You are on page 1of 11

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 18
Standard 5.2 REKA BENTUK FESYEN
kandungan:
Standard
pembelajaran: 5.2.5 Menganalisis elemen dalam reka bentuk fesyen

Masa : 120minit

NOTA RUJUKAN

5.2.4 Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen

a. Garisan

Elemen garisan dalam reka bentuk fesyen merupakan suatu yang tersirat di
mana ia menggantikan fikiran. Garisan juga boleh menggambar perasaan
tertentu. Garisan melintang adalah gambaran perasaan tenang dan statik,
manakala garisan menegak menggambarkan kuasa dan gaya, garisan
condong sebagai gerakan, tindakan, dan perubahan.

Garisan melengkung atau berbentukS adalah gambaran senyap, tenang dan


perasaan berahi. Garisan merupakan elemen grafik yang berkesan kerana
garisan boleh membimbing pandangan mata.

228
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

b. Bentuk

Reka bentuk fesyen sangat mementingkan bentuk kerana ianya memberikan


gambaran awal mengenai fesyen tersebut. Bentuk merupakan salah satu
elemen penting kerana ia mempunyai perkaitan dengan nilai komersial sesuatu
produk reka bentuk fesyen.

c. Warna

Elemen warna di gunakan untuk menjadikan reka bentuk fesyen lebih menarik.
Terdapat tiga jenis warna iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertier .
Pengaruh warna adalah sangat besar dalam kehidupan manusia terutamanya
dalam reka bentuk fesyen. Warna yang berbeza mempengaruhi emosi serta
naluri kita. Setiap warna mempunyai peranan tersendiri. Warna
menggambarkan pelbagai rasa seperti panas, dingin, nyaman, malas, sedih,
bahagia, ceria dan sebagainya. Warna kegemaran seseorang juga adalah
gambaran bagi karektornya.

229
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Analisis Elemen Reka Bentuk Fesyen


Penilaian terhadap produk sangat penting ,jadi untuk membuat penilaian tersebut
beberapa elemen dalam reka bentuk fesyen perlu dianalisis. Analisis ini perlu
dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Antara elemen yang perlu dianalisis
ialah fungsi produk, kesesuaian bahan, estetik, kepelbagaian warna,garisan dan
bentuk.

230
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Elemen Keterangan

Fungsi Produk Adakah produk tersebut praktikal digunakan untuk


menjalankanfungsinyadenganbaikdanberkesan.

Fungsi tambahan dan adakah ia diperlukan. Kebaikan-


kebaikantentangfungsiprodukjugasangatperludinyatakan.

KesesuaianBahan Apakahbahan yang digunakansesuaidenganfungsisesuatuproduk,


praktikaldanselamatdigunakan.

Estetik Adakah bentuk yang dilihat dari sudut gaya,


berketrampilandanmutukemasandilaksanakansebaik-baiknya.
Penilaian berkaitandengan betuk estetikse pertibahan yang indah
(sedap dipandang), warna yang menawandanrupa yang
menyenangkan.

Kepelbagaian Berkaitan dengan tawaran warna yang ada pada sesebuah


Warna produk. Adakahwarna yang digunakanmerupakanwarna yang
menjadi trend semasa.

Garisan Adakah garisan atau corak yang dipilih mengikut trend


semasadanianyabersesuaiandenganbudayasesuatumasyarakat.

Bentuk Analisis produk dari segi bentuk ia nnya berkait secara


langsungdenganbentukluaranprodukataupenampilan visual
sesuatuproduk. Kriteria ini sebenarnya ingin menjelaskan sama ada
bentuk dan rupa bertepatan dengan tujuan sebenar sesuatu reka
bentuk itu dirancang atau sebaliknya.

231
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah mengetahui tentang dunia fesyen

KEPERLUAN BAHAN

1. Contoh produk
2. Kertas Mahjong
3. Pen Marker
4. Blue tack
5. Pensilwarna
6. Loceng

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer
AKTIVITI

Mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid

Set Induksi Guru menunjukkan satu produk reka bentuk fesyen.


Murid diminta memberikan pandangan tentang
gambar tersebut.
(cth : topi)

Guru mengaitkan jawapan murid dengan


tajuk pelajaran hari ini.

232
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 1
1. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan diberi 3 gambar
produk rekabentuk fesyen. ( contoh ; kasut,
CadanganaktivitiPdPAlaf topi, tudung, talipinggang, jam tangan, skirt,
21: seluar, blausdll) Murid diminta menganalisis
Galery walk
produk reka bentuk berkenaan dari aspek
garisan, warna dan bentuk.
( contoh: lampiran 1 )
2. Murid berbincang dalam kumpulan masing-
masing tentang perincian elemen reka
bentuk fesyen dan mencatat analisis tersebut
di atas kertas mahjung.
3. Setiap kumpulan dikehendaki mempamerkan
hasil kerja kumpulan di dinding kelas.
4. Guru menetapkan tempoh masa tertentu
untuk setiap kumpulan melihat hasil kerja
kumpulan lain serta mendapat input dan
mencatatnya di dalam buku nota.
5. Ahli kumpulan lain berpeluang mencatat
idea dan memberi pandangan pada setiap
hasil kerja yang dilawati.
( boleh menggunakan sticker notes atau
mencatat terus pada kertas mahjung
berkenaan)
6. Di akhir sesi lawatan( gallery walk) setiap
kumpulan dikehendaki membuat rumusan
tentanghasil kerja mereka yang telah
ditambah baik oleh ahli kumpulan lain.
Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik
pelajaran yang telah dipelajari.

233
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Mengenal pasti pengetahuan sedia ada ( set induksi )

Langkah 1: Guru menunjukkan satu produk reka bentuk fesyen. Murid


diminta memberikan pandangan tentang gambar tersebut.
(cth : topi, kasut, tali pinggang, jam tangan, tudung, skirt dll)

Langkah 2: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

234
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 2

Menganalisis Elemen reka bentuk fesyen

Kerja Berkumpulan

Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Langkah 1: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap


kumpulan diberi gambar produk reka bentuk fesyen.
( contoh ; kasut, topi, tudung, tali pinggang, jam tangan, skirt,
seluar, blaus dll ). Murid diminta menganalisis produk reka
bentuk berkenaan dari aspek garisan, warna dan bentuk.
(contoh : lampiran 1)

Langkah 2: Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang


perincian elemen reka bentuk fesyen dan mencatat analisis
tersebut di atas kertas mahjong.

Langkah 3: Setiap kumpulan dikehendaki mempamerkan/ menampal


hasil kerja kumpulan di dinding kelas.

Langkah 4: Guru menetapkan tempoh masa tertentu untuk setiap


kumpulan melihat hasil kerja kumpulan lain serta mendapat
input dan mencatatnya di dalam buku nota.

Langkah 5: Ahli kumpulan lain berpeluang mencatat idea dan memberi


pandangan pada setiap hasil kerja yang dilawati.
( boleh menggunakan sticker notes atau mencatat terus
pada kertas mahjong berkenaan)

Langkah 6: Di akhir sesi lawatan ( gallery walk) setiap kumpulan


dikehendaki membuat rumusan tentang hasil kerja mereka
yang telah ditambah baik oleh ahli kumpulan lain.

235
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Lampiran1

Berdasarkan gambar produk dibawah, huraikan setiap elemen reka


bentuk fesyen berikut:

Elemen Warna Garisan Bentuk

Produk

236
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN

Berdasarkan reka bentuk fesyen di bawah senaraikan elemen reka


bentuk fesyen yang anda tahu.

Elemen Keterangan

237
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Rujukan:

1. http://sukatanproduksimultimedia.blogspot.com/2013/05/prinsip-reka-
bentuk-setiap-orang.html
2. http://www.johnlovett.com/test.htm
3. https://creativemarket.com/blog/2013/12/02/10-basic-elements-of-
design
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Design_elements_and_principles
5. ModulRekabentuk : MajlisRekabentuk Malaysia
6. Laird Borrelli, 2004 . Fashion Illustration Now : Thmes& Hudson Ltd: London
7. Jo Anne Lorenz, 2007 . Make Your Own Jewellery Using Fabric,
Embroidery, beads amd shells: South wateran imprint of Anness
Publishing Ltd, Harmes House : London
8. Mariam Abu Bakar, 2015 :edisi 3 . PanduanMembuatPakaian.
GrupBukuKarangkrafSdn.Bhd. Lot 26, JlnRenggam 15/5 seksyen15 :
Shah Alam Selangor.
9. Kate Perri, 2007 . Fashions & Accessories. Creative Publishing
International 18705 Lake Drive East, Chanhassen : Minnesota.

10. Terra, 2015 .Fashions & Accessories.ArtezPress : London

11. Sumberimage : Goggle

238

You might also like