrif strategi
campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan publisiti syarikat IKEA.
Instument yang telah digunakan untuk memperoleh dan menganalisis data adalah laman
sesawang, jurnal, kamus, majalah bulanan syarikat IKEA dan profil syarikat. Analisis
pengkaji diaplikasikan dalam setiap elemen campuran pemasaran yanag disentuh. Pada
kesimpulan kajian, pengkaji merumuskan dapatan yang diperoleh dan cadangan untuk
penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat IKEA. Pelbagai usaha yang
dilakukan oleh pihak syarikat ini untuk mengekalkan produk sedia ada dan
memperkenalakan produk baru harus dipuji dan dicontohi.

1
960102-14-5656

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

ABSTRAK i

PENGHARGAAN ii

KANDUNGAN iii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3

3.0 LATAR BELAKANG 4

4.0 KAEDAH KAJIAN 7

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 DAPATAN OBJEKTIF 1 11

5.2 DAPATAN OBJEKTIF 2 13

5.3 DAPATAN OBJEKTIF 3 24

5.4 DAPATAN OBJRKTIF 4 32

6.0 RUMUSAN 40

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN A- SURAT KEBENARAN SEKOLAH

LAMPIRAN B- LAMPIRAN GAMBAR

2
960102-14-5656

PENGHARGAAN

Perasaan syukur tidak terhingga kerana dapat juga pengkaji menyiapkan kerja
kursus Pengajian Perniagaan kertas 4 (946/4) penggal 3 tahun 2015 yang bertajuk
Analisis Campuran Pemasaran Syarikat IKEA dalam masa yang ditetapkan oleh guru
pembimbing iaitu Puan Khoo Ah Wan yang merupakan guru matapelajaran Pengajian
Perniagaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes.

Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Aida Binti Joned yang merupakan
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes yang
telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan
teratur. Kebenaran telah yang diberikan oleh beliau untuk menjalankan kajian diluar dan
sokongan moral kepada pengkaji semasa menyiapkan tugasan ini.

Seterunya pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru


matapelajaran Pengajian Perniagaan, Puan Khoo Ah Wan yang telah banyak meluangkan
masa, memberi tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu pengkaji menyiapkan kajian ini.
Selain memberikan semangat kepada pengkaji untuk menjalankan tugasan ini sebaik-
baiknya.

Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi


memberi bantuan kepada pengkaji dengan sentiasa memberi dorongan, sokongan dan
memberi idea untuk membina ayat yang lebih menarik. Semoga segala usaha kita
berhasil dan dapat mencapai cita-cita.

Akhir sekali, pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu pengkaji mengumpulkan data dan maklumat.

Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah menghadapi banyak kesukaran
dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang
tidak putus, dapat juga saya menyiapakan kerja kursus ini dengan jayanya.

3
960102-14-5656

1.0 PENGENALAN

Campuran Pemasaran didefinisikan sebagai satu aspek penting yang diguna oleh
sebuah organisasi perniagaan untuk menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan
jualan.

Menurut buku Professional Marketing and Advertising Essays and


Assignments yang ditulis oleh Richard TA, Campuran Pemasaran dapat
didefinisikan sebagai satu gabungan dengan 4 elemen yang boleh dikawal, iaitu
Produk, Harga, Pengedaran dan Promosi atau dikenali sebagai 4P ( Product, Price,
Place and Promosion ). Perniagaan akan menjalankan aktiviti pemasaran dibentuk
daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi pemboleh ubah yang menentukan
strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi pemasaran.
Dengan itu, sesebuah perniagaan itu boleh melakukan aktiviti pemasaran untuk
memenuhi permintaan pasaran.

Dalam buku tersebut, elemen yang pertama diterangkan ialah produk ( Product ).
Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan dalam bentuk barang atau perkhidmatan bagi
tujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Elemen kedua yang
disebutkan ialah harga ( Price ). Harga merujuk pada jumlah wang yang pelanggan
sanggup membayar untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkidmatan.

Promosi ( Promosion ) adalah elemen ketiga yang merupakan salah satu proses
perhubungan yang berlaku antara peniaga dengan pihak awam dengan memujuk mereka
membeli hasil produk yang ditawarkan oleh pemasar. Dan akhir sekali ialah pengedaran
( Place ). Pengedaran merujuk tempat di mana pelanggan membeli produk yang baik
pada masa yang sesuai di lokasi yang betul.

Dari buku FCS Advertising and Promotions L2, karya daripada Rob Marsh dan
Maria O'Connor menerangkan bahawa tujuan bagi mana mana campuran pasaran
adalah untuk menjual produk yang lebih banyak dan meningkatkan penjualan mereka.

4
960102-14-5656

Bagi kajian ini penyelidik telah memilih sebuah syarikat iaitu IKEA untuk
menjalankan kajian campuran pemasaran. Syarikat ini bukan merupakan pengeluar
perabot yang paling besar di dunia malah mempunyai pengurusan dalaman dengan
penerapan campuran pemasaran yang sangat mantap. IKEA ditubuh pada 1943 di
Swedish dan mula meluaskan pasarannya ke peringkat global serta semakin meningkat
popularisinya semakin meningkat dan terkenal. Selain itu, syarikat IKEA ini juga
memenuhi syarat syarat untuk menjalankan kajian ini, iaitu menjalankan perniagaan
dengan menggunakan pembentukan campuran pemasaran yang meliputi produk, harga,
promosi dan pengerdaran atau dikenali sebagai 4P. Penyelidik membuat analisis dengan
mendalam terhadap pelaksanaan campuran pemasaran oleh syarikat ini dan turut
mengemukakan beberapa cadangan agar penambahbaikan dapat dilakukan dan
merancang masa hadapan yang lebih cemerlang berdasarkan campuran pemasaran
dengan lebih berkesan.

5
960102-14-5656

1.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif yang berikut :

1.1 Mengenalpasti campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat IKEA


bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

1.2 Menganalisis elemen produk dari segi atribut, penjenamaan dan khidmat
sokongan yang dijalankan oleh syarikat IKEA.

1.3 Menyenaraikan penetapan harga dari segi faktor, pendekatan harga secara
umum dan penetapan harga baharu yang dijalankan oleh syarikat IKEA.

1.4 Mentaktrif strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi


jualan dan publisiti IKEA.

6
960102-14-5656

2.0 LATAR BELAKANG

Pengkaji telah memilih sebuah organisasi yang sesuai untuk tujuan kajian iaitu
IKEA kerana syarikat ini memenuhi kriteria campuran pemasaran iaitu penetapan harga,
produk, promosi, dan pengedaran.
IKEA merupakan syarikat penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang
mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Syarikat ini telah
ditubuhkan pada 1943 di Sweden dan nama IKEA ini terdiri daripada akronim nama
pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad, huruf E untuk Elmtaryd yang merupakan nama
ladang di mana dia membesar dan huruf A untuk Agunnaryd mewakili tempat lahirnya.
Syarikat IKEA ini telah lama wujud pada masa dulu tetapi ia bukan sebagai kedai perabot,
ia adalah pemborong yang mengeluarkan pen mata bulat dan telahpun berjaya
menekankan pasaran tempatan. Dengan adanya menjual pen, beliau juga mengambil
keputusan untuk menjual kad Krismas, rokok, pemetik api, stoking nilon dan produl lain
yang secara pukal. Untuk menambahkan portfolio perniagaannya, Ingvar Kampard juga
mencemburi bidang perkhidmatan penghantaran susu. Selepas memperoleh keuntungan
daripada perniagaan tersebut, beliau telah mengambil keputusan untuk menjual perabot
yang bergaya dan berharga pada masa yang sama.
Pada masa itu, IKEA telah berkembang dalam pasaran lain dan populariti syarikat
ini telah diterima oleh pihak umum dalam masa yang pendek tetapi masih mempunyai
jangka yang panjang untuk menjadi salah satu jenama perabot yang terkenal. Sekarang,
IKEA menggunakan lebih kurang 1 % daripada jumlah kayu di atas bumi untuk
menghasilkan produk. Hal ini menyebabkan syarikat IKEA menjadi kilang pembuat
perabot terbesar di dunia. Pada tahun 2013, Ingvar Kampard juga dianggap sebagai salah
satu usahawan yang paling kaya di dunia.
Pengetahuan pemasaran dalam aspek pemasaran khususnya strategi campuran
pemasaran adalah penting kepada usahawan bagi menjamin kejayaan sesebuah
perniagaan. Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi
membolehkan syarikat menyusun strateginya untuk mencapai objektif pemasaran.
Pengetahuan ini terdiri daripada pengetahuan tentang 4 elemen iaitu produk, harga,
saluran agihan dan promosi. Campuran pemasaran dan strategi pemasaran keseluruhan

7
960102-14-5656

yang dijalankan oleh IKEA telah berjaya menjadikan ia sebagai jenama perabot yang
paling popular dan menjamin kejayaan perniagaan tersebut.
IKEA sebuah syarikat perabot yang paling besar di dunia yang mementingkan
kualiti telah menjalankan kajian dan analisis terhadap kehendak dan keperluan yang
memenuhi permintaan pelanggan. Hal itu menyebabkan IKEA banyak melaksanakan
pengubahsuaian terhadap produk baru yang ingin dikeluarkan bagi tujuan memenuhi
permintaan pelanggan pasaran. Kebanyakan produk yang dikeluarkan dapat
mengurangkan masalah hiasan dalaman rumah kediaman dan kebanyakan produknya
direka bagi fungsi pasang sendiri dan boleh berpindah ke manamana dengan senang.
Produk yang dikeluarkan oleh IKEA juga memenuhi syarat mesra alam dengan
mengutamakan kualiti produk mengikut piawaian yang ditetapkan. Antara produk yang
dikeluarkan termasuklan sofa, meja, katil, tilam, kabinet, alatan dapur dan lain lain.
Maklumatmaklumat yang terperinci tentang produk yang dihasilkan boleh
merujuk katalog yang dikeluarkan bagi tujuan lebih memahami produk tersebut dari segi
warna, kualiti, ketinggian, kelebaran, harga dan sebagainya. Katalogkatalog akan
dikeluarkan pada setiap setengah tahun megikut tema berbeza yang telah dirancangkan
untuk tujuan mempromosikan produk-produk yang terbaru direkakan. Biasanya katalog
ini akan diterbitkan pada bulan April atau Ogos setiap tahun. Selain itu, jurnal-jurnal juga
akan sentiasa dikeluarkan mengikut musim yang tertentu contohnya tahun baru atau
perayan-perayaan yang terdapat di Malaysia termasuklah Tahun Baru Cina dan Hari
Raya yang memperkenalkan produk baru dan juga promosi yang dilangsungkan secara
ringkas.

Secara keseluruhannya, perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan


berjaya bergantung kepada operasi syarikat mencampurkan pengetahuan tentang strategi
campuran pemasaran dalam bidang keusahawanan yang bersesuaian kepada suatu
program tindakan yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.

8
960102-14-5656

3.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan data-data dan juga
maklumat yang lebih tepat bagi menyiapkan kajian ini dengan lancar. Pengkaji telah
memilih kaedah-kaedah yang berikut dalam kajian ini kerana mudah diperoleh, senang
diguna pakai dan membolehkan kajian ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa
masalah. Secara keseluruhannya, terdapat empat kaedah telah digunakan dalam
sepanjang proses pelaksanaan kajian ini.

Salah satu adalah kaedah kualitatif. Menurut John F Schostak daripada buku
Understanding , Designing and Conducting Qualitatif Research in Education:
Framing the Project, kaedah kualitatif adalah kaedah yang diperoleh semulajadi yang
tidak mematuhi spesifikasi statistik, seterusnya dapatan kajian yang diperoleh adalah
tidak boleh digeneralisasikan. Kaedah kualitatif adalah keadah kajian yang menggunakan
data yang diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan rujukan
daripada internet untuk mendapatkan data yang lengkap.

Kaedah yang seterusnya ialah kaedah kuantitatif. Berdasarkan buku Planning,


Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research yang diterbit oleh
John W. Creswell pada tahun 2005, kaedah kuantitatif ialah kaedah yang menggunakan
teknik perhitungan matematik atau statistik untuk menganalisis data yang berbentuk
angka. Kaedah kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan data yang boleh
diukur melalui proses analisis dengan menggunakan alat-alat pengukuran seperti borang
soal selidik dan sesi temu bual terhadap responden.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah kualititif sebagai kaedah kajian
bagi kerja khusus ini. Hal ini disebabkan data-data lebih mudah diperolehi dan mudah
difahami kerana data yang dikumpul berbentuk dalam perkataan dan ayat daripada buku
dan juga pemerhatian yang dijalankan dengan lebih tepat dan cepat.

Kaedah pengumpulan data terbahagi kepada dua jenis iaitu data primer dan data
sekunder. Menurut Rohana Yusof dalam buku Penyelidikan Sains Sosial (2004), data
primer ialah data yang berasal dari sumber asli atau edisi yang asal. Data primer akan

9
960102-14-5656

dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya melalui
sesi soal selidik dengan responden rawak.

Berdasarkan pengertian yang diakses dari http://www.bimbingan.org/ pada 27 Jun,


data sekunder merupakan data yang diperoleh dari penelitian orang lain atau sumber yang
dipublikasikan sehinnga data tersebut telah disediakan. Data ini boleh diperoleh melalui
profil syarikat, laporan kewangan, buku dan kamus.

Dalam kajian ini, pengkaji lebih menitikberatkan data sekunder dalam


pengumpulan maklumat yang diperlukan. Hal ini kerana data sekunder lebih mudah
diperoleh dari sumber awam dan telah menjimatkan masa dan kos untuk menjalankan
sesi soal selidik yang memerlukan masa yang panjang.

Tambahan pula, instrumen merupakan alat yang digunakan untuk mengumpul data-
data atau maklumat tentang kajian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, instrumen
didefinisikan sebagai dokumen rasmi yang sah di sisi undang-undang dan mengikut
peraturan tertentu yang menyatakan hak pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak
yang telah dijanjikan. Instumen yang digunakan oleh pengkaji adalah data internal,iaitu
data dalaman dari syarikat tersebut termasuklah laman web sendiri dan profil syarikat.
Manakala, instrumen yang digunakan oleh pengkaji dalam usaha memperoleh data
eksternal iaitu rujukan perpustakaan, rujukan melalui laman sesawang dan jurnal. Data
eksternal merupakan data yang dapat dari sumber luar organisasi yang dapat
menggambarkan faktor-faktor yang mungkin memberi kesan terhadap hasil kerja sesuatu
syarikat tersebut.

Internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan


pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai
maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Pengkaji menggunakan internet untuk
melayari beberapa laman sesawang bagi mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang
IKEA sama ada dalam tempatan atau luar negara. Antara laman web yang pengkaji telah
gunakan termasuklah http://www.marketing91.com/ dan http://www.ikea.com/my/en/
yang telah dirujuk oleh pengkaji pada 14 Julai 2015, untuk mengenalpasti campuran
pemasaran yang dijalankan oleh syarikat IKEA.

10
960102-14-5656

Profil syarikat adalah keterangan terperinci beserta butiran perihal syarikat yang
memaparkan segala informasi dalaman berkenaan sesebuah organisasi atau syarikat
termasuklah visi dan misi syarikat tersebut. Pengkaji telah menggunakan profil syarikat
untuk tujuan mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan dan latar belakang
syarikat IKEA dari peringkat awal hingga peringkat globalisasi dengan lebih tepat.

Menurut buku Bookbinding karya daripada Guten Berg pada 1990, buku
didefinisikan sebagai kumpulan kertas atau bahan lainnya yang berisi tulisan atau gambar.
Pengkaji telah banyak menggunakan pelbagai jenis buku untuk menyelesaikan kerja
kursus ini termasuklah mencari definisi pasaran campuran dan menganalisis elemen
produk yang dihasilkan dari segi klasifikasi poduk, atribut dan penjenamaan dari buku
katalog yang dikeluarkan oleh syarikat IKEA pada setiap tahun.

Merunut Kamus Dewan Edisi Keempat, tesis merupakan kajian ilmiah yang
dikemukakan oleh seseorang calon untuk melayakkannya memperoleh ijazah atau
diploma. Manakala, bruchure merupakan majalah atau terbitan berkala yang khusus
bagi sesuatu perkara, profesion atau bidang tertentu. Pengkaji telah merujuk brochure
yang diterbitkan oleh IKEA untuk mentakrif strategi campuran promosi menerusi
pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam IKEA dengan lebih teliti. Melalui
brochure ini juga dapat menyenaraikan penetapan harga dari segi faktor, pendekatan
harga secara umum penetapan harga baharu yang dilaksanakan oleh syarikat IKEA.

Majalah merupakan bahan bacaan yang meliputi artikel-artikel dari pelbagai


penulis dan seterusya diterbit oleh sesebuah media publikasi secara berskala dalam
tempoh yang ditentukan. Berdasarkan Majalah Niaga yang diterbit pada 16 February
2011 yang ditulis oleh Mazlan Mohamad, pengkaji dapat tahu cara-cara tersendiri
syarikat IKEA untuk meletakkan harga terhadap produknya pada harga yang berpatutan.

Selain daripada instrumen yang dinyatakan, pengkaji juga merujuk kamus untuk
mencari maksud yang lebih mendalam bagi perkataan yang kurang faham atau kurang
jelas. Antaranya Kamus Dewan Edisi Keepat yang banyak pengkaji rujukkan untuk
mendapatkan definisi perkataan tesis dan instrumen. Dengan itu, pengkaji dapat lebih

11
960102-14-5656

memahami maksud sebenar perkataan tersebut dan penggunaannya supaya dapat


huraikan dengan lebih teliti.

Keseluruhannya, semua kaedah yang telah dipilih adalah kaedah yang


memudahkan pengaji memperoleh maklumat serta membuat analisis dengan lebih tepat
dan lancar tanpa sebarang kesamaran pada maklumat yang diperoleh.

12
960102-14-5656

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat IKEA untuk mencapai
matlamat perniagaan.

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, penyelidikan pemasaran perlu


dijalankan mengetahui keperluan dan permintaan penduduk setempat. Melalui pasaran
yang sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran pemasaran untuk mengenal pasti
sasaran yang boleh membantu organisasi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan
seterusnya menguasai keseluruhan pasaran. Oleh sebab itu, syarikat IKEA juga
menjalankan pembentukan campuran pemasaran untuk memuaskan keinginan dan
keperluan pengguna dan seterusnya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Konsep
campuran pemasaran merupakan satu kaedah khusus dalam merangka strategi pemasaran
bagi memastikan produk yang dibuat atau dipasarkan diterima oleh masyarakat.
Dengan itu, syarikat IKEA membuka cawangannya di bandar-bandar yang lebih
pesat dan ramai orang yang berpendidikan tinggi, contohnya bandar Cheras akan
dibukakan satu lagi francais pada akhir tahun sebagai sebahagian daripada rancangan
pengembangan keseluruhan di seluruh Asia Tenggara, sebelum itu syarikat telahpun
menubuhkan IKEA di Damansara.
Berdasarkan Majalah Niaga yang ditulis oleh Mazlan Mohamad pada 16 February
2011, syarikat IKEA menyediakan beribu-ribu jenis produk di mana-mana fraincais
seluruh dunia dan juga mempamerkan produknya dengan cara tersendiri, termasuklah
menyediakan bilik pameran yang berbeza-beza. Justeru, pelanggan diberikan ruang yang
cukup dan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung. Bukan sahaja itu,
syarikat ini turut pameran perabot-perabot untuk rumah kediaman yang disediakan, tetapi
syarikat IKEA juga menyediakan medan selera yang luas untuk pelanggan menikmati
makanan di suasana yang selesa.
Disamping itu, syarikat IKEA turut menawarkan produk yang dapat dipasang
sendiri bukan sahaja untuk meminimumkan kos pengeluaran malah ia juga memberi
peluang kepada pelangaan untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Dengan itu, pelanggan juga berpeluang membeli produknya pada harga yang paling

13
960102-14-5656

minimum. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, IKEA telah menurunkan harganya
sebanyak 2% hingga 3% pada setiap tahun. Ini merupakan kadar sasaran dan impian yang
telah ditetapkan oleh syarikat IKEA untuk dicapai bagi sesuatu jangka masa yang telah
ditetapkan. Sasaran ini ditetapkan agar semua pelanggan dapat membeli belah di IKEA
pada mencapai harga yang berpatutan dan syarikat mencapai tahap keuntungan yang
disasarkan.
Pelbagai cara dilaksanakan oleh IKEA untuk menarik lebih banyak pelanggan
datang berkunjung ke gedung IKEA. Syarikat ini menjalankan promosi dengan memberi
tawaran istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan jualan. Selain itu
syarikat ini juga membuat promosi dengan menyediakan potongan harga dan
keistimewaan yang hanya diberi kepada sesiapa yang telah mendaftar menjadi IKEA
Family atau dikenali sebagai seorang ahli keluarga IKEA dengan mendapatkan sekeping
kad ahli.

Strength Oppurtunity

SWOT

Threat Weakness
Melalui analisis yang pengkaji telah jalankan, IKEA banyak melaksanakan
rancangan-rancangan yang dapat menarik lebih banyak pelanggan dan juga berpandangan
jauh untuk merebut peluang yang sedia ada bagi tujuan mengembangkan perniagaan di
semua lokasi terutama di kawasan yang berpotensi. Syarikat IKEA merancangkan pelan
perniagaannya berdasarkan SWOT, iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang terdapat di dalam dan di luar organisasi. Oleh sebab itu, syarikat boleh merancang
dengan lebih tepat dan teliti berdasakan semua faktor tersebut serta melaksanakan dengan
komitmennya secara berkesan.

14
960102-14-5656

5.2 Menganalisis elemen produk dari segi atribut, penjenamaan dan khidmat
sokongan yang dijalankan oleh syarikat IKEA.

Bagi kajian ini, pengkaji telah mengkaji campuran produk yang dikeluarkan oleh
syarikat IKEA berdasarkan segi atribut produk, penjenamaan dan khidmat sokongan.
Antara produk yang dikeluarkan termasuklah perabot rumah, kelengkapan bilik mandi,
kelengkapan dapur, kabinet buku, almari pakaian, kelengkapan bilik kanak-kanak dan
lain-lain.

PENJENAMAAN

ATRIBUT

KHIDMAT
SOKONGAN

ELEMEN CAMPURAN PRODUK

5.2.1 Campuran produk berdasarkan atribut

Aspek atribut produk merupakan ciri-ciri atau sifat-sifat yang terdapat pada
sesuatu produk. Penekanan dari aspek ini berdasarkan produk yang dikeluarkan dan
dijualkan di syarikat IKEA iaitu perabot rumah dan kelengkapan yang diperlukan. Atribut
produk merangkumi bebrapa aspek yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat dalam
pembangunan sesebuah produk, salah satu adalah penekanan terhadap mutu produk yang
dihasilkan. Mutu produk amat diutamakan dari sudut kualiti bahan mentah yang
digunakan untuk menghasilkan produk yang hendak dikeluarkan. Konsep mesra alam
diterapkan oleh syarikat ini melalui pemilihan bahan mentah yang boleh dikitar semula.

15
960102-14-5656

Kami mengambil berat tentang bahan produk kami. Itulah sebabnya kami
bekerja dengan bahan yang lebih mesra alam sekitar bahan yang boleh diperbaharui,
boleh dikitar semula dan daripada bahan yang dikitar semula. Kami sentiasa mencuba
melakukan lebih banyak dengan sedikit bahan. Dengan menggunakan bahan secara teliti,
kami dapat mengekalkan harga yang rendah dan menggunakan sumber sepenuhnya.
Ini merupakan ayat yang diperolehi dari laman web rasmi IKEA yang menjelaskan
penggunaan dan pemilihan bahan mentah bagi menghasilkan produk mereka.
Kebanyakan bahan mentah yang mereka gunakan adalah keladi, kapas, jut, buluh, kayu,
komposit plastik kayu, flaks dan plastik PET kitar semula yang diperoleh dari alam
semula jadi. Hal ini adalah untuk menjaminkan kesihatan manusia dan juga
keseimbangan alam sekitar.
Kami mahu memberikan kesan positif terhadap orang ramai dan planet. Selama
bertahun-tahun kami telah memfokuskan penjimatan sumber dan membantu mencipta
kehidupan lebih baik untuk orang ramai. Satu tahun dari pelancaran Strategi Mesra
Alam Sekitar, People & Planet Positive, kami telah melakukan kemajuan yang bagus.
Hari ini, lebih 76% daripada kapas kami dihasilkan daripada sumber yang lebih lestari.
Lebih daripada 700,000 panel solar kini terpasang di bangunan IKEA di seluruh dunia
dan kami komited memiliki dan mengendali 224 turbin angin. Kami menghasilkan
kecekapan menggunakan sumber pencahayaan LED yang boleh mampu, membolehkan
lebih ramai lagi menjalani kehidupan dengan lebih lestari dan mengurangkan bil elektrik
mereka. 75% daripada semua produk pencahayaan terjual pada 2014 ialah LED atau
setara dengan mentol LED. Perjuangan belum selesai, hanya baru titik permulaan...
Sumber dari laman web rasmi syarikat IKEA yang diakses oleh pengkaji pada hari 1 Julai
2015. Laman web ini juga menerangkan usaha-usaha dan pencapaian mereka dalam
tahun 2014 yang terkini telah membuktikan syarikat IKEA amat mengambil berat tentang
alam semula jadi disamping menetapkan sasaran untuk mencapai pencapaian yang lebih
tinggi dengan mengaplikasikan konsep mesra alam mini setara dengan zaman teknologi
yang canggih ini.

Selain itu, syarikat IKEA juga mengekalkan hubungan yang baik dengan
pembekal di seluruh dunia. Syarikat IKEA mempunyai sekira-kiranya 1,000 pembekal di
53 buah negara. Untuk memelihara suasana bekerja yang menyihatkan, IKEA telah

16
960102-14-5656

mengadakan tatakelakuan pembekal yang dipanggil IWAY. Fasa pengeluaran kami


bertambah apabila inovasi berlaku di IKEA. Apa yang menjadikannya unik ialah
kebolehan kami bekerja bersama pembekal berasingan di kilang mereka. Dengan
bantuan mereka, kami boleh menggunakan cara yang paling efisien, efektif kos dan
kreatif bagi menjadikan reka bentuk kami suatu kenyataan. Inilah semangat istimewa
bersatu hati yang membolehkan kami maju dalam reka bentuk produk, pembungkusan
dan pengangkutan yang bijak. Berdasarkan ayat ini yang dipetik dari laman web rasmi
IKEA dapat mengetahui bahawa IKEA berhubungan baik dengan pembekal mereka iaitu
IWAY.
Tatakelakuan pembekal IKEA, Standard IWAY, memainkan peranan penting
dalam perkembangan positif. Ia menyatakan syarat minimum mereka berkenaan alam
sekitar, kesan sosial dan suasana bekerja. Antara syarat-syaratnya termasuk tiada buruh
kanak-kanak, tiada buruh paksa atau terikat, tiada diskriminasi, kebebasan berpersatuan,
menetapkan gaji minimum dan pampasan lebih masa, persekitaran kerja yang selamat
dan sihat, mencegah pencemaran udara, tanah dan air dan bekerja untuk mengurangkan
penggunaan tenaga. Pihak pengurusan akan sentiasa mengunjungi pembekal secara
kerap untuk memeriksa bahawa produk yang diterima daripada pembekal mengikut
Standard IWAY yang ditetapkan. Sekitar 80 auditor IKEA, dan juga pihak ketiga yang
bebas membuat pemeriksaan yang diumumkan dan juga tidak diumumkan di tempat
pembekal dan sub-pembekal mereka.

Syarikat IKEA juga mementingkan ketahanan dan kesempurnaan produk yang


dihasilkan. Pembekal-pembekal menguji semua bahan dan produk ketika fasa
pembangunan produk. Kualiti yang baik adalah berdasarkan keperluan pelanggan, cara
penggunaan perabot dan kehidupan mereka di rumah. Produk-produk IKEA juga perlu
melalui ujian yang ketat dan lasak bagi memastikan ianya mencapai piawai (standard)
keselamatan antarabangsa dan sesuatu negara.

Sebagai contoh, terdapat pembekal di Vietnam menguji mainan lembut yang


dilkelurkan IKEA untuk menjamin keselamatan kanak-kanak. Pekerja-pekerja akan
menjalankan QC iaitu Incoming Quality Control atau dikenali sebagai pengendalian mutu
sebagai langkah pertama bagi mengawasi dan mengendalikan semua mutu bahan mentah

17
960102-14-5656

sebelum memulakan proses pembuatan. Selepas itu, pekerja-pekerja akan menganalisis


semua risiko yang mungkin akan berlaku disebabkan oleh mainan tersebut. Seterusnya,
kawalan jarum akan dijalankan. Kawalan jarum amat penting dalam proses pembuatan
agak memastikan tiada sebarang jarum yang tinggal dalam pemainan walaupun secara
kemalangan. Langkah keempat ialah pengesanan logam seperti dawai kokok yang
mungkin tinggal dalam maian tersebut. Langkah yang seterusnya ialah Pull And Tear
yang bermaksud tarik dan mengoyakkan. Pembekal harus memastikan ketahanan produk
adalah baik dan cukup kuat pada setahap yang tertentu bagi mengelakkan kerosakan
mudah berlaku. Dan pemeriksaan akhir merupakan langkah yang terakhir dalam proses
pembuatan ini. Mereka telah menyediakan satu pasukan yang khas untuk mengasingkan
produk dan menjalankan pemerikasaan terakhir terhadap produk secara rawak.

Bagi mengenalpasti kualiti semua produk adalah bermutu dan seragam, syarikat
menyediakan dua makmal ujian IKEA di Sweden dan China juga merupakan pusat
latihan bagi pekerja dan pembekal untuk tujuan melahirkan pekerja yang mahir dan
separuh mahir supaya dapat menghasilkan produk dengan berkualiti. Kualiti produk
yang dihasilkan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan produk tersebut. Sebagai
contoh, bagi rak buku IKEA, panel belakang rak buku tersebut akan diperbuat dari bahan
yang lebih rendah harganya tapi masih memenuhi tujuannya iaitu melindungi buku dari
kotoran dan dari terjatuh ke belakang.

Aspek seterusnya yang terlibat dalam atribut produk adalah ciri yang terdapat
pada produk yang dihasilkan oleh syarikat IKEA. Ciri produk yang unik mampu
menonjolkan keistimewaan produk daripada produk persaing. Oleh sebab itu, ciri produk
merupakan unsur penting yang menentukan kebersaingan sesuatu produk dalam pasaran.
Produk yang pelbagai jenis dapat menarik pelanggan datang berkunjung bagi memenuhi
keperluan masing-masing yang berlainan. Hal ini juga dapat memberikan keuntungan
yang lumayan sebagai pulangan kepada perniagaan.

Peragaan produk di gedung IKEA tidak hanya untuk memberi inspirasi dan idea
kepada pelanggan, malah ia diperagakan agar pelanggan boleh memegang, merasai dan
menggunakannya. Dengan cara ini, mereka dapat menentukan kesesuaian produk tersebut
di kediaman mereka. Sebagai contoh perabot-perabot ruang tamu IKEA diperagakan agar

18
960102-14-5656

menyerupai ruang tamu sebenar yang terdapat kediaman yang lengkap dengan sofa, meja,
televisyen, rak buku, meja sisi, karpet dan sebagainya. Untuk kemudahan seisi keluarga
pula disediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak, surau, penganjuran aktiviti-
aktiviti khas dan restoran untuk menjamu selera.

Seterusnya, reka bentuk produk turut menjadi teras dalam menerapkan campuran
pemasaran produk IKEA berasaskan atribut produk. Reka bentuk produk
menggambarkan gaya produk. Sesuatu produk mempunyai reka bentuk yang menarik
dapat menarik perhatian pembeli pada pandangan pertama turut meningkatkan jualan
produk tersebut. Syarikat IKEA memegangkan konsep rak bentuk demokrasi atau
bermaksud reka bentuk untuk semua orang. IKEA percayakan kualiti dan reka bentuk
haruslah dihasilkan agar mampu dimiliki oleh orang ramai. Contohnya, lampu meja
Lampan direka bentuk menggunakan lima elemen "reka bentuk demokratik" - bentuk,
fungsi, kualiti, mesra alam sekitar dan harga yang rendah.

Bagi kami, reka bentuk yang baik merupakan kombinasi yang sesuai antara
bentuk, fungsi, kualiti, mesra alam sekitar dan harga yang rendah. Pembangun dan
pereka bentuk produk kami perlu mencari keseimbangan yang tepat bagi semua elemen
ini ketika proses reka bentuk bermula. Ia cabaran unik yang menjadikan kami inovatif.
Ini adalah mesej penting yang dapat daripada laman web rasmi IKEA. IKEA
menekankan faktor kefungsian dalam reka bentuk produknya di mana ianya perlu
menarik, praktikal dan mudah digunakan. Produknya tidak mengandungi ciri-ciri yang
tidak perlu, memberi penyelesaian untuk setiap keperluan dalam melengkapi kediaman
dan diperbuat dari bahan yang bersesuaian berdasarkan kegunaannya. Justeru, setiap
produk IKEA ada kisahnya tersendiri. Seperti setiap kisah yang menarik, ia bermula
dengan idea yang hebat. Matlamat asal yang masih dipegeng oleh IKEA adalah mahu
menjadikan kehidupan harian di rumah lebih baik. Itulah sebabnya mereka melakukan
beribu-ribu lawatan ke rumah-rumah setiap tahun untuk mengetahui keperluan dan
impian orang ramai. Inilah titik permulaan bagi setiap produk yang direka bentuk. Reka
bentuk produk kelengkapan rumah di IKEA bermula dengan memahami keperluan harian
orang ramai di rumah, terutamanya kebanyakan orang yang mempunyai pendapatan dan

19
960102-14-5656

ruang yang terhad. Inilah caranya IKEA berjaya menawarkan produk berfungsi yang
berharga sangat rendah sehingga ramai orang mampu memilikinya.

Untuk menjadikan produk boleh dijual dan sesuai dengan identiti IKEA, pekerja
IKEA di bahagian reka bentuk produk dan pembangunan produk memfokus kepada harga
dan kualiti, reka bentuk dan fungsi, alam sekitar dan kesihatan. Mereka membincang
setiap idea tentang produk dengan mengambil kira peluang pengeluaran dan penggunaan
bahan mentah dengan cara terbaik. Inilah sebabnya keputusan tentang reka bentuk kerap
dibuat di gedung tempat pereka dan pengeluar bekerja sama.

20
960102-14-5656

5.2.2 Campuran produk berdasarkan penjenamaan, pembungkusan dan


pelabelan.

Daripada buku Prinsip Pemasaran. Edisi Kelapan. Prentice Hall: Malaysia,


2000 yang diterjemah oleh Jaffar, Norjaya Mohd Yasin, Ahmad Azmi Mohd Ariffin
menerangkan bahawa pembungusan sesuatu produk berfungsi sebagai bekas yang akan
memuat dan melindungi produk supaya selamat dan tidak dirosakkan. Penjenamaan
produk dapat didefinisikan sebagai istilah, tanda nama, simbol yang dikaitkan dengan
identiti syarikat. Syarikat IKEA mempunyai slogan antarabangsa tersendiri iaitu
Everything Is Possible If You Think In Opportinities dan juga slogan tahunan yang
terkini adalah Where The Wonderful Everyday Starts And Ends. Tanda nama syarikat
adalah IKEA. Langkah penjenamaan produk yang dilaksanakan oleh syarikat IKEA
adalah seragam bagi semua francais di seluruh dunia kerana semua jenis produk yang
dikeluarkan adalah sama. Penjenamaan produk bertujuan untuk membezakan sesuatu
produk pengeluar dengan pesaing-pesaingnya di pasaran. Jenama lazimnya
menggambarkan janji pengeluar untuk menghasilkan produk yang berprestij dan
berkualiti tinggi.

Pembungkusan juga amat penting dalam proses pembuatan. Pembungkusan yang


menarik dapat menambahkan nilai sesuatu produk. Selain itu, pembungkusan juga
mengambil kira aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang kerosakan semasa proses
penghantaran. Tujuan syarikat IKEA melakukan langkah pembungkusan memudahkan
pelanggan menyimpan dan melidungi produk terutamanya pada masa meletakkan ke
dalam kenderaan selepas pembelian. Untuk mengekalkan harga rendah, IKEA perlu
mendapatkan produk daripada pembekal dan diperolehi oleh pelanggan dengan cara yang
paling terus dan kos efektif dan kurang bahawa terhadap alam sekitar. Ini juga
bergantung kepada cara menggangkut barang menggunakan trak, bot atau keretapi dan
mengendalikannya di pusat pengedaran dan gedung. Sebagai contohnya, pembungkusan
leper dan produk yang boleh disusun bertindan membolehkan IKEA menggangkut dan
mengendalikan lebih produk untuk satu perjalanan. Ini bermakna kurang trak di jalan
raya dan kurang pengeluaran CO. Pembungkusan leper IKEA dan pengguna memasang
produk sendiri mampu membolehkan syrikat mengurangkan tenaga kerja, pengangkutan

21
960102-14-5656

dan kos menyimpan. IKEA membuat rekaan pada perabot agar ia mudah dibungkus dan
tanpa pemasangan yang siap. Oleh itu, IKEA mampu menawarkan produk kepada
pengguna pada harga yang rendah.

Di IKEA Group, mereka percaya dengan memikul tanggungjawab pengguna dan


alam sekitar adalah syarat untuk menjalankan perniagaan. IKEA bekerja keras untuk
mengurangkan impak pada perubahan suhu cuaca dan produk IKEA mesti dihasilkan
dalam keadaan persekitaran kerja terbaik dari pembekal yang mengambil tanggungjawab
untuk alam sekitar. Mereka juga berpegang dengan penggunaan kotak kertas bagi
kebanyakan produk di dalam gedung IKEA. Hal ini dapat mengurangkan kadar
penggunaan plastik di seluruh dunia dan juga menjimatkan ruangan yang terhad untuk
menyimpankan bahan-bahan buangan yang tidak boleh dicerna ke dalam tanah,
contohnya plastik.

Berdasarkan salah satu petikan dari Keupayaan Pemasaran Dalam kalangan


Pengusaha Kecil Makanan halal di Melaka Tengah : Satu Kajian Awal. Universiti
Teknikal Malaysia Melaka, 2009 yang ditulis oleh pengarang A. Sazelin, pelabelan
member maksud sebahagian daripada pembungkusan yang mengandungi maklumat
bercetak atau bersama produk. Label memuatkan maklumat penting terhadap sesebuah
produk. Syarikat IKEA mencetakkan maklumat tenteng sesebuah produknya seperti nama
produk tersebut, alamat pengeluar, kandungan produk, cara penjagaan, ukuran serta cara
penggunaan. Oleh sebab IKEA menggunakan pembungkusan leper, maka cara
pemasangan amat penting bagi rujukan pelanggan untuk memasang sendiri. Label yang
dipapan di bungkusan juga menunjukkan pelbagai jenis simbol khusus yang mempunyai
maksud yang berbeza, contohnya tanda mudah pecah, simpan kering dan dilarang
menginjak yang boleh didapati di permukaan bungkusan.

Penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan adalah elemen penting untuk


menjaga kepentingan nama syarikat dan juga kualiti produk. Ini bagi memastikan
perniagaan bertahan lama di pasaran walaupun menghadapi persaingan yang sengit sama
ada dalam negara atau globalisasi. Dengan ini produk yang bermutu tinggi, lebih banyak
dan lebih berkualiti akan diambil berat secara tidak langsung bagi memastikan prestasi

22
960102-14-5656

syarikat berada di tahap yang tinggi dan juga meningkatkan keyakinan terhadap produk
yang dipasarkan.

23
960102-14-5656

5.2.3 Campuran produk berdasarkan khidmat sokongan.

Konsep khidmat sokongan merupakan pemberian cirri produk tambahan kepada


pengguna selepas membeli. Ciri-ciri tambahan yang ada termasuklah khidmat
penghantaran dan jaminan produk sehingga suatu temboh yang tertentu. Perkhidmatan
pelanggan juga merupakan salah satu cirri tambahan yang merangkumi pengendalian
adauan pengguna, pengubahsuaian perkhidmagtan, pengumpulan idea dan cadangan
baharu daripada pengguna.

Terdapat pelbagai servis yang ditawarkan oleh IKEA seperti penghantaran dan
pemasangan yang boleh dipilih oleh pelanggan. Sebagai contoh, perkhidmatan
penghantaran dijalankan oleh syarikat IKEA bagi sesiapa yang tidak mampu pindahkan
barang yang besar sukar digerak ke dalam kenderaan atau jarak yang jauh daripada
destinasi. Perkhidmatan ini memberikan kemudahan kepada banyak pelanggan yang tidak
mempunyai kenderaan besar yang muat menyimpankan perabot dengan caj penghantaran
yang berpatutan.

Kebanyakan produk di IKEA direka buat pengguna memasang di rumah. Jika


pelanggan memilih untuk memerlukan bantuan dari IKEA untuk pemasangan perabot,
IKEA boleh mencadangkan rakan perkhidmatan pemasangan dan dengan harga yang
berpatutan, mereka akan memasang semua perabot. Kaedah ini dapat menjimatkan masa
pelanggan dan perabot juga dipasang dengan professional serta boleh ditempatkan ke
mana-mana yang pelanggan inginkan.

Untuk membantu pelanggan membuat keputusan pembelian yang tepat dengan


mudah pula, IKEA memastikan produk-produknya diperagakan dengan betul,
mempunyai gambaran dan spesifikasi produk yang tepat dan mempunyai polisi
pemulangan yang mudah. IKEA dengan murah hati menawarkan polisi pemulangan
dalam tempoh 100 hari . Sekiranya pelanggan berubah fikiran, mereka boleh
memulangkan produk yang dibelikan dalam bungkusan asal untuk ditukarkan dengan
produk lain ataupun pembayaran balik sepenuhnya. Terdapat juga syarat-syarat yang
perlu dimatuhi bagi menjalankan polosi pemulangan ini, antaranya adalah produk
mestilah masih belum dipasang dan masih dalam bungkusan asal dalam tempoh 100 hari

24
960102-14-5656

dari tarikh pembelian, beserta dengan resit utama untuk sama ada menukar pada produk
yang sama atau pulangan wang semula. Polisi pemulangan 100 hari ini tidak sah buat
fabrik yang telah dipotong, tumbuhan, linen katil yang telah dibuka bungkusannya,
barangan dapur, produk daripda As-Is, atau barangan yang ditempah mengikut spesifikasi
sebagai contoh bahagian atas kerja yang ditempah khas dan produk yang rosak setelah
meninggalkan gedung.

Selain daripada itu, Syarikat IKEA juga menyediakan bantuan pakar kepada
pelanggan-pelanggan yang tiada idea untuk mengubahsuaikan rumah kediaman mereka.
Pakar Kelengkapan Rumah IKEA sentiasa bersedia membantu pelanggannya dengan
khidmat nasihat dan idea percuma buat rumah. Bagi sesiapa yang berminat dengan
perkhidmatan ini boleh berkunjung ke IKEA untuk membuat temu janji dengan pakar
IKEA. Para pelanggan juga boleh menjadi pereka sendiri dengan bantuan Peralatan
Merancang IKEA. Pelanggan diberi kebebasan untuk menggunakan ruang kerja yang
terdapat di bahagian dapur atau bahagian Kerja IKEA dan juga bilik tidur di aras 1 di
gedung IKEA yang di mana-mana negara adalah sama. Pelanggan-pelanggan yang ingin
mencuba boleh susun semula dan cuba gaya yang berbeza dengan menggunakan
perancang 3D untuk merancang dapur, almari pakaian, penyelesaian storan atau pejabat.
Pelanggan boleh merujuk senarai, harga dan juga menyemak ketersediaan stok di gedung
IKEA apabila sudah berpuas hati dengan rekaan akhir yang dibuat. Bagi semua reka
bentuk yang dihasilkan, pakar-pakar yang berprofesional dan pekerja yang berkemahiran
akan sentiasa sedia membantu memberi khidmat nasihat seiring dengan perancangan
yang dirancangkan.

Perkhidmatan lain yang desediakan oleh syarikat IKEA juga termasuklah jaminan
produk dalam sesuatu tempoh yang tertentu. Setiap jenis produk dapat jaminan yang
berlainan dan tempoh yang berbeza juga. Terdapat beberapa kategori yang mengasingkan,
antaranya adalah 3 tahun, 5 tahun , 10 tahun, 15 tahun dan maksimumnya 25 tahun
jaminan yang dilaksanakan bagi menjaminkan kualiti produk dan juga menimbulkan
kepercayaan umu terhadap produknya.

Dengan itu, pengkaji berpendapat bahawa strategi yang syarikat IKEA


menjalankan terhadap produk mereka amat berjaya dari mana-mana segi. Hal ini bukan
25
960102-14-5656

sahaja dapat memastikan kualiti dari bahan mentah hingga produk yang dihasilkan tetapi
juga dapat menimbulkan keyakinan pihak umum terhadap jenama IKEA. Justeru,
kepercayaan ini telah menjadi asas yang kukuh bagi syarikat IKEA, dengan adanya
sokongan ramai, pengaji yakin syarikat IKEA akan menambahbaik pada semua segi pada
masa akan datang. Selain itu, perkhidmatan-perkhidmatan yang syarikat IKEA tawarkan
amat bertimbang rasa bagi setiap pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan, contohnya
pengahataran sapai ke lolasi yang diingini dapat memberi banyak faedah dan kemudahan
serta menjimatkan masa mereka. Semua yang dirancangkan ini merupakan kelebihan
syarikat IKEA bagi membangun dan mengembangkan nama baik syarikat IKEA.

26
960102-14-5656

5.3 Menyenaraikan penentuan harga berasaskan nilai, pesaingan, dan penentuan


harga produk baharu bagi syarikat IKEA.

PENETAPAN HARGA
Harga
Berasaskan Berasaskan
Produk
Nilai Pesaing
Baharu

Dalam bahagian ini, pengkaji telah mengkaji pendekatan-pendekatan yang


digunakan untuk menentukan harga umum terhadap produk yang dihasilkan oleh syarikat
IKEA, iaitu penentuan harga berasaskan nilai, penentuan harga berasaskan persainagan
dan penentuan harga produk baharu.

5.3.1 Penetapan harga berasakan nilai

Penetapan harga berasaskan nilai berdasarkan nilai menggunakan persepsi


pembeli tentang nilai produk dan bukan kos penjual sebagai penentunya. Hal ini
bermaksud penentu harga ini perlu dimulakan dengan analisis tentang keperluan
pengguna dan persepsi nilai terhadap sesuatu produk dan seterusnya harga yang
ditetapkan akan disesuaikan kepada persepsi nilai yang telah dikenalpasti.

Konsep IKEA bermula dengan idea menyediakan rangkaian produk yang mampu
dimiliki kepada orang ramai, bukan hanya kepada sesetengah orang sahaja. Ia dicapai
dengan menggabungkan fungsi, kualiti, reka bentuk dan nilai - sentiasa mengutamakan
mesra alam sekitar. Konsep IKEA wujud dalam setiap bahagian syarikat, daripada reka
bentuk, sumber, pembungkusan dan pengedaran menerusi model perniagaan. Sasaran
mereka tetapkan ialah membantu lebih ramai orang menjalani kehidupan yang lebih baik

27
960102-14-5656

di rumah. Oleh sebab itu, syarikat IKEA sentiasa mengeluarkan idea yang bervariasi
demi mengurang lagi kos pengeluarannya dan turut mengurangkan harga produk siap.

Syarikat amat mementingkan kemampuan pembeli dan juga penilaian terhadap


rumah kediaman masing-masiang tanpa mengira peringkat masyarakat yang berbeza.
Oleh itu, syarikat sentiasa menghasilkan produk yang berharga rendah bagi mencapai
objektif yang sentiasa dipegang, iaitu membantu masyarakat untuk membinakan rumah
kediaman yang diingini pada kemampuan mereka. Mereka akan membuat pertimbangan
dari sudut pelanggan dahulu termasuklah kemampuan dan kuasa beli masyarakat baru
merekakan produk yang ingin dikeluarkan pada harga yang munasabah dengan
mendapatkan keuntungan daripadanya. Dengan konsep ini, masyarakat dapat menikmati
faedah daripadanya dengan membeli perabot-perabot yang moden mengikuti keupayaan
sendiri dan syarikat IKEA juga mencapai matlamatnya serta menjaga kebajikan
masyarakat.

Syarikat IKEA menetapkan harga pada tahap yang rendah dalam tempoh yang
selama mungkin. Pekerja di bahagian kewangan akan mengabungkan pendekatan
membuat keputusan dan berdaya usaha dengan keterperincian dan struktur. Mereka
memainkan peranan penting mengambarkan visi dan idea perniagaan IKEA. Kewangan
adalah bertanggungjawab untuk keperluan kewangan dan maklum balas. Mereka
memberikan maklumat kepada kumpulan pengurusan, memastikan keperluan undang-
undang dipenuhi dan memastikan pembangunan jangka masa panjang IKEA. Perancang
perniagaan menggunakan kemahiran usahawan dan maklumat pengurusan untuk
mengenal pasti dan menilai peluang perniagaan. Kedua-dua fungsi Kewangan dan
Perancangan Perniagaan merangkumi seluruh syarikat dan kerja-kerja dilakukan dengan
cara yang sama tanpa mengira lokasi. Seperti mana di bahagian lain di IKEA, pekerja
dari satu bahagian IKEA boleh dipindahkan ke bahagian lain yang membolehkan peluang
untuk pembangunan ramai para profesional dan peribadi.

Syarikat IKEA juga menjalankan satu promosi Harga Lebih Rendah yang telah
mengurangkan harga sebenar produk tersebut ke tahap yang serendah mungkin. Lebih
banyak kami jual, lebih murah harganya. Anda hanya perlu mencari produk yang
ditandakan dengan symbol Harga Lebih Rendah (HLR) apbila anda di gedung kami. Ini

28
960102-14-5656

bermakna produk tersebut kini berharga lebih rendah daripada dahulu. Bukan rasiah
lagi, kami hanya membuat produk yang kami sendiri akangunakan. Kerana jika orang
menyukainya, kami boleh membuat lagi pada kos yang lebih remdah dan penjomatnya
dapat disalurkan kepada anda. Daripada laman web rasmi IKEA
http://www.ikea.com/my/ms/campaigns/2015/evenlowerprices.html yang dilayari pada
29 Julai 2015 telah menyebarkan dan juga menerangkan tujuan sebenar bagi menjalankan
aktiviti promosi ini. Dalam aktiviti ini, terdapat pelbagai jenis produk telah ditandakan
sebagai produk yang dijual pada Harga Lebih Rendah berbanding dengan harga lama
tahun lepasnya. Produk-produk yang terlibat dari berbeza jenis dari size kecil hingga ke
size besar termasuklah rangka, almari pakaian, set meja makan bersama dengan kerusi,
lampu, bingkai kolaj, cermin dan berbagainya. Dengan ini, pelbagai pihak yang berlainan
peringkat juga dapat menikmatikan faedah daripada pelaksanaan IKEA ini bersama-sama.

Selain itu, syarikat IKEA turut memperkenalkan restoran atau dikenali sebagai
IKEA FOOD di hampir setiap rangakian stornya di seluruh dunia. Dalam syarikat IKEA,
bahagian yang selalu mendapat keuntungan yang terbanyak adalah medan seleranya.
Kepuasan Pelanggan Adalah Perut Yang Kenyang merupakan salah sqatu konsep yang
mereka pengangkan. Kami mendapati sukar untuk melakukan perniagaan apabila
pelanggan merasa lapar. Itulah sebabnya kami menawarkan kepada mereka tempat yang
selesa untuk menambah tenaga dan menikmati juadah Sweden. Ayat ini diperolehi
daripada laman webnya yang diakses pada 31 Julai 2015. IKEA FOOD ini memainkan
peranan penting dalam Konsep IKEA untuk menarik minat pengunjung ke gedung IKEA
dan menggalakkan mereka berada lebih lama di gedung. Restoran, bistro dan Kedai khas
Makanan Sweden juga dapat membantu memperkuatkan identiti Sweden dan harga
rendah. Makanan-makanan Sweden yang popular ditawarkan termasuklah bebola daging
bersama dengan Lingonberry jem, Fish and Chips, salad ikan Salmon ,roti kayu manis
dan juga lain-lain yang melambangkan tradisional Sweden. Harga pada setiap hidangan
juga amat berpatutan mengikut jenis makanan dan juga kuantiti yang diambilkan. Sesiapa
sahaja yang boleh datang ke restoran untuk menjamu selera.

Hal ini juga memberi kemudahan kepada pengunjung-prngunjung yang datang ke


gedung IKEA membeli-belah belum lagi mengisi perut dengan mencuba makanan yang

29
960102-14-5656

amat istimewa bagi negara Malaysia. Dan ia dapat menimbulkan kepuasan terhadap
perkhidmatan IKEA oleh kerana perancangan yang dijalankan amat teliti. Makanan-
makanan yang ditawarkan juga amat berbeza daripada citarasa rakyat Malaysia pada
kehidupan harian dan ia merupakan sesuatu isu baru yang dapat menarikkan lebih banyak
pelanggan datang untuk mencubakan makanan Sweden yang jarang dinikmati oleh
pelanggan Malaysia.

30
960102-14-5656

5.3.2 Penetapan harga berasaskan pesaingan

Penentuan haraga berdasarkan persaingan merujuk kapada pemasar akan


mengkaji harga produk pesaing. Mengikut kaedah penentuan harga kadar kini, syarikat
IKEA meletakkan harga yang kurang daripada harga pesaing utama.

Harga yang lebih rendah adalah pernyataan misi untuk IKEA. Menurut lama web
http://liveinikea.tumblr.com/Brand_Analysis, semua orang membeli produk di IKEA oleh
kerana itu produknya murah. Berbandingkan dengan pesaing, harga untuk produk yang
sama antara IKEA dan jenama lain adalah rendah dengan jelas. IKEA adalah lebih murah
daripada jenama lain sekurang-kurangnya sebanyak 30% hingga 40%. Dan mereka masih
mencari bahan mentah yang berbeza untuk membuat kos produk rendah lagi.

IKEA sebagai pengeluar perabot yang terbesar di dunia berusaha


mempertahankan harga pasar. Meraka tidak akan membiarkan para pesaing menawaarkan
harga yang lebih rendah daripada harga IKEA. Dengan kemampuan mereka untuk
memproduksi dengan skala yang besar dan mengekalkan kos pengeluaran yang rendah
untuk mengeluarkan sesuatu produk, kebanyakan pelanggan telah tertarik dengan
pelaksanaan IKEA ini.

Dengan falsafah perniagaan "Low price with meaning" ?, Ikea tak berhenti
berupaya membuat segalanya lebih murah tanpa membuat pelanggan merasa citarasanya
menjadi murahan. Ikea boleh melakukan ini kerana mereka mempunyai kepakaran reka
bentuk, pengeluaran, dan pengedaran yang luar biasa. Kepiawaian unik ini, dari segi
citarasa, kaedah, dan semangat yang tinggi dapat meningkatkan daya saing IKEA dengan
meperjuangkan dengan semua jenama perabot di dunia.

Salah satu pesaing yang terdapat di Malaysia adalah Muji. Muji merupakan
sebuah syarikat runcit Jepun yang menjual pelbagai barang keperluan isi rumah dan
barangan pengguna. Muji bermula dengan 40 produk pada tahun 1980-an, produk mereka
terdiri daripada alat tulis, dan pakaian untuk lelaki dan wanita, untuk barangan makanan
dan peralatan dapur utama dan telah pun termasuk sebuah kereta. Perniagaan utamanya
termasuk muji Caf, Meal muji, Muji tapak perkhemahan, kedai bunga dan perabot

31
960102-14-5656

rumah. Selepas itu syarikat ini juga telah terlibat dalam projek seni bina seperti rumah
muji.

Menjelang akhir 2000-an, Muji menjual lebih daripada 7,000 produk. Ia


diletakkan sebagai jenama "berpatutan", mengekalkan harga runcit produk "lebih rendah
daripada biasa" oleh bahan-bahan yang ia memilih, memperkemas proses pembuatan, dan
meminimumkan pembungkusan.

Daripada laman web rasmi muji, https://www.muji.eu/pages/online.asp?Sec=19


yang dilayari pada 31 Julai 2015 dapat memperkenalkan perabot-perabot yang
dikeluarkan termasuklah katil, kabinet, almari pakaian, meja makan dan juga lain-lain.
Dengan ini, perbandingan produk yang dikeluarkan oleh syarikat IKEA antara kedua-dua
syarikat ini dapat dilakukan berdasarkan harga produk. Melalui pemerhatian pengkaji,
terdapat beberapa jenis produk dapat membandingkan harga bagi kedua-kedua syarikat
ini, antaranya :

Harga (RM)
Jenis Produk Syarikat IKEA Syarikat Muji

Rangka katil kayu 899 1807.26


Almari berlaci 499 1531.58
Cermin 129 489.49
Jadual 5.3.2 : Perbandingan Harga antara syarikat IKEA dan Muji

Berdasarkan hasil dapatan ini, jadual 5.3.2 menunjukkan perbezaan harga produk
yang sma jenis antara syarikat IKEA dan syarikat Muji. Dengan ini dapat mengetahui
dengan jelas bahawa harga produk Muji jauh berbanding dengan produk syarikat IKEA
dengan lebih mahal samapai beberapa peratus kali berganda.

Berdasarkan pendapat pengkaji, perbezaan yang besar antara kedua-dua syarikat


ini berlaku berkemungkinan kerana harga bahan mentah yang dibeli untuk menghasilkan
barang siap adalah berbeza. Syarikat IKEA dapat memperolehi harga bahan mentah yang
lebih murah dengan pembelian yang berskala besar, ada juganya yang pembekal IWAY

32
960102-14-5656

yang sendiri menanamkan pokok-pokok untuk mendapatkan bahan yang diperlukan


contonya conton. Oleh sebab itu, kos mbelian bahan mentah IKEA menjadi lebih rendah.

33
960102-14-5656

5.3.3 Penetapan harga produk baru

Penentuan harga produk baharu merupakan salah satu strategi untuk


meningkatkan jualan. Strategi penentuan harga melalui penembusan pasaran merujuk
pada kaedah penetapan harga permulaan yang rendah bagi mnembusi sesuatu pasaran dan
menarik seberapa ramai pengguna untuk membeli produk baharu tersebut. Pengeluaran
produk dalam kuantiti yang banyak dan penjimatan kos pengeluaran membolehkan
pengeluar memperoleh syer pasaran yang besar.
Harga rendah merupakan satu visi dan idea perniagaan dalam menentukan hala
tuju di IKEA. Asas di sebalik pemikiran di seluruh konsep IKEA adalah rekaan menarik
dengan harga rendah, fungsi kelengkapan rumah sesuai untuk semua. Oleh itu, visi
mereka adalah untuk mencipta kehidupan yang lebih baik buat semua orang. Syarikat
IKEA akan konsisten untuk mencuba segala supaya lebih baik, lebih mudah, dan lebih
efisien dan sentiasa kos efektif. Semua unit di IKEA memainkan peranan penting dalam
mengekalkan harga yang rendah buat pengguna.
Langkah yang syarikat IKEA mengambil ialah merekakan tanda harga terlebih
dahulu. Sebagai contoh, Lampan, sebuah lampu telah dicipta dari asas pemikiran iaitu
gabungan harga yang amat rendah beserta reka bentuk yang cantik dan tinggi kualiti
adalah tidak mustahil. Dengan memikirkan harga yang rendah, pereka akan mula
mengkaji keseluruhan proses pembuatan, temasuk bahan, logistik, tenaga kerja dan kos
pengangkutan. Kesudahan yang dikecapi adalah kejayaan yang membanggakan bagi
pembungkusan terendak lampu boleh digunakan sebagai bekas untuk asas lampu. Produk
kelengkapan rumah yang berkualiti dengan harga yang mampu dibeli oleh semua
peringkat masyarakat dapat menarik lebih banyak pelanggan berbanding dengan syarikat
lain. Harga permulaan yang rendah bertujuan untuk menghalang persainagn kerana bakal
pesaing tidak akan tertarik dengan yang sedikit apabila terpaksa menjual pada harga yang
rendah
Pada pendapat pengkaji, cara penetapan harga yang dilaksanakan oleh syarikat
IKEA amat berkesan dan efektif. Dengan memegangkan konsep yang ditetapkan, iaitu
menyediakan rangkaian yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, syarikat
IKEA telah pun mengambil kira kemampuan memiliki pihak umum bagi menetapkan

34
960102-14-5656

harga produknya pada harga yang lebih rendah berbanding dengan jenama lain.
Berdasarkan laporan yang dipaparkan di surat kharbar The Star pada 1 April 2014
menunjukkan bahawa semua produk IKEA akan kekal pada harga asal selepas
pelaksanaan dasar GST. Hal ini banyak membantu pelanggan untuk terus mempunyai
keupayaan untuk membelikan produk yang berharga rendah bagi mencapai objektif
IKEA iaitu menjadikan kehidupan harian lebih baik untuk orang ramai.

35
960102-14-5656

5.4 Mentaktrif strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan


dan publisiti yang dijalankan oleh syarikat IKEA.

Dalam bahagian ini, pengkaji telah mengkaji beberapa kaedah yang digunakan
untuk menjalankan promosi terhadap produk IKEA, iaitu pengiklanan, promosi jualan
dan publisiti yang dilakukan oleh syarikat IKEA. Promosi ialah aktiviti-aktiviti yang
memberitahu, menarik dan mempengaruhi pengguna tentang kebaikan keluaran dan cuba
memujuk pengguna sasaran untuk membeli produk tersebut. Tujuannya juga termasuklah
mewujudkan, megekal dan memperluasakan pasaran bagi sesuatu peoduk.

5.4.1 Pengiklanan

Pengiklanan didefinisikan sebagai satu proses komunikasi secara tidak langsung


yang dikenakan bayaran kepada pihak pemasar. Saluran media massa sesuai digunakan
dalam pengiklanan sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Dengan adanya
pengiklanan, maklumat produk dapat disampaikan dengan cepat dan melangkaui
sempadan sesebuah negara. Syarikat telah memilihkan pengiklanan sebagai salah satu
strategi untuk mempromosikan produknya ke seluruh dunia. Konsep IKEA boleh
dihidupkan dengan banyak cara: menerusi gedung IKEA di seluruh dunia, dalam katalog
IKEA, menerusi laman web dan aplikasi, dan paling penting, di dalam berjuta-juta
kediaman di sekeliling dunia.
Bagi memudahkan pihak umum boleh maklumat yang lanjut tentang produknya,
Syarikat IKEA akan mengeluarkan katelog tahunan pada setiap akhir tahun. Isi
kandungan dan maklumat dalam katelog ini adalah tentang aktiviti promosi dan
maklumat yang teliti tentang produk pada tahun yang ke hadapan. Mereka telah
merancang dan akan menjalankan semua aktiviti yang telah ditentukan serta
menyebarkannya melalui katelog tersebut bagi tujuan untuk pelanggan lebih faham
operasi dan aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang. Strategi ini berjaya
menarik lebih banyak pelanggan datang berkunjung ke gedung mereka dengan lebih jelas
aktiviti mereka dan juga menimbulkan keyakinan terhadap syarikat IKEA ini. Sesiapa
sahaja yang datang ke gedung IKEA boleh dapat katalog ini di kaunter khidmat nasihat
secara percuma. Tarikh terbitan biasanya akan berada pada bulan April atau Ogos setiap

36
960102-14-5656

tahun dan ia sah sepanjang tahun. Harganya dijamin tidak akan meningkat selagi katalog
ini sah digunakan. Di dalamnya, pengunjung akan dapati segalanya tentang perabot,
aksesori dan dekorasi bilik bersama dengan maklumat terperinci tentang bahan, warna,
ukuran, penjagaan produk dan harga. IKEA tidak pernah memandang remeh soal
pengiklanannya. Katalog sentiasa mengemaskini, memperbaharui dan menambah baik
konsep persembahan di dalam katalognya untuk menjadikannya sentiasa terkini dan segar.
Dengan cara ini, pengunjung-pengunjung boleh merancang pembelian di IKEA untuk
kepuasan dan keselesaan rumah kediaman masing-masing.
Disamping itu, semasa katalog yang dicetakkan IKEA juga memegangkan prinsip
mesra alam. Katalog yang dicetak dengan kertas bebas klorin dan mengandungi
sekurang-kurangnya 10-15% menggunakan bahan buang pengguna. Tiada hutan hujan
atau serat lama di gunakan. Proses percetakan pula menggunakan 100% digital yang
tidak menggunakan filem dan bahan kimia lain. Tidak menggunakan kilauan optikal di
atas kertas. Hal ini telahpun membuktikan bahawa IKEA amat mementingkan kualiti
alam sekitarnya sehingga bahagian terperinci ini juga akan dikawalkan.
Syarikat IKEA juga memperkenalkan aplikasi IKEA Store yang boleh muat
turun dari telefon pintar secara percuma untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang
terkini. Dengan aplikasi ini dapat membelikan produk secara atas talian denga lebih
pantas dan mudah dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Pelanggan-pelanggan
boleh membuatkan senarai membeli-belah di telefon bimbit dan hantarkan ke IKEA.com
dan membuatkan pembayaran dan akhirnya selesailah proses pembelian ini.

37
960102-14-5656

5.4.2 Promosi Jualan

Promosi jualan merupakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan jualan


pemasar dalam jangka pendek untuk mendorong tindakan terus daripada pihak umum
untuk membuat keputusan pembelian. Dalam bahagian ini, Syarikat IKEA telah
menggunakan beberapa alat promosi yang dapat menarik pengguna untuk membelikan
produknya.
Sama seperti sayrikat gergasi yang lain, syarikat IKEA juga tidak ketinggalan
mewujudkan Program Kesetiaan supaya pelanggan-pelanggan akan terus setia bersama
mereka walaupun dengan wujudnya persaingan dari syarikat-syarikat lain. Program
Kesetiaan ini disimbolkan menerusi sekeping kad yang degelar sebagai IKEA Family
yang dapat memberikan layanan istimewa dan diskaun menarik untuk sebarang
pembelian produk atau di restoran IKEA.
Pemohonan kad ahli ini mudah dan senang didapatkan, hanya mendaftar secara
atas talian dan dapatlah kad tersebut. Antara kelebihan dengan adanya kad ini, setiap
pembelian produk dapat menikmati harga istimewa yang hanya bagi kepada ahli-ahli
IKEA sahaja. Selain itu, ahli-ahli boleh menggunakan kd tersebut di mana-mana gedung
IKEA sama ada di restoran atau di akunter pembayaran. Ahli-ahli akan mendapat
secawan minunan kopi atau tea dengan percuma dan juga dapat menikmati hidangan di
Restoran IKEA pada harga yang lebih rendah daripada harga asalnya.
Program istimewa yang dijalankan oleh IKEA adalah kad hadiah atau dekenali
sebagai Gift Cards . Apabila pelaggan-pelanggan ingin memberikan sesuatu hadiah
tetapi sukar untuk memilih, kad ini dapat menyelesaikan masalah ini. Pelanggan boleh
memilih IKEA Gift Card pilihan seterusnys isikan ia dengan sebarapa banyak amaun
yang ingin diberikan dan bagi kepada sesiapa yang ingin dibagi. Kad ini akan digunakan
setelah membuat pilihan dan membayarkan dengan menggunakannya. Hadiah ini mudah
untuk mereka memilihkan barangan idaman yang mereka hendakkan. Kad ini juga tiada
had penggunaan dengan hanya mengikut amaun yang ada dalam kad tersebut. Kad ini
untuk semua pembelian di gedung IKEA, Restoran and Kedai Khas Makanan Sweden.

38
960102-14-5656

5.4.4 Publisiti

Publisiti merupakan satu komunikasi yang disampaikan kepada pengguna melalui


cerita dan berita yang ada kaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh sesebuah
perniagaan melalui media massa seperti elektronik dan cetak. Publisiti juga melibatkan
penghebahan mengenai sesuatu produk baru dalam pasaran melalui siaran berita di
televisyen dan radio. Contoh-contoh publisiti termasuklah siaran berita, artikel,
wawancara dan siding akhbar. Syarikat juga boleh menyampaikan maklumat kepada
pihak media melalui temu ramah dan sesi soal jawab.

Syarikat IKEA menggunakan cara ini untuk menarik lebih banyak perhatian pihak
awam kepada gedungnya. Hal ini bertujuan bagi memperkenalkan produk yang
dikeluarkan selain daripada menarik pengguna yang baharu. Publisiti produk yang
merangkumi liputan berita tentang produk yang dikeluarkan juga dijalankan oleh IKEA
bagi tujuan mempersembahkan produk yang terkini kapda pihak masyarakat. Syarikat
IKEA juga meyediakan ruang berita untuk memperkenalkan produk-produk yang terbaru
diciptakan oleh pereka-pereka dan juga mengumumkan kepada pihak umum tentang
aktiviti promosi yang sedang dijalankan.

Perhubungan dengan akhbar yang berterusan antara syarikat IKEA dengan pihak
akhbar supaya mendapat liputan yang baik daripada pihak akhbar dapat mewujudkan
reputasi yang baik antara perniagaan dengan masyarakat kerana perhubungan awam
lazimnya mewujudkan hubungan mesra dengan komuniti. Disamping itu, syarikat IKEA
juga dapat menyebarkan maklumat atau informasi yang terkini ingin dilaksanakan
melalui dengan laporan ke atas akhbar atau berita kepada masyarakat umum. Sebagai
contoh, berdasarkan salah satu surat akhbar yang berjenama Berita Harian melaporkan
bahawa syarikat IKEA akan membuka rangkaian keduanya, IKEA Cheras di Jalan
Cochrane, Cheras pada akhir tahun 2015. Dan berita ini juga dapat dilaporkan di berita
saluran Astro Awani pada 29 Julai 2015. ( Lampiran )

Melalui analisis pengkaji, pengkaji dapat

39
960102-14-5656

40