You are on page 1of 16

1.

PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Puan Ramnah Binti Darus ,Guru Besar Sk. Taman Tun Dr. Ismail (1) memulakan majlis dengan
bacaan doa yang dipimpin oleh En. Zulkifli bin Zakaria. Beliau mengucapkan salam dan ribuan
terima kasih di atas kehadiran guru-guru dan mengharapkan semua guru dapat memberikan
perhatian terhadap maklumat yang akan dibentangkan nanti.

Tindakan : Makluman

1.2 Beliau melahirkan rasa bersyukur kerana SKTTDI1 telah mencapai kedudukan kedua terbaik
UPSR 2016 WPKL dengan memperolehi GPS 1.88. Manakala jumlah murid yang memperoleh
6A adalah seramai 17 orang ( 9.29) dengan Peratus lulusnya 95.63% (175) dan melayakkan
SKTTDI 1 mencapai kedudukan ketiga terbaik SBT.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Bil 1/2017 dicadangkan pengesahannya oleh Pn Roslina binti Mohd. Noor dan
disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

Tindakan : Makluman

4 AGENDA/ PERBENTANGAN

4.1 PERKEMBANGAN BAHARU PENDIDIKAN

4.1.1 VISI DAN MISI

4.1.1.1 Guru besar memaklumkan semua guru sewajarnya mengetahui dan memahami visi dan
misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) . Beliau menyatakan visi KPM iaitu
Pendidikan Berkualiti InsanTerdidik Negara Sejahtera . Manakala Misi KPM pula
melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara

Tindakan : Makluman

4.1.1.2 Guru Besar turut memaklumkan visi sekolah iaitu SK Taman Tun Dr.Ismail(1) Menjadi
"sekolah berprestasi tinggi yang bertaraf dunia . Manakala misi pula Melahirkan
modal insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani
selaras dengan kehendak wawasan pendidikan negara. Memastikan setiap murid
berkemahiran dalam teknologi terkini di bidang ICT.

Tindakan : Makluman

1
4.1.2 KSSR SEMAKAN BERMULA TAHUN 1 2017

4.1.2.1 Guru Besar memaklumkan KSSR Semakan 2017 hanya melibatkan murid-murid tahun 1
bagi kemasukan 2017. KSSR semakan 2017 perlu dilaksanakan dengan kemas dan teliti
mengikut pelaksanaan KSSR yang sepatutnya. Selain itu, pemantauan daripada JNJK,
JPNWP, PPWS dan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melibatkan semua
subjek perlu dilaksanakan secara telus dan sistematik.

Tindakan : Makluman

4.1.3 PERLUASAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

4.1.3.1 Guru Besar memaklumkan DLP melibatkan Subjek Sains dan matematik yang diajar
dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. SKTTDI 1 antara sekolah yang terlibat dengan DLP
kohort 1 2016 yang melibatkan murid tahun 1 dan tahun 4. Manakala tahun 2017
melibatkan murid-murid tahun 1, 2 , 4 dan 5.

Tindakan : Makluman

4.1.4 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

4.1.4.1 Guru besar memaklumkan bahawa PPPM 2013-2025 telah memasuki Gelombang Kedua
bermula tahun 2016 hingga 2020. Gelombang kedua ini memberi tumpuan kepada
memacu peningkatan sistem dan berharap semua guru dapat menghayati aspirasi yang
terkandung dalam PPPM kerana adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk
merealisasikannya.

Tindakan : Makluman

4.1.4.2 Guru Besar memaklumkan Antara langkah yang akan diambil kearah memacu
peningkatan sistem ialah :

i. memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah


pengetahuan dalam semua mata pelajaran, pemikiran, kepimpinan,
etika/kerohanian dan identiti nasional.

ii. menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambah


baik latihan pra-perkhidmatan untuk memugarkan profesion keguruan.

iii. menambah baik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum


baharu peringkat menengah bagi meningkatkan standard kandungan dan
pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.

iv. menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk immersion
BI dan mengukuhkan penyediaan pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan
penguasaan pelbagai bahasa.

v. melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang guru dan
sekolah kurang murid untuk menangani isu kapasiti.

2
vi. mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli
dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas dan berkeperluan khas.

vii. memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan


dengan pembekal pendidikan vokasional swasta.

viii. mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian,


JPN dan PPD untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelaksanaan

Tindakan : Makluman

4.1.4.3 Guru Besar memaklumkan tentang 6 Aspirasi murid iaitu:

i. Pengetahuan
Setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi
selain penting menguasai untuk mata pelajaran Matematik dan Sains.

ii. Kemahiran Berfikir


Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang
kehidupan mereka untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai
disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.

iii. Kemahiran Memimpin


Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid untuk mencapai potensi
diri sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal
untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.

iv. Kemahiran Dwibahasa


Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa sekurang- kurangnya pada tahap minima.

v. Etika dan Kerohanian


Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid
bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa dan
boleh menyelesaikan konflik secara harmoni serta berani melakukan sesuatu
yang betul.

vi. Identiti Nasional


Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara
diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid perlu
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama dan
sosioekonomi.
Tindakan : Makluman

3
4.1.5 VLE-FROG 1 BESTARINET

4.1.5.1 Guru Besar memaklumkan 1 BESTARINET akan Meningkatkan lebar jalur pada Zoom
di makmal pada sekurang-kurangnya 10 MB. Justeru, semua sekolah perlu menggunakan
Frog Vle dalam melaksanakan PdP dan menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan
penggunaan Frog Vle pada tahun 2017.
Tindakan : Makluman
4.1.5.2 Beliau memaklumkan jawatankuasa yang terlibat perlu menyediakan jadual penggunaan
Frog Vle secara rasmi seperti jadual penggunaan PSS bagi persekolahan 2017.
Tindakan : En Amli bin Mohd. Galim
4.1.6 PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)
4.1.6.1 Pn. Guru Besar memaklumkan bahawa Pelan Pembangunan ProfesionalismeBerterusan
(PPPB) adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan
mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan
kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.
Tindakan : Makluman
4.1.6.2 Beliau memaklumkan Transformasi Amalan PPB mempunyai 3 gelombang iaitu
Gelombang 1(2013-2015),Gelombang 2 (2016-2020) dan Gelombang 3(2021-2025)
Tindakan : Makluman
4.1.7 KPI GURU BESAR SK TAMAN TUN DR.ISMAIL (1) 2017

4.1.6.1 Pn Ramnah binti Darus memaklumkan KPI Guru Besar SK Taman Tun Dr.Ismail (1)
2017 seperti berikut:

Tindakan : makluman

4
4.2 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

4.2.1 SESI PERSEKOLAHAN 2017


4.2.1.1 Beliau memaklumkan sesi persekolahan 2017 adalah seperti berikut:
i. 3 Januari 2017 (Selasa) - 24 November 2017 ( Jumaat )
ii. 214 hari sekolah dan Cuti am
iii. Cuti Penggal- 72hari
iv. Cuti peristiwa- 4 hari
v. Cuti perayaan - 11 hari yang ditetapkan oleh KPM

ANALISIS CUTI PERAYAAN 2017 YANG DIPERUNTUKAN OLEH KPM

PERAYAAN CUTI KUMPULAN B


Tahun Baru Cina 26.01.2017 (Khamis)
28.01.2017 (Sabtu) Dan 27.01.2017 (Jumaat)
29.01.2017 (Ahad 31.01.2017 (Selasa)

Hari Raya Aidil Fitri 27.06.2017 (Selasa)


25.06.2017 (Ahad) Dan 28.06.2017 (Rabu)
26.06.2017 (Isnin) 29.06.2017 (Khamis)
30.06.2017 (Jumaat)

Hari Deepavali 16.10.2017 (Isnin)


18.10.2017 (Rabu) 17.10.2017 (Selasa)
19.10.2017 (Khamis)
20.10.2017 (Jumaat)

Tindakan : Makluman

4.2.1.2 Beliau turut memaklumkan waktu persekolahan bagi SK. Taman Tun Dr. Ismail 1 adalah
seperti berikut:

TAHAP 1

HARI MASA
ISNIN HINGGA KHAMIS 7.25 PAGI 1.05 TGH
JUMAAT 7.25 PAGI 12.05 TGH
ISNIN KHAMIS 7.25 PAGI 7.45 PAGI
PROGRAM BACALAH SAYANG
JUMAAT 7.25 PAGI 7.45 PAGI
BACAAN YAASIN

5
TAHAP 2

HARI MASA
ISNIN HINGGA KHAMIS 7.25 PAGI 1.35 TGH
JUMAAT 7.25 PAGI 12.05 TGH
ISNIN KHAMIS 7.25 PAGI 7.45 PAGI
PROGRAM BACALAH SAYANG
JUMAAT 7.25 PAGI 7.45 PAGI
BACAAN YAASIN

Tindakan : Makluman

4.2.2 PERATURAN SEKOLAH

4.2.2.1 Beliau memaklumkan peraturan sekolah seperti berikut:

HARI PERATURAN
ISNIN MURID MELETAKKAN BEG DLM KELAS & TERUS
BERKUMPUL DI DEWAN. BERSEDIA UTK
PERHIMPUNAN RASMI

SELASA - MURID TERUS KE DEWAN BERSAMA BEG. GURU MATA


KHAMIS PELAJARAN PERTAMA MENJEMPUT & MENGIRINGI
MURID KE KELAS PADA JAM 7.25 PAGI.

JUMAAT MURID MELETAKKAN BEG DLM KELAS & TERUS


BERKUMPUL DI DEWAN DENGAN MEMBAWA BERSAMA
SURAH YAASIN.
BACAAN YAASIN DIKETUAI OLEH GPI (LELAKI) SECARA
BERGILIR-GILIR BERMULA JAM 7.25 PAGI.

Tindakan : Makluman

4.2.3 TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2017

4.2.3.1 Guru Besar memaklumkan takwim pepriksaan bagi tahun 1 5 seperti berikut:

TARIKH JENIS PEPERIKSAAN


6 MAC 10 MAC FORMATIF 1 THN 4 5
MAC - APRIL SARINGAN LINUS 1
15 MEI 19 MEI PKSR 1 - 5
14 OGOS 18 OGOS PKSR 1 - 5
OGOS - SEP SARINGAN LINUS 2
9 OKT - 13 OKT PKSR 2 THN 1 - 5

Tindakan : Makluman
6
4.2.3.2 Guru Besar memaklumkan takwim peperiksaan bagi tahun 6 seperti berikut:

TARIKH JENIS PEPERIKSAAN


16 JANUARI 19 JANUARI UJIAN DIAGNOSTIK
10 APRIL - 13 APRIL INTERVENSI THN 6
15 MEI 19 MEI PKSR 1
10 JULAI 13 JULAI PERCUBAAN UPSR 1
14 OGOS 17 OGOS PERCUBAAN UPSR 2
11 SEPTEMBER - 18 SEPTEMBER UPSR
.

Tindakan : Makluman

4.2.4 PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH TAHUN 2017

4.2.4.1 Guru Besar memaklumkan 1 Murid : 1 Meja : 1 Kerusi. Justeru semua guru kelas
hendaklah memastikan jumlah kerusi dan meja mencukupi dan hendaklah disusun
mengikut susunan kelas abad 21. Selain itu, kelas mestilah dalam keadaan yang ceria dan
bersih.

Tindakan : Penyelaras Aliran

4.2.4.2 Puan Siti Ross binti Bakar memaklumkan jumlah buku teks di Bilik SPBT untuk murid-
mencukupi bagi semua murid tahun 1 untuk sesi persekolahan 2017.

Tindakan : Makluman

4.2.4.3 Guru Besar memaklumkan Takwim dan Perancangan 2017 - Perancangan Pengurusan
Am / Kurikulum / HEM / Kokurikulum dan Prasekolah Seperti dalam Lampiran..

Tindakan : Makluman

4.2.4.4 Guru Besar memaklumkan semua guru kelas perlulah memastikan perkara berikut ada
dalam setiap kelas:

1. Senarai nama murid kelas 2017 terkini


2. Jadual waktu kelas 2017
3. Peraturan Kelas
4. Pelan Bilik darjah Abad 21 (semua model kelas Abad 21 ditampal/ dipamerkan)
Tindakan : Makluman

4.2.5 PROGRAM GURU PENYAYANG

4.2.5.1 Guru Besar memaklumkan Amalan guru penyayang perlu dilaksanakan oleh semua guru
supaya menarik minat murid hadir ke sekolah bagi mengurangkan kadar ponteng
sekolah dan salahlaku murid (0.01 % setahun). Oleh itu Pentadbir dan guru bertugas
mesti menyambut kehadiran murid.

Tindakan : Makluman

7
4.2.5.2 Guru Besar memaklumkan Jawatankuasa Guru Penyayang, Jawatan kuasa Program
Orientasi Tahun 1 dan Program Transisi 2017 adalah Seperti dalam Lampiran.

Tindakan : Makluman

4.2.6 PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH 2017

4.2.6.1 Guru Besar memaklumkan perhimpunan mingguan dilaksanakan seperti ketetapan


berikut:

i. Perhimpunan mingguan akan dikendalikan oleh murid secara bergilir-gilir

ii. Guru bertugas bertanggungjawab memastikan persiapan dibuat sebelum jam 7.20
pagi.

iii. Guru Besar dan GPK bergilir-gilir memberi ucapan dalam perhimpunan

iv. Ucapan guru bertugas & Guru Besar / GPK perlu dicatat dalam Buku Catatan
perhimpunan

v. Catatan dalam Buku Catatan Perhimpunan perlu ditandatangani oleh guru


bertugas dan disahkan oleh Guru Besar.

Tindakan : Makluman

4.2.7 KEHADIRAN GURU

4.2.7.1 Guru Besar memaklumkan Sesi Persekolahan bermula jam 7.25 hingga 1.35 tengah hari.
Guru akan balik selepas jam 2.00 petang. Semua guru perlu `punch waktu datang ke
sekolah dan semasa balik. Guru hadir selepas jam 7.25 pagi akan bertanda merah

Tindakan : Makluman

4.2.7.2 Guru Besar memaklumkan MC atau cuti sakit Klinik swasta tidak melebihi 15 hari dan
klinik kerajaan 45 hari dalam setahun.

Tindakan : Makluman

4.2.8 HARI PROFESIONALISME

4.2.8.1 Guru Besar memaklumkan Hari Khamis merupakan Hari Profesionalisme SK Taman
Tun Dr.Ismail (1).Pengisian Hari Profesionalisme ialah sama ada Mesyuarat Guru,
Taklimat, LADAP atau Frog Vle yang akan bermula pada pukul 2.00 petang 4.00
petang dan kehadiran guru adalah wajib.

Tindakan : Makluman

8
4.2.9 CUTI BAB

4.2.9.1 Guru Besar memaklumkan Ada penjawat awam tidak menerima pencen kerana kesilapan
cuti. Selain itu beliau turut memaklumkan perkara berikut:

i. Seksyen 3C (2) seorang pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan


pengawasan ke atas pegawainya atau untuk mengambil tindakan terhadap
pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan:

a. Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 /2005 (CRK)

b. Pekeliling Perkhidmatan Bil 14 /2010 (Cuti Bersalin)

c. Hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak


bertanggungjawab, dan pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

d. Cuti Kecemasan boleh dipohon atas sebab-sebab tertentu dengan


menghubungi pihak sekolah terlebih atas sebab-sebab yang tertentu
seperti anak/suami/ isteri sakit. Borang cuti berwarna pink hendaklah
diisi sebaik sahaja masuk bekerja dengan disertakan dokumen sokongan .

e. Setiap orang guru adalah bertanggungjawab untuk menghubungi sendiri


pejabat sekolah bagi memaklumkan ketidakhadiran pada hari-hari
bekerja bukannya wakil

f. Guru yang terlibat dengan pdp diberi kemudahan cuti penggal sekolah
dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar seperti
biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa tidak melebihi
separuh daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun itu.

g. Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan


diambil kira sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran
Perintah Am 1.

( Perintah Am Bab C yang dikuatkuasa mulai 1 januari 1974)

Rujukan. Perintah Am dan Arahan Pentadbiran m.s 128

Tindakan : Makluman

9
4.2.10 PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR

4.2.10.1 Guru Besar memaklumkan buku rekod hendaklah diuruskan selengkapnya seperti
ketetapan berikut:

a. Maklumat peribadi, takwim sekolah, jadual waktu, senarai buku teks yang
digunakan.

b. Di Belakang BRM Tercatat TOV & ETR Bagi Setiap 5 Subjek Utama (Tahun 1-
3 ) dan 6 Subjek Utama untuk Tahap 2.

c. Pastikan Cara Penulisan BRM Dengan Betul. (Tugas Panitia)

d. Hantar BRM pada hari Jumaat 05.01.2017 sebelum jam 12.30 tengah hari.

e. Guru yang tidak menghantar BRM 2 minggu berturut-turut akan diberi surat
tunjuk sebab.

f. Buku Rekod Mengajar (BRM) perlu diurus dengan cekap P.U(A)531:


Peraturan 8.

g. Hendaklah direkod tidak lewat daripada hari akhir persekolahan tiap minggu.

h. Mengajar mengikut sukatan dan jadual waktu yang diluluskan oleh GB P.U()
531 Perkara 11

i. Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan HSP


mengikut seksyen 8(1)

j. Ketidakpatuhan Penalti RM500.00

Tindakan : Makluman

4.2.11 JADUAL WAKTU KELAS DAN PERSENDIRIAN

4.2.11.1 Guru Besar memaklumkan Jadual telah siap disediakan oleh Jawatankuasa
Jadual Waktu dan akan diedarkan selewat-lewatnya pada 30.12.2016. Beliau
memaklumkan Minit mengajar hampir seimbang kecuali yang menjalankan
tugas-tugas khas yang tertakluk kepada surat pekeliling dan keutamaan mengajar
mata pelajaran adalah mengikut opsyen.

Tindakan : Makluman

4.2.11.2 Beliau memaklumkan agar semua ketua panitia agar dapat sediakan RPT ,
DSKP dan sebagainya mengikut subjek dan tahun diajar kemudian diserahkan
kepada beliau untuk disahkan.

Tindakan : Ketua Panitia

10
4.2.12 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI GURU

4.2.12.1 Beliau memaklumkan Hubungan istimewa antara guru dengan murid telah
mewajibkan guru untuk mengambil langkah-langkah yang positif bagi
melindungi murid daripada kecederaan fizikal. Selain itu, Gurulah sebagai in
loco parentis yang akan menjalankan tanggungjawab ibu bapa selepas ibu bapa
menghantar anak-anak mereka ke sekolah

Tindakan : Makluman

4.2.12.2 Beliau juga memaklumkan guru perlulah menyelia dan memastikan keselamatan
murid dengan menjadikan bilik darjah kawasan selamat untuk jalankan aktiviti
p&p. Justeru itu,guru-guru perlulah bertindak seperti :

a. memberi arahan yang jelas sebelum melakukan eksperimen di makmal


sains , Bengkel Kemahiran Hidup atau menjalankan aktiviti berkebun
dan lain-lain.
b. Mengambil langkah proaktif mencegah elemen-elemen bahaya dan
berpotensi mendatangkan bahaya seperti senjata dan pisau
c. Menyelia murid dengan kadar yang munasabah seperti tidak gunakan
kerusi / meja rosak untuk kegunaan murid.
Tindakan : Makluman

4.2.13 UNDANG-UNDANG DALAM KONTEKS SEKOLAH

4.2.13.1 Beliau memaklumkan bahawa undang-undang dalam konteks sekolah merupakan


alat yang menghalang seseorang melakukan sesuatu secara bebas bertujuan
melindungi pentadbir dan guru daripada didakwa oleh pihak-pihak tertentu.
Selain itu , untuk memastikan warga pendidik tidak melakukan tindakan yang
melampau bidang kuasa.

Tindakan : Makluman

4.2.14 MANDAT PENDIDIKAN/ DOKUMEN UNDANG-UNDANG

4.2.14.1 Guru Besar memaklumkan antara mandat pendidikan atau dokumen undang-
undang termasuklah :

i. Perlembagaan
ii. Ordinan Pelajaran 1952
iii. Ordinan Pelajaran 1957
iv. Akta Pelajaran 1962
v. Akta Pendidikan 1996
vi. Pemberitahuan Undang-Undang (PUA)
vii. Surat Pekeliling Ikhtisas
viii. Surat-Surat Siaran KPM

Tindakan : Makluman

11
4.2.15 PERINGATAN

4.2.15.1 Beliau memaklumkan agar guru-guru ikut peraturan-peraturan pegawai awam


(kelakuan & tatatertib) 1993 sebagai peringatan seperti berikut:

(i) Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,


cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab

(ii) Tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi

(iiii) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan


kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya

(iv) Tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh
atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau
tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam

(v) Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh
ditafsirkan sebagai ingkar perintah. (cth: Laporan & program tak
disediakan )

Sekiranya melanggar peraturan, tindakan tatatertib dikenakan.

Tindakan : Makluman

4.2.15.2 Guru besar turut memaklumkan peringatan berkaitan murid dan bilik derjah
seperti berikut:

i.. PENGURUSAN KEBERSIHAN BILIK DARJAH

Kebersihan dan keceriaan kelas tanggungjawab bersama

ii. MASALAH MURID HARUS DIATASI DALAM KELAS

Tidak bawa buku (sediakan kertas/ buku tulis)

iii. Tidak buat kerja rumah ( denda siapkan sebelum balik)

Cuba atasi dengan kehandalan EQ guru (empati)

Kebenaran murid minum air & ke tandas

iii. HUKUMAN KEPADA MURID

Hukuman yang memberi pengajaran bukan rotan

iv. PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH/ PENYEDIAAN SOALAN

Tindakan segera atau secepat mungkin dengan tepat

Tindakan : Makluman

12
4.3 TAKLIMAT GPK KURIKULUM

4.3.1 Pengurusan dan Pentadbiran Kurikulum sekolah 2017

4.3.1.1 Guru Besar memaklumkan maklumat dan Jawatankuasa pengurusan dan


pentadbiran kurikulum sekolah seperti yang terdapat dalam buku pengurusan
sekolah.

Tindakan : Makluman

4.4 TAKLIMAT HAL EHWAL MURID (HEM)

4.4.1 JADUAL KEDATANGAN MURID

4.4.1.1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan Penggunaan Jadual Kedatangan
Sementara bermula dari 3 Januari hingga 13 Januari 2017. Mulai 16 Januari 2017
gunakan JKM sebenar . Nama murid ditulis seperti yang tercatat dalam surat beranak
dan pastikan butiran diri murid ditulis dengan betul.

Tindakan : Makluman

4.4.1.2 Beliau memaklumkan guru-guru perlu menulis maklumat pada JKM dengan
menggunakan pen mata bulat warna biru atau hitam sahaja. Manakala nombor telefon
penjaga ditulis dengan pensel. Seterusnya, JKM dihantar ke pejabat selewat-lewatnya
jam 8.30 pagi .

Tindakan : Makluman

4.4.2 FAIL PERIBADI MURID

4.4.2.1 Beliau memaklumkan guru kelas hendaklah memastikan dokumen yang perlu ada dalam
fail pribadi murid lengkap dan dikemaskini. Selain itu, Kad 001 perlu dilengkapkan
setiap tahun dengan maklumat terkini. Kemudian, disusun di rak yang disediakan
mengikut kelas terkini 2017.

Tindakan : Makluman

4.4.2.1 Beliau memaklumkan maklumat yang perlu ada dalam fail peribadi murid seperti
Salinan surat beranak , Borang SMM, Kad Kesihatan , Kad 001 dan Laporan Prestasi
Murid.

Tindakan : Makluman

13
4.4.3 DISIPLIN

4.4.3.1 Beliau memaklumkan Semua guru adalah guru disiplin. Masalah disiplin murid perlu
ditangani secara berhemah. Hukuman diberi berbentuk pendidikan dan memberi
pengajaran. Beliau menegaskan merotan adalah dilarang. Hukuman ini hanya boleh
dilakukan oleh GB atau guru yang diberi surat kuasa untuk merotan atas salah laku berat.

Tindakan : Makluman

4.4.3.2 Beliau memaklumkan Amalkan budaya Guru Penyayang dalam memberi pendidikan
kepada murid. Beliau memaklumkan tindakan yang mengaibkan murid tidak boleh
diambil.

Tindakan : Makluman

4.4.3.3 GPK Hal Ehwal Murid memaklumkan untuk tindakan disiplin, guru-guru boleh rujuk
SPI Bil 7/1985 dan Buku Pengurusan Disiplin SKTP.

Tindakan : Makluman

4.4.4 BUKU SARANA (SISTEM KOMUNIKASI SEKOLAH)

4.4.4.1 Beliau memaklumkan semua murid perlu ada sebuah buku untuk mencatat maklumat
yang disampaikan oleh guru semasa perhimpunan dan dalam kelas yangdikenali sebagai
Buku Sarana (Sistem Komunikasi Sekolah). Guru boleh menyampaikan pesanan kepada
ibu bapa /penjaga dengan membuat catatan dalam buku tersebut.

Tindakan : Makluman

4.4.4.2 Beliau memaklumkan ibu bapa dan penjaga juga boleh gunakan buku itu untuk memberi
maklum balas kepada guru.

Tindakan : Makluman

4.5 Taklimat Kokurikulum

4.5.1 Pengurusan dan Jawatankuasa Kokurikulum

4.5.1.1 En. Zulkifli Bin Zakaria memaklumkan Jawatankuasa Kokurikulum sekolah 2017 seperti
yang terkandung dalam buku pengurusan sekolah. Beliau turut memaklumkan Mesyuarat
Kokurikulum akan diadakan pada hari Rabu 29 Disember 2016 dan maklumat yang lebih
mendalam akan dimaklumkan semasa mesyuarat tersebut.

Tindakan : Penyelaras Aliran

14
5. HAL -HAL LAIN

5.1 Waktu Aktiviti Kokurikulum(Rabu)

5.1.1 Guru Besar memaklumkan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu akan bermula
pada pukul 2.00 petang -4.00 petang. Justeru itu, semua guru haruslah menepati masa
yang ditetapkan.

Tindakan : Makluman

5.2 Ujian Diagnostik 1

5.2.1 Guru Besar memaklumkan murid tahun 4 dan 5 akan menjalani ujian ini pada minggu
ketiga persekolahan.

Tindakan : Makluman

5.3 Program Bacalah Sayang

5.3.1 Guru Besar memaklumkan Program membaca pada waktu pagi akan dilaksanakan secara
tersusun pada tahun 2017 dengan pemantauan daripada guru bertugas.

Tindakan : Makluman

5.4 Program Juara

5.4.1 Guru besar memaklumkan murid tahun 6 akan terlibat dengan Program Juara bermula
pada minggu pertama bulan Februari iaitu pada 2 Februari 2017

Tindakan : Makluman

5.5 Program Bacaan Yasin pada hari Jumaat

5.5.1 Guru Besar memaklumkan Program Membaca Surah Yaasin untuk semua murid Islam
pada setiap pagi Jumaat sebelum sesi persekolahan bermula akan diteruskan.

Tindakan : Ketua Panitia Pendidikan Islam

6. Penutup

Pn. Ramnah Binti Darus mengakhiri mesyuarat dengan memaklumkan sebarang keputusan yang
dibuat atau diambil dalam mesyuarat ini akan menentukan hala tuju atau dasar atau punca kuasa
pelaksanaan kurikulum di sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. ..

( WAN SMARA BINTI CHE WAN MUDA) ( PN RAMNAH BINTI DARUS)


GURU BESAR ,
SK. TAMAN TUN DR. ISMAIL 1

15
16

You might also like