You are on page 1of 10

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 11
Standard 4.1 Lakaran Piktorial
kandungan:
Standard 4.1.4 Memilih lakaran produk terbaik berdasarkan
pembelajaran: elemen reka bentuk
4.1.5 Menilai maklumat yang ada pada lakaran
yang dipilih
4.1.6 Mencadangkan penambahbaikan pada
lakaran yang dipilih
Masa: 480 minit

NOTA RUJUKAN

4.1.4 MEMILIH LAKARAN PRODUK TERBAIK BERDASARKAN ELEMEN REKA

BENTUK

Dalam subtajuk yang lepas, murid-murid telah mempelajari tentang kaedah


untuk menghasilkan lakaran.
Proses melakar menghasilkan pelbagai bentuk produk, warna dan komponen.
Ini adalah kerana setiap idea diterjemahkan menjadi beberapa lakaran yang
berbeza.
Lakaran yang telah dihasilkan akan dinilai berdasarkan elemen reka bentuk yang
telah dipelajari dalam tajuk 1 dahulu.
Akhirnya, lakaran yang terbaik dipilih sebelum proses seterusnya dilaksanakan.

129
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Elemen reka bentuk adalah:


1. Garisan (line)
2. Bentuk (Shape)
3. Tekstur (Texture)
4. Saiz (Size)
5. Warna (Colour)
6. Arah (Direction)

4.1.5 MENILAI MAKLUMAT YANG ADA PADA LAKARAN YANG DIPILIH

Untuk memastikan lakaran yang dibuat dapat difahami dengan


jelas, lakaran tersebut mestilah dilengkapkan dengan maklumat
yang diperlukan.

Maklumat yang perlu dimasukkan dalam lakaran adalah:

1. Bahan yang digunakan


2. Penyambung yang digunakan
3. Jenis kemasan produk
4. Fungsi komponen
5. Arah pergerakan

130
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Contoh lakaran bermaklumat:

131
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

4.1.6 MENCADANGKAN PENAMBAHBAIKAN PADA LAKARAN YANG DIPILIH

Setiap lakaran yang dipilih perlu dibuat penambah baikan


padanya.

Sebab-sebab penambahbaikan perlu dilaksanakan ialah:

1. Perubahan citarasa pengguna


2. Trend semasa
3. Persaingan antara produk
4. Kehendak pasaran
5. Lakaran asal sukar dihasilkan

Lakaran produk yang telah


Lakaran produk asal
dibuat penambahbaikan

132
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

CONTOH RPH
Standard 4.1 Lakaran Piktorial
kandungan:
Standard 4.1.4 Memilih lakaran produk terbaik berdasarkan
pembelajaran: elemen reka bentuk
4.1.5 Menilai maklumat yang ada pada lakaran
yang dipilih
4.1.6 Mencadangkan penambahbaikan pada
lakaran yang dipilih
Masa: 480 minit

Set Induksi 1. Guru menunjukkan beberapa contoh gambar


(10 minit) menggunakan paparan LCD.
2. Murid dikehendaki memilih satu gambar produk dan
menyatakan sebab pemilihan tersebut

RujukAktiviti 1
Langkah 1 1. Guru memaparkan contoh lakaran menggunakan
(30 minit) paparan LCD.
2. Guru menerangkan elemen reka bentuk yang perlu
digunakan semasa memilih lakaran.
3. Murid memilih satu lakaran daripada dua lakaran idea
yang telah dihasilkan dalam kelas sebelum ini (4.1.3).
4. Guru menekankan setiap pilihan perlu berdasarkan
kepada elemen reka bentuk.

RujukAktiviti 2
Langkah 2 1. Guru menerangkan tentang maklumat yang perlu ada
pada lakaran yang telah dipilih.
133
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

(200 minit) 2. Murid melakar semula lakaran idea yang dipilih .


3. Murid melengkapkan lakaran yang telah dibuat
dengan maklumat berkaitan fungsi, jenis bahan dan
dimensi.

Rujuk Aktiviti 3
Langkah 3 1. Hasil lakaran murid diletakkan di atas meja kumpulan
(120 minit) masing-masing.
2. Guru mengedarkan kertas nota (sticky notes)kepada
setiap pelajar.
3. Murid berjalan /bergerak untuk menilai hasil kerja rakan
dan membuat penambahbaikan menggunakan kertas
nota (sticky notes) .
Rujuk Aktiviti 4
Langkah 4 1. Guru meminta murid mendapatkan lakaran masing-
(110 minit) masing.
2. Murid diminta mencadangkan untuk membuat
penambahbaikan pada lakaran dengan memasukkan
unsur-unsur keselamatan, keceriaan dan kemudah-
gunaan dan mesra pengguna.
3. Murid menghasilkan lakaran yang telah dibuat
penambahbaikan.

Rujuk Aktiviti 5
Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran
(10 minit) yang telah dipelajari.

134
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Lakaran Piktorial

Arahan: Murid diberi masa selama 10 minit

Langkah 1: Murid ditunjukkan dengan paparan LCD pelbagai gambar


kerusi.

Langkah 2: Murid diminta memilih satu gambar dan menyatakan sebab


pemilihan tersebut.

Langkah 3: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

135
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 2

Lakaran Piktorial

Arahan: Murid diberi masa selama 30 minit

Langkah 1: Murid ditunjukkan dengan paparan LCD contoh lakaran.

Langkah 2: Guru menerangkan menerangkan elemen reka bentuk yang


perlu digunakan semasa memilih lakaran.

Langkah 3: Murid memilih satu lakaran daripada dua lakaran idea yang
telah dihasilkan.

Langkah 4: Guru menekankan setiap pilihan perlu berdasarkan kepada


elemen reka bentuk.

Garisan
Arah
gerakan
zip

Tekstur
Bentuk
Warna

Saiz beg berbanding


gugusan kunci

136
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 3

Lakaran Piktorial

Arahan: Murid diberi masa selama 200 minit

Langkah 1: Guru menerangkan tentang maklumat yang perlu ada pada


lakaran yang telah dipilih.

Langkah 2:
Murid melakar semula lakaran idea yang dipilih.

Langkah 3: Murid melengkapkan lakaran yang telah dibuat dengan


maklumat berkaitan fungsi, jenis bahan dan dimensi.

AKTIVITI 4

Lakaran Piktorial (1)

Arahan: Murid diberi masa selama 120 minit

Aktiviti: Gallery Walk

Langkah 1: Murid meletakkan lakaran masing-masing di atas meja.

Langkah 2: Guru mengedarkan kertas nota (sticky notes) kepada setiap


pelajar.

Langkah 3: Murid berjalan /bergerak untuk menilai hasil kerja rakan dan
membuat penambahbaikan menggunakan kertas nota (sticky
notes) .

137
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 5

Lakaran Piktorial (2)

Arahan: Murid diberi masa selama 110 minit

Langkah 1: Murid mendapatkan lakaran masing-masing.

Langkah 2: Murid mencadangkan untuk membuat penambahbaikan


pada lakaran dengan memasukkan unsur-unsur keselamatan,
keceriaan dan kemudah-gunaan dan mesra pengguna.

Langkah 3: Murid menghasilkan lakaran yang telah dibuat


penambahbaikan.

138

You might also like