You are on page 1of 10

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 15
Standard 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
kandungan:
Standard 5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka
pembelajaran: bentuk baharu sistem fertigasi.

Masa: 360 minit

NOTA RUJUKAN

5.1.6 Penghasilan Mock-Up atau Model Struktur Reka


Bentuk Baharu Sistem Fertigasi

Mock-up direka mengikut saiz objek sebenar. Ia dibina sebelum model


atau prototaip dihasilkan. Ia juga dikenali sebagai model olok -
olok. Warnanya mengikut warna asal bahan yang digunakan dan tidak
menggunakan bahan sebenar. Contohnya seperti warna tanah liat
(clay).

Model ialah satu objek yang dihasilkan sebagai contoh. Model direka
mengikut rupa sebenar sesuatu objek tetapi ia tidak dapat berfungsi
sepenuhnya seperti objek asal dan dapat menunjukkan reka bentuk
secara tiga dimensi. Model dibina dengan menggunakan bahan-bahan
terbuang seperti kertas surat khabar lama yang direndam dengan air
serta dihancurkan (paper mache), kotak, polisterin, kain, mancis, ranting
kayu, span, gam dan lain-lain bahan yang sesuai.

194
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Contoh Model reka bentuk sistem fertigasi sedia ada

195
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah didedahkan dengan komponen utama dan


sistem pengairan sistem fertigasi.

KEPERLUAN BAHAN

1. Lakaran reka bentuk baharu


2. Bahan terbuang (botol, saluran paip)
3. Bahan maujud

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD / Projector / Viewer


2. Komputer / Chrome Book
3. Gunting/ cutter/ glu

AKTIVITI

Membina Mock-up atau Model Struktur Reka Bentuk Baharu


Sistem Fertigasi.

Set Induksi Guru menunjukkan satu contoh lakaran reka bentuk sistem
fertigasi.

Murid diminta menunjukkan lakaran reka bentuk sistem


fertigasi yang telah mereka buat.

Guru mengimbas kembali tajuk Projek Brief.

Guru mengemukakan soalan secara umum.

1. Apakah perbezaan antara mock-up, model, prototaip


dan projek sebenar.

196
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 1 1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan


kecil secara individu atau secara berpasangan..
2. Murid akan membina sebuah mock-up atau model
struktur reka bentuk sistem fertigasi baharu berpandukan
lakaran yang dihasilkan dalam aktiviti sebelum ini.
3. Setiap kumpulan perlu memastikan mock-up atau model
yang dibina mengandungi komponen-komponen utama
dan mempunyai ciri-ciri setiap elemen dalam sistem
fertigasi.

Langkah 2 1. Setiap kumpulan diminta untuk melabelkan komponen


pada model fertigasi yang dibina.

2. Pembentangan hasil kerja oleh kumpulan.

3. Penilaian hasil kerja oleh rakan murid. Borang penilaian


akan disediakan oleh guru. Setiap kumpulan akan
mengisi borang penilaian hasil kerja bagi kumpulan lain.

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.

197
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Menyatakan Pengetahuan Sedia Ada

Arahan : Murid diberi masa selama 10 minit

1. Guru menunjukkan dua gambar/projek dan model yang menunjukkan


mock-up dan projek sebenar. Murid diminta membuat perbandingan.

2. Murid memberi jawapan secara lisan.

Aktiviti ini sekadar sesi soal jawab antara guru dan murid.

198
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 2

Membina Mock-up atau Model Struktur Reka Bentuk


Baharu Sistem Fertigasi

Arahan : Murid diberi masa selama 230 minit

1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil sama


ada secara individu atau secara berpasangan.

2. Murid akan membina sebuah mock-up atau model struktur reka


bentuk sistem fertigasi baharu berpandukan lakaran yang dihasilkan
dalam aktiviti sebelum ini.

3. Setiap kumpulan perlu memastikan mock-up atau model yang dibina


mengandungi komponen-komponen utama dan mempunyai ciri-ciri
setiap elemen dalam sistem fertigasi.

Sekiranya secara berpasangan, murid perlu memilih salah satu lakaran


mereka untuk menghasilkan sebuah mock-up atau model struktur reka
bentuk sistem fertigasi baharu.

199
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 3

Menilai Mock-UpReka Bentuk Sistem fertigasi

Arahan : Murid diberi masa selama 10 minit bagi setiap stesen.

Kerja Berkumpulan

1. Guru mengarahkan setiap kumpulan membuat penilaian hasil kerja


kumpulan lain berdasarkan borang penilaian yang diberi oleh guru.

PENCAPAIAN
BIL PERKARA
1 2 3 4

Semua komponen utama sistem


1.
fertigasi wujud pada mock-up
Elemen yang diperlukan pada
2.
mock-up kelihatan jelas
3. Mengikut lakaran yang dibuat
4. Kekemasan hasil
Kesesuaian fungsi berkaitan
5.
fertigasi
6. Kreativiti dan innovasi

200
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Jadual menunjukkan kriteria pencapaian yang boleh dicapai oleh murid :

Tahap Keterangan
Kurang dari 6 komponen fertigasi
Sekurang-kurangnya 3 elemen rekabentuk
1
Mengikut lakaran
Terdapat cantuman komponen yang tidak kemas
Mempunyai sekurang-kurangnya 6 komponen fertigasi utama
Menunjukkan lebih dari 3 elemen rekebentuk
2
Mengikut lakaran
Cantuman komponen kemas
Mempunyai 8 komponen fertigasi
Mempunyai 6 elemen reka bentuk
3 Mengikut lakaran
Cantuman komponen yang kemas
Kreativiti
Mempunyai 8 komponen fertigasi
Mempunyai 6 elemen rekabentuk
4 Mengikut lakaran
Kreatif dan berinnovasi
Cantuman komponen yang kemas

201
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN 1
MencaridanMengumpul
MAKLUMAT

Berdasarkan hasil lakaran yang telah dibuat, murid perlu membuat


penambahbaikan bagi lakaran masing-masing mengikut kesesuaian.

PENILAIAN 2
MencaridanMengumpul
MAKLUMAT

Anda dikehendaki menggunakan barang terpakai untuk membina satu


sistem fertigasi mudah.

202
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Rujukan:

Laman Web :

1. http://infopertanianonline.blogspot.my/2011/03/struktur-pelindung-
hujan-sph.html
2. http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/05/Cili%20Fertigasi.pdf
3. http://www.gmpeladang.com.my
4. https://fazaraicreative.wordpress.com/1-3-elemen-elemen-reka-
bentuk/

Bahan Rujukan :

1. Mahamud, S., Jamaludin, S., Mohamad Roff, M.N., Ab Halim, A.H.,


Mohamad, A.M. dan Suwardi, A.A. (2009). Manual teknologi fertigasi
penanaman cili, rockmelon dan tomato, 94 hlm. Serdang: MARDI
2. Tn. Hj Ghazali bin Muda GM Peladang (2004). Modul Teknologi
Penanaman Secara Fertigasi : 3
3. Masrule Hamid (2008). Panduan Langkah Demi Langkah Menjana
Pendapatan Dari Pertanian Moden Menggunakan Sistem Fertigasi :
Info Strategi Publisher
4. Modul Rekabentuk : Majlis Rekabentuk Malaysia
5. Yaseer Suhaimi, M., Mahamud, S. dan Mohamad A.M. (2012).
Penanaman cili secara fertigasi terbuka. Buletin Teknologi MARDI Bil.
1: 89 95 Yaseer Suhaimi, M., Mahamud, S. dan Mohamad, A.M.
(2012a). Penyediaan anak benih cili yang seragam. Buletin Teknologi
MARDI Bil. 1: 85 88
6. En. Ismail Rosdi (2015). Penilaian Kriteria Reka Bentuk. MRM-Majlis
Reka Bentuk Malaysia.

203

You might also like