You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB SUKAN PACUAN 4X4 PARIS

W.D.T 628
90200 KOTA KINABATANGAN

TARIKH : 6.4.2017
HARI : Khamis
MASA : 8.00 mlm 10. 00 mlm
TEMPAT : Kediaman Hj. Abbas

KEHADIRAN

1. Cg. Jefri Penasihat Kelab


2. Arfhan Nur Ariffin Pengerusi
3. Rostam AJK Kelab
4. Mahathir Ariffin AJK Kelab
5. Salamat AJK Kelab
6. Mohd Said Odeh Ahli Kelab

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Ucapan Salam dan terima kasih atas kehadiran AJK.


2. Menyatakan tujuan/agenda mesyuarat ini diadakan, iaitu Kelab akan mengadakan program secara
kerjasama (Joint Venture) bersama PRBM 4X4 Tawau.
3. Program ini dinamakan 4x4 Fun Game yang dibuat secara terbuka dan akan melibatkan
penglibatan dari Kelab 4x4 sekitar Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan lain-lain.
4. Mesyuarat ini adalah untuk mengenalpasti persediaan yang perlu diambil untuk menjalankan
program seperti surat-surat permohonan dan kelengkapan program.
Untuk makluman

II. PERKARA YANG DIPERLUKAN

PERSURATAN

1. Surat permohonan Tapak Program.


2. Permit Polis
3. Surat permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
4. Surat kepada PRBM (menyatakan bahawa pihak kelab 4x4 Paris bersetuju untuk menjalankan
program secara kerjasama dengan PRBM 4X4 Tawau)

Nota: Surat permohonan tapak perlu dihantar terlebih dahulu.


Tindakan SU Kelab

KELENGKAPAN

1. Kerusi
2. Sound system
3. Meja
4. Banner dan banting
5. Baju dan sticker
6. Jam Randik
7. Radio
8. Stage untuk berucap
9. Marker (Jamal)
10. Paip PVC

Nota: Setiap permohonan untuk meminjam kelengkapan perlu disertakan dengan surat rasmi.
Tindakan AJK Kelab

III. TARIKH DAN LOKASI PROGRAM

1. Tarikh : Selepas Hari Raya Aidilfitri 2017 ( Tarikh hanya akan dimuktamadkan selepas tapak
program diluluskan )
2. Lokasi : a) Tanah Rezab Paris 2
b) LP5
3. Program akan diadakan selama dua hari

IV. TEKNIKAL

1. Recovery
2. Tali
3. Litar / Track (berkonsep just for fun, tidak menyebabkan kerosakan teruk kepada kenderaan
peserta)
Tindakan AJK Kelab

V. PENGINAPAN PESERTA

( Cadangan )

1. KOPEL
2. Kediaman Ahli Kelab ( satu kereta per ahli )
3. Camp side
Tindakan AJK Kelab

VI. KATEGORI ACARA

1. Standard
2. Ubah Suai ( Modified )

VII. SYARAT-SYARAT / UNDANG UNDANG ACARA

- Kenderaan yang tidak mempunyai winch akan dibantu oleh bahagian recovery, bilangan mata
akan dipotong ( 5 markah )
- Jenis dan Saiz Tayar adalah bebas.

VIII. HADIAH

1. Wang Tunai ( Tempat 1,2,3)


2. Cenderahati
3. Sijil
4. Minyak brek, air bateri dan lain lain.
5. Semua penyertaan akan membawa pulang pisang.

6. Kategori Hadiah :
a. Driver Terbaik
b. Co-Driver Terbaik
c. Kereta Sensasi
d. Kereta Sengsara (Hadiah kejutan)

IX. JAWATAN KUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : Arfhan Nur bin Ariffin


Naib Pengerusi : Burhan bin Mansur
Setiausaha : Mohd Said bin Odeh
Bendahari : Safri bin Rapi

Bil JAWATANKUASA DISKRIPSI TUGAS


1 Urusetia -Menguruskan persiapan peralatan yang
i. Arfhan Nur Ariffin diperlukan.
ii. Mohd Said bin Odeh -Memastikan peralatan mencukupi sepanjang
program.
2 Track Official -Memastikan litar/track dalam keadaan baik
i. Selamat bin Kamil dan sesuai untuk digunakan.
-Mengadili pertandingan.
3 Perhubungan -Memastikan surat-surat yang perlu dihantar
ii. Mahathir bin Ariffin sebelum bermula program dihantar.
-Memaklumkan dan menghantar surat
jemputan kepada kelab 4x4 lain.
4 Keselamatan -Memastikan keselamatan peserta dan
iii. Bedu bin Abd Razak pengunjung semasa program berjalan dalam
keadaan terkawal.
-Menentukan dan mengawal tempat letak
kenderaan untuk pengunjung supaya tidak
sesak.
5 Recovery -Membantu kenderaan yang rosak atau tidak
iv. Rusman bin Arsad dapat meneruskan cabaran.
-Memastikan kelancaran perlumbaan.
6 Sumbangan -Bertanggungjawab dalam urusan mendapat
v. Rostam sumbangan atau dana tambahan dari syarikat-
syarikat atau persendirian.

X. MASAKAN

- Dibuat secara gotong royong, melibatkan penglibatan masyarakat kampung khususnya wanita
untuk memasak.
XI. BAJU

1. Petugas - Kelabu
Peserta - Kuning
2. Cadangan untuk mendapatkan penaja bagi baju.

XII. KEWANGAN

1. Memohon sumbangan daripada syarikat, perusahaan dan individu.


2. kutipan yuran daripada ahli Kelab sebanyak RM100.
3. Setiap permohonan sumbangan akan disertakan dengan surat rasmi.
4. Kutipan RM5 bagi setiap gerai di tapak program.

XIII. HAL-HAL LAIN

Pengerusi berharap aktiviti ini akan berjaya di jalankan. AJK diharapkan dapat menjalankan tugas-
tugas awal bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Aspek persuratan atau surat-
surat permohonan harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat persiapan selanjutnya.

XIV. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00mlm. Mesyuarat seterusnya akan diadakan selepas
mendapatkan kelulusan tapak program dari JKK Kampung Paris 2.

Disediakan oleh, Disemak oleh

(S/U Kelab Sukan Pacuan 4X4 (Pengerusi Kelab Sukan


Paris) Pacuan 4x4 Paris)

You might also like