You are on page 1of 3

Puisi Tradisional: Beberapa Petua Hidup

MAKSUD
FIKIR DAN KATA
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa manusia yang kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan
dapat mengatasi masalah yang dihadapinya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa manusia mestilah berfikiran matang sebelum bercakap apa- apa supaya
dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham waima persengketaan.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa manusia yang suka marah akan orang lain dengan kata-kata yang
menyakitkan hati akan melukakan perasaan orang lain.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang kasar dalam pertuturan akan menyebabkan
dirinya ditimpa pelbagai masalah.
SILANG DAN SENGKETA
RANGKAP 5
Penulis berkata bahawa manusia yang suka bergaduh dan berselisihan faham akan hidup dalam
kesedihan.
RANGKAP 6
Penulis menasihati kita agar tidak sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain dan setiap
perselisihan faham harus diselesaikan, bukannya dielakkan.
ILMU
RANGKAP 7
Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai dengan sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai
dengan baik tidak dapat memanfaatkan kita.
RANGKAP 8
Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan dalam diri seseorang harus ditimba dengan
kesungguhan dan kerajinan asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.
DUNIA PERGAULAN
RANGKAP 9
Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih
rakan sebaya.
RANGKAP 10
Penulis berkata bahawa seseorang manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya dan melalui
pergaulannya.
RANGKAP 11
Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan yang baik biasanya akan bersama-sama dalam
pelbagai aktiviti kehidupan dan sentiasa bersama di mana-mana sahaja.
SIFAT-SIFAT YANG BAIK
RANGKAP 12
Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati
oleh ahli masyarakat.
RANGKAP 13
Penulis berkata bahawa seseorang yang murah hati dan suka menderma akan mendapat
perhatian daripada masyarakat.
RANGKAP 14
Penulis berkata bahawa seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat kawan dan
menjadi tempat untuk meminta bantuan.
PERBUATAN YANG BAIK
RANGKAP 15
Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak berjasa dalam masyarakat akan sentiasa
dikenang orang pada bila-bila masa.
RANGKAP 16
Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan
kepada orang lain.
SIFAT-SIFAT YANG JAHAT
RANGKAP 17
Penulis berkata bahawa kita mestilah berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik tetapi
berhati busuk.
RANGKAP 18
Penulis berkata bahawa seseorang yang mengkhianati orang lain akan mendapat balasan Tuhan
pada kemudian hari.

TEMA
Tema gurindam ini ialah nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan sehari-harian.

PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN

Persoalan Nilai Pengajaran Contoh


Sabar dan Nilai Kita hendaklah sabra, Kehidupan orang yang suka
menjauhi kesabaran mengawal diri dan bersengketa tidak akan bahagia
persengketaan menjauhi persengketaan. dan persengketaan perlu dijauhi
dan diselesaikan.
Pentingnya Nilai Kita hendaklah rajin Sikap rajin berusaha untuk
menuntut kerajinan belajar dan menuntut mencari ilmu akan membolehkan
ilmu ilmu supaya bermanfaat kita memperoleh pengalaman dan
pengetahuan untuk diri sendiri. kemahiran yang diingini.
Kepentingan Nilai Kita hendaklah menjaga Sifat beradab dalam pergaulan
menjaga adab hemah tingkah laku dan budi disenangi oleh rakan dapat
dalam tinggi pekerti dalam pergaulan. mengelakkan perselisihan.
pergaulan
Membantu Nilai Kita hendaklah Amalan bantu-membantu dalam
orang lain bantu- membantu orang lain kalangan masyarakat adalah satu
yang susah membantu yang mengalami kemestian dan perlu dilakukan.
kesusahan.

GAYA BAHASA
Gaya Bahasa Contoh
Aliterasi Pengulangan konsonan s dalam rangkap 6, baris 1, (Supaya terletak silang
sengketa)
Asonansi Pengulangan vokal a dalam rangkap 3, baris 1, (Perkataan tajam jika dilepas)
Repitisi Kurang fikir, kurang siasat
Sinkope dirimu dan kautawan
Responsi Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.
Imej alam Beringin, upas, burung, bunga dan taman
Contoh Soalan

Praktis KBAT
1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bijak memilih sahabat?
Supaya kita terdorong untuk mengikut sikap positif sahabat
Mempengaruhi kita untuk tidakmelakukan perbuatan negative
Dapat membimbing kita ke jalan yang benar

2. Pada pendapat anda, apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan peribadi


seseorang?
Ajaran dan didikan ibu bapa serta guru-guru
Keadaan persekitaran
Pengaruh rakan sebaya

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghindari sikap malas belajar?
Supaya kita memperoleh kejayaan yang diimpikan
Supaya kita tidak berada dalam kerugian
Untuk memastikan masa depan terjamin

4. Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang itu bersikap seperti telunjuk lurus
kelengkeng berkait dalam menjalinkan hubungan persahabatan?
Dia akan dipinggirkan oleh rakan-rakan
Rakan-rakan hilang kepercayaan terhadap dirinya

You might also like