You are on page 1of 13

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 14
Standard 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
kandungan:
Standard 5.1.4 Menganalisis elemen reka bentuk dalam
pembelajaran: sistem fertigasi.
5.1.5 Menilai lakaran reka bentuk baharu sistem
fertigasi.
Masa: 120 minit

NOTA RUJUKAN

5.1.4 Elemen Reka Bentuk Dalam Sistem Fertigasi Baharu

Elemen reka bentuk ialah unsur-unsur yang ada untuk menghasilkan idea awal rekaan
secara lakaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan pembuat memahami
maksud idea yang digambarkan oleh pereka.

Terdapat enam elemen reka bentuk iaitu :

1. Garisan
Garisan boleh menjadi lurus atau melengkung, terang atau gelap dan tebal
atau nipis. Garisan boleh dijadikan jalinan tekstur, pembentukan objek dan
bayangan.

181
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

2. Bentuk
Sesuatu yang mengisi ruang secara geometri seperti bulat, persegi atau
gabungan. Bentuk ini terhasil dalam dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D).
Sekiranya dilukis dalam bentuk 2D, kesan objek boleh ditonjolkan melalui
bayangan dan pantulan cahaya. Bagi bentuk 3D, kesan bentuk yang terhasil
adalah melalui paksi Z (ketiga) dan bayangan. Fungsi bentuk adalah untuk
memperlihatkan keseluruhan pandangan objek.

3. Tekstur
Kualiti sesuatu permukaan sama ada kasar, licin, lembut, keras, berkilat dan
sebagainya.

4. Saiz
Merujuk kepada ukuran ruang yang digunakan pada sesuatu bentuk. Saiz
dalam lukisan dipengaruhi oleh jarak, biasan dan kedudukan.

5. Warna
Warna ialah pantulan cahaya daripada sesuatu objek. Ia mempunyai empat
ciri utama iaitu warna primer, warna sekunder, keamatan dan nilai. Warna
berfungsi memberi maklumat komunikasi kepada individu yang melihat dan
memberi tindak balas terhadapnya. Ia juga menggambarkan suhu, harmoni,
keselesaan dan suasana.

6. Arah
Semua garisan mempunyai arah, sama ada menegak, melintang atau
menyerong. Garisan melintang mewakili ketenangan dan kestabilan.Garisan
menegak memberi kesan keterujaan, keseimbangan dan kepekaan.Garisan
menyerong mewakili pergerakan atau tindakan.

182
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

5.1.5 Penilaian Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:

1. Kecenderungan Inovasi, Kreativiti dan Keaslian Reka Bentuk


Kreativiti idea dalam menghasilkan reka bentuk atau kaedah baru atau fungsinya
diperbaikiuntuk memberi manfaat dalam penggunaan.

2. Kandungan Unsur Simbolik, Emosi, Estetika dan Penampilan


Daya penarik produk yang boleh mempengaruhi pengguna atau membawa
mesej tertentu yang memberikan nilai tambah kepada produk dan pengguna.
Ciri-ciri mesra alam yang terdapat pada rekabentuk produk, samada melibatkan
pengguna atau persekitaran.

3. Kecenderungan Fungsi dan Praktikal


Kekuatan bagi memenuhi sasaran penggunaan, keperluan semasa dan
penyelesaian masalah.

4. Kekuatan Kualiti dan Kebolehpasaran


Idea reka bentuk dapat menerangkan kebolehan pembuatan, rupabentuk,
penggunaan bahan, teknologi dan kebolehpasaran.

5. Ergonomik
Mengimbangi interaksi penggunaan di antara pengguna dan persekitaran
dengan produk secara fizikal atau psikologi (contoh : keselesaan, memudahkan
penggunaan atau ciri-ciri keselamatan)

183
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah mempelajari tajuk elemen reka bentuk dan


lakaran reka bentuk.

KEPERLUAN BAHAN

1. Lakaran reka bentuk


2. Kertas mahjong
3. Pen Marker
4. Blue Tack

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD / Projector / Viewer


2. Komputer / Chrome Book

AKTIVITI

Menganalisis Elemen Reka Bentuk Dan Menilai Lakaran


Reka Bentuk Baharu Dalam Sistem Fertigasi

Set Induksi Guru menunjukkan satu contoh lakaran reka bentuk sistem
fertigasi.
Murid diminta menyatakan elemen-elemen reka bentuk
yang digunakan dan membuat penilaian secara
menyeluruh terhadap reka bentuk sistem fertigasi yang
ditunjukkan.

Murid memberi jawapan secara lisan.

Rujuk Aktiviti 1

184
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 1 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan diberi lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang
berbeza.
3. Murid dikehendaki membuat analisis elemen-elemen reka
bentuk yang digunakan dalam sistem fertigasi.

4. Murid diberi masa 25 minit untuk berbincang dan


mendapatkan maklumat.

5. Murid membuat pembentangan hasil kerja dan masa


yang diperuntukkan selama 15 minit untuk membuat
pembentangan.

6. Guru membuat ulasan.

RujukAktiviti 2 dan Penilaian 1

Langkah 2 1. Guru mengedarkan jadual atau senarai semak Penilaian


Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi.

2. Berdasarkan lakaran reka bentuk yang dihasilkan, murid


dikehendaki menilai lakaran reka bentuk baharu yang
telah dibuat menggunakan senarai semak.

3. Guru dan murid berbincang hasil analisis yang diperolehi.

RujukAktiviti 3 ,Penilaian 3 dan Lampiran 1

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.
Murid melengkapkan Jadual KWL.
Rujuk Lampiran 1

185
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Menyatakan Pengetahuan Sedia Ada

Arahan : Murid diberi masa selama 10 minit

1. Guru menunjukkan satu contoh lakaran reka bentuk sistem fertigasi.

2. Murid diminta menyatakan elemen-elemen reka bentuk yang


digunakan dan membuat penilaian secara menyeluruh terhadap reka
bentuk sistem fertigasi yang ditunjukkan.

3. Murid memberi jawapan secara lisan.

186
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 2

Menganalisis Elemen Reka Bentuk Dalam Sistem fertigasi

Arahan : Murid diberi masa selama 40 minit

Kerja Berkumpulan

1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.


2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
diberi lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang berbeza.

3. Murid dikehendaki membuat analisis elemen-elemen reka bentuk yang


digunakan dalam sistem fertigasi.

4. Murid diberi masa 20 minit untuk berbincang dan mendapatkan


maklumat.

5. Murid membuat pembentangan hasil kerja dan masa yang


diperuntukkan selama 8 minit untuk membuat pembentangan.

6. Guru membuat ulasan.

187
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 3

Menilai Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi

Arahan : Murid diberi masa selama 60 minit

Kerja Individu

1. Guru mengedarkan jadual atau senarai semak Penilaian Reka Bentuk


Baharu Sistem Fertigasi.

2. Berdasarkan lakaran reka bentuk yang dihasilkan daripada aktiviti


murid subtopik 5.1.3, murid dikehendaki menilai lakaran reka bentuk
baharu yang telah dibuat menggunakan senarai semak.

3. Guru dan murid berbincang hasil analisis yang diperolehi.

Rujuk Lampiran 2

188
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN 1
Mencari dan Mengumpul
MAKLUMAT

Berdasarkan gambar produk dibawah, huraikan setiap elemen reka


bentuk sistem fertigasi berikut:

Elemen
Bentuk Saiz
Produk

189
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN 2
Mencari dan Mengumpul
MAKLUMAT

Berdasarkan gambar produk dibawah, buat penilaian reka bentuk sistem


fertigasi sedia ada digunakan seperti dalam jadual di bawah.

Reka Bentuk 1 Reka Bentuk 2

Produk

Penilaian

Kecenderungan Inovasi,
Kreativiti dan Keaslian Reka
Bentuk

Kandungan Unsur Simbolik,


Emosi, Estetika dan
Penampilan

Kecenderungan Fungsi dan


Praktikal

Kekuatan Kualiti dan


Kebolehpasaran

Ergonomik

190
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

LAMPIRAN 1

Lampiran Jadual KWL

Nama Murid :
Tingkatan :
Tajuk :

JADUAL KWL

Pengetahuan (K) Apa yang perlu dipelajari (W) Pembelajaran (L)

*Bahagian pembelajaran (L) diisi selepas sesi PdP berakhir selepas guru
membuat rumusan

191
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

LAMPIRAN 2
Aplikasi
Penyelesaian
KBAT KBAT

SENARAI SEMAK PENILAIAN REKA BENTUK BAHARU SISTEM FERTIGASI

Arahan : Tandakan ( ) pada kriteria-kriteria yang memenuhi spesifikasi


penilaian yang dibuat.

Sangat
Kriteria Baik Memuaskan Lemah
Lemah

Kecenderungan Inovasi,
1 Kreativiti dan Keaslian
Rekabentuk

Kandungan Unsur Simbolik,


2 Emosi, Estetika dan
Penampilan

Kecenderungan Fungsi dan


3
Praktikal

Kekuatan Kualiti dan


4
Kebolehpasaran

5 Ergonomik

192
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Rujukan:

Laman Web :

1. http://infopertanianonline.blogspot.my/2011/03/struktur-pelindung-
hujan-sph.html
2. http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/05/Cili%20Fertigasi.pdf
3. http://www.gmpeladang.com.my
4. https://fazaraicreative.wordpress.com/1-3-elemen-elemen-reka-
bentuk/

Bahan Rujukan :

1. Mahamud, S., Jamaludin, S., Mohamad Roff, M.N., Ab Halim, A.H.,


Mohamad, A.M. dan Suwardi, A.A. (2009). Manual teknologi fertigasi
penanaman cili, rockmelon dan tomato, 94 hlm. Serdang: MARDI
2. Tn. Hj Ghazali bin Muda GM Peladang (2004). Modul Teknologi
Penanaman Secara Fertigasi : 3
3. Masrule Hamid (2008). Panduan Langkah Demi Langkah Menjana
Pendapatan Dari Pertanian Moden Menggunakan Sistem Fertigasi :
Info Strategi Publisher
4. Modul Rekabentuk : Majlis Rekabentuk Malaysia
5. Yaseer Suhaimi, M., Mahamud, S. dan Mohamad A.M. (2012).
Penanaman cili secara fertigasi terbuka. Buletin Teknologi MARDI Bil.
1: 89 95 Yaseer Suhaimi, M., Mahamud, S. dan Mohamad, A.M.
(2012a). Penyediaan anak benih cili yang seragam. Buletin Teknologi
MARDI Bil. 1: 85 88
6. En. Ismail Rosdi (2015). Penilaian Kriteria Reka Bentuk. MRM-Majlis
Reka Bentuk Malaysia.

193

You might also like