You are on page 1of 41

Definisi

PENGURUSAN
SUMBER Kepentingan
MANUSIA

Fungsi
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:


a) Memahami Definisi Pengurusan Sumber
Manusia
b) Memahami kepentingan Pengurusan Sumber
Manusia
c) Mengaplikasi Fungsi Pengurusan Sumber
Manusia
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
Program pembangunan dan
pentadbiran sumber manusia untuk
meningkatkan prestasi dan kualiti di
samping memenuhi keperluan dan
kepuasan mereka.
KEPENTINGAN PSM

1.Menarik calon yang layak untuk


memohon pekerjaan

2.Membangunkan tahap kebolehan dan


kepakaran pekerja bagi mendapatkan
tingkat prestasi yang tinggi

3.Mengekalkan kakitangan/
sumber manusia yang berkualiti
dan beroperasi
FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PERANCANGAN

PENGREKRUTAN

PROSES PEMILIHAN

ORENTASI

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

PENILAIAN PRESTASI

PENTADBIRAN GANJARAN DAN PAMPASAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

PERHUBUNGAN INDUSTRI
Ramalan
Sumber
Manusia
Spesifikasi
Perancangan Kerja

Analisis Kerja
Huraian
Kerja
PERANCANGAN
SUMBER MANUSIA
Melibatkan penganalisaan situasi pekerjaan
sekarang dan masa depan serta membentuk
strategi untuk memenuhi keperluan sumber
manusia bagi organisasi.
Melibatkan :
i. Ramalan sumber manusia
ii. Analisis kerja
Ramalan Sumber Manusia
Menganggar bilangan dan jenis
tenaga buruh yang diperlukan oleh
organisasi pada masa akan datang

Mengenalpasti keperluan sumber


manusia di masa depan berdasarkan
perancangan perniagaan organisasi.
Analisis Kerja
Merupakan satu teknik yang digunakan untuk
mengumpul dan menganalisis maklumat
berkenaan kerja, tugas dan tanggungjawab serta
kemahiran, pengetahuan dan keupayaan yang
diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja,
tugas dan tanggungjawab.
Analisis kerja terbahagi kepada 2:
i. Huraian kerja (Job Description)
ii. Spesifikasi kerja (Job Specification)
i)Huraian Kerja
Dokumen formal yang
menerangkan tentang kerja,
tugas dan tanggungjawab yang Branch Managers (Based in
branches throughout the country)
perlu dilaksanakan oleh
seseorang penjawat. Responsibilities
Ia mengandungi maklumat
seperti tajuk kerja, ringkasan Plan, execute and oversee the
kerja, tanggungjawab kerja overall management of the Branch
dan hubungan autoriti including developing and
maintaining clientele relationship
Digunakan sebagai sumber
Develop and implement sales &
rujukan semasa proses marketing strategies, identify and
merancang dan mengambil secure potential business
pekerja, menjalankan induksi opportunities as well as identify
untuk pekerja baru dan market niche opportunities for the
menentukan faedah, ganjaran Bank's numerous products and
dan pampasan. services
ii) Spesifikasi Kerja
Dokumen formal yang
menerangkan tentang kelayakan
yang perlu dimiliki oleh
seseorang individu untuk
melakukan sesuatu kerja dengan
Branch Managers (Based in
berkesan
branches throughout the
Mengandungi maklumat country)
berkenaan identifikasi kerja,
kelulusan, pengalaman, Requirements
kemahiran dan ciri-ciri peribadi Proven track record with
yang perlu dimiliki oleh pekerja. minimum 3 years experience in
a similar capacity
Dokumen ini perlu disimpan bagi
Tertiary qualification would be
tujuan pengambilan, induksi, an advantage
pemberian latihan dan Committed, self-motivated,
pembangunan serta pemberian resourceful and result-oriented
faedah, ganjaran dan pampasan. Excellent interpersonal and
leadership qualities
Kaedah
Tertutup
Sumber
dalaman
Kaedah
Pengrekutan
Terbuka
Sumber
luaran
PENGREKRUTAN

Proses mengenalpasti dan menarik minat


calon yang berkelayakan untuk mengisi
jawatan kosong dalam organisasi.
Calon yang sesuai boleh diperolehi melalui
sumber:
i. Dalaman ( kaedah tertutup dan terbuka)
ii.Luaran ( pengiklanan, agensi pekerjaan,
kampus)
Sumber Dalaman
Tawaran pekerjaan disasarkan kepada pekerja
sedia ada di dalam organisasi itu sendiri.
Pemilihan calon akan dijalankan dengan
merujuk kepada maklumat pekerja yang
disimpan oleh jabatan sumber manusia

Terdapat dua kaedah:


i. Kaedah tertutup: pengurus akan
memutuskan pekerja mana yang perlu dinaikkan
pangkat setelah mengambil kira pandangan dari
penyelia yang berkaitan

ii. Kaedah terbuka: maklumat tentang jawatan


kosong di hebahkan melalui papan buletin atau
surat pekeliling / memo organisasi.
Sumber Luaran
Tawaran pekerjaan disasarkan kepada pihak dari luar
organisasi.
Antara kaedah yang boleh digunakan:
- Pengiklanan: mengiklan dalam media massa
- Agensi pekerjaan: mendapatkan khidmat
daripada agensi pekerjaan swasta dan awam
- Pengrekrutan kampus: menghubungi pihak
universti, kolej untuk mendapatkan
maklumat mengenai penuntut yang akan
menamatkan pengajian.
PROSES PEMILIHAN
Proses mengambil pekerja yang terbaik daripada
sejumlah caloncalon yang memohon sesuatu
pekerjaan.
Pekerja yang dipilih mestilah mempunyai
kelayakan yang diperlukan berdasarkan
spesifikasi kerja.
Antara kaedah lazim yang digunakan dalam
melakukan pemilihan kakitangan:
i. Borang permohonan
ii. Saringan
iii. Ujian
iv. Temuduga
v. Semak rujukan dan latar belakang
vi. Ujian fizikal dan kesihatan.
Kaedah Pemilihan
Borang Permohonan

Saringan

Ujian

Temuduga

Semak Rujukan dan latar belakang

Ujian fizikal dan kesihatan


Borang Permohonan

Calon yang berminat akan mengisi borang


permohonan kerja.
Calon perlu menyertakan maklumat
peribadi seperti nama, alamat, tahap
pendidikan, pengalaman kerja dan
disertakan dengan salinan sijil-sijil yang
disahkan.
Saringan

Tapisan awal ke atas borang


permohonan bagi memilih calon
yang memenuhi syarat untuk di
pilih ke proses seterusnya.
Ia menyenaraipendekkan calon-
calon berkelayakan dan
mengenepikan calon yang tidak
layak
Ujian
Ujian dilakukan untuk
memilih pemohon yang
benar-benar mempunyai
pengetahuan, kebolehan
dan keupayaan untuk
memegang jawatan yang
ditawarkan.
Contoh: ujian personaliti
atau sikap, ujian
kecekapan dan kemahiran.
Temuduga
Calon yang sesuai dan memenuhi syarat akan
dipanggil untuk temu duga.
Ia adalah proses pertukaran maklumat antara
pihak organisasi yang menjalankan
pengambilan dengan calon yang layak.
Ia adalah untuk mendapatkan maklumat yang
terperinci daripada calon berhubung dengan
kelayakan, pengalaman, kemahiran, sikap
terhadap pekerjaan, komunikasi, idea dan
sebagainya.
Calon akan diberitahu tentang tugas-tugasnya,
sekiranya ditawarkan tempat untuk
berkhidmat, polisi syarikat, gaji yang
ditawarkan dan aspek lain yang berkait rapat
dengan organisasi.
Semak rujukan dan latar belakang

Pihak yang boleh dihubungi oleh pengurus sumber


manusia bagi mendapatkan maklumat tambahan
mengenai calon.
Mereka yang dinamakan mestilah mengenali calon
dan dapat memberi maklumat tentang sikap,
personaliti dan pengalaman kerja lalu.
Sumber rujukan adalah dari majikan terdahulu
atau tenaga pengajar di mana calon belajar.
Ujian fizikal dan kesihatan

Merujuk kepada ujian yang


dijalankan ke atas tubuh badan
calon.

Bertujuan untuk memastikan


calon tersebut sihat dan bebas
daripada penyakit merbahaya.

Contoh: ujian dadah.


ORIENTASI
Proses memperkenalkan, menyesuaikan dan
membudayakan pekerja baru dengan suasana
pekerjaan dalam organisasi.

Orientasi akan dijalankan kepada calon-calon yang


berjaya.

Pihak pengurusan akan menerangkan polisi dan


peraturan organisasi, tanggungjawab pekerja
sebagai penyandang jawatan dan ahli organisasi
serta memperkenalkan pekerja lain kepada
pekerja baru.
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
LATIHAN

Usaha organisasi untuk meningkatkan


kemahiran dan pengetahuan pekerja serta
membina sikap positif terhadap kerja selaras
dengan perkembangan semasa dalam bidang
pekerjaan tertentu.
Terdiri daripada:
i. Latihan semasa kerja (On the job training)
ii. Latihan di luar waktu kerja (Off the job
training)
Latihan Semasa Kerja
(On The Job Training)
Merupakan latihan dijalankan semasa pekerja
sedang bekerja.

Jenis latihan yang biasa diamalkan ialah:


i. Program Perantisan
ii. Program Mentor
iii. Pusingan Kerja
PROGRAM PERANTISAN
-Program yang perlu dilalui oleh calon dalam masa yang telah
ditetapkan dengan mempelajari dan melakukan tugas-tugas
yang telah ditentukan sebelum diterima sebagai pekerja
bertaraf.

MENTOR
-Pekerja baru dibimbing oleh pekerja lama dalam waktu
bekerja dengan berkongsi pendapat, kemahiran dan
kepakaran di antara mereka.

PUSINGAN KERJA
- Latihan kepada pekerja melalui pemindahan secara
sistematik dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Pekerja
dapat memperolehi pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
Latihan Di luar Kerja
(Off The Job Training)

Latihan yang dijalankan di luar waktu dan tempat


bertugas pekerja.
Pekerja akan dihantar mengikuti kursus yang akan
dikendalikan oleh pihak pengurusan organisasi
sendiri atau pihak luar di tempat-tempat tertentu
seperti di bilik seminar dan pusat latihan.
Ia bertujuan untuk mewujudkan persekitaran
latihan yang terkawal dan menawarkan
pembelajaran berfokus tanpa gangguan.
PEMBANGUNAN PENGURUSAN

Program ini dijalankan bagi meningkatkan


kemahiran konseptual, analitikal dan penyelesaian
masalah di kalangan pekerja khususnya kakitangan
pengurusan.

Contohnya : Memberi latihan kepimpinan kepada


pengurus
PENILAIAN PRESTASI
Merupakan satu proses yang sistematik bagi menilai
pencapaian pekerja dalam melakukan kerjanya.
Tujuan:
i. Memberi maklumbalas berkaitan dengan tahap pencapaian
pekerja.
ii. Menyediakan langkah-langkah tertentu untuk
meningkatkan prestasi mereka.
iii. Memberi asas kepada pihak pengurusan dalam
menentukan ganjaran kepada pekerja.
iv. Memberikan maklumat berhubung dengan keberkesanan
aktiviti-aktiviti pemilihan, latihan dan pembangunan
pekerja.
v. Memberikan maklumat kepada pengurus tentang kualiti
dan kekuatan sumber manusia yang terdapat dalam
organisasi.
Kaedah Penilaian Prestasi
Skala Perkadaran

Melibatkan pembentukan satu skala untuk menilai


prestasi pekerja
Nilai skala yang rendah menggambarkan prestasi yang
lemah manakala, nilai skala yang tinggi menggambarkan
prestasi yang tinggi. Contohnya 1 (sangat tidak
memuaskan) 5 (sangat memuaskan).
Biasanya menggunakan borang yang diformatkan.
Pekerja dinilai dari segi kualiti atau ciri-ciri lain seperti
sikap, tabiat kerja dan kualiti kerja.
Perbandingan Pekerja

Melibatkan perbandingan prestasi antara seorang


pekerja dengan pekerja yang lain.
Pemeringkatan(ranking) akan dibuat daripada
pekerja yang menunjukkan prestasi paling baik
kepada pekerja yang menunjukkan prestasi paling
lemah.
Kaedah ini sesuai digunakan apabila bilangan
pekerja dalam organisasi adalah sedikit dan untuk
memberi ganjaran kepada pekerja yang layak.
Esei
Melalui teknik penilaian esei, penilai akan
membuat kesimpulan mengenai tahap prestasi
pekerja berdasarkan soalan-soalan terbuka
yang dikemukakan mengenai prestasi pekerja.

Penilai akan menggunakan teknik penerangan


dan perkataan tertentu untuk menggambarkan
prestasi pekerja yang dinilai dengan betul dan
tepat.
PENTADBIRAN GANJARAN
DAN PAMPASAN
Merupakan bayaran dan imbuhan yang
diberikan kepada pekerja sebagai balasan
bagi pelaksanaan sesuatu kerja yang telah
ditetapkan.
Setiap pekerja perlu dibayar berdasarkan
sumbangan, tenaga dan usaha yang
diberikan kepada organisasi.
GANJARAN

Ganjaran bentuk Ganjaran bukan


wang: kewangan
- Gaji - Kemudahan perubatan
- Upah - Sijil Kepujian
- Komisen jualan - Kemudahan rumah
- Bonus tahunan dan kenderaan
- Elaun syarikat
- Pelan insurans
- Bantuan pendidikan
(pinjaman, biasiswa)
PAMPASAN
Gratuiti
Pencen

- Bayaran bulan yang - Bayaran yang dibuat


diberikan kepada
pekerja yang telah sekaligus selepas
bersara tamat tempoh
perkhidmatan
seseorang pekerja
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJA
Keselamatan pekerja adalah bertujuan
mewujudkan tahap kepuasan serta motivasi yang
tinggi di kalangan pekerja.
Penjagaan kesihatan pekerja bertujuan
melindungi pekerja daripada gangguan emosi
dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh kerja
dan persekitaran kerja.
AKTIVITI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJA

AKTIVITI KESELAMATAN AKTIVITI KESIHATAN


PEKERJA PEKERJA

Memberi latihan Kempen menjaga


keselamatan dan kesihatan dan ceramah
kecemasan kepada kesihatan
pekerja
Menyediakan alat Pemeriksaan kesihatan
keselamatan Larangan merokok,
Menubuhkan minuman keras
jawatankuasa Panel perubatan percuma
keselamatan
Kempen keselamatan
PERHUBUNGAN INDUSTRI
Ia mencakupi bidang pengurusan pekerja
daripada aspek undang-undang buruh dan
pekerjaan, terma atau syarat perkhidmatan dan
hak pekerja serta majikan.
Melibatkan perhubungan antara majikan,
pekerja, pihak kerajaan, kesatuan sekerja dan
mahkamah atau tribunal.
Bertujuan mewujudkan perhubungan yang
harmoni diantara majikan dan pekerja,
seterusnya mewujudkan suasana tempat kerja
yang aman dan gembira.

You might also like