You are on page 1of 2

Muadz Bin Mohd Fauzi

Pegawai Pendidikan DG 41
Sk Tebrau Bakar Batu
Jalan Sekolah, Kampung Bakar Batu,
80150 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
___________________________________________________________________________

Guru Besar,
Sk Tebrau Bakar Batu,
Jalan Sekolah, Kampung Bakar Batu,
80150 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. 15 MEI 2017

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MENGHANTAR FAIL REKOD MENGAJAR MINGGU 17

Merujuk maklumat diatas, saya Muadz Bin Mohd Fauzi selaku Pegawai Pendidikan DG41 Sk
Tebrau Bakar Batu tidak menghantar Fail Rekod Mengajar pada minggu 17 persekolahan.

2. Saya tidak menghantar Fail Rekod Mengajar kerana saya telah mengambil CRK ( Cuti Rehat
Khas ) pada hari khamis, 11 Mei 2017 iaitu hari yang sepatutnya Fail tersebut dihantar.

3. Justeru itu, Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada pihak tuan kerana di atas
kesalahan saya melanggar Akta Pendidikan 1996, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 secara
tidak sengaja.

4. Diharapkan pihak tuan dapat memaafkan saya di atas kesalahan ini.

Sekian, Harap maklum dan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(MUADZ BIN MOHD FAUZI)


Pegawai Pendidikan DG 41
Sk Tebrau Bakar Batu
YM RAJA AHMAD FAUZI BIN RAJA ISHAK

Guru Besar,
Sk Tebrau Bakar Batu,
Jalan Sekolah, Kampung Bakar Batu,
80150 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

You might also like