You are on page 1of 9

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 10
Standard 4.1Lakaran Piktorial
kandungan:
Standard 4.1.3 Menghasilkan lakaran asas produk dalam
pembelajaran: bentuk 3D berdasarkan 2D

Masa: 120 minit

NOTA RUJUKAN

Lakaran 2 dimensi terdiri daripada satu permukaan, boleh dilihat


pada satu arah sahaja dan tidak berstruktur.

120
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Lakaran 3 dimensi memberikan gambaran sebenar objek yang ingin


dibina. Lakaran ini mempunyai lebih daripada satu permukaan,
boleh dilihat pada pelbagai arah dan berstruktur (mempunyai
ketinggian, lebar dan panjang).

Lakaran 2 dimensi Lakaran 3 dimensi

Contoh 1:

Contoh 2:

121
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Contoh 3:

Contoh 4:

122
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Contoh 5:

123
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Perbezaan bentuk di antara 2 Dimensi dengan 3 Dimensi

Bentuk 2 Dimensi Bentuk 3 Dimensi

Leper Mempunyai bentuk menonjol

Mempunyai satu Mempunyai 3 permukaan


permukaan
Mempunyai tiga ukuran iaitu
Mempunyai dua ukuran tinggi, panjang dan lebar
iaitu tinggi dan panjang
Menggambarkan kedalaman
Tidak menggambarkan dan ketinggian
kedalaman
Menggambarkan keluasan
Menggambarkan keluasan dan isi padu

124
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah memahami membandingkan objek 2D dan 3D

KEPERLUAN BAHAN

1. Kertas Mahjong
2. Pen Marker
3. Blue tack
4. Kertas Lukisan
5. Pensel 2B/4B

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI

Set Induksi Guru menunjukkan video lakaran


a) Apakah yang membezakan ketiga-tiga lakaran yang
dilihat?

https://www.youtube.com/watch?v=c9cMOdBR9Vg

b) Apakah yang membezakan lakaran 2D dan 3D?

Langkah 1 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
2. Murid diberi penerangan oleh guru tentang lakaran 2D
dan 2D
3. Murid melihat contoh gambar lakaran 2D dan 3D
4. Murid berinteraksi dengan guru berkaitan isi
pembelajaran yang dipelajari
5. Guru membuat ulasan.

125
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

6. Guru memberi tema lakaran produk contoh #kasut

Langkah 2 1. Murid diminta melukis dua lakaran kasut dalam bentuk


2D dalam rekaan yang berbeza
2. Kemudian setelah selesai murid diminta untuk
menghasilkan lakaran asas produk dalam bentuk 3D
berdasarkan lakaran 2D yang dihasilkan
3. Guru membimbing pelajar meneroka idea untuk
menghasilkan rekaan yang pelbagai

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.

126
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Menyatakan pengetahuan sedia ada

Langkah 1: Murid ditunjukkan video lakaran

Langkah 2: a) Apakah yang membezakan ketiga-tiga lakaran yang


dilihat?

b) Apakah yang membezakan lakaran 2D dan 3D?

Murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan

Langkah 3: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

AKTIVITI 2

Membezakan lakaran 2D dan 3D

Langkah 1: Guru menunjukkan contoh lain gambar lakaran produk

Langkah 2: Murid melihat contoh gambar lakaran produk 2D kepada 3D

Langkah 3: Murid diberi tugasan dengan berpandukan tema lakaran produk


yang pilih oleh guru

Arahan :

1. Murid diminta melukis dua lakaran kasut dalam bentuk 2D


dalam rekaan yang berbeza
2. Setelah selesai murid perlu menghasilkan lakaran asas
produk dalam bentuk 3D berdasarkan lakaran 2D

PENILAIAN 1
127
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Pelajar diminta untuk memilih salah satu idea reka bentuk di bawah dan perlu
mengolah lakaran di bwah kepada tas tangan wanita / lelaki

Rujukan :

1. https://www.youtube.com/watch?v=c9cMOdBR9Vg

2. https://www.youtube.com/watch?v=nNjlCnWUqzM

3. Sumber imej : google

4. Slideshare : reka bentuk industri labu sayong

5. Powerpoint : Majlis Reka Bentuk Malaysia

1.

128

You might also like