You are on page 1of 21

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 12
Standard 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
kandungan:
Standard 5.1.1 Mentakrifkan Sistem Fertigasi
pembelajaran: 5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi
dalam penyediaan reka bentuk.

Masa: 120 minit

NOTA RUJUKAN

5.1.1 Mentakrifkan Sistem Fertigasi

Fertigasi adalah teknik dan teknologi baru yang diperkenalkan dalam industri
pertanian. Sistem ini sangat praktikal diusahakan kerana mengurangkan kos jangka
panjang dan mengurangkan tenaga kerja. Yang menariknya adalah hasil produk
pertanian yang tinggi dan sangat menguntungkan sesiapa saja yang terlibat.

Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan

kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat
diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada
kaedah ini, biasanya semua langkah awal diambil perhatian termasuk sifat media
yang baik dan sesuai untuk jenis- jenis tanaman, jenis dan bekas tanaman, dan
formulasi baja (nutrien) yang seimbang.

139
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Maksud Sistem Fertigasi

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Maksud
Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap
kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui
sistem pengairan titis.

Fertigasi merupakan salah satu daripada cabang hidroponik. Antaranya ialah seperti
Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik Statik,
Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan.
Kebanyakan sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis
titisan .

Tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur

pelindung hujan dan serangga. Dalam kaedah ini pokok boleh juga ditanam dalam
bekas di tempat yang terbuka.

140
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Tujuan Sistem Fertigasi

Tujuan sistem fertigasi untuk mengelakkan tanaman dijangkiti penyakit akar dan
mencegah merebaknya patogen daripada tanah seperti jangkitan penyakit akar
seperti Pythnium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria. Kaedah yang
digunakan adalah dengan menggunakan bekas tanaman yang diletakkan tidak
mencecah tanah secara langsung (berlapik).

Selain itu itu, ia juga bertujuan mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada
pokok menjadi terlalu cair (terkena hujan) sehingga menyebabkan pemberian baja
yang tidak berkesan.

Kelebihan Sistem fertigasi

Kaedah penanaman secara fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding
dengan kaedah konvensional iaitu:
Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit

Mengatasi masalah bawaan tanah

Meningkatkan hasil pengeluaran

Masalah merumpai sangat rendah

Kualiti hasil yang lebih baik dan bermutu

Penggunaan baja yang cekap dan lebih jimat

Mengurangkan penggunaan racun

Modal pusingan yang rendah

Nutrien lengkap boleh dikawal mengikut pertumbuhan pokok

141
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Kelemahan Sistem Fertigasi

Modal permulaan yang tinggi

Pengetahuan yang mendalam perihal tanaman

Pengurusan ladang yang berterusan

Kerosakan sistem membawa kerugian

Di Malaysia, terdapat dua kaedah penanaman secara fertigasi yang digunakan iaitu;

i. penanaman fertigasi di bawah struktur pelindung hujan (SPH)

ii. penanaman fertigasi terbuka tanpa menggunakan SPH.

Aplikasi
KBAT

Apakah tujuan penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) dalam sistem fertigasi ?

Apakah risiko yang mungkin boleh berlaku kepada pengurusan sistem dan hasil
tanaman sekiranya mengamalkan penanaman fertigasi terbuka ?

Rujuk Penilaian 2

5.1.2 Komponen Utama Sistem Fertigasi

Sistem fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat atau komponen utama
seperti tangki nutrien, alat pengatur masa, pam, penapis, paip ladang, paip utama,
paip sekunder, set penitis, tong larutan baja, bekalan elektrik dan sumber air untuk
beroperasi. Selain itu, ia juga memerlukan keperluan asas yang lain bagi menyokong
pengendaliannya.

142
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Komponen utama yang perlu ada dalam Sistem Fertigasi adalah :

1. Tangki nutrien
2. Alat Pengatur Masa (Timer)
3. Pam(Water pump)
4. Penapis (Filter)
5. Paip ladang.
a. Paip tertier (lateral lines)
b. Paip utama (main lines)
c. Paip sekunder (secondary line)
6. Set penitis.
7. Bekalan elektrik
8. Sumber air

9. Aplikasi
KBAT
10.
Apakah yang akan berlaku sekiranya pam yang digunakan rosak?
Bagaimana cara untuk mengatasinya daripada berlaku ?

Apakah yang akan terjadi sekiranya penapis tidak dibersihkan dan diperiksa secara
berkala dan mengapa ianya terjadi ?

143
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah didedahkan dengan reka bentuk dan teknologi.

KEPERLUAN BAHAN

1. Contoh atau gambar sistem fertigasi

2. Kertas Mahjong
3. Pen Marker
4. Blue tack

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer
3. Alat Tulis

AKTIVITI

Mentakrifkan Sistem Fertigasi

Set Induksi Guru menayangkan klip video atau paparan grafik /

gambar atau produk sebenar sistem fertigasi kepada murid.

Guru mengemukakan beberapa soalan berdasarkan klip

video atau paparan grafik / gambar atau produk sebenar
yang dilihat.

a) Nyatakan teknologi yang digunakan.

b) Apakah perbezaan antara kedua-dua cara

penanaman yang ditunjukkan ?

144
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Murid memberi jawapan secara lisan dan guru menulis

jawapan murid di papan putih atau murid mengisi Jadual
KWL secara bertulis.

Rujuk Lampiran Jadual KWL

Langkah 1 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk

pelajaran hari ini.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan diberi sekeping kertas yang mengandungi
maklumat mengenai sistem fertigasi (Rujuk Nota) :

a. Maksud sistem fertigasi

b. Tujuan
c. Kebaikan dan kelemahan sistem
Rujuk Penilaian 1

3. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing. Wakil

kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan
kumpulan.

4. Guru membuat ulasan.

Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap

kumpulan diberi sekeping kertas majong yang
mengandungi maklumat yang perlu dicari dan
dibincangkan seperti :

Perbandingan Antara Fertigasi (Tanpa Tanah) dengan

Penanaman Secara Konvensional Di Atas Tanah :

145
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Kumpulan 1 : Jenis tanaman, struktur pelindung

hujan, dinding jaring kalis serangga,
sistem pengairan, varieti tanaman
dan medium tanaman.
Kumpulan 2 : Air, tenaga elektrik, modal,
pengetahuan teknikal, tapak tanah
dan kesuburan tanah.
Kumpulan 3 : Kos operasi, risiko, tenaga buruh,
potensi hasil dan kualiti hasil.
Kumpulan 4 : Kesan terhadap alam sekitar dan
pengurusan dan penjagaan.

2. Murid menggunakan peta buih berganda dalam

membuat persembahan di hadapan kelas.
Rujuk Penilaian 3

3. Guru dan murid membuat rumusan.

Langkah 3 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap

kumpulan diberi kertas edaran yang mengandungi
beberapa gambar.
Rujuk Penilaian 4

2. Murid bergerak dalam kumpulan masing-masing. Setiap

kumpulan diminta mencari maklumat berkaitan nama
dan fungsi komponen mengikut gambar.

3. Guru menyediakan 2 stesen maklumat yang merangkumi

komponen sistem fertigasi yang berbeza (internet,
majalah, buku ilmiah, buku teks dan lain-lain bahan).

146
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

4. Murid dalam kumpulan akan bergerakke setiap stesen

untuk mendapatkan maklumat secara bergilir-gilir. Setiap
stesen diperuntukan selama 15 minit.
(Wisel akan digunakan apabila masa tamat)

5. Murid mengumpulkan kertas edaran yang lengkap

kepada guru. Guru memilih beberapa orang untuk
membentangkan hasil dapatan.

6. Guru dan murid membuat rumusan.

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran

yang telah dipelajari.
Murid melengkapkan Jadual KWL bahagian hasil
pembelajaran tentang definisi sistem fertigasi.

147
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Menyatakan pengetahuan sediada

Arahan : Murid diberi masa selama 10 minit

Langkah 1 : Murid ditunjukkan dengan tayangan klip video atau

paparan grafik / gambar atau produk sebenar sistem
fertigasi.

Guru mengemukakan beberapa soalan berdasarkan klip

video atau paparan grafik / gambar atau produk sebenar
yang dilihat.

a) Nyatakan teknologi yang digunakan.

b) Apakah perbezaan antara kedua-dua cara
penanaman yang ditunjukkan ?

Langkah 2 : Murid memberi jawapan secara lisan dan guru menulis

jawapan murid di papan putih atau murid mengisi Jadual
KWL secara bertulis.

Rujuk Lampiran Jadual KWL.

Setiap murid dikehendaki melengkapkan bahagian
pengetahuan sediada (K), apa yang ingin dipelajari (W)
dan pembelajaran akhir (L).

Langkah 3: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

148
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 2

Menyatakan Definisi Sistem Fertigasi

Arahan: Murid diberi masa selama 20 minit

Kerja Berkumpulan

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas yang mengandungi maklumat

mengenai sistem fertigasi :
a. Maksud sistem fertigasi
b. Tujuan
c. Kebaikan dan kelemahan sistem

3. Ketua kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan di

hadapan kelas.

4. Guru membuat rumusan hasil pembentangan.

149
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 3

Perbandingan Antara Fertigasi (Tanpa Tanah) dengan

Penanaman Secara Konvensional Di Atas Tanah

Arahan : Murid diberi masa selama 30 minit

Kerja Berkumpulan

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Murid diberi faktor perbandingan yang perlu dicari dalam kumpulan

dengan menggunakan pelbagai sumber dan maklumat.
a. Kumpulan 1 : Jenis tanaman, struktur pelindung
hujan, dinding jaring kalis serangga, sistem pengairan,
varieti tanaman dan medium tanaman.
b. Kumpulan 2 : Air, tenaga elektrik, modal,
pengetahuan teknikal, tapak tanah dan kesuburan
tanah.
c. Kumpulan 3 : Kos operasi, risiko, tenaga buruh,
potensi hasil dan kualiti hasil.
d. Kumpulan 4 : Kesan terhadap alam sekitar dan
pengurusan dan penjagaan.

150
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

3. Maklumat diberikan dalam bentuk jadual di bawah :

Faktor Penanaman secara Penanaman secara

Bil
Perbandingan fertigasi (tanpa tanah) konvensional (tanah)
1 Jenis tanaman
Struktur pelindung
2 hujan

5. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, murid menggunakan peta buih

berganda dalam membuat persembahan di hadapan kelas.

PETA BUIH BERGANDA

151
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

6. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan.

7. Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

AKTIVITI 4

Mengenal Pasti Komponen Utama Fertigasi Dalam Penyediaan

Reka Bentuk

Arahan : Murid diberi masa selama 40 minit

Kerja Berkumpulan

1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi kertas

edaran yang mengandungi beberapa gambar.
Rujuk Lampiran : Komponen Utama dalam Sistem Fertigasi

2. Murid bergerak dalam kumpulan masing-masing.

3. Setiap ahli kumpulan diminta mencari maklumat berkaitan nama dan

fungsi komponen mengikut gambar.

4. Guru menyediakan 2 stesen maklumat yang merangkumi komponen

sistem fertigasi yang berbeza (internet, majalah, buku ilmiah, buku teks
dan lain-lain bahan).

5. Murid dalam kumpulan akan bergerak ke setiap stesen untuk

mendapatkan maklumat secara bergilir-gilir.
Setiap stesen diperuntukan selama 15 minit.
(Wisel akan digunakan apabila masa tamat)

152
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

6. Murid mengumpulkan kertas edaran yang lengkap kepada guru. Guru

memilih beberapa orang untuk membentangkan hasil dapatan.

4. Guru dan murid membuat rumusan.

153
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN 1

Mencari dan Mengumpul

Maklumat

Lengkapkan peta pokok di bawah berdasarkan dapatan

pembentangan aktiviti kumpulan yang telah dijalankan.

PETA POKOK

Sistem Fertigasi
Definisi : _______________________
________________________________
________________________________

Kebaikan Kelemahan

_________________________________ _________________________________

154
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN 2

Aplikasi Penyelesaian
KBAT KBAT

Berdasarkan pengetahuan anda tentang sistem fertigasi, cari

penyelesaian masalah bagi soalan-soalan di bawah :

i. Mengapakah penggunaan struktur pelindung hujan dalam sistem

fertigasi diperlukan ? Apa yang akan terjadi kepada tanaman
sekiranya SPH tidak digunakan ?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

ii. Apakah risiko yang mungkin boleh berlaku kepada pengurusan sistem
dan hasil tanaman sekiranya mengamalkan penanaman fertigasi
terbuka ? Kaitkan dengan pengeluaran tanaman di kawasan dataran
rendah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

155
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN 3

Mencari dan Mengumpul

MAKLUMAT

Kumpulkan semua maklumat di bawah berdasarkan dapatan

pembentangan aktiviti kumpulan yang telah dijalankan.

Faktor Penanaman secara Penanaman secara

Bil
Perbandingan fertigasi (tanpa tanah) konvensional (tanah)
1 Sistem pengairan
2 Medium
tanaman

3 Varieti tanaman
4 Air
5 Tenaga elektrik
6 Modal
7 Pengetahuan
teknikal

8 Tapak tanah
9 Kos operasi
10 Tenaga buruh
11 Potensi hasil
12 Kualiti hasil
13 Kesan terhadap
alam sekitar

14 Pengurusan dan
penjagaan

156
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN 4

Mencari dan Mengumpul

MAKLUMAT

Catatkan nama dan fungsi komponen utama sistem fertigasi dalam

penyediaan reka bentuk berdasarkan gambar yang diberi.

Komponen
Bil Nama Komponen Fungsi
Utama

6 - Paip Ladang
7 - Sumber Air
8 - Bekalan Air

157
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

LAMPIRAN 1

Lampiran Jadual KWL

Nama Murid :
Tingkatan :
Tajuk :

JADUAL KWL

Pengetahuan (K) Apa yang perlu dipelajari (W) Pembelajaran (L)

*Bahagian pembelajaran (L) diisi selepas sesi PdP berakhir selepas guru
membuat rumusan

158
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Rujukan:

Laman Web :
1. http://infopertanianonline.blogspot.my/2011/03/struktur-pelindung-
hujan-sph.html
2. http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/05/Cili%20Fertigasi.pdf
3. http://www.gmpeladang.com.my

Bahan Rujukan :
1. Mahamud, S., Jamaludin, S., Mohamad Roff, M.N., Ab Halim, A.H.,
Mohamad, A.M. dan Suwardi, A.A. (2009). Manual teknologi fertigasi
penanaman cili, rockmelon dan tomato, 94 hlm. Serdang: MARDI
2. Tn. Hj Ghazali bin Muda GM Peladang (2004). Modul Teknologi
Penanaman Secara Fertigasi : 3
3. Masrule Hamid (2008). Panduan Langkah Demi Langkah Menjana
Pendapatan Dari Pertanian Moden Menggunakan Sistem Fertigasi :
Info Strategi Publisher
4. Modul Rekabentuk : Majlis Rekabentuk Malaysia

159

You might also like