You are on page 1of 40

Tugasan 1

1.0 Pengenalan
Pada masa ini, kes jenayah penculikan sering terpapar di media media massa dan juga media
elektronik. Kesan penculikan yang dilakukan ini bukan sahaja mengeksploitasi hak asasi
manusia, tetapi juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa manusia. Menurut pandangan
Islam, konsep hak asasi manusia bukanlah terhasil daripada daya pemikiran manusia, tetapi
ianya sudah wujud dari wahyu Ilahi yang diturunkan kepada para nabi dan rasul lagi
(Baharuddin Harun, 2000:26). Namun begitu, terdapat sesetengah pihak yang menafikan hak-
hak asasi manusia dengan melakukan pelbagai penganiayaan dari segi fizikal, mental, emosi
terhadap insan lain. Kes penculikan merupakan satu masalah yang serius yang perlu diberi
perhatian dan kaedah untuk mencegahnya. Oleh itu, berdasarkan kenyataan tersebut, kajian ini
diketengahkan untuk meninjau kes penculikan yang berlaku khususnya di Malaysia.
2.0 Pernyataan Masalah
Negara kita digemparkan dengan berita penculikan dan pembunuhan yang berlaku kepada adik
Nurin Jazlin Jazimin yang berusia 8 tahun. Sementara itu, teka-teki mengenai kehilangan adik
Sharlinie Mohd Nashar, lima tahun yang hilang setelah diculik pada 12 Januari lalu belum
terjawab. Rentetan daripada kes-kes tersebut, banyak pihak menuding jari kepada pihak
berkuasa. Semua lapisan anggota masyarakat juga mula memperkatakan tentang kejadian ini.
Pelbagai pandangan dan andaian yang dibuat mengenai motif penculikan kanak-kanak tersebut.
Apabila kejadian seumpama ini berlaku, masyarakat yang dulunya lalai tentang hal ini mula
menyedari dan memberi perhatian terhadap penjagaan serta perlindungan terhadap kanak-
kanak. Menurut Senior Asisten komisioner, Datuk Nooryah Md. Anvar dan Timbalan Pengarah
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Jamaluddin Khalid
mengakui peningkatan kadar jenayah di seluruh negara menunjukkan peningkatan (Dewan
Masyarakat, 2008: 43). Isu tentang jenayah terhadap kanak-kanak ini telah banyak
diperbincangkan sehingga kerajaan telah menubuhkan satu akta yang bertujuan untuk
memelihara dan memberi perlindungan daripada didera dan dianiayai iaitu Akta Kanak-Kanak
2001. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat berkata kejadian jenayah ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan
datang sekiranya tidak dibendung (Berita Minggu,2006). Ini bermakna keselamatan kaum
wanita khasnya kanak-kanak perempuan semakin lama semakin diancam walaupun negara kita
semakin maju membangun. Oleh itu, kerja kursus ini dilakukan untuk mengupas perincian-
perincian kes penculikan yang berlaku dan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang
menyebabkan kejadian penculikan ini berlaku terutamanya di Malaysia.

Kejadian penculikan yang berlaku pada 02 April 2014 (Rabu) di Resort Singamata
Adventure & Reef Resort Sdn Bhd, Semporna melibatkan seorang pelancong yang berasal dari
China dan seorang pekerja Filipina. Peristiwa tersebut turut meruntun perasaan rakyat Malaysia
sehingga soal-soal keamanan menjadi kebebanan dan kebimbangan masyarakat. Mangsa Gao
Hua Yuan yang berumur 29 tahun merupakan seorang pelancong dari Shanghai, China yang
menginap di resort tersebut bagi menghadiri kursus menyelam di resort tersebut manakala
Marcy Dayawan yang umur 40 tahun merupakan warganegara Filipina yang bekerja di resort
tersebut. Dalam kejadian ini, sekumpulan lelaki seramai tujuh orang yang bersenjata api
mencerobohi kawasan resort dengan menggunakan sebuah bot jenis speedboat dan beredar
dari kawasan resort tersebut selepas menculik kedua-dua mangsa tersebut. Pihak penculik
telah meminta 36.4 juta ringgit Malaysia sebagai wang tebusan untuk melepaskan mangsa.
Walaubagaimanapun, atas kerjasama antara Malaysia dan Filipina, mangsa- mangsa ini telah
berjaya diselamatkan.

Kes penculikan kedua ini berlaku di kawasan Pantai Timur Sabah berdekatan Silam,
Lahad Datu. Kes ini telah melibatkan seorang warganegara China yang bernama Yang Zai Lin,
34 tahun yang berasal dari Guangzhao, China. Mangsa ini merupakan pengurus syarikat
ternakan ikan dalam sangkar dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata dan percaya telah
menuju ke selatan Pulau Simutu, Filipina pada 06 Mei 2014 (Selasa). Walaubagaimanapun
mangsa Yang Zai Lin telah berjaya dibebaskan oleh penculik berdasarkan hasil tindakan pihak
berkuasa berpandukan maklumat risikan dan tiada wang tebusan yang dibayar terhadap
penculik.

Kejadian penculikan yang seterusnya berlaku pada 12 Julai 2014 (Sabtu) di Semporna.
Hal ini melibatkan seorang anggota polis Marin yang bernama Konstabel Zakia Aleip dan
dipercayai teah diculik oleh lapan orang lelaki bersenjata di Pulau Mabul. Konstabel Zakia Aleip
telah dikurung di tempat persembunyian hutan pergunungan, Pulau Jobo, selatan Filipina.
Selepas Konstabel Zakia Aleip diculik oleh penculik tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina telah menjalankan proses perundingan dengan
kumpulan penculik tersebut untuk membebaskan Konstabel Zakia Aleip.

Pelancong warga china, pekerja resort warga Filipina diculik


Sepasang pelancong suami isteri dari Taiwan menjadi mangsa kes bunuh serta culik
3.0 Faktor-Faktor Berlaku Kes Penculikan

Bak kata pepatah kalau tidak ada angin, manakah pokok bergoyang, setiap masalah yang
timbul ada sebabnya, kes-kes penculikan yang berlaku pun tidak dikecualikan. Demi mendepani
dunia yang berkembang, faktor-faktor kejadian kes penculikan perlu dikemukakan untuk
menangani tragedi tersebut sebelum nasi sudah menjadi bubur.

Faktor Pendatang Tanpa Izin


Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri Sabah dengan kemasukan melalui
agensi-agensi haram atau penggunaan pas masuk lawatan sosial menyebabkan fenomena
penculikan semakin berleluasa. Kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah telah
menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti kes-kes jenayah yang membebankan negara dan
menjejaskan ekonomi tempatan. Menurut Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Ahmad Nadzer Nordin, golongan
pendatang asing tanpa izin (PATI) dianggap sebagai dalang utama dalam kegiatan penculikan
di kawasan Pantai Timur Sabah. Berdasarkan maklumat dari Bahagian Perisikan Keselamatan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, kemasukan golongan pendatang asing tanpa
izin (PATI) dipercayai menjalankan kegiatan penculikan di negeri Sabah demi memeras ugut
wang tebusan atas mangsa culik. Kemasukan golongan pendatang asing tanpa izin (PATI)
yang telah menimbulkan pelbagai masalah sosial perlu dipandang serius demi keamanan dan
kesejahteraan negara.

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) mendesak Putrajaya


agar menangani isu pendatang dan setinggan yang disifatkan sebagai punca penculikan
pelancong di Sabah. Naib Presiden Matta (kemasukan pelancong) KL Tan berkata,
keselamatan dapat ditingkatkan dan penculikan dicegah jika isu pendatang tanpa izin
diselesaikan. "Selesaikan isu pendatang tanpa izin dan penempatan setinggan air akan
tingkatkan keselamatan dan mencegah insiden memalukan dan penculikan berulang," kata Tan
dalam satu kenyataan hari ini. Masalah kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah menjadi tajuk
utama dan sering dibangkitkan banyak pihak sebelum ini, malahan satu Suruhanjaya Inkuiri
Diraja (RCI) juga ditubuhkan bagi menyiasat punca permasalahan tersebut. Turut didedahkan
dalam RCI tersebut adalah mengenai "Projek IC" di mana wujud usaha memberikan kad
pengenalan kepada pendatang sebagai pertukaran undi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)
di Sabah. Sabah juga dianggap sebagai deposit tetap kepada BN.
Insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua
Yun dari Shanghai, China dan pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari
Singamata Reef Resort. Kejadian terbaru tersebut meletakkan Zon Keselamatan Timur Laut
Sabah (Esscom) dalam keadaan berjaga-jaga. Ia meliputi kawasan seluas 1,400 km di pantai
timur Sabah dari Kudat ke Tawau. Kejadian terbaru ini selepas insiden seumpama berlaku
tahun lalu: dua kes membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November
pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

penyeludupan. Ini kerana kedudukan kawasan ini yang berada di pesisir pantai
mengadap ke arah Filipina sering memudahkan aktiviti penyeludupan di kawasan ini. Oleh itu,
salah satu isu yang utama di kawasan ini adalah berkait dengan isu penyeludupan barang-
barang sama ada dari Filipina (seperti dadah, rokok dan sebagainya) atau Malaysia (seperti
gula, minyak dan barang-barang subsidi lain. Dengan penubuhan ESSCOM, ramai pihak
menjangkakan isu penyeludupan merupakan satu isu yang akan dapat diselesaikan di kawasan
ini. Ini kerana, penubuhan ESSCOM akan dapat menyekat kesemua aktiviti-aktiviti tersebut.
Dalam hal ini, seramai 73.61 peratus responden menyatakan bahawa penyeludupan barang di
kawasan mereka sukar diselesaikan. Persepsi penduduk ini didorong oleh kedudukan Felda
Sahabat dan kawasan sekitarnya yang berhampiran dengan Filipina. Sebagai contoh, kampung
Tanjung Labian, Tambisan, Felda Sahabat dan Lok Buani antara kawasan yang berhampiran
dengan Filipina. Malahan dalam keadaan cuaca yang cerah, Filipina dapat dilihat daripada
beberapa kawasan pesisir pantai di kawasan ini.53 Jarak petempatan yang berdekatan dengan
Filipina antara punca utama isu penyeludupan mudah dijalankan. Selain itu, salah seorang
responden menyatakan bahawa wujudnya pelbagai lorong-lorong tikus di kawasan ini yang
menyebabkan aktiviti penyeludupan sukar di atasi. Selain itu, wujudnya permintaan yang tinggi
terhadap barangan Malaysia di Filipina atau barangan Filipina di Malaysia meningkatkan lagi
kecenderungan untuk menjalankan aktiviti ini. Di kawasan ini misalnya terdapat penduduk
tempatan yang menjual barang bagi mengaut keuntungan, barang-barang seperti beras, minyak
masak, petrol, tepung dan gula antara barangan yang mendapat permintaan tinggi dari
Filipina.54

Faktor Ketamakan
Kewujudan sikap tamak yang ingin mengejar kemewahan hidup menyebabkan kes penculikan
semakin menjadi-jadi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tamak ialah keinginan
untuk memiliki sesuatu tanpa batasan yang akan menyebabkan seseorang melakukan kerja-
kerja yang terhina. Sekiranya seseorang mempunyai sikap ketamakan yang dinyatakan sebagai
konsep salah terhadap perkaitan antara kekayaan dengan kebahagiaan, seseorang ini tidak
akan berfikir panjang dan mengambil jalan mudah dengan melakukan kes-kes jenayah seperti
kes penculikan untuk mencapai kemewahan hidup dalam rangka masa yang pendek. Sebagai
contoh, wang tebusan yang tinggi sebanyak RM 36.4 juta telah dituntut oleh kumpulan penculik
bagi membebaskan Gao Hua Yuan yang diculik dari Resort Singamata, Semporna. Tragedi
tersebut telah membuktikan sikap ketamakan akan mengaburi kewarasan fikiran untuk
melakukan jenayah demi kemewahan hidup.

Kemerosotan Penghayatan Nilai Keinsanan dan Agama


Kekurangan pendidikan agama akan mempengaruhi seseorang dari segi pembentukan budi
bahasa dan mendorong kemerosotan dalam aspek kerohanian etika. Kemerosotan nilai
keinsanan dan agama menyebabkan seseorang terjerumus dalam gejala yang tidak bermoral
seperti melakukan kes penculikan untuk mencari rezeki bagi mengejar kemewahan hidup.
Situasi tersebut dapat dipaparkan melalui kes-kes penculikan dan pencerobohan yang berlaku
pada 15 November 2013 di pusat peranginan Pulau Pom-Pom. Peristiwa hitam ini pula
menggemparkan seluruh negara Malaysia apabila seorang pelancong warga Taiwan, Hsu Li
Min yang berusia 57 tahun ditemui mati di bilik pusat peranginan Pulau Pom-Pom dengan dua
kesan tempakan pada dadanya. Manakala, teman wanitanya, Chang An Wei yang berusia 58
tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dan sejumlah wang tebusan pula dituntut bagi
membebaskan mangsa culik. Fenomena penculikan dan pencerobohan yang menjadi-jadi di
negeri Sabah telah menjadi petanda kehancuran yang meluas dalam pembangunan negara
maju disebabkan oleh kekurangan dari segi keinsanan.
4.0 Kesan-Kesan Kes Penculikan
Tidak dapat menafikan bahawa kes-kes penculikan yang berlaku telah membawa banyak kesan
yang buruk terhadap masyarakat serta negara kita. Kesan-kesan tersebut hendaklah dipandang
serius oleh masyarakat untuk mengurangkan impak-impak yang lain dengan sedaya upaya.

Tahap keselamatan negara merosot


Insiden yang berlaku membuktikan kemerosotan tahap keselamatan negeri Sabah. Pada 28
April lepas, sekumpulan penculik dari selatan Filipina yang cuba memasuki negara ini melalui
perairan Semporna dikatakan terpaksa mengubah haluan ke perairan negara jiran di utara
Sabah selepas gagal menembusi kawalan ketat di Esszone. Keadaan ini menyebabkan
penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan tersebut berada dalam ketakutan dan
kebimbangan pada setiap masa. Dengan ini, perintah berkurung telah diberikan di perairan
pantai timur Sabah untuk menjamin keselamatan semua penduduk di kawasan tersebut.
Kebebasan pergerakan penduduk di pantai timur Sabah telah dihadkan demi manjamin
keselamatan mereka. Insiden ini bukan rompakan pengganas bersenjata canggih kerana hanya
kelompok yang tidak begitu pasti, tiada hubungan pengganas antarabangsa. Berlakunya kes
penculikan akan membawa perubahan yang sangat besar dalam keselamatan masyarakat
kerana munculnya ancaman dari penculik asing.[footnoteRef:17]17 Kita khuatir kalau ia tidak
diatasi, Malaysia akan terdedah kepada banyak serangan. [17: 17 Karmen Andrew, 2007,
Crime Victims, An Introduction to Victimology, Halaman 273.] Penganalisis jenayah, Kamal
Affendi Hashim juga tidak menafikan wujudnya elemen kekeluargaan sehingga mendorong
seseorang individu itu menyalurkan maklumat kepada pihak lain. Beliau berkata bahawa
mereka mungkin memberi maklumat dalaman contohnya berkenaan status seseorang individu
serta lokasi mereka yang dikehendaki itu. Keadaan ini telah memudahkan rancangan penculik-
penculik untuk melakukan gejala penculikan demi keuntungan mereka sendiri. Manusia kini
sudah menjadi satu komoditi kepada mereka (penculik) untuk mendapatkan sumber
kewangan.[footnoteRef:18]18 Dengan sikap dan perlakuan penculik-penculik yang
mementingkan diri sendiri, gejala yang dilakukan oleh mereka akan menjejaskan masyarakat di
seluruh negara serta dunia.

Imej negara terjejas


Kes-kes penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah juga telah menjejaskan imej negara kita.
Negeri Sabah sepatutnya merupakan destinasi pelancongan yang amat menarik dan indah.
Terdapat banyak pelancong asing akan melancong ke negeri Sabah dengan imej Sabah yang
baik. Dengan berlakunya kes penculikan pada kebelakangan ini, ramai orang akan terasa
bingung dengan tiga kes penculikan dalam tempoh tiga bulan di negeri Sabah. Negeri Sabah
dikenali dengan keindahan alam semula jadi dan menjadi tumpuan destinasi pelancongan
marin khususnya di kalangan warga-warga asing. Ia sedikit banyak mencalar imej Sabah
ketika negara mengalu-alukan kedatangan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia.
Bagi pandangan kami, imej negara juga akan dijejaskan apabila warga asing memberikan
komen yang negatif tentang negeri Sabah selepas mereka melancong ke negeri Sabah. Imej
yang negatif ini akan disebarkan ke negara yang lain dan warga negara lain akan memberi
tanggapan yang tidak baik terhadap negeri Sabah.

Sektor aktiviti pelancongan negara terjejas


Sektor aktiviti pelancongan negara terjejas disebabkan oleh kes penculikan yang berlaku di
kawasan pantai timur Sabah. Kesan itu dapat dilihat apabila sebanyak 76 penerbangan dari
China ke Kota Kinabalu dibatalkan sejak akhir-akhir ini. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziza berkata bahawa kes-kes penculikan tersebut telah memberi
impak yang lebih serius kepada pelancongan negara berbanding dengan insiden kehilangan
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Beliau juga mengatakan bahawa semua pembatalan
tersebut dibuat melibatkan penerbangan ke Kota Kinabalu kerana kerja lebih perlu dilakukan
terhadap pelancong daripada China. Usaha ini adalah untuk meyakinkan lagi pelancong dari
China bahawa Sabah adalah selamat dikunjungi. Meskipun beberapa kejadian penculikan
dilaporkan hanya berlaku di kawasan pantai timur Sabah, namun kesannya tetap melibatkan
seluruh negeri Sabah.

Selepas peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada tahun lepas, berlaku lagi
beberapa siri penculikan di perairan tersebut. Serangan di Pulau Mabul menyebabkan seorang
anggota polis terbunuh dan seorang lagi ditahan. Kejadian ini sudah pasti menjejaskan usaha-
usaha yang telah digariskan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Terdapat banyak pakej pelancongan dan tempahan pelancongan semasa juga telah dibatalkan
oleh pelancong-pelancong selepas kes penculikan tersebut berlaku. Walaupun penerbangan
dibuat ke Kota Kinabalu yang sah selamat tetapi ia turut dibatalkan. Pengarah Eksekutifnya,
Dr Zakariah Abdul Rashid berkata berdasarkan laporan Indeks Pasaran Pelancongan (TMI)
2014, berlaku penurunan yang amat besar iaitu pada 9.0 mata bagi tempoh suku pertama dan
38.6 mata bagi suku kedua. Beliau menyifatkan penurunan tersebut amat membimbangkan
kerana penurunan ini juga akan menjejaskan purata perbezaan pertumbuhan bagi industri
pelancongan. Pada pandangan kumpulan kami, episod kejadian penculikan yang berlaku
berturut-turut di negeri Sabah ini sudah pasti menggugat bilangan kehadiran pelancong-
pelancong ke negara ini memandangkan ia membabitkan aspek keselamatan. Oleh itu, tidak
dapat dinafikan bahawa keadaan ini telah memberi kesan yang sangat serius dalam sektor
pelancongan serta kemajuan pembangunan di negeri Sabah.

Kemerosotan ekonomi negara


Sektor ekonomi negara kita juga dipengaruhi oleh kejadian-kejadian kes penculikan yang
berlaku di negara Sabah. Negara-negara asing akan mengurangkan pengimportan dan
pengeksportan dengan negara kita. Keadaan ini disebabkan kekurangan keyakinan syarikat-
syarikat antarabangsa terhadap negara kita. Kadar pelaburan dari negara asing ke negara kita
juga akan menurun sama sekali. Terdapat banyak pelabur asing serta pelabur tempatan akan
memilih untuk melabur di negara asing berbanding dengan negara kita. Kejadian ini akan
menyebabkan pendapatan negara kita menurun dan berlakunya pengaliran keluar mata wang
ke luar negara. Pelabur-pelabur yang melabur kepada perancangan pembinaan tempat
peranginan di negeri Sabah juga akan membatalkan rancangan mereka. Hal ini menyebabkan
negara kita mengalami kerugian dan kebaziran sumber-sumber pembinaan yang berkos tinggi.
Pada pandangan kumpulan kami, negara kita harus bekerjasama dan membina hubungan
diplomatik yang baik dengan negara luar supaya membangkitkan ekonomi negara kita.

5.0 Langkah-Langkah Mengatasi Kes Penculikan


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan langkah berdefinisi cara atau usaha yang
dilaksanakan untuk mencapai sesuatu maklamat. Langkah pencegahan merupakan strategi
jangka panjang yang bertujuan untuk mencegah seseorang daripada terlibat dalam gejala yang
terhina. Peristiwa hitam di negeri Sabah yang telah meruntun perasaan rakyat Malaysia perlu
ditangani sebelum kudis menjadi tokak. Pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil
demi mencegah isu-isu penculikan di negeri Sabah.

Mengetatkan pengawasan kawasan sempadan


Untuk mencegah fenomena penculikan di negeri Sabah, pengawasan kawasan sempadan perlu
diperketatkan untuk mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang
dipercayai sebagai dalang utama dalam kegiatan penculikan. Pihak imigresen dan pihak polis
marin perlu berganding bahu dalam tindakan pencegahan kes-kes tersebut secara bersepadu.
Jabatan Imigresen perlu bertindak tegas untuk mengesan dan menghantar pulang pendatang
tanpa izin (PATI) bagi mengelakkan kemerosotan sosio-budaya Malaysia. Pihak tentera perlu
giat meronda di kawasan sempadan dan membuat tangkapan orang yang disyaki. Pada
pandangan kumpulan, semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menjamin keyakinan pelabur dan pelancong asing demi pembangunan di negeri Sabah.

Peranan media massa Media massa memainkan peranan yang penting dalam mencegah
kejadian penculikan di negeri Sabah. Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan untuk
memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Sejajar dengan
perkembangan teknologi telekomunikasi yang telah mendominasi kehidupan masyarakat, pihak
media massa dapat mendedahkan informasi dengan mudah untuk menghangatkan semua
lapisan masyarakat dalam usaha membendung tragedi penculikan di negeri Sabah. Pada
pandangan kumpulan, usaha dinamik dan secara konsisten ini amat penting dalam bimbingan
masyarakat agar berada di landasan yang betul.

Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah
serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada
peruntukan awal bernilai RM286 juta.
Sejak penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada tahun 2013, terdapat
pelbagai persepsi dan pandangan penduduk ke atas penubuhan dan fungsi ESSCOM dalam
menjamin keselamatan penduduk. Dengan jumlah perbelanjaan yang tinggi setiap tahun
diberikan kepada organisasi ini dan kegagalan ESSCOM dalam menyelesaikan beberapa
masalah penculikan di kawasan terbabit, menyebabkan organisasi ini dilihat sebagai gagal
berfungsi dan mencapai matlamat penubuhannya. Malahan terdapat kumpulan, terutamanya
daripada masyarakat luar seperti ahli politik, warga internet atau masyarakat bandar yang
melihat bahawa ESSCOM sebagai projek gajah putih yang hanya merugikan negara kerana
jumlah perbelanjaan yang besar terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai badan ini
terutamanya dalam menangani masalah di kawasan Eastern Sabah Security Zone atau Zon
Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE).

Lanjutan daripada peristiwa pencerobohan Tanduo, pada 7 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak, semasa lawatannya ke Lahad Datu, mengiyistaharkan Kawasan Pantai
Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas (SSA - Special Security Area). Seterusnya
dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh
Ketua Menteri Sabah, Musa Aman pada 11 Mac menyetujui untuk menukarkan nama SSA
kepada kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).7 ESSCOM yang berpusat di
Lahad Datu ini menjadi merupakan pusat kepada kawasan operasi pembersihan saki-baki
pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari 2013. Selepas insiden Tanduo,
ESSCOM bertanggungjawab mengkoordinasi operasi, pengumpulan maklumat risikan,
pengendalian aset-aset keselamatan, pengurusan anggota-anggota keselamatan dan
memastikan kawasan perairan Sabah selamat dari ancaman luar.8 ESSCOM mengabungkan
beberapa agensi keselamatan di bawah satu payung. Antara agensi yang terlibat adalah seperti
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM), Kastam diraja Malaysia dan Imigresen yang diletak di bawah satu
pentadbiran dan arahan pusat yang sama. Lanjutan daripada penubuhan ESSCOM yang dilihat
bakal memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk di kawasan pantai Timur Sabah,
maka pada 25 Mac 2013, Perdana Menteri Najib Tun Razak, dalam ucapannya di Pusat Latihan
Polis (Pulapol) sempena peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur, mengumumkan
pewujudan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) yang
meliputi 10 daerah di Pantai Timur Sabah.9 Antara kawasan yang terlibat dalam ESSZONE ini
meliputi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu,
Kunak, Semporna dan Tawau. Penduduk dan masyarakat yang berada dalam wilayah
ESSZONE ini dikenali sebagai komuniti ESSZONE.10 Kewujudan wilayah ESSZONE selaras
dengan situasi perairan pantai timur Sabah yang terdedah dengan ancaman keselamatan yang
wujud dari kawasan selatan Filipina. Ini dijelaskan sendiri oleh Penglima Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada tahun 2013 yang menyatakan bahawa
Accusations that ESSCOM and ESSZONE were created for political interests are very counter-
productive. Its main objectives are to ensure security and protect the interests of the people.
Rajah di bawah menunjukkan kawasan-kawasan di Pantai Timur Sabah yang terlibat dalam
pengawalan ESSCOM.

Rajah: Kedudukan Pantai Timur Sabah


Sumber: James Collins, Ramli Dollah & Zaini Othman, Pengaruh Persekitaran Fizikal Geografi
Terhadap Keterancaman Persempadanan Pantai Timur Sabah, manuskrip yang belum
diterbitkan, 2014

Bagi memastikan kejayaan ESSCOM, kerajaan menggariskan beberapa perkara penting yang
perlu diambil untuk memastikan kejayaan organisasi tersebut dalam mencapai matlamatnya.
Pada April 2013 misalnya, Najib menggariskan empat perkara penting bagi memastikan
kelangsungan dan kejayaan ESSCOM dalam memberikan perlindungan kepada komuniti
ESSZONE. Empat elemen tersebut adalah pertama, meningkatkan kemampuan perisikan;
kedua, pemantauan pengawalan pantai untuk 24-jam sehari; ketiga, meningkatkan kemampuan
negara untuk memintas sebarang ancaman dari laut dan keempat, penguatkuasaan undang-
undang yang ketat dengan tindakan pantas ke atas ancaman tersebut.12 Selain itu, untuk
tujuan memperkasakan ESSCOM dan keselamatan di wilayah ESSZONE, beberapa inisitif
telah dilakukan oleh kerajaan. Dalam bajet 2014 misalnya, ESSCOM mendapat peruntukan
tambahan sebanyak RM75 juta bagi tujuan pengurusan dan RM2.4 juta untuk membeli
peralatan dan kelengkapan pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Manakala dalam
bajet tahun 2015, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM17.7 billion ringgit untuk Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), sementara sebanyak RM9.1 billion ringgit diperuntukkan untuk Polis
Diraja Malaysia. Sejumlah RM804 juta juga diperuntukkan kepada Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) bagi mengukuhkan penguatkuasaan maritim.13 Selain itu, dalam
Bajet 2015 juga kerajaan telah memperuntukkan RM660 juta untuk menubuhkan dua batalion
baru iaitu Kem Batalion PGA PDRM akan ditubuhkan kawasan ESSZONE iaitu di Beluran,
Sandakan dan Kem batalion Tentera Darat akan ditubuhkan di FELDA Sahabat.14 Di samping
itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM230 juta untuk menggunakan satu pelantar
minyak yang diubahsuai dan sebuah kapal auxiliary sebagai Sea basing di perairan ESSZONE
melalui program tanggungjawab sosial atau CSR Petronas. Sebagai tambahan, untuk
membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, kerajaan akan memanjangkan landasan
lapangan terbang di Lahad Datu dan perpindahan Skuadron Hawk dari Butterworth ke Labuan
dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Mengetatkan hukuman
Fenomena penculikan di negeri Sabah merupakan jenayah berat yang bertentangan dengan
fitrah manusia dan merosakkan keharmonian masyarakat setempat. Demi mengelakkan proses
perkembangan sistem kehidupan masyarakat terganggu, usaha yang bijaksana perlu diambil
dengan megetatkan hukuman berat sebagai peringatan masyarakat. Undang-undang negara
perlu dikuatkuasakan supaya kumpulan penculik berasa serik atau takut dalam perbuatan yang
salah di sisi agama. Pada pandangan kumpulan, hukuman sebat atau penjara perlu dijatuhkan
bagi kesalahan menculik untuk memberikan peringatan dengan mengelakkan diri daripada
unsur negatif tersebut agar tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah .

Dalam jenayah penculikan di Malaysia, ia terbahagi kepada dua jenis:


(a) Seksyen 360 Kanun Keseksaan:
Penculikan mangsa sehingga keluar daripada sempadan Malaysia
(b) Seksyen 361 Kanun Keseksaan:
Penculikan mangsa sehingga memisahkan mangsa daripada ibu bapanya atau penjaganya
yang sah

Mengikut Seksyen 360 Kanun Keseksaan:


(Penculikan mangsa sehingga keluar daripada sempadan Malaysia)
Sesiapa yang melarikan atau membawa keluar mana-mana individu melebihi daripada
sempadan Malaysia tanpa restu/keizinan orang itu, atau mana-mana individu lain yang
merupakan penjaganya yang sah memberikan keizinan bagi pihak orang itu maka perlakuan itu
telah dianggap sebagai perbuatan menculik keluar daripada Malaysia.

Berpandukan Seksyen 361 Kanun Keseksaan:


(Penculikan mangsa sehingga memisahkan mangsa daripada ibu bapanya/penjaganya
yang sah)
Sesiapa yang mengambil/mengumpan/menarik keluar mana-mana kanak-kanak di bawah umur
14 tahun sekiranya lelaki, atau 16 tahun sekiranya perempuan, atau mana-mana orang yang
gila/tidak siuman, berpisah/jauh daripada penjagaan penjaganya yang sah maka perlakuan itu
dianggap sebagai perbuatan menculik daripada penjaga yang sah.

*Maksud penjaga yang sah mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan ialah mana-mana individu
yang diberikan hak penjagaan ke atas kanak-kanak atau mana-mana individu lain.

Hukuman bagi Jenayah Culik:


Mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,
Sesiapa yang menculik mana-mana individu keluar daripada Malaysia atau memisahkannya
daripada penjaganya yang sah, maka dia boleh dihukum dengan hukuman penjara yang boleh
menjangkau sehingga tempoh 7 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Dengan jenayah culik yang kerap kali berlaku kebelakangan ini, hukuman berat bagi jenayah
culik sahaja tidak akan mampu untuk menakut-nakutkan mereka yang bernafsu binatang ini.
Apa yang lebih penting buat masa sekarang ialah ibu bapa atau penjaga harus sentiasa
mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan tidak akan ada kejadian yang tidak diingini
seperti jenayah culik berlaku ke atas anak mereka.

Menitikberatkan pendidikan agama dan moral


Pendidikan agama dan moral amat penting dan perlu disemaikan dalam sanubari rakyat.
Agama tanpa ilmu merupakan buta manakala ilmu tanpa agama merupakan lumpuh. Hal ini
membuktikan peri penting didikan agama dan moral dalam kehidupan masyarakat untuk
mengelakkan kehidupan menjadi seperti kapal tanpa nakhoda. Pendidikan agama
dan moral perlu dititikberatkan supaya seseorang itu sihat dari segi pembentukan budi bahasa
dan kerohanian etika. Pada pandangan kumpulan, didikan agama sejak kecil perlu
dititikberatkan dengan mengamalkan budaya agama yang dapat mencegah daripada
melakukan gejala yang terhina.

Dalam beberapa kes penculikan orang yang berlaku di Sabah kebelakangan ini, kita tertanya-
tanya apa yang dilakukan oleh pihak polis dan masyarakat ketika kejadian penculikan orang
berlaku. Oleh itu, aspek ini perlu dikaji supaya kita boleh bertindak dengan cepat dan rasional
apabila kita menghadapi kes yang sama pada masa depan. Kita boleh meningkatkan
kesedaran diri terhadap kes penculikan orang. Mangsa menjerit dengan kuat semasa penculik
cuba menangkapnya. Ini dapat menarik perhatian orang sekeliling dan mungkin boleh
diselamatkan. Mangsa juga cuba mencari peluang untuk melarikan diri. Selepas diculik,
mangsa menenangkan diri supaya tidak merangsangkan penculik. Mereka mematuhi segala
arahan penculik. Mereka juga cuba memberi maklumat seperti masa ditangkap atau
keistimewaan tempat mangsa disembunyikan jika terdapat peluang agar mudah dikesani.
Contohnya, mangsa Konstabel Zakia Aleip yang merupakan polis Marin yang ditangkap pada
pada 12 Julai 2014 di Semporna telah membuat 42 panggilan kepada isterinya dan polis.
Ketenangan mangsa sangat penting dalam usaha mencari jalan untuk menyelamatkan diri.

Di samping itu, pihak polis juga bertindak dengan cepat selepas kes penculikan orang berlaku.
Mereka menyiasat kes dengan efisien dan tidak membazir satu saat pun. Mereka cuba mencari
orang saksi kejadian dan menanya mereka terhadap proses penculikan orang. Mereka juga
cuba mengesan CCTV yang terdapat di sekeliling agar mengetahui seluruh proses penculikan
orang. Selain itu, pihak polis juga menyita tempat kejadian supaya mudah mencari bukti seperti
rambut, kesan jari dan lain lain. Mereka akan menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada
bahagian forensik. Bukti-bukti tersebut memainkan peranan yang penting kerana kesan jari
setiap orang adalah berbeza. Jika mereka mendapati kesan jari di tempat kejadian, ini akan
memudahkan siasatan pihak polis. Selain daripada kesan jari, rambut dan fiber buatan atau
fiber dari kuku jari yang terdapat di tempat kejadian juga dapat mambantu dalam siasatan pihak
polis.[footnoteRef:12]12 Pihak polis juga bekerjasama dengan Interpol jika negara lain terlibat
dalam kes penculikan orang. Mereka juga cuba bekerjasama dengan pihak kastam dan
mendapat gambar penculik jika mereka melalui kastam semasa pergi ke luar negara. Mereka
juga cuba bekerjasama dengan polis negara yang terlibat untuk mendapatkan maklumat risikan
supaya memudahkan misi menyelamatkan mangsa kes penculikan tersebut. Pihak polis tidak
melepaskan sebarang maklumat dan bukti untuk menyelamatkan mangsa. Mereka juga
menghubungi dan cuba bekerjasama dengan ahli keluarga mangsa. Hal ini membolehkan
mereka mendapat peluang untuk mengesan kedudukan mangsa semasa penculik
menghubungi ahli keluarga mangsa untuk wang tebusan. Mereka juga akan menghantar satu
pasukan untuk berunding dengan orang tengah yang terbabit dengan kes penculikan
orang tersebut agar dapat menyelamatkan mangsa dengan lebih cepat. Pihak polis juga
memberi kaunselling kepada ahli keluarga mangsa supaya mereka tidak berfikiran negatif dan
bertindak dengan terburu-buru.
Saksi Dari segi saksi kejadian penculikan orang, mereka cuba menenangkan diri semasa
kejadian tersebut berlaku. Mereka cuba mengingati muka penculik jika tidak ditutup. Mereka
juga memberi perhatian kepada pakaian dan warna kulit penculik. Terdapat saksi kejadian
seluruh proses kejadian tersebut dengan teliti dan ini membantu pihak polis dalam siasatan.
Ada yang membekalkan maklumat kepada pihak polis seperti cara penculik melakukan jenayah
dan cara mereka melarikan diri dan sebagainya. Contohnya, dalam kes penculikan di Singamat
Reef Resort di Semporna, saksi memberitahu polis bahawa mereka melihat tiga lelaki
bersenjata memasuki resort tersebut manakala empat lagi menunggu dalam sebuah bot kayu di
bawah dek. Selepas menyaksikan kejadian tersebut, mereka melaporkan kepada pihak polis
dengan segera supaya mangsa dapat diselamatkan. Mereka juga cuba menyelamatkan
mangsa mngikut kemampuan diri. Selain itu, saksi juga cuba memaklumkan orang lain untuk
menyelamatkan mangsa kejadian penculikan orang. Walaubagaimanapun, terdapat juga saksi
yang mengalami ketakutan dan tidak menghulurkan sebarang bantuan semasa kejadian
penculikan orang tersebut berlaku. Hal ini disebabkan mereka takut akan penculik dan tidak
dapat melakukan apa-apa pada masa itu.

Media Bagi pihak media, mereka melaporkan kes penculikan orang dengan berhati-hati agar
tidak merangsangkan penculik dan membahayakan keselamatan mangsa. Pihak media juga
menyebarkan berita tentang kes penculikan orang melalui laman web sosial supaya ramai
orang membantu atau memberi maklumat yang dapat membantu pihak polis dalam siasatan
kes tersebut. Walaubagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tidak
wajar bagi pihaknya mendedahkan maklumat terkini mengenai kes culik pada 2 April lepas.
Mereka juga menyebarkan gambar-gambar penculik jika ada agar orang awam dapat
mengecam penculik apabila mereka terjumpa penculik kes tersebut. Pihak media juga menyeru
saksi untuk memberi maklumat untuk membantu pihak polis dalam siasatan kes tersebut.
penguatkuasaan undang-undang

hukuman yang lebih berat kepada pesalah(5 tahun hukuman penjara),

denda yang tinggi kepada pelaku jenayah(RM5000-RM500000),

dipecat jika didapati bersubahat(terutamanya peg kerajaan atau penguatkuasa undang-undang).


ii.

kawalan keselamatan yang ketat

mengawal pintu masuk utama negara(lapangan terbang dan sempadanantarabangsa),

semakan terhadap kemasukan pendatang asing.

Menggunakan sistem kawalan keselamatan moden dan berteknologitinggi.


iii.

koordinasi antara negara

mengadakan rundingan bersama bagi mengatasi masalah ini,

menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif antaraMalaysia dan negara jiran,

perkongsian teknologi dari aspek keselamatan.


iv.

mengehadkan kuota buruh asing

menetapkan jumlah buruh asing yang boleh diambil bekerja oleh sesuatumajikan,

melakukan semakan terhadap buruh asing dalam sesuatu organisasi,


mengenakan denda dan hukuman terhadap majikan yang ingkar.
v.

memberikan pendidikan kepada generasi muda

pendidikan formal- institusi pendidikan menerapkan tentang faktor dankesan pemerdagangan


manusia,

pendidikan tidak formal-ibu bapa menasihati anak-anak tentang bahayanya jenayah tersebut,

pendidikan agama di tempat-tempat ibadat oleh pemimpin agama.

Rumusan
Faktor-faktor kejadian kes penculikan di negeri Sabah perlu dikemukakan untuk menangani
tragedi penculikan dengan bijaksana dan proaktif demi mendepani dunia yang berkembang
pesat. Konsep bahawa golongan masyarakat merupakan fokus dan sasaran utama dalam
sejarah pembinaan akhlak dan budi pekerti perlu diperkuatkan untuk mengelakkan
kemerosotan nilai keinsanan dan agama yang akan menyebabkan seseorang terjerumus dalam
gejala yang tidak bermoral seperti melakukan kes penculikan di negeri Sabah. Semua lapisan
masyarakat harus menggembleng tenaga untuk membanteras kes penculikan daripada
berleluasa di negeri Sabah demi mencapai Wawasan 2020 sebagai negara maju, aman dan
sejahtera. Pihak berkuasa perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi
kepada masyarakat supaya informasi berkenaan gejala penculikan yang tidak bermoral. Kita
harus mempunyai keyakinan terhadap tindakan yang diambil untuk menyelesaikan isu tersebut
mengikut pendekatan agama yang memberikan ketenangan kepada golongan masyarakat.
Dengan usaha segenap lapisan masyarakat secara bersatu-padu, isu-isu penculikan di negeri
Sabah dapat ditangani dengan lebih proaktif.

Bibliografi
Barry A.J. Fisher, William J.Tilstone, Catherine Woytowicz. (2009). Introduction to criminalistics:
The foundation of forensic science. USA : Elsevier Academic Press. Karmen Andrew. (2007).
Crime Victims: An Introduction to Victimology. USA: Belmont CA. Laman Rasmi The Malaysian
Times: http://www.themalaysiantimes.com.my/esscom-tekad-pastikan-kawasan-pantai-timur-
sabah-selamat/ (16 September 2014)
Robert C. Davis, Arthur J. Lurigio, Susan Herman. (2013). Victims of Crime. USA: Sage
Publications.
Kamus Dewan: Edisi Keempat Cetakan Pertama. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. 21

[9: 9 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/kes-bunuh-dan-culik-


pelancongan-di-pulau-mabul-tidak-terjejas-25834]
Laman Rasmi ABN NEWS: http://news.abnxcess.com/bm/2014/06/kes-penculikan-di-sabah-
beri-impak-lebih-besar-kepada-sektor-pelancongan/ (15 September 2014) ]

[16: 16 Laman Rasmi The Malaysian Insider:


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sektor-pelancongan-terjejas-teruk-akibat-
penculikan-di-sabah-dan-mh370-kata (16 September 2014)] 6.2
Kamus Dewan: Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Halaman 760.]

[12: 12 Barry A.J. Fisher, William J.Tilstone, Catherine Woytowicz. 2009. Introduction to
criminalistics: The foundation of forensic science. USA : Elsevier Academic Press. Halaman
57,137]
Tugasan 2

Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid : Pentadbir dan Pemikir Pendidikan Tinggi
Y.M. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid merupakan seorang tokoh
bidang pendidikan dan bidang ekonomi yang banyak memberi sumbangan kepada agama,
bangsa dan negara. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan
penting di Universiti Malaya iaitu Ketua Jabatan Ekonomi.

Latar Belakang

Tokoh akademik dan ahli ekonomi yang disegani ini dilahirkan di London pada 28 Januari 1922,
Beliau merupakan keturunan diraja Johor dan mempunyai salasilah dari keturunan keluarga
Turki. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan
dalam pasukan tentera dan ibunya bernama Hamidah Abdullah.

Beliau merupakan anak saudara kepada pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn
Jaafar. Hal ini bermakna beliau juga adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga, Tun Hussein Onn dan bapa saudara pupu kepada Menteri Dalam Negeri sekarang,
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkahwin dengan isterinya, Sharifah Azah Aziz dan dikurniakan seorang anak
perempuan iaitu Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, wanita pertama dilantik sebagai Gabenor
Bank Negara Malaysia yang ketujuh pada 1 Mei 2000.

Bersama isteri, Pn. Azah Aziz dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu
Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat. Beliau meneruskan
pelajarannya di English College, Johor Bahru. Beliau menyambung pengajiannya di Raffles
College, Singapura pada tahun 1940 hingga tahun 1941 dengan mengambil mata pelajaran
Ekonomi, Sejarah dan bahasa Inggeris. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam
bidang Ekonomi (Kepujian Kelas Pertama) di Universiti Malaya Singapura pada 1951. Beliau
meneruskan pengajiannya lagi di Waseda University, Tokyo dengan mendapat Ijazah Doktor
Falsafah Ekonomi pada tahun 1964. Sewaktu di UM, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan
pengajian di London School of Economic (LSE) tetapi menolaknya kerana lebih berminat
memikirkan masalah kemiskinan orang Melayu.

Perkhidmatan
Beliau pernah menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951. Kemudian sebagai
Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura dari tahun 1952 ke tahun 1961. Pada
tempoh tahun 1961 hingga 1965, beliau dilantik sebagai Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan
Ekonomi, Fakulti Sastera di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian dilantik sebagai Dekan
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dari tahun 1965 ke tahun 1968. Beliau ialah
orang pertama yang menjadi Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya diikuti dengan Dekan
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya apabila jabatan itu dinaiktarafkan menjadi
fakulti. Setelah dilantik sebagai naib canselor selama dua dekad bermula 1 Oktober 1968
hingga 22 Februari 1988, beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama
berkhidmat dengan universiti tersebut. Beliau dianugerahkan Profesor Diraja oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978.

Hampir semua rakyat mengetahui jasa tokoh akademik Profesor Diraja Ungku Abdul
Aziz Ungku Abdul Hamid ini kepada negara. Antara sumbangan beliau ialah penubuhan
Akademi Islam. Berdasarkan kertas kerja yang dibuat Profesor Diraja Ungku Aziz, senat
universiti dalam mesyuaratnya pada 29 Julai 1976 telah menubuhkan Lembaga Pengajian
tentang Nilam Puri dengan Ungku Aziz sebagai pengerusinya. Tujuannya untuk menimbang
penerapan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ke dalam UM. Maka tertubuhlah Akademi
Islam UM melalui hasil cadangan itu.

Ppenubuhan Institut Pengajian Tinggi pada tahun 1979 dengan menekankan kepada
projek HAWA, Projek Pengajian Tinggi dan Pekerjaan dan pengajaran Kursus Sarjana
Falsafah : Falsafah Penyelidikan. Seterusnya penubuhan Pusat Asasi Sains pada tahun 1977
atas kesedaran beliau akan kekurangan pelajar peribumi dalam fakulti sains di UM. Beliau turut
menubuhkan Pusat Bahasa UM pada 3 Mac 1972 sebagai sebuah organisasi perkhidmatan
bahasa dan bertanggungjawab dalam menjalankan kursus bahasa yang sesuai dengan
kehendak fakulti dan pusat-pusat lain di UM.

Naib Canselor Universiti Malaya yang paling lama berkhidmat iaitu hampir 20 tahun. foto
THE STAR oleh Victor K.K. Ng
Sumbangan
Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid dikenang sebagai orang yang paling banyak
memperjuangkan nasib orang Melayu. Oleh sebab itu setiap kali berbicara mengenai masalah
pokok orang Melayu, jawapannya pasti akan diberikannya ialah kemiskinan dan baginya jalan
keluar daripada terus dibelenggu masalah ini pula ialah pendidikan.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku selaras dengan usahanya membantu orang
Melayu terutama dalam membasmi kemiskinan. Beliau melontarkan idea penubuhan Lembaga
Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada 1963 dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad (Angkasa) pada 1971. Beliau juga ialah ahli ekonomi Melayu pertama dan Naib
Canselor Universiti Malaya (UM) tempatan yang pertama dan paling lama berkhidmat. Pak
Ungku turut berjasa menubuhkan Pusat Asasi Sains dan Fakulti Islam di UM di samping
Program Persediaan Khas Jepun yang berjaya melahirkan puluhan ribu siswazah bumiputera
dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

Nama Ungku Aziz tidak boleh dipisahkan sebagai penggerak utama Dasar Ekonomi
Baru (DEB), pengasas Lembaga Tabung Haji, iaitu salah sebuah oraganisasi yang
menguruskan bakal jemaah haji terbaik di dunia dan Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya
(UM), yang telah melahirkan ribuan jurutera dan pakar perubatan tempatan.

Selain itu, sumbangan beliau yang lain termasuklah menjadi panel Majlis Perundingan
Ekonomi Negara (MAPEN) II, pencetus idea penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
dan juga Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa). Sebagai seorang cendekiawan
beliau tidak pernah gentar memberikan idea untuk memantapkan sistem pendidikan, mengkritik
pentadbiran kerajaan, dan juga memberi pandangan untuk merubah cara hidup orang Melayu
walaupun kadangkala mengundang kontroversi.

Ringkasnya Ungku Aziz merupakan seorang yang mementingkan pembangunan


ekonomi luar bandar, pemantapan sistem pendidikan negara dan juga penubuhan institusi
masyarakat. Beliau telah mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima pertama
'Anugerah Melayu Terbilang' sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC).
Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan. Beliau mencetuskan
idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa), Universiti Malaya, Akademi Islam, Pusat
Asasi Sains serta Pekan buku.

Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya


Atas kesungguhannya membasmi kemiskinan, Ungku Aziz turut memainkan peranan apabila
mencetuskan idea penubuhan Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya. Asal penubuhannya
masih lagi berpegang kepada falsafah membantu golongan miskin. Menurut beliau,
berdasarkan pengalamannya pada tahun 1970-an, kemasukan pelajar ke fakulti perubatan
hanyalah seramai lima pelajar.

Melalui penubuhan institusi itu, pelajar yang ingin memasuki kursus perubatan,
kejuruteraan dan sains akan dipilih dalam kalangan anak-anak orang kampung. Halangan
utama pada masa itu ialah mencari tenaga pengajar yang boleh mengajar dalam Bahasa
Melayu kerana kebanyakan anak Melayu yang dipilih berfikir dalam bahasa Melayu. Hasilnya,
selepas tiga hingga empat tahun persiapan, pelajar Melayu tadi telah boleh menyerap istilah
dan berfikir dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka juga mahir dengan istilah-istilah bahasa
Inggeris setelah mendalami kedua-dua bahasa. Hari ini, graduan Pusat Asasi Sains tersebut
telah mencecah tujuh hingga lapan ribu orang. Malah ada yang telah menjadi pakar dan hampir
mencecah usia persaraan.

Sastera
Professor Diraja Ungku Aziz berpendapat sejak 800 tahun yang lampau pantun sudah wujud
pantun Melayu sebelum wujudnya William Shakespear. Selanjutnya beliau berhujah bahawa
orang-orang Melayu pada ketika itu sudah menghafal pantunpantun ini kerana ketika itu minda
mereka tidak Man berkeladak dengan perkara-perkara lain. Jelas Ungku Aziz lagi, mereka
tidak perlu datang mesyuarat atau bermain golf (Mingguan Malaysia Jun 2011). Sama ada
lelaki atau perempuan mereka sangat pandai menggubah pantun, justeru pantun muncul
sebagai genre puisi Melayu yang lahir daripada daya cipta masyarakat Melayu sepenuhnya.
Kajian tentang pantun tidak terkira banyaknya, apatah lagi pantun dihubungkaitkan dengan
pelbagai situasi. Namun mengapa masih timbul keraguan kehadiran pantun di era teknologi?
Mengapa keyakinan yang wujud 800 tahun yang lalu tidak lestari sifatnya? Walhal pantun ini
menunjukkan kebijaksanaan, keadilan, dan kreativiti orang Melayu ketika itu. Hal ini juga
membuktikan keupayaan orang Melayu jauh lebih baik dari sekarang yang sudah tidak tahu
arah tujunya. Apakah punca luntur dan lusuhnya semangat pantun yang menjadi hak milik
orang Melayu. Hal ini kerana orang Melayu dilihat tidak berbangga berbahasa Melayu. Mereka
yang pergi belajar di luar negara khususnya kalau balik ke tanah air sudah tidak boleh
berbahasa Melayu dengan baik, bahkan soal sastera apatah lagi tentang pantun mereka sudah
tidak mahu menunjukkan minat. Kalau ada yang berminat pun mereka yang terpaksa atau
sememangnya suka belajar dalam jurusan atau kajian sastera dan budaya Melayu (Ungku Aziz
2011: 7).
Profesor dalam bidang ekonomi tetapi menaruh minat yang mendalam dalam bidang seni dan
budaya. Katanya, bagi saya pantun menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti orang Melayu
ketika itu. Ini membuktikan keupayaan orang Melayu jauh lebih baik dari sekarang (Ungku Aziz
2011: 7).

Kemiskinan orang Melayu jadi keutamaan kajian


Beliau mengambil masa selama enam tahun melakukan penyelidikan mengenai kemiskinan
orang Melayu. Bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963 sebelum Kedah dan Perlis.
Kajiannya diteruskan hingga ke Pantai Timur iaitu di Beserah, Pahang. Selepas setahun
berulang-alik dengan seorang pembantu, kajian diteruskan pula di Kemaman, Terengganu dan
Kelantan.
Daripada penyelidikan tersebut, beliau mendapati penduduk di Ulu Tiram yang rata-ratanya
menoreh getah bernasib baik jika dapat makan nasi sehari sekali. Selebihnya mereka hanya
makan lempeng sebagai pengalas perut. Keadaan yang sama turut dialami oleh masyarakat di
negeri-negeri utara.
Manakala di Pantai Timur, pengalamannya lebih dahsyat apabila wujud kebuluran di Kemaman.
Beliau mendapati, masyarakatnya menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut
digunakan membeli barang keperluan terutamanya beras.
Menerusi kajian tersebut, lahirlah teori Indeks Sarong yang digunakan beliau sebagai pengukur
tahap kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.
Melihat dan memahami gaya hidup masyarakat desa membuatkan beliau sedih dan berfikir
bagaimana mahu melepaskan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan.
Caranya ialah menerusi pendidikan. Namun dapatan kajian komuniti itu juga menunjukkan
bahawa faktor pemakanan mempengaruhi saiz tumbesaran penduduk.
Makanan yang tidak seimbang membawa kepada masalah cacing dan anemia dan tentu sahaja
mempengaruhi kecerdasan mereka.
Selain kajian tersebut, Ungku Aziz turut menulis rencana berkaitan sebab-sebab orang Melayu
terjerumus dalam kemiskinan.
Antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir. Menurut beliau hingga ke hari ini, mangsa
banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang Melayu.

Menurut Prof Ungku Aziz, beliau sudah membaca lebih daripada 70,000 buah buku
sepanjang hidupnya. foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Ungku Aziz terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB
merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussin. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi
serampang dua mata. Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) membantu bumiputera
menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun
begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur
apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Menurut beliau, generasi pertama era DEB mula diperkenalkan telah mencapai
kejayaan. Banyak pencapaian telah diperolehi terutamanya dalam bidang pendidikan dimana
ramai doktor dan jurutera Melayu telah dilahirkan. Dalam kajiannya, Ungku Aziz merumuskan
orang Melayu masih belum bersedia untuk mengamalkan meritokrasi kerana jurang kemiskinan
penduduk bandar dan luar bandar yang masih lagi begitu ketara. Beliau dengan tegas
mengatakan tujuan utama DEB ialah membasmi kemiskinan di luar bandar dan ia telah
menyimpang jauh apabila peratus pemilikan saham bumiputera yang lebih diutamakan. Ungku
Aziz tidak pernah berganjak daripada pendiriannya mempertahankan DEB kerana baginya ia
adalah satu-satunya cara supaya orang Melayu tidak hilang keyakinan dan dapat terus bersaing.

Tabung Haji
Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang
peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah setiap
tahun. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan
Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959. Menerusi Tabung Haji, nama Ungku
Aziz terkenal diseluruh dunia. Ia merupakan antara organisasi pengurusan bakal jemaah haji
yang paling efisien di dunia. Melalui Tabung Haji, orang Melayu bukan sahaja telah dididik
untuk mengumpul wang bagi menunaikan fardu haji tetapi juga bagi tujuan pelajaran. Kini
hampir setiap satu-satu musim, 30,000 rakyat Malaysia boleh pergi menunaikan haji.

Sumbangan beliau kepada negara tidak ternilai. foto THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR

Anugerah
Y.M Ungku Aziz telah dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar
Bandar) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978. Beliau
pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural
Prizes 1993 dari City of Fukuoka. Pada 1997 beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah
oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Pada 21 Julai 2002 beliau telah
dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Beliau telah menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama Anugerah Melayu
Terbilang sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) pada 11 Mei 2005 oleh Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Seterusnya pada 25 Jun 2005 beliau telah dianugerahkan Tokoh Ekonomi Melayu oleh Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Anugerah terbaru yang diterima oleh YM Profesor Diraja
Ungku A. Aziz ialah Anugerah Akademik Negara 2006 sempena Majlis Pengisytiharan Universiti
Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato Seri
Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ungku Aziz telah diberikan ijazah kehormat oleh beberapa universiti, antaranya Doctor
of Humane Letters, University of Pittsburgh (1971); Doctor of Education, Chulalongkorn
University, Bangkok (1977); Doctors of Laws, Waseda University, Tokyo(1982); Ijazah
Kehormat Doktor Ekonomi, UKM (1986); Doctor of Laws, University of Buckingham (1987);
Professor Emeritus, Universiti Malaya (1988); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, Universiti
Malaya. Beliau turut mendapat pengiktirafan oleh kerajaan seperti Ordre des Arts et Des Lettres
oleh Kerajaan Perancis (1965); Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (1978); Japan Foundation
Award (1981); Soka Education Award (1987); International Academic Prize of the 4 Fukuoka
Asian Cultural Prizes (1993); Anugerah Melayu Terbilang oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi (2005) dan Anugerah Tuanku Syed Putra (2007).
Beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 17 Jun 1978.
Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Syed Putra Jamalullail.
Prof Ungku Aziz ketika menerima anugerah Profesor Diraja daripada Canselor Universiti
Malaya. foto-THE STAR

Beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978. Beliau juga menempa
sejarah negara apabila menjadi penerima pertama Anugerah Melayu Terbilang sempena
sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei
2005. Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Anugerah Merdeka
Sebagai mengiktiraf kecemerlangan sumbangan kepada negara, Petronas bersama Exxon
Mobil dan Shell mewujudkan Anugerah Merdeka yang merupakan sebuah anugerah berprestij
seperti mana konsep Hadiah Nobel di peringkat antarabangsa.
Anugerah tersebut merupakan anugerah paling berprestij di Malaysia. Ia diberikan kepada anak
Malaysia yang mampu menghasilkan usaha yang luar biasa dan membentuk kesedaran baru di
kalangan rakyat Malaysia.
Pada 24 November lepas, tokoh unggul, Ungku Aziz, telah dipilih sebagai penerima sulung
Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.
Berikut merupakan petikan Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A. Hamid dalam bukunya
bertajuk 'The University in Pantai Valley: Glimpses of the past'.
"Seorang dari istana berkelakuan seperti orang istana itu perkara biasa. Seorang rakyat biasa
berkelakuan seolah-olah ia orang istana itu luar biasa. Seorang dari istana berkelakuan seperti
rakyat biasa, itulah Profesor Diraja Ungku Aziz".
Tujuan Pemilihan Tokoh

Beliau berpendapat bahawa seseorang itu boleh menjadi individu berjaya dalam hidup jika
sentiasa mementingkan kecemerlangan dan memberikan fokus dalam setiap apa yang
dilakukan.

"Jika kita masih lagi seorang pelajar, fokus kita yang utama adalah untuk belajar, sebaik-
baiknya 95 peratus masa kita adalah untuk belajar dan belajar sahaja.
Tan Sri Robert Kuok, 91, cukup dikenali terutama kerana beliau sehingga kini masih
mengekalkan rekod sebagai orang terkaya di Malaysia.
Pak Ungku dan Kuok sama-sama belajar di peringkat menengah di Maktab Sultan Abu Bakar,
Johor Bahru. "Satu persamaan yang kami berdua kongsi adalah banyak membaca buku dan
memiliki sifat ingin tahu yang tinggi. "Kami berdua dan beberapa pelajar lain gemar
mengunjungi perpustakaan sekolah. Kami bukan membaca satu buku sahaja malah setiap kali
kunjungan, kami membaca satu rak demi satu rak. Apabila semua buku di perpustakaan
sekolah habis dibaca, kami berkunjung pula ke Perpustakaan Awam Johor Bahru dan
membaca semua buku di sana termasuk yang dianggap tidak sesuai pada usia kami," ujarnya.

"Saya ketika menjadi pelajar, belajar dengan bersungguh-sungguh dan sebab itu saya sentiasa
menjadi pelajar cemerlang termasuk ketika di Kolej Raffles, Singapura. Sebagai Melayu
pertama yang dihantar untuk belajar di Jepun, saya telah bersungguh-sungguh menguasai
bahasa Jepun bagi membolehkan melanjut pelajaran di Universiti Waseda, Tokyo," katanya.

Sementara itu, Pak Ungku berkata, orang Melayu boleh menjadi kaum yang cemerlang jika
dapat membuang sifat tidak peduli atau sifat acuh tak acuh yang wujud dalam kalangan mereka.
Jelas beliau, sifat negatif itu menyebabkan orang Melayu lebih gemar menggunakan istilah
berbahasa Inggeris sedangkan perkataan sama boleh diperoleh dalam bahasa Melayu.

Katanya, antaranya nama tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ubat yang telah wujud dalam
perbendaharaan kata Melayu sejak 1,000 tahun lalu. "Orang Melayu pada zaman dahulu
sangat kreatif dan sudah boleh berfikir dengan cara yang saintifik. Mereka boleh menghasilkan
ubat mujarab yang kemudiannya dijadikan antara barangan dagangan utama, tetapi nama
pokok dalam bahasa Melayu yang dijadikan ubat-ubatan ini, generasi sekarang sudah tidak
ingat," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur kerana sudah muncul golongan muda Melayu yang
berani untuk mencabar sistem sedia ada dan mempunyai pemikiran yang baharu.

"Generasi baharu ini saya lihat sudah mempunyai pemikiran tahap tinggi dan kembali untuk
melakukan inovasi dalam pelbagai bidang," ujarnya.

Prof Diraja Ungku Aziz, tokoh akademik yang sering mencetuskan pelbagai idea untuk
membasmi kemiskinan Bumiputera, mencabar masyarakat itu supaya menjadi lebih berani dan
mengamalkan sikap tidak mahu mengalah, ke arah menjadi usahawan berjaya.

`Hidup bukan Que Sera, Sera'' - Usaha capai keperibadian unggul bergantung kepada diri
sendiri

Menyentuh soal pendidikan, beliau mencadangkan beberapa perubahan yang perlu dilakukan
untuk melahirkan generasi masa akan datang yang unggul. Beliau menyarankan semua orang
Melayu supaya membaca buku tulisan Pendeta Za'ba, Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri.
Katanya, "dalam buku itu ada amanat penting Za'ba yang menunjukkan jalan bagaimana orang
Melayu boleh berjaya dan menjadi unggul,"
Ungku Aziz juga meminta usahawan
luar bandar mengamalkan 4 S iaitu Sopan, Santun, Selalu Senyum.

Nilai Seorang Pekerja Di Mata Prof. Diraja Ungku Aziz

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya kalau orang mendapat pendidikan, mereka
akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip. Kita
dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk
wanita.
Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di
universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan,banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.
Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah
pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.
"Kalau ada keyakinan diri semua boleh tercapai."

Untuk menjadi seorang Melayu unggul atau yang terbilang, seseorang perlu mempunyai
prinsip dan halatuju hidup. Halatuju hidup Pak Ungku Aziz adalah berteraskan kepada
apa yang diutarakan oleh Allahyarham Pendita Za'aba iaitu: "Kalau ada keyakinan diri
semua boleh tercapai."

Kata Pak Ungku lagi, Segala kejayaan seseorang itu adalah terletak kepada "dirinya sendiri."

Di dalam temubual ini Pak Ungku telah menyentuh tentang kehidupan remaja, bagaimana
mereka menjalani hidup mereka, dan beberapa perkara yang boleh mempengaruhi hidup
mereka.

Ini termasuklah peranan media - elektronik, cetak dan maya - yang membentuk minda dan
khayalan mereka, dan pendidikan.

Ini telahpun saya tekankan dalam penulisan awal saya berjodol "Secebis Pendapat" yang
memperkatakan tentang beberapa "sistem" menjana "social engineering" dalam pemerintahan
negara yang perlu diberi perhatian serious dan memerlukan perubahan mengikut acuan yang
berpaksikan ala-Malaysia.

Akhir sekali, Pak Ungku menekankan peri pentingnya ditanamkan sifat-sifat atau nilai-nilai
positif seperti "berani, jujur, amanah, berhemah, rajin, mempunyai cita-cita tinggi, dan sentiasa
suka berkata benar" kepada para remaja kita yang
bakal memimpin negara.

Sehubungan dengan ini, maka perjumpaan yang akan membincangkan "Social Engineering"
oleh mantan Perdana Menteri kita, YAB Tun Dr Mahathir Muhamad, pada 25 Mei nanti, bukan
saja relevan kepada apa yang diperkatakan oleh Pak Ungku itu, malah penting dan kena pada
masanya.

"Social Engineering" hendaklah bermula dari awal, sepertimana kata Pak Ungku, "melentur
buluh hendaklah dari rebung."

Perbaiki kemiskinan di Malaysia Ungku Aziz


February 26, 2012

The Malaysian Insider 26 Februari 2012

[1: Laman Rasmi Utusan Borneo: http://www.utusanborneo.com.my/content/esscom-kenal-


pasti-kumpulan-culik-dua-wanita-dari-resort-di-pulau-singgahmata
(19 September 2014)]
Laman Rasmi MSTAR: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/06/01/polis-cari-
petunjuk-insiden-culik-sabah/
Laman Rasmi Berita Harian:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Polissedangberundingdenganpenculikuntukbebask
anZakiahAleip/Article/cetak
Laman Rasmi MSTAR: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/07/10/pengurus-
dibebaskan/
Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/empat-ditahan-dalam-kes-
penculikan-semporna-33187
Kamus Dewan, 2005. Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Halaman 1355.
Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/penculik-tuntut-tebusan-
rm36-4-juta-untuk-wanita-33609
Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/pati-pantai-timur-sabah-
dipercayai-tali- barut-kumpulan-penculik-esscom-38207]

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM,


2007
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5547-tokoh-pendidikan.html
Wawancara. 2011. Ku Seman Ku Hussain & Hafizahril Hamid bersama Profesor Diraja Ungku
Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Saya bangga sebagai Melayu. Mingguan Malaysia. 19
Jun: 7.

You might also like