You are on page 1of 4

Novel Tirani

1. Sinopsis:

Waheeda Nurlyana sering diejek oleh kawan-kawan lelaki kerana rupa fizikal wajahnya yang
kurang menarik. Dia mengejar mereka sambil membaling apa-apa yang ditemukan pada setiap
kali diejek. Dia menangis dan menjerit untuk meluahkan rasa marahnya. Waheeda menjadi
pengurus syarikat Tajau Emas selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.
Perniagaan inap desa itu diusahakan bersama-sama keluarganya, Fadhil dan Riadah yang
merupakan ayah dan ibunya serta ibu saudara dan beberapa sepupunya. Banyak pelancong dari
luar negara yang datang ke Chalet Tajau Emas. Selain itu, Waheeda bekerjasama dengan
syarikat Seri Gading yang diasaskan oleh Datuk Yasser.

Keadaan wajah Waheeda yang kurang menarik itu menyebabkan dia ingin menjalani rawatan
pembedahan plastik di luar negara. Ibu memujuk dia agar mensyukuri kecantikan asli yang
dianugerahkan oleh Tuhan kepadanya. Ayahnya juga menentang keinginannya yang dianggap
bertentangan dengan agama kerana mengubah ciptaan Tuhan. Impian Waheeda menjadi realiti
apabila mukanya cedera dan berparut kerana diserang oleh seekor monyet Belanda yang masuk
ke kawasan Chalet. Doktor yang merawatnya di hospital menyokong hasrat Waheeda lalu
menyarankan dia melakukan rawatan di Singapura.

Waheeda mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan itu setelah berbincang dengan
keluarganya. Rakan baiknya, Bazilah yang menetap di sana bersedia untuk membantunya.
Sebelum mendapatkan rawatan, Bazilah memperkenalkan Waheeda kepada Dr Zahari,
tunangnya untuk menerangkan prosedur rawatan. Waheeda menjal;ani rawatan mata dan
hidung di Silicon Medical Center. Waheeda terpaksa berada di Singapura selepas rawatan bagi
menjalani rawatan susulan. Dalam tempoh itu, Waheeda bekerja sebagai Pengawai
Perhubungan Awam di Flamingo Resort. Dia terpilih sebagai ratu cantik Ratu Pelancongan
Antarabangsa dan berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser yang pulang dari luar negara.

Waheeda berkahwin dengan Zahid dan bapa mentuanya mengajak Waheeda


menggabungkan syarikat Tajau Emas dengan syarikat Seri Gading, namun Waheeda menolak
kerana mahu berdikari. Zahid mula bersikap cemuruh terhadap Waheeda, Zahid mula balik
lewat dan pertengkaran kerap berlaku antara mereka. Kemuncaknya, Zahid menuduh Waheeda
curang kepadanya apabila melihat Waheeda melayan tetamu di bilik chalet dengan mesra dan
bertindak meninggalkan. Setelah Waheeda melahirkan bayi perempuan, hanya ibu mentuanya
yang melawatnya dan ini amat mengecewakan Waheeda.

Zahid enggan melihat keputusan ujian DNA yang mengesahkan Izzati sebagai anaknya. Zahid
kemudian menceraikan Waheeda dan ini menyebabkan Waheeda menghadapi kemurungan
serta hilang akal. Keluarga Waheeda membawanya mendapatkan rawatan di Pursawi. Di sana,
Waheeda berjumpa dengan Lais yang pernah bekerja bersama-samanya di Singapura. Lais
membawa bapa saudaranya, Abdul Aziz mendapatkan rawatan akibat penyakit strok.
Pertemuan ini membuka peluang kepada Waheeda untuk mengambil alih perniagaan Abdul
Aziz yang menghadapi masalah hutang dengan bank. Abdul Aziz mengusahakan chalet dan
ladang strawberi yang terletak di Cameron Highlands. Selepas mengambil alih perniagaan
tersebut, Waheeda menguruskannya bersama dengan anaknya yang telah dewasa. Perniagaan
itu dinamakan Aya-Sajinah.
Pada suatu hari, Aya-Sajinah dikunjungi oleh dua orang tetamu iaitu Aiman dan Zahid.
Pertemuan pertama Zahid dengan Izzati telah menimbulkan perasaan syak Zahid bahawa Izzati,
jelaslah bagi Zahid bahawa Izzati itu anaknya. Dia berjumpa dengan Izzati dan menyatakan
kesalahan bapanya itu. Namun begitu, Waheeda bersikap sebaliknya hanya setelah Izzati
meminta Waheeda memaafkan Zahid, barulah Waheeda bersedia untuk memaafkan Zahid.

2. Persoalan:
Persoalan Huraian
Kasih sayang ibu Waheeda sangat sayang akan anaknya, Waheeda. Dia sentiasa
kepada anaknya memberi kasih sayang kepada anaknya terutama ketika Waheeda
berhadapan dengan saat-saat yang getir.
Raidah berusaha untuk mendapatkan rawatan perubatan dan
kaunseling untuk anaknya ketika Waheeda menghadapi masalah
emosi.
Kerjasama akan Waheeda dan keluarganya mengamalkan kerjasama yang kuat bagi
membentuk memajukan perniagaan mereka dengna membahagikan tugas masing-
kejayaan masing dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan rancangan.
Sikap cemburu Zahid cemburu akan isterinya kerana dia kerap berurusan dengan lelaki
dan panas baran lain semasa bertugas dan ini menyebabkan Zahid menceraikan Waheeda.
membawa Selepas kemalangan, Zahid mengakui kesalahannya dan menangis di
penyesalan hadapan anaknya kerana terlalu menyesal.
Kehidupan Waheeda memiliki wajah yang cantik selepas menjalani pembedahan
manusia tiada plastik namun kecantikan yang dimilikinya itu tidak menjamin
yang sempurna kebahagiaan rumah tangganya.
Menyanjungi Raidah amat mementingkan adat dan budaya warisan nenek moyang
adat dan budaya dalam kehidupan seharian. Contohnya, mereka menyajikan masakan asli
warisan nenek penduduk Sarawak selain menggunakan benda-benda entik Sarawak
moyang menjadi aksesori hiasan pada ruang yang tertentu.

3. Perwatakan:
Waheeda
Waheeda merupakan anak kedua Raidah dan Fadhil.
Dia juga isteri Zahid dan ibu Izzati.
Perwatakan Huraian
Berpendidikan tinggi Waheeda berkelulusan ijazah dalam bidang pengurusan
perniagaan dan pelancongan dari Universiti Teknologi Malaysia.
Berani dan berwibawa Sebagai pengurus Tajau Emas, kewibawaan Waheeda terserlah
dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi
mengembangkan perniagaan.
Cekal menghadapi Waheeda cekal menghadapi sikap suaminya, Zahid yang
cabaran hidup cemburu dan panas baran.
Waheeda cekal membesarkan anaknya, Izzati
bersendirian sehingga Izzati berjaya dalam pelajaran.
Bijak Kebijaksanaan Waheeda terserlah apabila dia mengambil alih
perniagaan chalet dan ladang strawberi Abdul Aziz kerana
Waheeda melihat potensi keuntungan di tempat tersebut.
Semangat berdikari yang Waheeda enggan menerima cadangan Datuk Yasser untuk
kuat menggabungkan Seri Gading dengan Tajau Emas.
Berwawasan dan Waheeda menyediakan pelapis bagi menggantikan
berpandangan jauh perniagaannya dengan memberi peluang kepada anaknya untuk
mendalami ilmu pengurusan pelancongan.
Zahid
Anak sulung Datuk Yasser dan Datin Hazirah.
Suami Waheeda dan ayah Izzati.
Perwatakan Huraian
Berpendidikan tinggi Dia berkelulusan sarjana undang-undang dari Universiti Chicago,
Amerika Syarikat dan belajar di sana selama 5 tahun.
Berpengalaman Dia bekerja di Amerika Syarikat sebagai penguam setelah
menamatkan pelajaran. Dia menimba pengalaman yang agak luas
sepanjang tinggal dan bekerja di sana.
Mencintai alam Dia menikmati pemandangan di sekitar Tajau Emas dengan perasaan
sekitar syukur, gembira dan tenang.
Kuat cemburu Dia berasa amat cemburu dan marah apabila melihat kemesraan
Waheeda melayan tetamu dan dia tidak mengakui Izzati sebagai
anaknya serta menceraikan Waheeda.
Mudah berprasangka Dia menyangka Waheeda sudah berubah hati apabila Waheeda tidak
buruk dapat pulang untuk menyambut majlis pertunangan mereka.
Tidak Zahid langsung tidak menjenguk Waheeda di hospital selepas
bertanggungjawab melahirkan Izzati. Dia sepatutnya menemani isterinya itu untuk
memberi sokongan.
Emosional Dia terburu-buru menceraikan Waheeda di hadapan ibu bapa
Waheeda kerana mengesyaki Waheeda curang terhadapnya.
Berani mengakui Zahid sedar akan kesilapan perbuatannya kepada Izzati dan
kesalahan Waheeda. Dia berjumpa dengan mereka dan mengakui kesalahannya
serta meminta maaf.

4. Latar

Latar Masa Contoh


Pada waktu pagi Pada hari Rabu (11.30 pagi), Waheeda disorong ke bilik bedah untuk
menjalani pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berdoa agar
Tuhan meningkatkan imannya dan mengharapkan keredaan-Nya.
Pada waktu Zahid menunggu isterinya untuk janji temu makan tengah hari bersama-
tengah hari sama tetapi Whaeeda tidak muncul-muncul. Ini menyebabkan Zahid pergi
ke Tajau Emas dan melihat Waheeda sedang berada di dalam sebuah bilik
chalet dengan seorang tetamu lelaki dari Dubai.
Pada waktu Pada petang Ahad, wakil rombongan pertunangan Zahid dengan Waheeda
petang dan kenalan rapat Datuk Yasser dijamu makan petang selepas membaca
doa selamat ringkas setelah tidak jadi pergi ke rumah ibu bapa Waheeda.
Pada waktu Di dalam bilik penginapan di Flamingo Resort, Zahid berbual-bual dengan
malam ayahnya, Datuk Yasser mengenai kehidupan di Amerika Syarikat,
perniagaan keluarga, perkhidmatan penginapan dan pelancongan.

Latar Tempat Contoh


Homestay Tajau Emas Muka Waheeda cedera kerana dia diserang oleh seekor monyet
yang dipanggil monyet Belanda.
Silicon Medical Center Waheeda menjalani pembedahan hidung dan matanya di sini yang
dijalankan oleh Dr. Shirrim dan Dr. Rushdi.
Flamingo Resort Waheeda bekerja sebagai Pengawai Perhubungan Awam
sementara menunggu rawatan susulan di SMC.
Waheeda bertemu dengan Zahid yang kebetulan menginap
di situ. Pertemuan itu membibitkan rasa cinta mereka dan
seterusnya mereka berkahwin.
Aya-Sajinah Waheeda dan Izzati membangunkan chalet yang dilengkapi dengan
cafeteria dan ladang strawberi dengan bersungguh-sungguh
sehingga berjaya menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

Latar Masyarakat Contoh


Masyarakat yang Waheeda dan keluarganya mengamalkan kerjasama yang kuat bagi
saling bekerjasama memajukan perniagaan mereka dengna membahagikan tugas
masing-masing dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan rancangan.
Masyarakat yang Raidah amat mementingkan adat dan budaya warisan nenek moyang
kuat berpegang dalam kehidupan seharian. Contohnya, mereka menyajikan masakan
kepada adat dan asli penduduk Sarawak selain menggunakan benda-benda entik
budaya Sarawak menjadi aksesori hiasan pada ruang yang tertentu.
Masyarakat belia Golongan belia yang berjaya termasuklah Waheeda yang berjaya
yang berpendidikan dalam perniagaan pelancongan dan Zahid yang berkelulusan
tinggi universiti luar negara mudah mendapatkan kerja di luar negara.
Masyarakat yang Ghazi prihatin akan hasrat adiknya, Waheeda yang ingin memiliki
prihatin akan wajah yang anggun, oleh itu dia rela melepaskan jawatannya sebagai
masalah orang lain jurutera untuk membantu keluarganya menguruskan Tajau Emas.

5. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran Contoh


Nilai Kita hendaklah Waheeda dan keluarganya mengamalkan kerjasama
kerjasama bekerjasama bagi yang kuat bagi memajukan perniagaan mereka
menjayakan sesuatu dengna membahagikan tugas masing-masing dan
usaha. melaksanakan pelbagai aktiviti dan rancangan.
Nilai Kita hendaklah berani Waheeda berani membuat pinjaman dan membuka
keberanian menerokai bidang yang perniagaan dalam bidang pelancongan dengan
baru. menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehnya
semasa di universiti.
Nilai Kita hendaklah berani Zahid berani mengakui kesilapannya serta berani
keinsafan mengakui kesalahan diri meminta maaf daripada Wahida dan Izzati atas
dan meminta maaf. kesalahannya kepada mereka.
Nilai Kita hendaklah sabar Waheeda sabar menempuh cabaran hidup yang diuji
kesabaran dalam menempuh dengan sikap Zahid yang amat cemburu terhadapnya
cabaran hidup. dan Waheeda sabar membesarkan Izzati sehingga
dia Berjaya dalam pelajaran.
Nilai Kita hendaklah gigih Waheeda menempuh pelbagai masalah dalam
kegigihan berusaha untuk hidupnya seperti masalah kesihatan, namun dia
menyelesaikan masalah. berusaha untuk menyembuhkan penyakitnya
dengan mendapatkan rawatan di Pusrawi.

You might also like