You are on page 1of 8

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 19
Standard 5.2 REKA BENTUK FESYEN
kandungan:
Standard 5.2.6 Membincangkan jenis bahan dalam reka bentuk
pembelajaran: fesyen berdasarkan lakaran.

Masa : 120 minit

NOTA RUJUKAN

5.2.6 Bahan-bahan reka bentuk fesyen

Reka bentuk fesyen memerlukan bahan tertentu bergantung kepada jenis reka
bentuk yang akan dihasilkan. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan
bentuk fesyen yang akan dibuat.

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan antaranya ialah :


a. Fabrik
Bahan asas dalam reka bentuk fesyen ialah fabrik. Jenis fabrik yang biasa
digunakan ialah kapas, jeans, broked, satin dan sebagainya.

b. Benang
Benang digunakan untuk menjahit sama ada dengan tangan atau mesin
jahit. Ukuran benang adalah pelbagai iaitu daripada kecil hingga besar.

239
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

c. Perekat/ Veltcrow
Terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian bergerigi kasar dan bergerigi
halus.

d. Kancing
Ada beberapa jenis kancing seperti kancing kemeja dan kain. Ukurannya
pelbagai iaitu daripada kecil hingga besar.

e. Kain keras
Berfungsi untuk melapis fabrik supaya mempunyai bentuk yang kaku

f. Gam
Gam biasanya digunakan untuk cantuman aksesori dalanm reka bentuk
fesyen. Antara jenis gam yang selalu digunakan ialah gam stick hot glue,
gam fabric dan PVA.

g. Kain gam atau interfacing Backing material


Terdapat dalam pelbagai saiz bergantung kepada jenis kegunaan pada
reka bentuk fesyen. Contoh kegunaan kain gam ialah pada :
Leher baju iaitu menjadikan leher baju terletak dengan elok.
Untuk bahagian hadapan tudung
Untuk bahagian beg supaya mempunyai bentuk yang cantik.
Pinggan seluar atau lengan baju
Untuk kerja sulaman ringkas berkomputer.

h. Dawai
Dawai halus atau dawai lembut juga biasanya digunakan untuk
menghasilkan aksesori.

i. Kain felt
Kain felt juga biasanya digunakan untuk membuat reka bentuk aksesori.

240
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah mengetahui tentang dunia fesyen

KEPERLUAN BAHAN

1. Contoh produk
2. Kertas Mahjong
3. Pen Marker
4. Blue tack
5. Pensil warna
6. Bahan-bahan untuk menghasilkan mock-up produk

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI

Mengenalpasti jenis bahan dalam reka bentuk fesyen

Set Induksi Guru menunjukkan produk reka bentuk


fesyen dan bertanya beberapa soalan
mengenainya.
a) Apakah yang kamu nampak?
b) Ia diperbuat daripada apa?

Murid keluar mencatat jawapan di papan


putih.

241
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Langkah 1 1. Guru mengaitkan jawapan murid


dengan tajuk pelajaran hari ini.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan yang mempunyai 4 orang
ahli.
CadanganbahanaktivitiPdPAlaf 3. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas
21: mahjung/ floor map dan satu produk(
Floor map
bahanmaujud )/ gambar reka
bentukfesyen.
4. Murid berbincang dalam kumpulan
masing-masing tentang bahan yang
digunakan untuk menghasilkan produk
tersebut.
5. Murid juga dikehendaki
membincangkan kebaikan dan
kelemahan menggunakan bahan
tesebut.
Wakil kumpulan diminta
membentangkan hasil perbincangan
kumpulan.

6. Guru membuat ulasan.

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan


topik pelajaran yang telah dipelajari.

242
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Menyatakan pengetahuan sediada( set induksi )

Langkah 1: Guru menunjukkan produk reka bentuk fesyen dan bertanya


beberapa soalan mengenainya.
c) Apakah yang kamu nampak?
d) Ia diperbuat daripada apa?

Murid keluar mencatat jawapan di papan putih.

Langkah 2: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

243
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 2

Mengenal pasti bahan dalam reka bentuk fesyen

Kerja Berkumpulan

Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri


daripada 4 orang ahli bagi setiap kumpulan.

Langkah 1: Setiap kumpulan diberi sekeping kertas mahjung/ floor map


dan satu produk ( bahan maujud )/ gambar reka bentuk
fesyen.

Langkah 2: Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang


bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut .
( Cadangan bahan aktiviti PdP Alaf 21 : Floor map )

Langkah 3: Murid juga dikehendaki membincangkan kebaikan dan


kelemahan menggunakan bahan tesebut.

Langkah 4: Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil


perbincangan kumpulan.

Langkah 5: Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan..

244
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENILAIAN

Anda dikehendaki menghasilkan satu lakaran produk reka bentuk fesyen


Yang dipilih. Labelkan jenis bahan dan teknik cantuman yang digunakan
pada lakaran tersebut.

245
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Rujukan:

1. http://sukatanproduksimultimedia.blogspot.com/2013/05/prinsip-reka-
bentuk-setiap-orang.html
2. http://www.johnlovett.com/test.htm
3. https://creativemarket.com/blog/2013/12/02/10-basic-elements-of-
design
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Design_elements_and_principles
5. ModulRekabentuk : MajlisRekabentuk Malaysia
6. Laird Borrelli, 2004 . Fashion Illustration Now : Thmes& Hudson Ltd: London
7. Jo Anne Lorenz, 2007 . Make Your Own Jewellery Using Fabric, Embroidery,
beads amd shells: South wateran imprint of Anness Publishing Ltd, Harmes
House : London
8. Mariam Abu Bakar, 2015 :edisi 3 . PanduanMembuatPakaian.
GrupBukuKarangkrafSdn.Bhd. Lot 26, JlnRenggam 15/5 seksyen15 :
Shah Alam Selangor.
9. Kate Perri, 2007 . Fashions & Accessories. Creative Publishing
International 18705 Lake Drive East, Chanhassen : Minnesota.

10. Terra, 2015 .Fashions & Accessories.ArtezPress : London

11. Sumberimage : Goggle

246

You might also like