You are on page 1of 16

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 9
Standard kandungan:
4.1 Lakaran Piktorial

Standard
pembelajaran:
4.1.2 Teknik Lakaran Piktoral

Masa:
4 jam

NOTA RUJUKAN

Lakaran Piktorial

Lakaran Piktorial ialah gambaran objek (sebenar atau bayangan) yang akan
dilihat oleh pemerhati dari pelbagai arah. Lakaran piktorial kebiasaannya
adalah gambaran objek yang lebih mudah difahami dari pandangan
hadapan, atas dan sisi objek. Ia digunakan oleh pereka dan jurutera untuk
menyampaikan idea mereka kepada pembantu dan pelanggan.

Lakaran piktorial memaparkan imej 3D yang akan memudahkan pereka


untuk menggambarkan bentuk atau mentafsirkan lukisan. Terdapat tiga
cara untuk membuat lakaran piktorial iaitu:

104
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

a) Lukisan Oblik

b) Lukisan Isometrik

c) Lukisan Perspektif.

1. Lukisan Oblik

Lukisan Oblik adalah kaedah lukisan 3 dimensi. Ia lebih ringkas berbanding


dengan lukisan isometrik atau lukisan perspektif. Walau bagaimanapun, bagi
menghasilkan lukisan oblik, peralatan tradisional (Set Square/GeometriC Set)
diperlukan.

Cara melukis paksi simetri Lukisan Isometrik

1. Dilukis berpandukan tiga paksi asas iaitu paksi menegak, paksi


belakang dan paksi mendatar.

2. Paksi belakang adalah cenderung kepada paksi mendatar. Sudut


yang digunakan adalah 30, 45 atau 60.

3. Paksi mendatar adalah bersudut tepat


dengan sesuatu garisan pada paksi menegak

Paksi Menegak

Paksi Belakang
Paksi Paksi
Menegak Belakang

Paksi
Mendatar
45
Paksi Mendatar

105
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Contoh :

45 45
45

2. Lukisan isometrik

Lukisan isometrik adalah lukisan piktorial yang memberi gambaran penuh


sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan objek dalam bentuk 3D melalui
pandangan pelan, hadapan dan sisi.

106
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Cara melukis paksi simetri Lukisan Isometrik

1. Dilukis berpandukan tiga paksi asas iaitu paksi menegak dan dua paksi
condong.

2. Paksi A ialah paksi menegak yang bersudut 90 dengan satah


mendatar.

3. Paksi B dan Paksi C ialah paksi condong yang bersudut 30 dengan


satah mendatar kiri dan kanan paksi menegak.

Contoh :

30 30
30 30

107
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

3. Lukisan Perspektif

Lukisan Perspektif ialah salah satu kaedah terbaik dalam menghasilkan


lukisan piktorial bagi sesebuah objek. Ianya akan menghasilkan imej
sesebuah objek 3 dimensi yang paling banyak persamaannya dengan
pandangan mata manusia.

Lukisan Perspektif boleh dihasilkan melalui kaedah satu titik, dua titik atau tiga
titik perspektif. Ia juga salah satu kaedah yang paling lazim digunakan bagi
mempersembahkan sesuatu pandangan imej yang terbaik kepada
pelanggan.

Elemen Perspektif

Terdapat dua elemen penting dalam menghasilkan lakaran dalam lukisan perspektif.

Elemen-lemen tersebut ialah:

a) Garis Ufuk

Garis ufuk Garis mendatar yang mana di sini terletaknya titik lenyap

Garis Ufuk

b) Titik lenyap

Titik lenyap Satu titik di mana semua objek yang menyentuh titik ini tidak kelihatan
lagi

Titik Lenyap

Garis Ufuk

108
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah melukis paksi simetri Lukisan Perspektif

Lakaran perspektif satu titik

Langkah 1: Binakan satu garis ufuk

Garis Ufuk

Langkah 2 : Tandakan satu titik lenyap di atas garis ufuk

Titik Lenyap

Langkah 3 : Binakan satu objek di hadapan garis ufuk.

Langkah 4 : Binakan garisan binaan di setiap bucu menghala ke titik lenyap.

109
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 5 : Lakarkan bahagian belakang objek dengan menggunakan garisan


binaan
Sebagai sempadan.

110
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 6 : Lengkapkan lakaran dengan menghitamkan garis bagi objek yang


dikehendaki.

111
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Lakaran perspektif dua titik

Langkah 1: Binakan satu garis ufuk

Garis Ufuk

Langkah 2 : Tandakan dua titik lenyap di atas garis ufuk

Titik Lenyap

Langkah 3 : Binakan satu garis menegak yang mewakili bahagian penjuru objek
yang hendak dilakar

112
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 4 : Lakarkan garis binaan dari garis tegak ke setiap titik lenyap

Langkah 5 : Lakarkan garis tegak disebelah kiri dan kanan. Garis ini adalah bucu
bagi
objek yang akan dilakar.

113
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 6 : Lakarkan garis binaan dari garis tegak di kiri dan kanan ke kedua-dua
titik lenyap.

Langkah 7 : Sambungkan garis yang mewakili objek yang dikehendaki.

114
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah memahami jenis-jenis lakaran dalam reka bentuk

KEPERLUAN BAHAN

1. Kertas Mahjong
2. Pen Marker
3. Blue tack
4. Kertas Lukisan
5. Pensel 2B / 4B
6. Alat Geometri
7. Sesiku Set

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI

Set Induksi

Kotak A Kotak B

1. Guru menunjukkan murid contoh bahan maujud seperti kotak

2. Guru meminta mengenalpasti pandangan/bahagian kotak A


dan B yang dapat dilihat .

3. Murid mengenalpasti bahagian yang dapat dilihat pada sudut


yang berbeza.

4. Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan jawapan pelajar

Langkah 1 1. Murid diberi penerangan oleh guru tentang peranan lakaran


piktorial dalam reka bentuk.
2. Murid berinteraksi dengan guru berkaitan isi pembelajaran yang
dipelajari

115
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

3. Guru membuat ulasan denagn jawapan yang diberi oleh


pelajar.

Langkah 2

1. Berdasarkan kotak yang ditunjukkan, guru membuat


penerangan dan menunjukkan cara membuat lukisan oblik
2. Murid diminta untuk mencuba membina lukisan oblik seperti
yang diajar menggunakan sesiku set 45
3. Guru meneliti hasil lakaran murid dan membimbing murid
membuat lukisan oblik dengan tepat.
4.

Langkah 3

1. Berdasarkan kotak yang ditunjukkan, guru membuat


penerangan dan menunjukkan cara membuat lukisan Isometrik
2. Murid diminta untuk mencuba membina Isometrik seperti yang
diajar menggunakan sesiku set 30/60
3. Guru meneliti hasil lakaran murid dan membimbing murid
membuat Isometrik dengan tepat.
4. Guru memilih secara rawak lukisan isometrik pelajar dan
membuat ulasan pada lukisan isometrik yang dihasilkan

116
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 4

1. Daripada objek kotak yang dipilih, guru membuat penerangan


dan menunjukkan cara membuat Lukisan Perspektif.
2. Guru menunjukkan kepada pelajar cara membuat lukisan
perspektif menggunakan satu dan dua titik
3. Murid diminta untuk mencuba membina lukisan persepektif
4. Murid diminta untuk mencuba membina membuat lukisan
perspektif menggunakan satu titik.
5. Kemudian murid diminta untuk mencuba membina membuat
lukisan perspektif menggunakan dua titik.
6. Guru meneliti hasil lakaran murid dan membimbing murid
membuat lukisan perspekif dengan tepat.
5. Guru memilih secara rawak lukisan perspekif pelajar dan
membuat ulasan pada lukisan perspekif yang dihasilkan

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran yang telah
dipelajari.

Semasa pelajar mempelajari Lukisan Oblik, dan Isometrik pelajar digalakkan menggunakan
pembaris dan sesiku set untuk memahirkan pelajar menganggarkan kedudukan sudut
pandangan 30,45 dan 60.

Setelah mahir dalam mengganggarkan sudut pelajar boleh menghasilkan lakaran dari 2
dimensi ke 3 Dimensi tanpa menggunakan pembaris dan sesiku set.

117
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Menyatakan pengetahuan sedia ada

Langkah 1: Murid ditunjukkan 2 buah kotak

Langkah 2: Murid diminta untuk mengenalpasti pandangan/bahagian kotak A dan B


yang dapat dilihat

Langkah 3: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran dengan jenis
jenis garisan

AKTIVITI 2

Lukisan Piktorial Lukisan Oblik

Arahan: Murid diminta melukis Lukisan Oblik pada kertas lukisan

Langkah 1: Murid diminta meneliti bahagian pandangan objek contohnya


kotak

Langkah 2: Murid diminta untuk membina lukisan oblik berdasarkan bahan


maujud yang ditunjukkan menggunakan sesiku set 45

Langkah 3: Guru meneliti dan membimbing murid membuat lukisan oblik


dengan tepat

Langkah 4: Guru memilih secara rawak lukisan oblik pelajar dan membuat
ulasan pada lukisan oblik yang dihasilkan

118
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 3

Lukisan Piktorial Lukisan Isometrik

Arahan: Murid diminta melukis Lukisan Isometrik pada kertas lukisan

Langkah 1: Murid diminta meneliti bahagian pandangan objek contohnya


kotak

Langkah 2: Murid diminta untuk membina Lukisan Isometrik berdasarkan


bahan maujud yang ditunjukkan menggunakan sesiku set 30/60

Langkah 3: Guru meneliti dan membimbing murid membuat Lukisan


Isometrik dengan tepat

Langkah 4: Guru memilih secara rawak lukisan oblik pelajar dan membuat
ulasan pada Lukisan Isometrik yang dihasilkan

AKTIVITI 4

Lukisan Piktorial Lukisan Perspektif

Arahan: Murid diminta melukis Lukisan Perspektif pada kertas lukisan.

Langkah 1: Murid diminta melukis lukisan persepektif satu titik

Langkah 2: Guru menilai dan membimbing pelajar

Langkah 3: Murid diminta melukis lukisan persepektif satu titik

Langkah 4: Guru menilai dan membimbing pelajar

Langkah 5: Ulang langkah 1- 4 bagi lukisan persepektif dua titik

119

You might also like