You are on page 1of 3

Kepelbagaian etnik di Malaysia merupakan satu tarikan unik yang ada di Malaysia

yang jarang ada di negara negara lain. Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai
pelbagai etnik. Senario kepelbagaian etnik ini diwarnai oleh sejarah yang tersendiri. Untuk
menjadi negara multietnik yang berjaya, Malaysia telah melalui era-era hubungan etnik yang
pada peringkat awalnya penuh ranjau dan duri tetapi menjadi semakin baik tahun demi tahun.
Dua istilah utama yang sering kita bincangkan ialah perpaduan dan kesepaduan.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai etnik. Antara contoh yang
paling mudah adalah kepelbagaian bangsa dan adat serta tidak lupa makanan. Terdapat
pelbagai bangsa yang ada di negara ini seperti melayu, cina, india, orang asli, dan pelbagai
lagi bangsa yang ada di negar ini. Selain itu, negara ini kaya dengan pelbagai jenis makanan
yang menjadi salah satu faktor perkembangan dari sektor pelancongan. Pelancong asing
kebanyakan datang ke Malaysia bukan hanya ingin melihat keindahan negara kita malah
melihat kepelbagaian adat resam kita dan keenakan makanan yang tersedia di negara kita.
Pelbagai makanan yang terdapat seperti nasi lemak, kueh teow, roti canai dan pelbagai lagi
jenis makanan yang unik di negara kita ini. Oleh itu, pelbagai jenis etnik yang berada di
Malaysia ini harus lah bersatu padu dan kekal bersama dalam apa masalah sekalipun.

Selain itu, negara kita penuh dengan pelbagai sejarah terdahulu. Terdapat banyak
sejarah sejarah yang berlaku di negara ini. Sebagai contoh di Melaka, kita dapat melihat
tapak tapak peninggalan sejarah yang telah ditinggal kan oleh penjajah. Selain itu, pelbagai
pedagang telah datang untuk berdagang di negara kita merupakan satu faktor dimana
kepelbagaian etnik di negara kita pada masa kini. Pedagang luar yang datang seperti
pedagang cina, india, arab, parsi dan banyak lagi telah datang untuk berdagang. Kemudian,
wujudnya perkampungan etnik ketika itu di melaka. Ianya menyumbang kepada kepelbagaian
etnik pada masa kini. Selain datang untuk berdagang, mereka membawa ajaran agama masing
masing terutama ajaran agama islam. Justeru itu, perkembangan agama islam telah
berkembang luas di negara kita dari dahulu lagi hingga kini sebagaimana Perlembagaan
Malaysia yang tertulis agama islam sebagai agama rasmi negara. Oleh itu, kita seharusnya
menjaga sejarah yang telah tercipta sejak dahulu lagi.

Sejak dari zaman penjajahan lagi, wujudnya masyarakat hubungan etnik ini. Namun,
sewaktu zaman itu, hubungan etnik ini lebih kepada bersifat segregasi iaitu penempatan yang
berpuak di mana orang orang melayu di tempat kan di kampung kampung, orang orang
cina di lombong lombong dan orang orang india di estet estet. Orang melayu
menjalankan hasil pertanian seperti berkebun dan bercucuk tanam serta menanam padi. Itu
lah hasil yang diperolehi orang melayu. Manakala orang cina pula, mereka ditempatkan di
lombong lombong. Hasil keluaran mereka adalah biji timah, bijih besi dan emas. Orang
india pula ditempatkan di estet estet untuk memungut hasil getah. Penjajah mengasingkan
pelbagai etnik ini adalah untuk menyekat perpaduan antara etnik agar mereka boleh menjajah
dengan lebih lama. Namun, semangat ingin akan kemerdekaan itu membuak buak dalam
kalangan setiap etnik. Seterusnya mencetus revolusi untuk mencapai kemerdekaan yang
dikecapi oleh negara Malaysia sekarang. Pelbagai etnik bersatu padu untuk mendapat
kemerdekaan. Mereka sehingga sanggup bergadai harta benda demi mencapai kemerdekaan.
Oleh itu, kita sebagai generasi yang sudah merdeka seharusnya berbangga dengan generasi
yang terdahulu yang bersusah payah dan bertungkus lumus untuk mencapai kemerdekaan.
Seharusnya kita sebagai generasi yang baru perlu lagi meningkatkan ekonomi negara agar
negara kita terus stabil dan boleh bersaing dengan negara negara yang membangun.

Selepas perang dunia ke-2 berlaku, negara kita di kenali sebgai Tanah Melayu telah
mendapat kemerdekaan dengan persetujuan menyatupadukan semua kaum yang ada pada
masa itu. Negara kita berada dalam 3 situasi selepas kemerdekaan dikecapi dimana kita
berada di status konflik, ketegangan dan stabil. Sewaktu konflik berlaku, krisis ekonomi telah
berlaku dan telah hampir melumpuhkan ekonomi negara. Kegawatan ekonomi telah berlaku
dimana terdapat revolusi industri di eropah. Selain itu, ekonomi negara kita telah dipegang
banyak oleh orang asing dan juga cina dimana yang selebihnya barulah melayu dan india.
Krisis ini berlanjutan hinggalah dimana tercetusnya rasa tidak puas hati dan ketegangan pun
berlaku. Kejadian 13 Mei adalah kemuncak ketegangan itu dimana rusuhan secara besar
besaran telah berlaku antara kaum. Pertumpahan darah berlaku diantara kaum melayu dan
kaum cina. Krisis ini akhirnya diselesaikan dimana akta hasutan ditubuhkan dan menangkap
mana mana orang perseorangan atau kumpulan yang memarakkan api perkauman. Malah,
dasar ekonomi baru telah diwujudkan. Itu lah kemuncak bagi krisis yang berlaku dimana
akhirnya kestabilan negara dapat di capai. Oleh itu, janganlah kita mencetuskan api
perkauman dan membuat rusuhan kerana ianya akan meruntuhkan ekonomi dan menggugat
kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 57 Tahun ini. Kita seharusnya memajukan lagi
ekonomi negara kita agar dipandang tinggi oleh negara lain dan menjadi contoh kepada
negara yang lain.
Kesimpulanya, keunikan di Malaysia merupakan satu anugerah bagi rakyat yang
berbilang etnik. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersatu padu dan bekerjasa untuk
menjaga keamanan yang kita sendang kecapi ini. Kita seharusnya ingat akan pengorbanan
datuk dan nenek kita yang terdahulu untuk menuntut kemerdekaan yang kita kecapi sekarang
ini. Janganlah kita saling berbalah sesama sendiri kerana ianya akan memberi kesan yang
buruk kepada diri kita sendiri malah kepada ekonomi negara juga. Kita tidak seharusnya
mengguling kerajaan yang sedia ada tetapi membantu lagi kerajaan yang sedia ada untuk
melicinkan lagi pentadbiran itu. Selain itu, semangat cinta akan tanah air kita iaitu Malaysia
haruslah dipupuk ke dalam diri setiap masyarakat Malaysia agar negara kita lebih aman dan
makmur lagi. Tiada negara nama Malaysia akan wujud tanpa perpaduan dari semua etnik
yang ada di negara ini. Kita seharusnya berbangga mempunyai negara yang begitu unik yang
tiada di negara negara yang membangun lain. Oleh itu, sayangilah Malaysia kita
sebagaimana bersesuaian dengan tema kemerdekaan negara kita iaitu Disini Lahirnya
Sebuah Cinta. Pupuk dan semailah rasa cinta akan tanah air kita Malaysia ini. Merdeka!
Merdeka! Merdeka!

You might also like